Rabu, 26 Februari 2014

ENOVEL : MENAWAN CINTAMU 3 & 4 (POV 3)

Salam and Hi!
I'm back!
Aisy Ice is here, enjoy reading ya... 
Thank you.

BAB 3


Aisy tersenyum bila melihat wanita itu pergi meninggalkannya. Wanita itu memang menarik. Buat kali pertama berjumpa, dia sudah rasa tercabar dengan jinak-jinak merpati wanita itu. Bukan dia tidak memerhatikan wanita itu tadi malah ketika dia menolong membukakan pintu untuk wanita itu saja sudah menarik perhatiannya. Dia suka gaya wanita itu. Kemas dan ada gaya yang tersendiri. Sekali lagi dia tersenyum. Dia mengharapkan wanita itu akan menghubunginya secepat yang mungkin. Mustahil wanita itu tidak tertarik dengan paras wajah dan penampilannya. Nadhira... Itulah nama wanita itu.

Sebaik saja masuk ke dalam cafe tersebut, kelibat Edry kelihatan.

            “Got the new one hah?” tanya Edry yang baru saja selesai membersihkan diri dari bau-bau masakan.

            Aisy tersenyum. Dia tidak pasti bagaimana Edry tahu tentang dia berjumpa dengan Nadhira tapi pertanyaan itu membuatkan dia berasa sedikit bangga.

            “She’s quite interesting. Nice shape and sexy.”

            Ketika dia berkata begitu, seorang lelaki seperti melanggar bahunya dengan sengaja. Mereka bertatapan buat seketika. Tanpa kata maaf, lelaki itu keluar dari cafe tersebut. Aisy tersenyum sinis. Lelaki yang berkumis tebal itulah yang pada mulanya mengganggu Nadhira. Mungkin kerana itulah juga lelaki itu melanggar bahunya.

            “Kau kenal ke?” tanya Edry seraya duduk di meja berdekatan dengan kaunter pembayaran. Dia letih kerana seharian berada di bilik dapur. Nasib baik ada beberapa chef dan pembantu chef yang sangat berkebolehan. Jadi bolehlah dia berehat.

            “I don’t know... Nak kena tibai agaknya.”

            Edry ketawa kecil. “So apa cerita?”

            “What do you mean?”

            “Perempuan tu?”

            “Well... Macam mana kau tahu ni?”

            “Si Malik la bagitahu. Aku cari kau tadi.”

            Aisy mengambil tempat duduk berdekatan dengan Edry. Dia mengusap lembut tengkuknya seraya tersenyum bila mengenang kembali momen terindah bersama dengan Nadhira.

            “She’s funny... Outspoken... Sweet, I guess.”

            Tergeleng-geleng Edry dengan pemberitahuan Aisy itu. “Kira dah jatuh cinta la ni?”

            “Hey man... Macamlah tak kenal aku ni. Fall in love at first sight? No way, man... Aku tak percaya benda-benda macam tu.”

            “Memang aku kenal kau sangat-sangat. Sebab tu la aku tanya. Kali ni dah jatuh cinta ke tidak? And unfortunately, it’s still remain the same ya...”

            Aisy tersenyum. Ya... Dia sememangnya masih sama seperti dulu. Wanita itu tadi cuma penghibur di kala hujung minggu saja. Perkenalan yang singkat tapi meninggalkan sedikit kesan padanya. Cuma sedikit tak banyak mana. Dia memang begitu. Walau istimewa macam mana sekalipun wanita itu, kesannya tidak akan lama padanya. Dia pasti akan jemu.

            “Berubah la bro... Life is short, use it wisely, man. Mungkin kau belum jumpa minah yang betul-betul buat kau haru biru.”

            Kali ini Aisy tergelak besar. “So... Wait until that special moment happens. Then, I will change.

            “Kau jangan cakap besar, Ice. Allah itu ada. Benda macam ni, memang tak mustahil akan terjadi. Percayalah cakap aku. Lagi pula... Jangan berubah hanya kerana cinta. Pastikan hati kau benar-benar ikhlas untuk berubah.” Nasihat Edry pada Aisy yang merupakan dari pengalamannya sendiri.

            Aisy mengangguk perlahan dan mengambil serius kata-kata Edry itu. Memang dia tahu bagaimana susah senang Edry untuk terus berubah sehingga dia hampir putus hubungan dengan Edry gara-gara gaya hidupnya yang bebas itu.

            “Soesok... Kau datang sini lagi?”

            Aisy mengangguk lagi. “Yup... Boring la duduk kat rumah tu.”

            “Suruh kerja tak mahu. Dah senang-senang dapat ofer kerja.”

            “Relaxla bro. Aku nak rehat dulu.”

            “Suka hati kau la... Aku masuk dapur kejap,” ujar Edry seraya bangkit berdiri.

            Aisy hanya memandang belakang Edry sehingga lelaki itu masuk ke dalam bilik dapur. Dia meraup wajahnya dan dia terhidu bau yang sangat wangi pada telapak tangannya. Ah, inilah perfume yang digunakan oleh Nadhira tadi.


            Aisy kembali tersenyum. Dia amat yakin bahawa esok, wanita itu pasti akan menghubunginya. Jika tidak, dia percaya, pasti wanita itu buta dalam menilai dirinya.

***********************

BAB 4

Hujung minggu yang membosankan buat Nadhira. Mak dan ayahnya sudah pun keluar menghadiri kenduri kahwin di Shah Alam. Dia pula cuma tergolek sana tergolek sini di atas katil. Bila mengenang kembali tentang lelaki yang bernama Aisy itu, hati yang pada mulanya hendak cair, kini membara dengan rasa geram dan marah.

            “Gambar yang abang ambik tu tak clear la, Dhira,” ujar Iskandar ketika menghubunginya semalam sebaik saja dia sampai ke rumah.

            “Gambar yang kat mana? Masa makan atau kat luar cafe tu?”

            “Dua-dua.”

            “Tak kan la, abang? Dhira tak nak jumpa dia lagi la. Dia.. Dia...” Nadhira mengeluh. Memang dia tak nak berjumpa dengan Aisy lagi. Lelaki itu sungguh menakutkannya.

            “Dia ambil kesempatan ke, Dhira? Kalau betul, abang nak belasah dia cukup-cukup!” ucap Iskandar cemas dan marah.

            “Tak... Cuma... Dhira tak tahu kenapa Dhira rasa macam ni. Dhira tak dapat nak teruskan abang.” Sebab hati Nadhira dah tak tentu arah bila Aisy dekat dengannya. Dia cuba hendak menafikan tapi entahlah. Daripada segalanya menjadi semakin serius, lebih baik dia menyerah kalah terlebih dahulu.

            “Abang tahu dia memang cuba nak goda Dhira. Tapi inilah cara dia nak mendekati perempuan, Dhira. Termasuklah Anita. Abang tak boleh biarkan dia macam ni. Abang percaya, Dhira bukan perempuan yang mudah jatuh sayang dengan lelaki macam dia.”

            Memang Nadhira tidak mudah jatuh sayang dengan mana-mana lelaki. Teman lelakinya dulu pun hanya untuk suka-suka saja. Tetapi Aisy lelaki yang amat berbeza. Lelaki itu ada cara yang tersendiri untuk membuatkan wanita sepertinya rasa sesuatu.

            “Dhira...” Sukar untuk Nadhira berkata-kata. Yang penting, Aisy memang lelaki yang sangat berbeza berbanding dengan lelaki-lelaki yang dia kenali sebelum ini.

            “Dhira nak tahu apa yang kawan dia kata kat dia bila Dhira dah pergi? Abang sendiri dengar dengan jelas apa yang mereka katakan.”

            Badan yang letih terbaring lesu itu terus menjadi tegak bila ada sesuatu yang tidak diketahui oleh Nadhira. “Apa dia?”

            “Kawan dia kata... ‘Got the new one hah?’ Nak tahu apa yang dia balas? ‘She’s quite interesting. Nice shape and sexy’, nak aje abang tumbuk kedua-duanya. Kurang ajar! Itu yang Dhira nak lepaskan macam tu aje? Dah jelas sangat yang dia bukannya berniat baik nak berkawan dengan Dhira.”

            “What? Memang nak kena agaknya dia tu!” Dada Nadhira berombak laju. Siapa yang tidak sakit hati bila diperkatakan sebegitu?

            “Sebab tu abang nak Dhira kenakan dia balik. Biar dia rasa apa yang dia dah buat pada perempuan yang dia permainkan selama ni.”

            “Biar Nita melopong tengok mamat yang dia suka tu sebenarnya lelaki tak betul,” balas Nadhira geram. Kerana Anita, dia terlibat sama dalam hal ini. Dan kerana Aisy, dia juga hampir saja terpedaya dengan helah lelaki itu.

            “A’ah... Biar Nita sedar bahawa pilihan yang dia buat adalah salah,” ujar Iskandar perlahan. Tidak menyangka bahawa Nadhira akan mengungkit nama Anita.

            Kerana perbualan semalam itulah yang membuatkan Nadhira marah sehingga kini. Kalau itulah perangai Aisy yang sebenar, dia tak akan mengalah dengan mudah. Kau nak permainkan aku, Aisy? Bentak Nadhira dalam hati. Dia akan pastikan, Aisy akan tersungkur di tangannya. Dan dia juga akan buat Aisy jatuh cinta dengannya!

            Rasa bosan mula sirna kerana Nadhira sudah mula terfikirkan sesuatu. Acara pertunangan Iskandar dan Anita hanya tinggal lebih kurang enam bulan saja lagi dan dalam pada masa itu, dia akan berusaha untuk mendekati Aisy.


DUA HARI Nadhira cuba menahan hati dari menghubungi Aisy. Memang hatinya berkobar-kobar sangat nak kenakan lelaki itu. Entah-entah, dalam masa dua hari ini, Aisy sibuk mencari mangsa lain. Dah memang tak ada kerja yang nak dibuat, jadi sebagai pemburu cinta sang wanita, cukuplah. Dalam part itu, Aisy memang mempunyai jawatan yang tertinggi.

-Dhira dah sedia nak call Aisy. Dhira akan bagitahu abg apa akan jdi nanti.-

Punat ‘send’ ditekan. Masa yang sangat sesuai untuk Nadhira menghubungi Aisy. Kalau nasib menyebelahinya, dia nak sangat Aisy mengajaknya berjumpa untuk makan tengahari bersama.

Nadhira menekan nombor telefon Aisy dan sebaik saja telefon bimbit melekap di telinga, dengan pantas panggilannya dijawab.

“Dhira?”

Nadhira terkaku. Kenapa Aisy boleh terfikir yang menghubungi lelaki itu adalah dia? Aisy dah ada nombor telefon dia ke? Memang mustahil! Bisik hati Nadhira.

Is that you, Dhira?”

How did you know...?” Lelaki ini ada kuasa psikik ke? Tiba-tiba membuatkan Nadhira berasa seram sejuk. Sehingga dia lupa nak memberikan salam.

I’ve been waiting for you to call me. Bila nampak saja nombor telefon yang tak dikenali, I terus target itu you.”

Nadhira tergelak kecil cuba menutupi rasa jelik terhadap Aisy. “Like I said... Someday right? Maknanya suatu hari nanti I akan call you. Yang you tunggu I call tu buat apa?”

I keep thinking about you...”

Gelak kecil tadi kini sudah menjadi gelak besar. Aisy ni memang sudah kebaratan sangat!

“You ketawakan I? I’m serious. Thank Godyou telefon I. Kalau dalam masa seminggu ni you tak hubungi I, I akan cari you sampai dapat.”

Whoa.. Whoa.. Tak kan la sampai macam tu sekali.” Penipu! Pandai sungguh Aisy nak kelentong dia. Jangan ingat dia akan percaya dengan kata-kata lelaki itu.

Let’s just meet up. Sekarang lunch time, kan?”

Yes! Itulah yang Nadhira nak dengar sebenarnya. “I call ni sebab nak ajak you keluar makan la... I nak balas budi you sebab dah belanja I makan malam tempoh hari.”

About belanja, kita fikirkan kemudian. Yang penting, kita jumpa ya.”

“Hmm...” Nadhira cuba berfikir, kononnya. Dia nak tahu reaksi Aisy bagaimana.

Please, say yes to me?”

See... Inilah reaksi yang Nadhira tunggu. Reaksi Aisy yang berharap sangat nak kelentong dia lagi selepas ini.

Alright. So, jumpa kat mana?”

I’ll fetch you up.”

Nadhira tersenyum dengan penuh makna. Faham taktik Aisy yang nak tahu di mana dia bekerja. “No, thanks. I pergi sendiri. So nak jumpa kat mana ni?”

Untuk beberapa saat, Aisy terdiam. Mungkin tidak menyangka Nadhira akan menjawab sebegitu. Kau ingat aku akan ikut semua cakap kau? Memang taklah! Ujar Nadhira dalam hati.

“You kat area mana ni? I tak nak susahkan you. Takut nanti tersalah pilih area.”

What if kalau kita jumpa kat Suria KLCC. Kita lunch kat sana aje. If you were late, I balik. Tempat kerja I kena datang punctual tau.”

Ketawa Aisy kedengaran lagi yang menyebabkan telinga Nadhira naik geli mendengarnya. Kedengaran terlalu dekat seperti Aisy berbisik di telinganya.

Okay, it’s up to you, dear.

“Kita makan kat Little Penang aje ya?” Cadangan yang agak bernas kerana jika Nadhira yang membayar nanti, dia tak perlu membayar mahal. Harga makanan dekat Little Penang Cafe itu berpatutan berbanding dengan Italiano Cafe milik kawan Aisy.

Sure, dear. Anyway, I dah on the way ke Suria ni.”

Wah! Cepatnya. Aisy memang pantas betul dalam bab-bab begini. Kagum Nadhira dibuatnya.

“Okeylah. See you later.”

Wait! Don’t hang up the phone. I want to talk with you.”

“Eh, you kan drive. Tak boleh gunakan telefon ketika memandu.”

Memang dasar lelaki yang entah apa-apa. Meluat betul Nadhira dengan jejaka sebegini. Dulu Firash dan juga Aizad tidak sebegini perangainya. Yang ini lagi dahsyat. Macam-macam kepakaran yang lelaki itu ada.

“I guna earpiece... So don’t worry. I cuma nak dengar suara you.”

“You ni merapulah. I nak letak juga sebab I tak ada earpiece nak guna, I pun nak driveni,” helah Nadhira. Padahal dia bekerja di bangunan menara Maxis, bersebelahan saja dengan Suria KLCC. Tidak perlu mengambil masa yang lama, dia pasti akan sampai dengan secepatnya.

“Iyalah.. See you there.”

Cepat saja Nadhira menekan butang merah. Mata dijulingkan ke atas tanda meluat. Belum kenal sepenuhnya sudah mengada-ngada. Nak minta itu dan ini. Tolonglah Aisy, kau buat aku jelik sangat-sangat! Bentak hati Nadhira.

-Abg, Dhira keluar lunch dengan dia ni. Don’t worry about me, Dhira boleh jaga diri-

Nadhira menaip pesanan ringkas buat Iskandar. Tidak perlu menunggu lama telefon bimbitnya berbunyi.

“Tolong jaga diri Dhira baik-baik. Abang risau la Dhira. Kalau abang dekat, memang abang nak sangat temankan Dhira.” Sebaik saja salam Nadhira dijawab, Iskandar terus meluahkan rasa tidak sedap hati. Nadhira tahu tempat kerja Iskandar bukannya dekat dengannya. Sebab itu dia faham dengan kesulitan yang Iskandar hadapi.

“Kalau Dhira tak buat macam ni, sampai bila kita nak mulakan semua ni, bang? Abang nak bertunang lebih kurang enam bulan saja lagi. Kita dah kesuntukan masa.”

“Memang abang tahu. Cuma abang risaukan Dhira. Janji abang, abang akan sentiasa ada bila Dhira berjumpa dengan mamat tu, kan?”

Nadhira tersenyum, inilah yang menyebabkan dia sayang sangat dengan Iskandar. Abang sepupunya itu sangat bertanggungjawab dengan janji yang diucapkan.

“Jangan risaulah, Dhira pasti akan okey punya. Dhira jumpa dia kat Suria KLCC ni aje. Open area okay. Kalau dia nak buat apa-apa pada Dhira, Dhira jerit la.”

Iskandar mengeluh. “Please, jaga diri tau. Dhira tanggungjawab abang. Dan buat yang terbaik. Abang sayang Dhira sangat-sangat. Terima kasih kerana sudi tolong abang.”

No hal la... Dhira sayang abang juga.”


Nadhira sudah pun membuat pesanan, hanya menunggu kedatangan Aisy saja lagi. Suka hati dia saja mengoder ikut citarasanya. Kalau Aisy tak nak makan, tak apa. Bukan menjadi masalah buat dirinya.

            Kelibat Aisy sudah kelihatan. Kali ini lelaki itu mengenakan kemeja berlengan pendek berwarna putih. Nampak segak sebenarnya namun disebabkan rasa benci menguasai diri, kesegakan itu Nadhira tolak ke tepi.

            “Hai..,” sapa Aisy pada Nadhira. Lelaki itu mengambil tempat duduk di hadapannya.

            “I dah order makanan dan minuman. Harap you suka. Sebab I takut nanti, tak cukup masa.”

            “Definitely, I would love it, dear,” ujar Aisy seraya mengenyitkan sebelah matanya.

            Euww! Nak saja Nadhira korek biji mata lelaki itu!

            “You look beautiful today.”

            Nadhira tersenyum seakan-akan menerima pujian itu dengan hati yang terbuka. “Thank you. You too.”

            “Am I?”

            “Yeah... Don’t you think so?”

            “I jarang dengar pujian sebegitu. I ni bukannya handsome pun.”

            Oh tolong! Lelaki ini memang menjengkelkan. Nak tunjukkan sikap merendah diri konon. Eeeii! Tolonglah jangan nak merepek dengan aku, kutuk Nadhira dalam hati.

            “I dah order sambal prawn, sotong, curry laksa, nasi lemak and few things lagi la... So up to you nak makan apa. Now, it’s all on me.”

            “Yang tu, kita fikirkan kemudian. Yang penting I nak tahu keadaan you sekarang ni, how are you, dear?”

            “I’m good. Alhamdulillah. And you?”

            “Me too... Still alive. Anyway, you kerja kat mana?”

            Seperti yang dijangka, Aisy cuba nak skodeng tentang hal ehwal Nadhira. Namun nasib menyebelahinya bila makanan yang dipesan tadi, kini sudah sampai.

            “Kita tak usah fikirkan yang lain, yang penting kita makan dulu. I dah memang lapar sangat-sangat ni.”

            Aisy ketawa akhirnya. Nampak sangat betapa gelojohnya lelaki itu hendak tahu tentang Nadhira. Dalam leka menikmati makanan Aisy seringkali meneguk air sejuk. Wajah lelaki itu pula sudah bertukar kemerah-merahan. Bila mengenangkan makanan yang terhidang itu kebanyakan bersumberkan dari lada merah, mahu tergelak sakan Nadhira dibuatnya.

            “You kenapa? I tengok muka you dah merah,” tanya Nadhira. Cuba menunjukkan yang dia mengambil berat tentang Aisy.

            “Tak ada la... I memang macam ni bila makan makanan pedas,” balas Aisy seraya mengelap peluh di dahi. Hilang terus macho!

            Tawa Nadhira pecah juga akhirnya. “Dah berapa lama you duduk kat UK ni? Sampai pedas begini pun you tak boleh nak handle.”

            Wajah Aisy tiba-tiba berubah. Lelaki itu kelihatan terpaku dengan soalan wanita itu. Nadhira bingung buat seketika. Dia salah cakap ke?

            “Macam mana you tahu I duduk kat UK?” Pertanyaan Aisy itu hampir saja membuatkan Nadhira tersedak. Kenapa mulut dia ni celupar sangat? Patutlah Aisy kelihatan terkejut.

            “Oh... Hmm... I cuma teka aje. I maksudkan you ni dah macam mat salih. Tak boleh nak adapt makanan pedas. I tak tahu pun yang you duduk kat UK ke kat US ke. You memang duduk kat UK ke selama ni?” Nasib baik Nadhira tahu nak jawab apa. Kalau tak, memang naya. Kerana mulut celuparnya itu, hampir saja membuatkan Aisy curiga.

            “Ohh...” Aisy tersenyum.

            “I memang dah lama duduk kat UK. Almost fifteen years. Since I was sixteen.”

            “Wow! Interesting. Patutlah tak berapa nak pandai makanan pedas. Dah jadi lidah mat salih rupanya. Nasib baik you masih ingat nak berbahasa melayu ya.”

            Aisy tergelak besar sehingga menekan perut. “I’m not dear. I memang dari dulu lagi tak berapa nak pandai makanan pedas. And my dad akan guna bahasa melayu bila kat rumah, itu sebab I masih lancar berbahasa melayu. And I have a lot of friends there, I mean, orang Malaysia la.”

            Nadhira mengangguk perlahan. Manalah tahu bila dah lama menetap di negara orang, bahasa sendiri dilupakan.

            “You kat UK tu, tinggal kat mana?”

            “Cardiff, Wales. Di sanalah I membesar. Tapi bila dah bekerja, I jarang balik Cardiff. Sebab I kerja kat London.”

Sekali lagi Nadhira mengangguk. Tentang Aisy bekerja di London, tak pula diketahuinya.

“Kalau I tahu you tak berapa nak pandai makanan pedas, I tak kan ajak you makan kat sini. Kesian you.”

            “No, it’s okay, dear. I’m fine.”

            Nadhira mengambil beberapa helaian tisu lalu dilipat empat segi. Dia beralih tempat duduk dan duduk di sebelah Aisy. Lelaki itu nampak terkejut dan semakin terkejut bila Nadhira mengelap sisa-sisa peluh di dahi Aisy. “Sorry okay... Bukan niat I nak kenakan you. I memang tak tahu you tak reti makan pedas. Kesian you, dah berpeluh macam ni.”

            “Hmm.. Err.. I’m okay... Thank you for your concern,” balas Aisy seraya mengambil tisu yang ada di tangan Nadhira lalu mengelap sendiri peluh di dahi.

            Nadhira berpuas hati bila melihat Aisy yang seakan gugup itu. Tempoh hari lelaki itu dah buat dia tak tentu arah, kan? Jadi sekarang, tibalah masanya untuk dia membalas dendam.

Rabu, 19 Februari 2014

NOVEL MUNGKINKAH?

Novel terbaru yang akan berada di pasaran pada Mac 2014






sudah boleh mula order terus dengan kaki novel


sedikit daripada Mungkinkah?


“Dapat?,”
“Tak dapat. Kenapa susah sangat soalan ni?,”Syikin sudah merungut sambil menggaru kepala. Arisa tersenyum lucu.
“Mana? Meh Kak Long tengok,”balasnya sambil menarik buku latihan Syikin. Baru diselak, telefonnya berbunyi lagi. Ada mesej lagi. Dia mengeluh perlahan. Sebelum mesej dibuka, matanya terlebih dahulu terarah ke wajah Zariff yang selamba.

[Teringin nak makan somethinglah. Takkan air je kot?]

Arisa mengetap bibir. Mula terganggu dengan SMS demi SMS daripada Zariff.

[Dafi keluar beli burger. Kalau tak nak tunggu, awak boleh keluar cari apa2 je yang awak nak makan. Nasi pun ada kat dapur kalau awak nak makan lagi]

Kali ini SMS lelaki itu dibalas sambil matanya tajam memandang Zariff yang santai memegang telefon bimbitnya.

[burger je? Tak best]

[dah tu awak nak apa?]

Agak lama dia memegang telefon bimbit menanti jawapan daripada Zariff. Terasa bodoh pula melayan kerenah Zariff.

[nak you boleh? Dari sampai tadi, I terabai ni]

Arisa mengangkat muka. Zariff melebarkan senyuman sambil mengangkat kening.

[jgn mengada2. Saya nak ajar Syikin buat homework. Jangan kacau boleh tak?]

[I tak kacau. You yang balas. You yang layan]

Arisa ternganga. Terkena dek permainan Zariff.

“Kak Long. Homework adik ni macam-mana? Asyik mesej-mesej je. Abang, tengok Kak Long ni main mesej-mesej. Cuba tengok dia mesej dengan siapa?,”
Zariff tergelak besar. Arisa mencuka. Tajam memandang ke arah Zariff yang sedang menaip sesuatu. Pasti ada lagi SMS untuknya. Dan, telahannya betul. Satu lagi SMS diterima.

[ I miss you...]

