Rabu, 11 April 2012

NOVEL : PERANGKAP DUA HATI 2




BAB 2
Tasek yang dihadapannya ini sungguh mendamaikan. Sedamai hatinya. Nuh Qays mengukir senyuman kepuasan, apa yang diharapkannya benar-benar menjadi kenyataan. Semuanya bagaikan memihak padanya kini, tidak sia-sia dia mengekori Qisya Zulaikha akibat ternampak kelibat wanita itu dua bulan yang lalu, akhirnya menemukan dia dengan jalan yang lebih mudah lagi bila mengetahui syarikat itu memerlukan seseorang bagi jawatan ketua pemasaran yang mana itu adalah bidang kemahirannya.
Nama Qisya Zulaikha tidak pernah luput dari ingatannya apatah lagi seraut wajah yang mulus itu. Wanita itu bagaikan terkejut bila nampak dirinya tadi. Pastinya Qisya Zulaikha masih mengingati dirinya. Mana tidaknya, dia adalah kembar Nur Qairina, kembar tak seiras. Wanita yang pernah mencemuh dan menampar Qisya Zulaikha disaat-saat akhir pengajian mereka. Hanya tinggal beberapa minggu saja lagi Nuh Qays mahu menamatkan pengajian degree manakala Qisya Zulaikha juga hampir menamatkan diplomanya. Tapi wanita itu nampak cantik sangat tadi, cara dia memakai hijab itu sangat unik. Bukankah wanita itu sudah cantik dari dulu lagi? Nuh Qays menguntum senyuman.

“ Kau cakap dengan siapa tadi?” Tanya Nuh Qays bila melihat Izdiyad cuba menghalang perjalanan seorang gadis sebelum dia menghampiri. Dan gadis itu adalah Qisya Zulaikha yang membuatkan dia ingin tahu apa yang cuba Izdiyad bualkan.
“ Budak Secretary tu... Dia nak kenalan dengan aku.” Dengan gaya yang berlagak, Izdiyad menjawab soalan Nuh Qays.
” Biar betul? Bukan kau ke yang halang dia tadi. Aku tak buta Diyad.” Sinis senyuman yang dilemparkan Nuh Qays. Bukan dia tidak kenal dengan perangai kasanova Izdiyad itu yang merangkap kawan baiknya sendiri.
“ Hey! See the leg la kawan... Aku main-main saja tadi tapi yang penting, dia yang nak kenalan dengan aku. Aku apalagi, bagi greenlight la.” Angkuh sungguh bicara Izdiyad sambil menunjukkan kakinya. Pandangan yang Nuh Qays lemparkan padanya membuatkan Izdiyad tidak selesa, dia tahu bahawa Nuh Qays tidak mempercayai kata-katanya.
“ Asal kau tengok aku macam tu Nuh? Kau tak percayakan aku ke?”
“ Kurang percaya... Aku kenal kau dah lama Diyad. Nampak sangat budak tu tak selesa bila bercakap dengan kau.”
“ Asal kau ni? Kau ingat perempuan yang macam tu tak berani ke nak approach? Jangan pandang luaran saja bro. Aku yang bercakap dengan dia tadi, jadi aku tahulah. Kau cuma tengok saja tapi tak tahu jalan cerita yang sebenar.”  Malas mahu memanjangkan cerita, Nuh Qays cuba menutup cerita tentang Qisya Zulaikha.
“ Jangan sampai Rina tahu sudahlah... Kau bukan tak kenal dengan dia tu. Jomlah pi cafe.”

Kenangan itu menerjah semula di ingatannya. Kenangan yang membuatkan dia berubah dari seorang yang tidak suka ambil tahu hal orang lain, menjadi seorang yang ambil berat tentang cerita seseorang dan seseorang itu adalah... Qisya Zulaikha.

........................
“ Lambatnya kau? Rina ni hah dah membebel,” Rungut Izdiyad pada Nuh Qays sebaik saja Nuh Qays melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan kembarnya. Qairina menjeling, geram melihat Nuh Qays yang selamba itu. Tiada rasa bersalah langsung! Lenguh dia menunggu Nuh Qays.
“ Sorry kaka... Aku ada hal tadi.”
“ Kenapa tak bagitahu? Aku call kau tapi phone kau tutup.”
“ Bagilah aku order kejap. Ini tak, nak sembur aje kerja dia.” Tanpa menghiraukan muncung Qairina, Nuh Qays memesan minum petangnya.
“ So apa hal nak jumpa aku ni?” Tanya Nuh Qays sambil menyandarkan badannya.
“ Aku nak kau kerja dengan aku Nuh. Rina pun dah setuju.” Izdiyad memulakan bicaranya. Nuh Qays tidak terkejut dengan kata-kata Izdiyad itu. Dia sudah menjangkakan. Pasti ini rancangan Qairina.
“ Sorrylah bro. Aku tak dapat nak terima tawaran kau tu. Anyway thanks, aku hargainya.” Terkejut Qairina dengan jawapan Nuh Qays.
“ Abang ni kenapa? Kan sekarang ni abang belum dapat kerja. Dah elok pun Diyad bagi ofer. Dah tiga bulan kau menganggur bang, macam tak ada manfaat pun sijil master kau tu.” Nasib baik Qairina ini kembarnya, kalau tidak, sudah lama Qairina mendengar tempikannya. Mulut tak bertepis bila bercakap!
“ Ini sebab aku dah dapat kerja. So aku dah sain contract, rasanya aku tak patut nak terima tawaran lain.”
“ Kenapa kau tak bagitahu aku Nuh? Kalau aku tahu, aku ofer kau lebih awal lagi. Aku ingatkan kau nak rest dulu after balik master ni. Papa aku pun nak kau kerja dengan kita orang.” Nuh Qays memandang Izdiyad, mungkin bukan Qairina saja yang berharap agar dia bekerja di Syarikat papa Izdiyad.
“ Maaflah Diyad.”
“ Tak apa Nuh. Nak buat macam mana. So kau kerja dekat mana ni? Bila start?” Izdiyad cuba menceriakan wajahnya walaupun dia agak kecewa bila Nuh Qays menolak tawarannya. Semua ini bukan hanya sebab Qairina yang meminta supaya Nuh Qays diambil bekerja dengannya tapi semua ini juga disebabkan dengan kemahuannya. Dia yakin Nuh Qays seorang yang berdidikasi. Kalau tidak, masakan boleh menjadi ketua pelajar ketika mereka di universiti dulu.
“ Syarikat Bina Perdana. InsyaAllah, esok aku dah mula kerja.”
“ What?! So means kau dah lama apply kerja ni? Kenapa kau tak bagitahu aku?” Nuh Qays memandang pelik adik kembarnya itu. Hairan betul dengan perangai panas baran Qairina.
“ Hey kenapa pulak ni? What’s wrong with you kaka? Perlu ke semua perkara nak dihebohkan dekat kau. Please lah!”
“ Kau tu yang syok sendiri! Langsung tak bincang dengan aku dulu. Bila dah terikat, baru nak bagitahu. Hish!” Qairina menyandar dengan kasar seraya memeluk tubuh.
Perangai Qairina ini tidak berubah langsung! Geram betul Nuh Qays. Bukan dia tidak tahu niat sebenar Qairina itu. Dia juga hairan, adakah Qairina benar-benar mencintai Izdiyad atau hanya menginginkan harta lelaki itu. Dengan Izdiyad, boleh pula dia berlembut tidak kira dari segi sikap mahupun suara. Lagipun, bukan dia tidak pernah menasihati Izdiyad supaya berfikir sedalam-dalamnya tentang hubungan lelaki itu dengan Qairina.
Oh ya! Izdiyad juga rasa tersepit. Tersepit kerana ibu bapa Izdiyad menyukai Qairina dan menginginkan Qairina untuk menjadi menantu mereka. Pandai betul Qairina mengambil hati ibu bapa Izdiyad kalau tidak sudah lama Qairina ditinggalkan. Tapi dengan kembar sendiri tidak pula dilayan sebegitu ianya ibarat musuh. Jarang sekali mahu menerima pendapatnya.
“ Dengar tak ni?!”  Nuh Qays hampir saja tersentak dengan jeritan kecil Qairina itu.
“ Rina! I tak suka la you cakap macam ni. Cuba cakap elok-elok sikit,” tegur Izdiyad. Tergeleng-geleng dia dengan perangai Qairina itu. Qairina terus terdiam. Nanti tidak pasal-pasal pula dia bergaduh dengan Izdiyad.
“ I nak ke wash room kejap.” Sebelum Qairina berlalu, dia sempat menjeling Nuh Qays. Rasa membuak marahnya dengan sikap Nuh Qays endah tak endah itu.
“ Susah betul korang ni... Makin teruk pula aku tengok kau dengan Rina tu.” Izdiyad menoleh sekali lagi untuk memastikan kelibat Qairina sudah tiada.
“ Entah la Diyad... Nak kata tak ada akal, elok-elok terletak dalam kepala otak dia tu. Cuma kau saja yang tahan dengan dia.”
“ Kau pun tahukan tentang situasi aku. As you know, selagi dia tak buat hal dengan perempuan-perempuan yang aku jumpa... Aku tak kisah... Mungkin dia fikir aku tak serius mana pun dengan perempuan tu semua tapi... Kalau dengan...” Terhenti terus bicara Izdiyad. Dia tidak mahu Nuh Qays tahu tentang ini semua. Biarlah ianya tersimpan kemas dihatinya.
“ Dengan siapa Diyad? Kau ada orang lain ke sekarang ni?”
“ Tak adalah... Aku acah aje.” Nuh Qays hanya menjungkit bahu, mungkin benar Izdiyad tidak serius dengan kata-katanya tadi.

Tiba-tiba pula Izdiyad terkenangkan seseorang. Jika seseorang itu ada ketika ini pasti kejadian dulu itu akan terjadi semula. Kadang-kadang dia hairan dengan Qairina, dengan orang lain, wanita itu tidak akan melenting habis-habisan tapi dengan seseorang itu, wanita itu marah dengan semahunya. Benarkah ada cinta pada seseorang itu? Walaupun banyak wanita yang berdamping dengannya termasuklah Qairina tapi seseorang itu membuatkan dia terasa sesuatu. Mungkin sesuatu yang indah.

Nuh Qays malas mahu ambil tahu tentang cerita yang dibualkan pasangan kekasih dihadapannya ini. Sekarang dia mahu membuat strategi, strategi dalam semua perkara. Rasa teruja pula dia hendak memulakan tugasan esok. Sudah pasti dia akan selalu nampak kelibat Qisya Zulaikha walaupun bukan di tingkat yang sama. Terkenang kembali wajah wanita itu, cantik! Kenapa bukan Qisya Zulaikha yang menjadi setiausahanya? Tapi tidak mengapa... setiausahanya kini adalah merupakan sepupu Qisya Zulaikha. Jadi dari Afiah saja dia bertanyakan lebih lanjut mengenai kisah Qisya Zulaikha sepanjang ketiadaanya di Malaysia.

p/s: seperti biasa, kalau ada masa tinggalkanlah komen ya. terima kasih kerana sudi baca karya yang tak seberapa ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar