Minggu, 23 Juni 2013

BIARKAN YM TERUS BERBICARA

DAPATKAN NOVEL TERBARU SAYA, BIARKAN YM TERUS BERBICARA KESINAMBUNGAN KISAH TIYA DAN ENCIK FIRDAUS DARIPADA NOVEL BIARLAH YM BERBICARA




Sinopsis:-

Biarkan YM Terus Bicara, menyingkap kisah perkahwinan Tiya dan Encik Firdaus. Walaupun pasangan ini saling mencintai namun tetap ada perkara yang tanpa sedar telah menimbulkan konflik dalam perhubungan mereka.


Melihat hubungan akrab di antara Encik Firdaus dan teman baik suaminya itu, Mia, hati Tiya yang tidak pernah suram dengan rasa cemburu, terus sahaja menyimpan wasangka. Rasa tidak senang hati yang sering diungkap kepada suaminya, menimbulkan rasa kurang senang di pihak sang suami. Berasa dirinya sentiasa dicurigai, Encik Firdaus menasihati Tiya agar belajar untuk terus mempercayai. Demi menjaga ikatan perkahwinan mereka, Tiya mencuba sedaya upaya untuk sembunyikan semua rasa kurang senang serta rasa cemburunya.



Keadan tambah memburuk apabila ibu Mia, Puan Sri Ainun muncul menjadi batu api yang meniup kekacauan dalam rumah tangga Tiya. Lantaran tidak mahu melihat anak gadisnya terus bersedih, dia nekad cuba memisahkan Tiya dan Encik Firdaus kerana hatinya yakin, Mia sedih dengan perkahwinan Encik Firdaus. Ditambah pula dengan kemesraan serta perhatian luar biasa Encik Firdaus kepada Mia, Tiya semakin makan hati. Setelah segala usahanya untuk cuba memenangi hati Encik Firdaus seakan gagal dan, Encik Firdaus pula mula menyalahkannya atas satu kejadian yang dalangnya ialah Puan Sri Ainun, Tiya nekad untuk berundur.



Salah faham terhurai apabila pemergian Tiya mula membuka mata Encik Firdaus untuk mencari punca konflik. Semuanya ternyata cuma kebetulan. Hasutan ibu Mia dan alahan yang dialami oleh Encik Firdaus datang serentak ternyata hampir memisahkan mereka. Menyedari Encik Firdaus masih mencintainya sepenuh hati dan Mia masih berharap kepada Abang Kamal yang masih melayan perasaan kecewa, Tiya bangkit untuk melakukan sesuatu. Hubungan Mia dan Abang Kamal cuba diwujudkan dengan pertolongan mak long, ibu Abang Kamal juga bantuan daripada Mia sendiri. Bermulalah rancangan demi rancangan yang diatur juga kisah Encik Firdaus sendiri yang disahkan mengalami Couvade Syndrome atau sympathetic pregnancy sepanjang Tiya mengandungkan anak sulung mereka.



“Berjuta langkah kita atur bersama... tidak akan pernah penat selagi jemariku erat di genggamanmu... tidak akan pernah lelah selagi janjimu... cinta ini hanya milik kita berdua.”




KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN NOVEL INI TERUS DARI SAYA, BOLEH EMAILKAN KE 


ATAU MESEJ TERUS DI FB SAYA.

Jumat, 21 Juni 2013

NOVEL PERANGKAP DUA HATI (COVER & BLURB)

Salam semua... Saya kembali lagi bersama dengan cover dan blurb PDH... 


So amacam? Nampak sweet kan? hehe.. Alhamdulillah... Syukur. LNP akan buka order bermula pada Isnin depan. Kalau berminat, teruslah order di website mereka ya... Di sini saya sertakan juga blurb PDH. Enjoy!

Tajuk : Perangkap Dua Hati 
Penulis : Farisya Natasha 
Harga : RM22.00sm / RM25.00ss
Terbitan: Lovenovel

Sinopsis :

Cinta tidak semestinya mudah untuk bersatu. Ungkapan itu menggambarkan perjalanan kisah Nuh Qays dan Qisya Zulaikha yang saling memendam perasaan semenjak dari zaman universiti lagi. Biarpun ada rasa indah di hati, namun segalanya terpaksa dipendamkan gara-gara kebencian adik Nuh Qays terhadap Qisya Zulaikha. Kemunculan Izdiyad yang menghimpit diri, ditambah dengan tohmahan-tohmahan busuk dari mulut sepupunya sendiri, Qisya Zulaikha kian sesak mengatur hidup. 

Tiga tahun menjalani kehidupan masing-masing, sekali lagi jodoh menemukan mereka berdua. Mengikut aturan takdir yang telah ditentukan, Nuh Qays akhirnya bekerja di bawah satu bumbung yang sama dengan gadis idamannya itu. Biar banyak halangan yang mendatang, dia tekad untuk berjuang. Dan kali ini dia berikrar untuk melindungi Qisya Zulaikha dari gangguan Izdiyad mahupun adiknya sendiri, Qairina.

Di kehidupan mana manusia mampu lari dari menghadapi ujian Tuhan? Dan apa yang berlaku kali ini benar-benar memberi tamparan hebat kepada Qisya Zulaikha.

“Tolong Ikha mak su. Ikha kena nikah malam ni juga. Tolong datang ke sini. Ikha perlukan kekuatan.” - Qisya Zulaikha.

Dan di atas rasa tanggungjawab terhadap salah faham itu, Nuh Qays menghulur tangan untuk memperisterikan Qisya Zulaikha. 

“Terima kasih sebab sudi jadi isteri saya. Saya harap tak ada perkataan menyesal dalam diri awak tentang pernikahan kita.” – Nuh Qays

Mampukah sebuah perkahwinan atas rasa tanggungjawab melenyapkan segala duka dalam catatan hidup Qisya Zulaikha? Dan cinta yang dipupuk selepas pernikahan, mampukah ia kekal bahagia selamanya?

Selasa, 18 Juni 2013

Bakal Terbit.... My first baby - Perangkap Dua Hati

Salam semua...
Alhamdulillah... PDH bakal terbit tak lama lagi... Di bawah terbitan LoveNovel Publication. Masihkah anda ingat Nuh Qays dan Qisya Zulaikha? Nanti saya share covernya ya kalau sudah ada greenlight dari pihak penerbit...

Segalanya bagaikan mimpi... PDH bakal menemui anda (haha.. mcm pemes sgt kannnn...) Kepada pembaca dan pengomen PDH, saya ucapkan ribuan terima kasih. Komen2 anda pemangkin semangat saya utk menyiapkan mss ini... Big hug and love from me.