Arisa mengeluh perlahan sambil mengangkat punggung. Bergerak mendekati Zariff yang terbaring di sofa.
“Rindu saya ya?,”soalnya perlahan sambil tersenyum manis.
Zariff terkebil-kebil. Memang dia rindukan perempuan yang sudah bergelar isterinya ini, tetapi dia tidak mengharapkan respon sepantas ini. Dia bergerak ke belakang apabila Arisa semakin mendekat. Mula cuak apabila sedar mata Syikin sedang memerhati.
“Ok... I tahu you pun rindukan I, but, jangan kat depan Syikin,”Zariff berbisik perlahan. Arisa tersenyum. Lembut merenung mata Zariff sambil tangannya pantas mencapai telefon di tangan Zariff. Sebaik telefon sudah berada di tangannya, segera dia bangkit. Kembali kepada Syikin. Aman. Syikin tergelak.
“Hey!,”
“Okay. Sekarang kita sambung balik,”Arisa bersuara sambil memandang wajah Syikin yang kembali berkerut memandang buku latihannya. 
“Phone I, Arisa,”
“Siap buat kerja sekolah Syikin, saya bagi balik,”
“Tapi, I nak call client lah,”
“Client awak boleh tunggu,”
“You...,”
Arisa mengangkat kepala untuk ke sekian kalinya.
“Saya kurung awak dalam stor, nak?,”
Zariff kerutkan kening.



......




“Saya tak tahulah apa sebabnya Encik Zariff suka cakap seolah-olah saya ni perempuan yang tak ada harga diri. Tapi, untuk pengetahuan Encik Zariff, saya bukan macam tu. Saya tak suka nak berpeleseran tak tentu hala. Saya bukan jenis yang suka paut lengan lelaki sana, peluk pinggang lelaki sini. Jadi, kalau boleh Encik Zariff tolonglah hormat saya sebagai seorang perempuan,”

            “Ye ke? Kenapa I rasa macam susah nak percaya?,”
            “Terserah apa pun pandangan Encik Zariff. Saya tak boleh nak paksa. Tapi, saya minta tolong jangan ganggu saya macam ni lagi. Saya perlukan kerja ni…,”
            “And I perlukan you,”
            “Carilah perempuan lain,”
            “You tahu tak dah berapa lama I tak pandang perempuan lain?,”
            “Dalam tiga jam? Sebab saya baru tengok Encik Zariff keluar lunch dengan perempuan tadi. And, Encik Zariff tak pejam mata,”
            Spontan dia tergelak. Teringat pada jawapan selamba Arisa semalam. Selamba dan pedas. Kadang-kadang, apa yang pernah dia lihat sebelum ini tidak mencerminkan sikap sebenar Arisa yang kini sudah berada di hadapannya. Kalau benar Arisa tidak seperti yang tergambar di kepalanya, kenapa wujud adegan di restoran dulu? Kenapa sampai pipi gebu itu ditampar kuat? Kenapa sampai Arisa dimalukan sebegitu di khalayak ramai? Dan, kenapa Arisa berhenti kerja dengan jumlah hutang yang cukup besar dengan bekas majikannya? Menurut Saera, jumlah hutang Arisa tidak kecil. Kalau memang tidak ada apa-apa hubungan di antara Arisa dan bekas majikannya, mustahil wujud aksi serang-menyerang daripada isteri bekas majikannya. Dan, kalau memang tiada hubungan apa-apa di antara mereka, mustahil datang surat begini ke tangan Arisa. Dia yakin, surat ini datang bersama rasa tidak puas hati.


......
      

Zariff ternganga. Terus kaku di tepi meja. “What is that?!”

Arisa mendongak. Sedikit terperanjat dengan kehadiran Zariff yang tiba-tiba, juga hairan melihat Zariff masih kaku berdiri dengan wajah yang pelik. “What?”

“You masak apa?”

“Sup kaki ayam. Mak Tasnim yang bekalkan tadi. Nak? Duduklah.”

Nak?! Dia belum gila untuk duduk menghadap kaki ayam yang penuh di dalam mangkuk.

“No! Alihkan benda alah tu,” suruhnya dengan nada yang tegas.

“Kenapa? Tengok sup tu macam tengok hantu. Awak takut kaki ayam ke?” Arisa bertanya sambil tersenyum. Lucu melihat ekspresi wajah Zariff.

“Jomlah makan abang. Sedap ni…” pelawa Syikin sambil menggigit kaki ayam di tangan. Kemudian roti di tangan dicelup ke dalam kuah sup.
Zariff menyeringai ngeri. Juga geli melihat jari-jari kecil ayam yang masuk ke dalam mulut Syikin. Hilang terus seleranya.     



kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan terus dari saya, boleh berhubung dengan saya melalui facebook dan boleh emailkan ke ordernovelbymtb@gmail.com