Sabtu, 13 April 2013

MININOVEL : JADIKAN AKU PILIHAN HATIMU 15



BAB 15

Tangan digenggam kuat, hati Rafael semakin mendidih bila dengan gembiranya Rafieqi bercerita tentang kedatangan Hanif ke rumah orang tua Hanina. Tidakkah Hanina sedar bahawa selama ini dia cuba hendak menawan hati wanita itu? Dia cuba untuk berdiam diri dan tidak mahu mendesak Hanina untuk terus menerimanya tapi kenapa pula begini jadinya? Diamnya hanya untuk membuka ruang Hanif mendekati Hanina. Bodoh! Jeritnya dalam hati.

            Rafael mula melangkah mendekati pengawal keselamatan tadika. “Hanina ada?”

            “Ada encik. Encik ni siapa?” Semakin panas hati Rafael. Dia dilarang datang ke tadika Hanina tapi dia sedar bahawa kedatangan Hanif seperti dialu-alukan di sini.

            “Saya suami dia.”

Semakin berkerut dahi pengawal keselamatan. Rasanya Hanina sekarang ini tidak bergelar isteri orang. Jika lelaki di hadapannya ini memberitahu ‘bekas suami’ mungkin dia tidak akan berasa hairan.

            “Tapi Puan Hanina...”

            “Awak bagitahu Hanina kedatangan saya ni,” arah Rafael tegas. Malas mahu menjelaskan lebih pada pengawal keselamatan itu. Baginya, mereka tidak layak untuk tahu.

            “Baik, encik. Encik tunggu kat sini dulu. Saya tak berani nak suruh masuk, ini adalah arahan dari Puan Hanina sendiri jika orang yang tak dikenali datang.”

            Kuat dengusan Rafael. Panas terik di tengahari ini tidak terlawan panas yang ada di dalam hatinya. Dia menunggu di dalam kereta beberapa minit. Lama benar Hanina mahu berjumpa dengannya. Bila melihat kelibat Hanina sudah keluar dari pagar tadika, dia juga turut sama keluar dari perut kereta.

            “You buat apa kat sini?” Faham benar dengan reaksi yang diberikan oleh Hanina padanya.

            “Yang you merepek kata you suami I tu kenapa?” Marah Hanina bila dapat tahu yang Rafael memperkenalkan diri sebagai suaminya pada pengawal keselamatan.

            “Betul apa..,” jawab Rafael selamba.

            “I’m your ex, Rafael!”

            Rafael ketawa sinis. “I tak benarkan Hanif rampas tempat I. Nina. Jangan dia ingat, bila parents you sukakan dia, dia senang-senang nak ambil tempat I. No way!”

            “Jadi you datang ni cuma nak cakap benda ni? Hei! You siapa Rafael? Kita dah tak ada hubungan lagi. Rasanya dulu pun memang tak ada hubungan,” ujar Hanina dengan lantang. Dia benar-benar sakit hati dengan sikap Rafael yang datang menyibuk tentang hubungannya dengan Hanif. Tidak dipeduli jika ada mata yang memandang. Jarak mereka dengan pondok pengawal agak jauh, itu yang membuatkan dia tidak kisah mahu bersuara lantang.

            “You sedar tak yang selama ni I nak kita kembali bersama? I nak Eqi mempunyai keluarga yang sempurna. I cuba berikan you ruang, Nina. I tak nak mendesak you tapi bila I diam, you dengan Hanif semakin dekat. I tak rela..,” beritahu Rafael dalam resah. Dia cuba tidak mahu bercakap kasar dengan Hanina agar wanita itu sedar bahawa kali ini dia benar-benar ikhlas.

            Hanina menggeleng laju. “Tak... Tak... Tak mungkin Raf. Kalau you risaukan Eqi untuk mempunyai keluarga yang sempurna, now it is. Sekarang dia dah benar-benar bahagia dengan adanya Hanif di sisinya.”

            “Hanif bukan ayah dia yang sebenar, Nina! You sedar tak, I’m his real father? Kasih sayang seorang ayah kandung tak sama dengan kasih sayang seorang ayah tiri!” bentak Rafael. Geram bila Hanina menyebelahi Hanif.

            “Disebabkan I mengandungkan Eqi, you ceraikan I. Dan selama enam tahun, enam tahun Rafael bukan enam hari... Remember this, you sebagai ayah kandung dia.. tak munculkan diri. Ada you ingat dia? Ini ke yang dikatakan kasih sayang seorang ayah kandung? Answer me!”

            Baru sekarang Rafael mengungkit tentang kasih sayang seorang ayah kandung. Naik muak Hanina mendengar semua itu.

            “I... I cuma...” Tersekat-sekat Rafael mahu menjawab pertanyaan Hanina itu. Dia tahu semua itu salahnya. Tapi manusia sepertinya tidak lari dari melakukan kesalahan. Dia khilaf.

            “I’m sorry... I shouldn’t do that. I know it was all my false.”

            “Tak... Thanks to you. I’m glad that you let me go. I’m happy with my life now. Eqi pun happy bila adanya Hanif di sisi kami.”

            “No way! I tak benarkan you dengan Hanif. No!” Cepat saja Rafael membantah. Lagi-lagi Hanif. Lagi-lagi lelaki keparat itu! Jeritnya dalam hati.

            “I don’t care. You tak ada hak nak halang. Kemunculan you ni hanya menyusahkan hidup I dan Eqi.” Jika Rafael bertegas, Hanina juga begitu. Dia tidak mahu kalah. Ini demi dia dan Rafieqi. Dia tidak ada perasaan cinta buat Rafael walau sekelumit sekalipun. Jika dulu dia cuba untuk belajar menerima Rafael dan sebagai isteri yang rapuh hatinya, perasaan itu kadang-kala muncul tanpa dia sedari namun kali ini, tidak. Tidak sama sekali!

            “Hani...” Serentak kedua-dua mereka menoleh ke kiri bila nama Hanina diseru. Kelihatan Hanif mendekati mereka. Kerana berlawan cakap dengan Rafael, Hanina tidak sedar dengan kedatangan Hanif itu.

            “Hanif..,” seru Hanina seraya mendekati lelaki itu.

            Rafael mendengus kasar. Hatinya benar-benar sakit dengan tindakkan Hanina mendekati Hanif itu.

            “Kau buat apa kat sini, Raf?”

            “Kau tanya aku buat apa kat sini? Hei, itu yang sepatutnya aku tanya dekat kau, Hanif.” Oh, semakin mengada-ada Hanif sekarang ini. Sinis senyuman yang Rafael lemparkan.

            Hanif tersenyum kelat. Sekarang ini memang hubungannya dengan Rafael tidak sama seperti dulu lagi. “Aku nak jemput Hani keluar makan tengahari.”

            Semakin tajam mata Rafael memandang Hanif bila dia mendengar lelaki itu memanggil Hanina, ‘honey’. Padahal Hanif hanya memanggil Hanina, ‘Hani’. Nama wanita itu sendiri.

            “Aku ada hal nak bincang dengan Nina. So, aku rasa kau batalkan niat kau yang nak lunch dengan dia.”

            “Excuse me? Who are you untuk arahkan dia? Tak ada benda lagi yang nak dibincangkan Raf. Cukuplah. You nak jumpa Eqi, I benarkan. Walaupun bagi I you tak layak untuk jumpa dengan dia. Cukuplah, Raf. I mohon sangat. Jangan ganggu I lagi.”

            Kerana terlalu lelah dengan sikap Rafael yang tidak mahu berhenti mengganggu hidupnya dari dulu sehingga sekarang, airmata jatuh. Cuba mengharapkan agar Rafael faham bahawa dia benar-benar tidak mahu lelaki itu datang mengganggu kehidupannya lagi.



           “Hani... Sayang...” Mahu saja Hanif mengusap lembut bahu Hanina agar wanita itu tenang dan tidak mengalirkan airmata. Namun dia hanya mampu mendekati Hanina agar wanita itu tahu bahawa dia sentiasa ada bersama. Melindungi Hanina walau macamana sekalipun.

            “Raf... Aku rasa lebih baik kau balik. Kau nak bincang tentang apa lagi? Bila kau minta supaya dapat jumpa Eqi, Hanina akhirnya benarkan. Itu yang kau mahu, kan?” Hanif cuba slow talk dengan Rafael. Dia kenal sangat dengan perangai lelaki itu yang cepat baran. Dia memandang ke langit, walaupun tengahari, cuaca seakan mendung. Tidak sepanas tadi, jika tidak, pasti baran Rafael semakin menjadi-jadi.

            “Aku nak Eqi dapat keluarga yang sempurna.”

            “Aku ada,” jawab Hanif pantas.

            “Aku tak setuju! Aku tak benarkan kau ambil tempat aku.” Tangan digenggam kuat. Cuba mengimbangi kesabaran yang ada.

            “Kami tak pernah menidakkan kau sebagai ayah kandung Eqi, Raf. Dia tahu bezakan semua tu dan dia tahu aku ni siapa.”

            “Tapi dia sebut nama kau, macam aku ni tak wujud dalam kehidupan dia. Aku benci bila dia lebihkan kau, Nif. Ingat, yang kau ambik ni, bekas aku. Aku yang pakai dia dulu, semua yang menjadi mahkota berharga buat dia, aku dah dapat. Kalau tak disebabkan benih aku, Eqi takkan wujud.”

            Kolar Rafael dicengkam kuat. Selama ini Hanif cuba bersabar. Dia benar-benar tidak suka menggunakan kekerasan. Namun bila Rafael mengungkit tentang kisah lama dan seperti berbangga bahawa telah menakluki Hanina untuk yang terawal dan dia seperti hanya mendapat sisa-sisa lelaki itu, hatinya sakit. Seperti Rafael mempersendakan semua itu. Dia tidak kisah jika dia hanya dapat yang ‘sisa’. Itu semua tidak penting baginya. Baginya cinta yang ikhlas dan murni tidak akan kisah dengan semua itu.

            Rafael juga mencengkam kolar Hanif. Kedua-duanya bertentang mata. Bagi Rafael, dia tidak akan pernah kalah dengan Hanif. Hanif seorang yang tidak tahu menggunakan kekerasan.

            “Kau cakap elok-elok, Raf. Jangan cabar kesabaran aku. Aku cintakan Hanina dengan seadaannya. Dan aku tak suka bila kau ungkit tentang hal lama. Kewujudan Eqi sudah tertulis olehNya, banyak mana pun benih kau, kalau Dia tak izinkan, memang tak jalan juga. Kau jangan nak bangga diri.”

            “Hanif... Dahlah. Kita pergi sekarang. Nanti Eqi tertunggu-tunggu pula.” Memang Hanina sakit hati dengan kata-kata Rafael itu. Bencinya semakin mendalam, bila Rafael mengatakan sebegitu. Dia ibarat sampah bagi lelaki itu. Perkataan ‘pakai’ itu telah mencalarkan hatinya sedalam yang mungkin.

            Cengkaman dilepaskan dengan kasar, Hanif menolak tangan Rafael yang mencengkamnya, yang menyebabkan lelaki itu terdorong ke belakang.

            “Aku tak akan lepaskan Hanina. Dia bakal isteri aku dan Eqi akan menjadi anak aku. Kau memang lelaki yang tak layak untuk dikasihi, Raf. Dulu hingga sekarang, perangai kau sama saja. Tak kurang mahupun lebih!”

            “Kurang ajar!” Rafael terus menyerang Hanif dengan melayangkan penumbuknya. Kesabarannya tidak mampu bertahan lagi.

            “Raf! You ni dah gila ke? Security! Security,” jerit Hanina memanggil pengawal keselamatan.

            Dua orang pengawal keselamatan pantas mendekati mereka. Tangan Rafael diletakkan ke belakang.

            “Bawa lelaki ni ke balai polis. Saya tak nak nanti, dia ada lagi di depan tadika ni.”

            “Baik puan,” ujar pengawal keselamatan, mereka berkira-kira hendak membawa Rafael pergi dari situ.

            “Nina! I’m sorry okay... I just.. Please... I’m sorry.” Kata maaf diucapkan. Buruk padahnya jika dia perlu berurusan dengan pihak polis. Namanya pasti akan tercemar. Dia tidak sedar bahawa dia berada di hadapan kawasan tadika ketika marah mengatasi segalanya itu.

            “Berhenti... Tak apalah. Lepaskan dia. Saya tak apa-apa.” Kali ini Hanif bersuara, dia mengarahkan agar pengawal keselamatan itu melepaskan Rafael.

            Bulat mata Hanina bila Hanif mengarahkan sebegitu. Jika tadi dia cuba meleraikan bibit-bibit pertengkaran dengan mengajak Hanif untuk pergi menjemput Rafieqi tapi sekarang ini, Rafael sudah menggunakan kekerasan. Baginya, Rafael tidak seharusnya dilepaskan begitu saja.

            “Tapi encik...” serba salah pengawal keselamatan. Hanina cakap begini dan Hanif cakap begitu.

            “Tak apa. Lepaskan aje, saya boleh handle perkara ni. Maaf, menyusahkan pula.”

            Kedua-dua pengawal keselamatan mengangguk seraya melepaskan Rafael. Mereka juga meminta diri agar kembali semula ke pondok pengawal.

            “Hanif, what are you doing? Awak sedar tak apa yang dia dah buat pada awak. Dia tak patut dilepaskan,” marah Hanina pada Hanif. Hanif terlalu berlembut hati.

            “Benda kecik aje Hani. Janganlah kita perbesarkan. Lagipun saya tak apa-apa. Dahlah, kita selesaikan kat sini saja.”

            Hanina mendengus seraya meninggalkan Hanif di situ. Ada baiknya dia pergi menjemput Rafieqi berseorangan tanpa Hanif.

            “Hani.. Awak nak pergi mana?” tanya Hanif. Dia tahu Hanina kecewa dengan tindakkannya namun jika dia juga berkeras, perkara ini tidak akan selesai.

            “Awak terlalu baik dengan dia, Hanif. And you, Raf, I tetap akan bawa hal ni ke mahkamah. You bukan saja mengganggu hidup I tapi dengan cara you ni, akan menakutkan Eqi.” Itu keputusan Hanina seraya meninggalkan mereka semua.

            Hanif mengeluh. Bukan ini yang dia mahukan. Perancangan yang hendak makan tengahari bersama Hanina dan Rafieqi telah pun musnah gara-gara Rafael.

            “Lepas ni, aku nak hanya kita berdua saja yang terlibat. Jangan libatkan Hanina dan Eqi. Aku betul-betul tak faham kenapa baru sekarang kau nak dia dan Eqi. Perasaan aku ni dah lama sangat terpendam, Raf. Atas dasar tiket seorang kawan baik, aku tak pernah terniat nak rampas Hanina dari kau dulu. Tapi sekarang, dia dah bebas dari kau. Kau tak ada hak ke atas dia lagi. Dan aku pula berhak untuk mendekati dia.”

            Rafael meraup wajahnya. Memang dia tidak berhak ke atas Hanina lagi cuma hatinya kala ini sangat menginginkan Hanina kembali padanya.

            “Aku cuma nak dia kembali pada aku...”

            “Tak, kalau itu yang kau nak, aku tak akan biarkan. Kali ini aku akan pastikan hati aku juga terbela sama. Dia akan jadi milik aku.”

            Rafael mendengus. Hanif sekarang ini sudah berubah. Dari wajah dia nampak kesungguhan lelaki itu. Jika dia tetap dengan pendiriannya, pasti akan ada pergaduhan lagi dan dia pasti, kali ini Hanif tidak akan melepaskannya begitu saja. Tanpa pamitan, dia pergi meninggalkan Hanif.

            Mata mengiringi pemergian Rafael itu. Bila kereta lelaki itu sudah menghilang dari pandangan, dia ternampak pula kereta Hanina keluar dari pagar tadika. Laju kakinya melangkah mendekati.

            “Hani... Wait!” jerit Hanif seraya tangan mengisyaratkan agar Hanina berhenti. Peluh yang merintik di dahi, dilap. Dia memandang ke langit, cuaca sudah kembali panas terik. Patutlah panas membahang.

            “Awak nak apa?” Sejurus cermin tingkap diturunkan, Hanina melemparkan soalan itu.

            “Hani... Saya bukan nak lepaskan dia begitu aje. Cuma hal ni tak usahlah dibawa sampai ke balai polis.”

            “Tapi dia dah cederakan awak. Awak sedar tak tu? Awak nak tunggu sampai bila baru nak bawa hal ni ke pihak yang berkuasa? Sampai awak tak berdaya lagi? Biarkan aje dia pukul awak sesuka hati, macam tu?”

            “Saya tak apa-apa kan? Tak ada luka apa. Everything is fine. I’m fine. Saya tak kisah kalau saya yang diapa-apakan. Tapi jangan awak atau Eqi. Hal ni tak kan terhenti dengan sendirinya jika kita masing-masing tak mahu mengalah. Jika Rafael tetap dengan degilnya, kita pula janganlah begitu. Kita gunakan secara halus. Awak kenal dia dan saya juga kenal dia macam mana orangnya, kalau orang tak mahu kalah, dia juga macam tu. Kita bukan tunduk dengan kemahuannya cuma kita perlu tundukan dia tanpa menggunakan kekerasan mahupun melibatkan perkara ni sampai ke pihak yang berkuasa. Percayalah cakap saya, Hani. Dia akan berhenti.” Panjang lebar Hanif menjelaskan pada Hanina.

            “Awak masuklah. Kita dah lewat nak jemput Eqi ni.” Kasihan pula dia melihat Hanif yang berpeluh-peluh. Dia faham dengan penjelasan yang Hanif berikan padanya. Dan dia juga faham dengan sifat Hanif yang tidak suka perkara itu diperbesar-besarkan.

            Hanif tersenyum dengan arahan itu. Laju kakinya melangkah ke tempat duduk penumpang. Sebaik saja dia masuk ke dalam perut kereta, Hanina menyerahkan tuala kecil buat dirinya.

            “Lap la peluh awak tu.”

            “Thanks sayang. Saya bau eh?” Hanif mengangkat sedikit lengannya seakan-akan mencium bau badannya sendiri.

            “Mengada la dia ni. Ada saya kata macam tu?”

            Hanif ketawa. Dalam dia mengelap peluh di dahi, matanya tidak lari memandang Hanina yang khusyuk memandu. Dia benar-benar menyayangi wanita ini. Walau macam mana sekalipun, dia akan mempertahankan cintanya pada wanita ini. Dia tidak mahu mengalah lagi. Cukuplah dia mensia-siakan cintanya selama lapan tahun.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar