novel indonesia terbaru best seller, daftar judul novel indonesia, daftar novel indonesia terbaru, download novel indonesia terbaru, novel indonesia terbaru ebook, novel indonesia terbaru 2014, novel cinta, novel remaja, kumpulan novel, novel gratis, novel terbaru, cerita novel, contoh novel
Jumat, 09 Desember 2011
CERPEN : CINTAILAH AKU...
“ Kau jangan jadi bodoh boleh tak? Dah berapa lama kau macam ni? Dah setahun lebih kan. Kenapa kau tak serik-serik ni hah? Dia cuma nak main-mainkan kau aje. Bila boring dia contact kau tapi bila dia ada peneman, kau jadi macam tunggul aje. Sedarlah Thia. Wake up girl! Bukan dia aje mamat yang ada dalam dunia ni”
Naik geram Nurul menasihatkan Fathia Zafirah tetapi Fathia tetap dengan pendiriannya. Fathia tetap mencintai Wafri Qusyairi. Seorang kapten pilot yang tidak kurang hebat tampannya tapi masalahnya dia bermata keranjang. Ada saja perempuan yang akan berdamping dengannya, itulah dia Wafri Qusyairi.
“ Aku cintakan dia sangat-sangat Nurul. Aku dah cuba lupakan dia tapi tak dapat. Bila aku ungkit aje yang aku nak give up, dia pulak yang melenting. Katanya, kalau benar aku sayangkan dia, aku tak akan terfikir untuk putus asa terhadap dirinya. Walaupun kami jarang jumpa tapi hampir setiap hari kami contact. Itu dah cukup baik bagi aku bila dia teringatkan aku”
Nurul menggelengkan kepala, baginya Fathia sudah parah dalam percintaan. Buta hanya kerana cinta. Sudah terang-terangan Wafri bukan lelaki yang setia tapi Fathia seolah-olah membutakan matanya.
“ Lagi satu, perempuan yang dengan dia hari tu, aku nampak dia jalan dengan lelaki lain. Baguslah tu. Sama-sama jenis yang tak setia. Seorang playboy dan seorang lagi playgirl. Meluat aku tengok perempuan tu! Itu yang Wafri sukakan. Perempuan yang melepak sana-sini. Aku bengang betul dengan Wafri tu, kejap kata miss you lah, love you lah dekat kau, macam senang aje words tu keluar dari mulut dia. Entah-entah semua perempuan yang dia usha tu, dia kata macam tu. Hishh! Aku benci betul dengan dia tu!”
Fathia hanya diam tunduk merenung bantal yang menjadi pelukannya. Memang dia akui, Wafri pernah tersalah hantar pesanan ringkas kepadanya.
+ Tke cre Wana. Hve a sweet dream beautiful girl.
Tapi dia hanya mendiamkan diri. Banyak sangat kesalahan Wafri yang sudah diketemui tapi dia tetap menyayangi Wafri. Hairan... Dia benar-benar hairan akan dirinya.
Dia mengenali Wafri ketika dia baru bekerja di KLIA dua tahun yang lalu, dimana dia ditempatkan dibahagian penjualan tiket MAS. Paling tepat lagi, dia mengendalikan tempahan tiket dari pelanggan sama seperti Nurul. Disitulah bermulanya perkenalan mereka. Wafri yang sangat dikenali oleh golongan wanita disana terutama pramugari membuatkan Fathia ingin mengenali Wafri. Wafri memang seorang yang ramah, terlalu ramah, manis berkata-kata dan mungkin asset yang paling penting dalam dirinya disebabkan dia seorang yang tampan atau disebabkan dia anak orang berada. Itu kurang pasti. Dengan pekerjaan yang disandang menjadikan dia kelihatan sempurna dimata wanita.
Tanpa sedar setelah beberapa bulan mengenali Wafri, Fathia jatuh cinta. Jatuh sayang dengan Wafri Qusyairi. Fathia berterus terang tentang perasaannya kepada Wafri. Yang membuatkan dia tidak berputus asa terhadap Wafri bila Wafri berkata...
“ I pun sukakan you, suka berkawan dengan you. Thank you for loving me. Really appreciate it. What I can say is... Just go with the flow. Buat masa ni, memang I cuma berkawan dengan mana-mana perempuan. Kalau you betul-betul sayangkan I, don’t give up on me dear”
Itulah ayat yang sering kali dilontarkan oleh Wafri untuk memujuk Fathia. Sehingga sekarang, cinta Fathia tetap untuk Wafri.
“ Kau dengar tak kata aku ni?”
Tanya Nurul geram bila dia melihat Fathia seperti tidak mengendahkan kata-katanya.
“ Apa dia? Aku tak dengar tadi”
“ Hishh! Tu hah buah hati kau dah telefon. Kau tanya dekat dia, perempuan mana pulak yang dengan dia tadi. Jangan dia kelentong kau, sudah. Benci betul aku dengan mulut tembaga dia tu”
Fathia hanya tersenyum kelat. Telefon rumah dicapai.
“ Assalamualaikum”
“ Walaikumsalam dear. Kenapa handphone you tak berangkat?”
“ Ohh.. Phone dalam bilik. I kat luar. You dah sampai?”
“ A’ah... baru jer sampai hotel terus teringatkan you. I miss you dear. You should come here with me. Rasanya dah lama kita tak jumpa. Tadi I nampak Nurul... Err.. Mungkin dia ada bagitahu you something?”
Gembira mendengar kata-kata manis Wafri tapi pada masa yang sama hatinya sakit dengan sikap Wafri.
“ Yeah she did. She told me that you were with a girl”
“ Fathia, that girl cuma cousin I. Dia first time pergi Dubai ni, so I temankan dia. Lagipun memang flight I nak ke Dubai kan so tak salah kalau I nak temankan dia”
“ Nevermind. I faham. You tak letih ke? Pergilah rehat dulu. Mesti you penatkan”
“ Macam tak nak bercakap dengan I aje you ni?”
“ Hey.. Tak adalah. I cuma nak kan you rehat sepenuhnya. Ini pun you baru sampai. Kasihan you. Pergilah rehat dulu, don’t worry about me. I dah happy dengar suara you ni”
“ Okeylah kalau macam tu...”
“ Take care Fri”
“ You’re forgot something dear...”
“ What?”
Tanya Fathia hairan. Terlupa tentang apa?
“ Your words... I miss that words”
Tersenyum Fathia bila mengenangkan ayat yang selalu diucapkan kepada Wafri. Walaupun ayat itu jarang sekali mendapat balasan dari Wafri tapi memang itulah ayat yang menyatakan perasaannya yang sebenar.
“ Okey... Just do take care wherever you are. Love and miss you always. Assalamualaikum”
“ Walaikumsalam. You too, take care. Hmmm... Love and miss you too. Tidurlah, kat sana dah lewat sangat ni dear. Night”
Ganggang telefon diletakkan ditempat asal. Sejuk hatinya bila mendengar suara Wafri, terus hilang rasa ragu-ragu mengenai perempuan yang bersama denganWafri itu. Adakah benar dirinya menjadi hamba cinta Wafri Qusyairi? Seperti yang dikatakan Nurul beberapa hari yang lalu. Dia benar-benar tidak mengerti mengapa dirinya jadi sebegini. Fathia dengan sedaya upaya pernah mencuba untuk tidak mengendahkan kehadiran Wafri dalam hidupnya tetapi dia gagal. Walau macam mana sekalipun dia marah terhadap Wafri, akhirnya dia tetap mengalah walaupun kadangkala persengketaan itu berpunca dari Wafri sendiri.
..........................
“ Rasanya dah berapa hari aku tak tengok kau bergayut. Dia tak call kau ke?”
Fathia menoleh sekilas kearah Nurul yang kelihatan khusyuk menonton drama Korea itu. Rasanya dia malas untuk menjawab pertanyaan Nurul tapi siapa lagi yang dapat membantu dirinya dalam mengharungi perjalanan hidup kalau bukan Nurul. Hanya Nurul yang dia ada dalam dunia ini. Mereka sama-sama tidak mempunyai keluarga lagi. Sudah hampir 20 tahun dia mengenali Nurul dari rumah kebajikan. Ibu angkat mereka juga sudah mengadap Ilahi. Kini tinggal mereka berdua saja. Nurul ibarat kakaknya walaupun Nurul hanya tua beberapa bulan saja darinya.
“ Dia tak ada call...”
“ SMS?”
Fathia mengeluh. Dia hanya menggeleng bila Nurul menoleh kearahnya.
“ See... Dia dah syok sendiri kat sana. Bila balik baru teringat kat kau. Entah-entah... Hishh! Malas aku nak fikir. Lelaki macam tu memang senang nak dapat perempuan. Kau ni apalah sangat, dah lah nak buat itu ini tak dapat dengan kau, tak macam perempuan yang dia ada keliling pinggang tu. Wafri pegang tangan mereka, mereka berikan pelukan lagi. Aku bukan suruh kau jadi macam perempuan-perempuan yang dia syok tu cuma aku nak kau sedar, kau dengan dia memang tak sesuai. Aku tak nak hanya kerana cinta kau buta menilai baik buruk dalam pergaulan ni”
“ InsyaAllah Nurul, aku tak akan buat macam tu. Dia pun faham tentang pendirian aku. Biar dialah. Mungkin dia nak rehatkan minda dia kat sana. Aku tak nak ganggu. Lagipun aku ni bukan kekasih dia, aku aje yang terhegeh-hegeh dekat dia”
“ Sedar pun kau kan. Dia tu yang tak ada pendirian, umur dah 30 tapi masih nak berfoya-foya. Kalau dia rehatkan minda dengan perempuan lain, itu aku percaya sangat-sangat, memang tak syak lagi. Aku tak tahulah kenapa kau sayang sangat dekat dia tu. Kalau kau suka sebab kekayaan dia, aku tengok bila dia nak hadiahkan kau sesuatu, kau menolak. Apalagi bila benda tu, benda mahal. Tak kan hanya kerana rupa dia kau jadi tegar macam ni? Lelaki handsome ni susah Thia, kita terpaksa sharing dengan orang lain. Kita ni boleh makan hati dibuatnya”
Tersenyum Fathia mendengar kata-kata Nurul. Memang dia akui, susah bila mendapat lelaki yang tampan ini. Lagi-lagi lelaki yang seperti Wafri, pantang melihat perempuan yang berdahi licin, ada saja keinginan untuk berkenalan.
“ Terus terang aku katakan Nurul, aku menyayangi dia tanpa sebab. Mungkin kau tak kan percaya cakap aku ni. Mustahil kita suka seseorang tu tanpa sebabkan.... tapi inilah yang aku rasa. Kadang-kadang aku juga terfikir, kenapa aku cintakan dia sangat-sangat tapi aku tak dapat jawapan tu. Kalau aku cintakan dia hanya sebab kekayaan dia, dah lama aku kikis dia Nurul, dia memang tak kedekut. Apa yang aku nak memang dia dapat tunaikan tapi aku bukan jenis yang macam tu. Kalau aku cintakan dia hanya disebabkan paras rupa dia, dihari pertama kami jumpa tu aku dah boleh jatuh cinta tau... tapi aku tengok biasa saja. Memang aku akuilah yang dia tu handsome tapi bagi aku itu cuma advance yang ada untuk dia”
Lega Fathia meluahkan apa yang dia rasa. Selama ini perasaan itu hanya dipendam. Bila Nurul menyuarakan soalan itu baru dia luahkan. Pernah juga Wafri bertanyakan soalan yang hampir serupa seperti soalan Nurul tapi Fathia hanya tersenyum tanpa menjawab.
“ Ye ke? Boleh bahagia ke mencintai tanpa sebab ni? Aku dengan Hafiz tu aku rasa aku cintakan dia sebab dia caring, loving. Apa lagi eh? Banyak sebablah sebenarnya”
“ Ala kau ni Nurul... Pandangan masing-masing. Aku lain dan kau pun lain. Kalau sekiranya aku mencintai dia disebabkan sebab-sebab tertentu then suatu hari nanti salah satu sebab atau ke semua sebab yang aku suka dia tu hilang, tak ke hilang juga rasa cinta tu. Kiranya dia dah tak macam ni lah, itu lah. Lepas tu jadi bahan ungkitan kita di kemudian hari. Itu yang aku tak nak”
“ Betul jugak ehh... Kali ni aku terima pendapat kau. Tapi tak bermakna aku setuju kau dengan si Wafri tu. Aku doakan agar si Wafri tu berubah perangai supaya dia bukak mata dia tu seluas-luasnya untuk terima kau sepenuhnya”
“ Thank you Nurul”
Terus Fathia memeluk Nurul erat. Itulah doa yang selalu dipohonkan kepadaNYA. Hanya itu yang dia mampu lakukan. Jika dia cuba mengubah cara kehidupan Wafri sudah tentu Wafri tidak menyukai dan merasakan bahawa dia cuba untuk mengongkong Wafri.
...................
Fathia nampak kelibat Wafri yang segak berpakaian seragam. Dia tidak menyangka bahawa lelaki itu akan balik pada hari itu. Apa yang mampu dia lakukan hanya melihat Wafri dari jauh sebab memang tidak ada sesiapa pun tahu tentang hubungannya dengan Wafri kecuali Nurul. Wafri diiringi oleh beberapa pramugari, bergelak ketawa yang membuatkan hati Fathia hancur melihatnya. Nurul disisi hanya menjeling tanda meluat melihat Wafri.
Fathia meneruskan kerjanya. Tidak sanggup rasanya melihat Wafri bersama-sama dengan wanita lain.
“ Hai...”
Fathia mendongak. Terkebil-kebil matanya melihat Wafri yang menegurnya. Memang jarang sekali Wafri menegurnya ditempat kerja. Fathia hanya memberikan senyuman.
“ Senyum aje? Tak nak tanya I sihat ke tak ke?”
Fathia menoleh kearah Nurul, dia tahu Nurul benci mendengar kata-kata Wafri. Seperti yang di agak, Nurul bertukar tempat duduk.
“ So how are you? How’s Dubai? Cousin you tak ikut balik sekali ke?”
“ I’m good. Dubai macam biasalah. Like I said before, you should come with me. Baru best. My cousin... dua hari aje dia kat Dubai then terbang ke England. I miss you dear”
Ahhh... Wafri memang pandai berkata manis. Fathia menatap wajah Wafri, dia benar-benar rindu untuk menatap wajah Wafri tapi hanya sementara bila Syaqila, salah seorang pramugari menghampiri Wafri.
“ Hey handsome boy, jadi tak you nak hantar I ni? I dah letih la... Ehh.. Thia, you pun kenal Wafri ke? Oh ye, sapa yang tak kenal kapten handsome ni kan...”
Lembut betul suara Syaqila bercakap. Siapa yang tidak tahu Syaqila, perempuan gedik yang suka berkata tanpa memikirkan perasaan orang lain. Sakit mata Fathia bila melihat Syaqila memeluk lengan Wafri.
“ Kejap... I nak cakap dengan Fathia”
“ You ni... I dah letih ni. You boleh bercakap dengan dia next time. Almost everyday dia menempek kat sini tau. You Thia, jangan cuba nak goda dia pulak, dia ni I yang punya. But... why I have to worry? you bukan lawanan I. I tau, you bukan taste Wafri”
“ Qila!”
Keras suara Wafri menegur Syaqila.
“ Okey I tunggu you dalam kereta. Driver you dah sampai. Bye Thia”
Kelat senyuman Fathia lemparkan. Sakit juga hatinya bila mendengar kata-kata Syaqila itu. Dia sedar yang dia tidak bergaya seperti Syaqila, berjalan dengan lenggang-lenggok seperti dibuat-buat. Lagipun buat apa pakai seksi-seksi bila dia sendiri tidak selesa memakainya.
“ Jangan ambil hati apa yang Qila katakan tu. I bukan milik dia. I berhak berkawan dengan sesiapa saja. You jangan ambik hati eh”
“ Tak adalah... I dah kenal dengan Qila tu. Memang cara dia cakap macam tu. I tak kisah. Betul kata dia, I’m not your taste”
“ Fathia... Don’t say like that. I tak suka. You tak tahu ke yang I rindukan you?”
Tidak sanggup rasanya Fathia bertentang mata dengan Wafri sebab dia tahu perkataan rindu itu cuma ingin menjaga hatinya. Dia tidak mahu Wafri melihat kekecewaan yang terpancar dimatanya.
“ I ada kerja Fri. Nanti apa kata orang bila I berbual dengan you pulak. Lagipun nanti orang fikir yang bukan-bukan. Take a rest, I know you’re tired”
“ I’ll call you later. Nak I jemput you nanti?”
“ Tak apa. Nurul kan ada. You rehatlah”
“ Okey. Take care dear. Bye...”
Fathia mengeluh setelah kelibat Wafri tidak lagi kelihatan. Sampai bila dia harus begini. Disakiti secara diam. Dia benar-benar makan hati dengan sikap Wafri. Wafri seolah-olah memberikan dia harapan tapi hubungan mereka tetap sama. Hanya kawan dan bukan pasangan kekasih. Apatah lagi untuk memberikan komitmen dalam membina rumah tangga, memang jauh sekali.
Nurul pernah mengatakan bahawa dia wanita tabah, tabah kerana masih bertahan dengan sikap Wafri. Tidak pernah menitiskan airmata bila hati selalu saja disakiti tapi hakikat yang sebenar, Fathia sudah letih untuk menitiskan airmata. Dia malu dengan Nurul jika dia kelihatan lemah kerana ini pilihan yang dia pilih. Fathia yang memilih untuk terus mencintai Wafri walaupun dia tahu inilah pilihan yang akan memakan dirinya sendiri.
......................
Fathia bersiap-siap untuk makan malam. Kata Nurul, Hafiz berbesar hati hendak membawa mereka makan malam di hotel. Fathia cuba menolak, takut kehadirannya menganggu pasangan tersebut tapi Nurul berkeras hendak membawanya bersama. Lagi pula dia rasa tidak enak badan. Kepalanya terasa berat tapi kasihan pula untuk menghampakan Nurul dan juga Hafiz.
Fathia memerhatikan dirinya dicermin. Berpuas hati dengan penampilannya. Hanya mengenakan dress labuh dan rambut disanggul rapi membuatkan dia kelihatan elegan. Kesemua ini adalah kehendak Nurul, kata Nurul dia mahu Fathia berpakaian formal sebab jarang sekali mereka hendak makan ditempat mewah jadi kenalah mengikut apa yang dikehendaki.
Dalam perjalanan menuju ke hotel yang dimaksudkan, Fathia sempat menghantar pesanan ringkas kepada Wafri. Memang menjadi kebiasaannya untuk memberitahu Wafri jika dia mahu kemana-mana.
+ I nak dinner kat luar dgn Nurul n Hafiz. Like usual, just do tke cre wherever u r. Luv u
Hanya beberapa minit, balasan pesanan ringkas dari Wafri diterima.
- Ok dear. I pun dinner dgn kwn ni. Tke cre n luv u too.
Senyuman menghiasi bibir Fathia. Kata-kata dari pesanan ringkas itu sudah memadai baginya. Sukar untuk dia tafsirkan perasaannya terhadap Wafri, hanya Tuhan saja yang tahu segala-galanya. Dia melentokkan kepala yang terasa berat, cuba melelapkan mata walaupun hanya sekejap bagi meredakan kesakitan yang melanda.
Nurul yang duduk di tempat penumpang hadapan hanya memerhatikan Fathia melalui cermin penumpang. Wajah Fathia kelihatan pucat tapi dapat ditutupi hanya kerana senyuman yang menghiasi bibir Fathia, mungkin mendapat pesanan ringkas dari Wafri, teka Nurul. Sebenarnya dia mempunyai agenda tersendiri, bukan dia tidak tahu bahawa Wafri juga ada di tempat hotel itu bersama dengan kawan sekerja yang lain. Dia terdengar dari perbualan pramugari mengenai Wafri hendak belanja mereka makan malam di hotel itu. Dia benci melihat layanan Wafri terhadap pramugari-pramugari yang bekerja dengan Wafri. Seolah-olah tiada batasan antara kapten dengan anak buahnya. Semuanya dilayan seperti perempuan istimewa.
Malam ini Nurul sepakat dengan Hafiz untuk menemukan Fathia dengan kawan lama mereka, Dzul Fahmi. Dulu Fathia pernah menyatakan bahawa dia amat menyayangi Dzul Fahmi tapi Nurul tahu sayang Fathia hanya cuma sayang seorang adik. Dzul Fahmi selalu saja menjadi pelindung mereka ketika di sekolah menengah dan berlanjutan hingga mereka menyambung pengajian di kolej tapi sayang persahabatan itu terputus akibat Dzul Fahmi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Nurul sendiri tahu bahawa Dzul Fahmi juga menyayangi Fathia, rasanya tidak salah jika dia mengikat kembali persahabatan yang telah lama terputus. Dia berharap agar kedatangan Dzul Fahmi ini akan membuatkan Fathia berfikir dengan sebaiknya tentang perasaan Fathia terhadap Wafri. Perangai Dzul Fahmi sepuluh kali ganda lebih baik dari Wafri Qusyairi!
Mereka bertiga menuju kearah meja yang di tempah. Tanpa sedar Fathia ternampak Wafri yang dikelilingi oleh beberapa pramugara dan pramugari di meja berhampiran dengan mereka. Wafri kelihatan terkejut melihat kehadiran Fathia di situ. Pada masa yang sama, Zety cuba membersihkan bibir Wafri dengan napkin. Mungkin ada lebihan makanan yang membuatkan salah seorang pramugari itu cuba untuk mengelapkan. Pedih rasa hatinya bila Wafri tidak menolak perbuatan Zety itu. Adakah ini juga dikatakan layanan untuk seorang kawan? Mesra yang teramat sangat.
“ Ehh... You guys pun ada kat sini rupanya. Macam berjanji pulak kita semua ni ye”
Nurul dengan ramah menegur.
“ A’ah lah... Ehh.. jom lah join sekali. Lagi ramai lagi meriahkan... okey tak Kapten?”
“ Yeah sure. Why not?”
Wafri setuju dengan cadangan Zura. Walaupun dia berat hati kerana dia tahu perbuatannya ini hanya akan menghancurkan hati Fathia.
“ Okeylah kalau macam tu”
Lemah semangat Fathia bila Nurul bersetuju dengan cadangan Zura itu. Hati siapa yang tidak hancur bila melihat orang yang dicintai berkepit dengan perempuan lain. Nasib baik Syaqila tidak ada, kalau ada memang dia tidak sanggup berada disitu. Rupanya dalam diam Zety juga menaruh harapan terhadap Wafri, mungkin disebabkan ketiadaan Syaqila maka Zety mengambil peluang untuk mendekati Wafri.
Meja empat segi dicantumkan supaya memuatkan untuk 10 orang. 6 orang daripadanya adalah teman sekerja Wafri termasuk dengan dirinya sekali manakala selebihnya adalah mereka. Kata Nurul ada lagi seorang yang akan datang. Malas Fathia hendak memikirkan. Dia hanya duduk diam. Wafri dengan sengaja berpindah tempat duduk bersebelahan dengan Fathia. Dia sudah tidak senang duduk bila Zety merenungnya tajam. Ahhh.. dia tidak perlu takut, sebab bukan dia yang terhegeh untuk duduk bersebelahan dengan Wafri.
“ Assalamualaikum...”
Sapa Dzul Fahmi yang baru tiba.
“ Mi?”
Fathia benar-benar terkejut dengan kehadiran Dzul Fahmi. Rasa gembira yang tak terkata.
Wafri juga terkejut dengan kehadiran Dzul Fahmi, lebih-lebih lagi Fathia juga mengenali sepupunya itu. Sepupu yang tidak sebulu dengannya. Entah kenapa, dia sudah rasa lain semacam.
“ Surprise!! Inilah kejutan yang aku nak bagi dekat kau. Fahmi dah balik Thia. Our lovely friend”
Gembira Nurul melihat bila Fathia seakan teruja dengan kehadiran Dzul Fahmi. Biar melalak mata Wafri dengan kehadiran Dzul Fahmi.
“ Hye my sweety. How are you?”
“ Baik. Alhamdulillah. Dah lama rasanya kita tak jumpa Mi”
“ Yeah... Almost 5 years... Wait... Wafri Qusyairi?”
Fathia menoleh kearah Wafri bila Dzul Fahmi seakan mengenali Wafri.
“ Apa khabar? Dah lama kau balik?”
Wafri bangkit dari tempat duduknya dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Dzul Fahmi.
“ Baru aje. Few days ago... Hey guys, he’s my cousin. Tak sangka Kapten Wafri ni kawan you guys rupanya”
Geram hati Wafri bila melihat mata Dzul Fahmi tidak lepas merenung Fathia. Lagi-lagi bila kedudukan Dzul Fahmi yang berhadapan dengan Fathia. Fathia pula seolah-olah tidak menghiraukan dia.
“ Hey sweety, kenapa diam aje ni? Tak suka dengan kedatangan Mi ni ke?”
Fathia tersenyum lalu menggeleng. Dia gembira dengan kehadiran Dzul Fahmi itu cuma kepalanya terasa sakit yang teramat sangat. Dia juga perasan yang Wafri tiba-tiba saja tidak banyak bercakap. Risau juga dia, mana tahu Wafri rasa tidak sihat.
“ You okey ke tak ni?”
Tanya Fathia perlahan, tidak mahu pertanyaannya itu didengar oleh orang lain.
“ I’m not okay!”
Keras suara Wafri menjawab. Fathia hairan, hendak bertanya dengan lebih lanjut lagi tapi Dzul Fahmi pula yang bersuara.
“ Thia... Mi tengok Thia bertambah cantik. Rindu dengan kenangan kita dulu”
“ Ala... Kenangan masa remaja Mi... Thia tak kan lupa kenangan kita tu”
Sakit hati Wafri mendengar perbualan Fathia dan juga Dzul Fahmi. Apa hubungan sebenar Fathia dengan Dzul Fahmi? Dia benar-benar ingin mengetahui.
Fathia menoleh sekilas kearah Wafri, tidak mahu Wafri memikirkan yang bukan-bukan mengenai hubungannya dengan Dzul Fahmi.
“ Thia... Hidung you berdarah!”
Dengan pantas jari-jemari Wafri cuba menahan darah yang mengalir dari hidung Fathia tanpa berlapikkan apa-apa. Semua yang ada terkejut dengan perbuatan Wafri.
“ It’s Okey, I pergi ladies kejap. Excuse me”
Fathia terus mencapai tisu dan menutup hidungnya dari mengalirkan darah.
“ Nak I temankan?”
Tanya Wafri. Dia kelihatan risau sekali. Fathia hanya menggeleng.
“ Biar I aje yang temankan dia”
Usul Nurul, Fathia hanya mengangguk. Ketika dia berdiri, pandangannya terasa berputar-putar. Akhirnya dia rebah disisi Wafri. Mereka yang ada disitu terus menghampiri Fathia. Dzul Fahmi berkeras ingin membawa Fathia ke hospital begitu juga dengan Wafri. Keadaan ketika itu kelihatan tegang.
“ Fathia girlfriend aku Fahmi! Aku sendiri yang akan bawa dia ke hospital”
Tanpa berlengah Wafri terus mencempung badan Fathia. Dia sudah tidak peduli lagi pandangan orang. Yang penting dia mahu Fathia sampai ke hospital terlebih dahulu.
Dalam risau keadaan Fathia, mereka juga terkejut dengan kenyataan yang dilemparkan oleh Wafri itu. Lebih-lebih lagi Dzul Fahmi dan Zety. Mereka tidak menyangka bahawa Wafri berhubungan dengan Fathia.
.....................
Keadaan dalam bilik wad itu hanya sunyi sepi. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Keadaan Fathia tidaklah seteruk mana cuma kondisi badannya agak lemah dan dia mengalami tekanan. Wafri memerhatikan Fathia yang lena, memang dia akui Fathia kelihatan pucat sekali ketika makan malam itu. Jari-jemari Fathia digenggam erat, tidak menghiraukan Nurul dan Dzul Fahmi yang juga ada disitu. Apa yang penting, dia risau dengan keadaan Fathia walaupun dia tahu Fathia dalam keadaan stabil.
Benci Nurul melihat keprihatinan Wafri terhadap Fathia. Dasar kaki perempuan! Cemuh hatinya. Dia menganggap segala tindakkan yang Wafri lakukan semata-mata lakonan. Dia tahu Wafri rasa tercabar dengan kemunculan Dzul Fahmi. Tidak mahu Wafri sewenang-wenangnya memegang tangan Fathia, akhirnya Nurul bersuara.
“ You guys baliklah. I akan jaga Thia. Dah lewat sangat ni. Kalau tak ada masalah, esok Thia dah boleh balik”
Nurul sudah pun menghubungi ketua mereka untuk diberikan cuti kecemasan dan memberitahu tentang keadaan Fathia. Alhamdulillah, dia sudah diberi kebenaran. Hafiz juga sudah pulang sebab esok pagi lelaki itu akan keluar daerah.
“ I nak tunggu sampai Fathia sedar”
“ Kan Fathia tengah tidur tu. I akan jaga dia. You baliklah. Tukang jaga seorang aje yang dibenarkan. Waktu melawat pun dah tamat”
Geram Nurul mendengar kata Wafri itu. Terpaksa dia mengawal suaranya, takut menganggu tidur Fathia. Kenapa pula Wafri mengambil berat yang teramat sangat tentang Fathia? Kan lebih baik Wafri meluangkan masa bersama dengan perempuan lain dari menjaga Fathia. Nurul memandang Dzul Fahmi, meminta supaya Dzul Fahmi mengajak Wafri untuk pulang apabila melihat Wafri yang tidak berkutik dari tempat duduk.
“ Jomlah balik. Kau boleh datang esok. Dah lewat sangat ni. Nurse dah banyak kali jenguk kat bilik ni. Nak halau kita lah tu”
Wafri mengeluh, dia terpaksa akur. Dia tahu, Nurul tidak suka dia ada disitu. Tapi dia mahu apabila Fathia terjaga dari tidur, orang yang pertama Fathia lihat adalah dia. Tanpa sedar dia mencium ubun-ubun kepala Fathia. Perbuatan itu sangat pantas tanpa sempat ditegah oleh Nurul.
“ Wafri! Jangan samakan Thia dengan perempuan-perempuan yang you kenal!”
Teguran yang keras Nurul lemparkan kepada Wafri. Terkejut Nurul dengan perbuatan Wafri itu. Dzul Fahmi juga sebegitu, rasanya Wafri tidak wajar buat sebegitu.
“ I’m so sorry...”
Wafri memohon maaf, dia sendiri tidak menyangka yang dia akan buat sebegitu. Dia merasakan hatinya sukar untuk melepaskan Fathia. Kalut betul apa yang dia rasakan ini. Kalau pun Fathia sedar, sudah tentu Fathia akan memarahi dirinya juga sebab dia tahu Fathia seorang yang menjaga adab pergaulan.
Sebelum keluar dari bilik wad itu, sempat Wafri berpesan kepada Nurul supaya menghubungi dia jika ada apa-apa berlaku.
Ketika sampai dikawasan letak kereta, Dzul Fahmi bersuara.
“ Aku tak sangka kau lelaki yang menjadi pilihan Thia. Aku tak tahu adakah Fathia yang malang atau kau yang bodoh tak tahu nak menilai seseorang tu”
“ Apa kau merepek ni?! Kau jangan nak cari gaduh dengan aku Mi!”
Kuat Wafri menggenggam jari-jemarinya. Rasa ingin melayangkan penumbuk untuk Dzul Fahmi. Kata sindiran dari Dzul Fahmi itu membuatkan darahnya panas. Terus dia membuka pintu kereta dan mengambil kotak rokok Dunhill. Sebenarnya dia jarang merokok tapi kali ini terasa ingin merokok bagi menghilangkan rasa amarahnya.
“ Citarasa Thia dah berubah...”
Sinis senyuman yang dilemparkan oleh Dzul Fahmi.
“ Dulu memang dia pantang sangat dengan lelaki merokok ni tapi kali ni hanya disebabkan cintanya pada kau semua tu sudah tidak penting buat dia”
Terhenti Wafri dari terus menyedut rokoknya. Pernah sekali dia merokok ketika keluar makan dengan Fathia, Fathia menjarakkan diri dari berhampiran dengannya tapi tidak pula Fathia menegur mahupun merungut. Ahhh.. Fathia, memang tidak pernah mengecilkan hatinya.
“ Aku dah tahu cerita kau dengan Thia. Aku rasa simpati sangat-sangat dekat dia. Bukan disebabkan dia tak layak untuk kau tapi kau yang tak layak untuk dia! Aku tahu dia jadi macam ni pun disebabkan kau, tertekan dengan kau yang tak tahu nak jaga hati dia. Aku balik ni memang nak mengikat kembali hubungan kami. Aku akan cuba sedaya upaya supaya dia lupakan kau. Kau teruskanlah dengan kehidupan kau dengan dikelilingi oleh perempuan-perempuan kau tu tapi jangan sekali-kali kau ganggu Thia lagi!”
Sambung Dzul Fahmi dengan kata amaran sekali.
Tanpa menunggu lama, satu tumbukkan yang kuat dilayangkan oleh Wafri tepat ke pipi Dzul Fahmi.
“ Kau jangan cuba nak ambik Fathia! Dia milik aku dan aku tak kan benarkan mana-mana lelaki cuba dekati dia terutama kau!”
Terus Wafri meninggalkan Dzul Fahmi.
Dzul Fahmi memegang pipinya yang terasa kebas, ada cecair merah dibibirnya. Kuat juga penangan Wafri itu. Tetapi dia kena bertindak, tidak sanggup rasanya melihat Fathia menderita. Sayangnya pada Fathia tidak pernah pudar. Dia tahu Fathia seorang yang suka memendam perasaan. Dia akan menolong Fathia selagi dia termampu.
.....................
“ I nak bercakap dengan Fathia sekejap”
“ Jangan lama, Thia belum sihat sepenuhnya”
Jawab Nurul lalu keluar dari kereta Wafri. Wafri bertegas hendak menghantar Fathia pulang, begitu juga dengan Dzul Fahmi. Tapi akhirnya Dzul Fahmi akur apabila melihat Wafri yang tidak mahu mengalah.
Wafri memandang wajah Fathia yang termenung.
“ Fathia kenapa ni? Senyap aje dari tadi? Please jangan fikir yang bukan-bukan. Kalau rasa tak puas hati, luahkan aje dear. Jangan pendam perasaan macam ni, I tak nak you stress”
Fathia menoleh kearah Wafri. Luahkan? Untuk apa? Rasanya segala luahan perasaannya hanya dipandang sepi oleh Wafri. Wafri tetap tidak berubah.
“ Tak adalah... Rasa pening masih ada, so tak nak cakap banyak.. You tak fly ke minggu ni?”
“ Tak... I cuti. I nak jaga you. Sampai I yakin yang you sehat sepenuhnya baru I kerja”
Terasa berat senyuman Fathia. Kini Wafri ingin menjaga hatinya. Adakah benar kata-kata Nurul pagi tadi? Bahawa Wafri rasa tergugat dengan kehadiran Dzul Fahmi. Mungkin benar... Selama ini mungkin Wafri merasakan bahawa hanya dia lelaki yang ada dalam hidup Fathia. Jika begitu, Fathia rasa penantiannya selama ini hanya sia-sia belaka. Wafri hanya rasa tercabar bukan disebabkan mencintainya.
“ Thia...”
Tegur Wafri.
“ You jangan risau... I okey. You kerjalah... Kan dulu you pernah kata kalau you tak fly kemana-mana dalam tempoh seminggu aje pun you rasa diri you tak complete. I boleh jaga diri I”
“ Sayang... Please... I know something’s wrong with you. I... I...”
“ Fri... Jika terjadi apa-apa, you kena ingat yang I selalu sayangkan you. I tak akan paksa you lagi jika selama ni kehadiran I dalam hidup you membuatkan you rasa terpaksa. Don’t worry about my feeling, I can handle by myself. You jaga diri. Jangan lupa jaga juga kesihatan you. Kalau boleh, kurangkan merokok. I tak nak you sakit hanya disebabkan rokok. Masih ramai yang menyayangi you. I masuk dulu, nak rehat”
Tanpa menunggu jawapan dari Wafri, Fathia sudah pun melangkah keluar dari kereta. Tidak dihiraukan panggilan dari Wafri. Cukuplah... Cukup sampai disini saja, bisik hati Fathia.
Ketika sampai dibilik tidurnya, Fathia terus merebahkan badannya diatas katil. Airmata yang selama ini lelah untuk mengalir kini tanpa segan silu berguguran. Dia melepaskan Wafri tanpa kerelaan hatinya tapi akalnya yang menginginkan. Sudah lama dia merasakan penderitaan yang dibina oleh Wafri tanpa lelaki itu sendiri sedari. Dia akan belajar untuk melupakan Wafri Qusyairi.
Terkebil-kebil mata Wafri apabila panggilannya tidak diendahkan oleh Fathia apatah lagi mendengar kata-kata terakhir Fathia itu. Apa maksud Fathia sebenarnya? Jangan pula Fathia ingin berputus asa terhadapnya. Tidak!!! Dia tidak mahu Fathia lari dari hidupnya. Fathia miliknya! Fathia selalu ada bila dia dibayangi kebosanan, kurang sihat dan macam-macam lagi. Memang Fathia seorang yang sangat mengambil berat terhadap dirinya. Dia juga rasa kagum dengan kesungguhan Fathia mencintainya, tidak pernah sekali pun Fathia melenting bila dia berdampingan dengan mana-mana perempuan walaupun dia tahu hati Fathia hancur dengan perbuatannya.
Pernah sekali ketika dia dalam keadaan tidak sihat, panggilan telefon mahupun pesanan ringkas dari Fathia tidak sempat dibalasnya kerana ketika itu dia merasakan badannya lemah sekali. Dia hanya tinggal berseorangan di kondominium itu kerana dia memang seorang yang independent. Fathia sanggup datang kerumahnya bersama dengan Nurul untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku. Dia ingat lagi situasi ketika itu.
Pagi itu bil lonceng kondonya sudah banyak kali berbunyi. Mulanya dia memang tidak mahu peduli kerana dia merasakan yang dia sendiri tidak larat untuk membuka pintu tapi bila bil lonceng itu berbunyi tanpa henti akhirnya dia terpaksa mengagahkan dirinya.
“ Wafri what happened to you?”
Dengan linangan airmata Fathia mendekatinya.
“ Thia...”
Hampir tidak terkeluar suaranya menyebut nama Fathia. Dia benar-benar lemah.
“ You demam ni Fri. Kita pergi hospital yer? Nurul, tolong telefonkan ambulance. Wafri dah tak larat sangat ni”
“ No... It’s okay... I just nak rehat kat rumah. Lepas makan ubat, okeylah tu. Please, I don’t want to go to hospital”
Akhirnya Fathia akur dengan keengganannya. Fathia menjaganya dengan baik. Terpancar kerisauan diwajah Fathia. Fathia masakkan dia bubur, setia menemaninya disisi ketika dia terkulai layu. Sehingga Fathia sanggup merayu kepada Nurul untuk menemankan Fathia di situ.
Alhamdulillah, petang itu dia terjaga dari lena dan demamnya juga terasa kebah. Fathia tetap berada disisinya. Dia melihat pintu biliknya terbuka luas, tahu dengan pendirian Fathia. Nurul sudah pasti berada di ruang tamu. Rasa bersalah kepada kedua-duanya.
“ You nak makan Fri? Kalau nak, I masakkan untuk you”
“ Tak apa, I masih kenyang dengan bubur you tadi. Sorry I dah susahkan you dan Nurul. Patutnya I balik aje ke rumah mama tapi malas pulak”
“ It’s okay... tapi jangan buat macam ni lagi, tak balas SMS I. I betul-betul risau. I takut something happened dekat you. I jadi tak tentu arah...”
“ Sampai menangis ye... Sorry sayang. I tak bermaksud nak buat macam tu cuma I tak larat sangat nak bergerak. Phone pun jauh dari I”
“ Dari semalam I tak henti menangis sampai Nurul marah dekat I. I tak nak jadi apa-apa dekat you. I rasa panas you ni dah menurun”
Telapak tangan kanan Fathia mendakap ke dahinya. Dia memegang jari-jemari itu lalu dibawa ke bibirnya. Fathia tergamam dan cepat saja tangan itu dilarikan.
Deruman motosikal mengejutkan Wafri dari terus termenung. Rupanya dia masih berada dihadapan rumah Fathia. Tidak mengapa, dia akan meminta penjelasan dari Fathia tentang kata-kata terakhir Fathia itu pada lain hari, tidak mahu menganggu Fathia. Biar Fathia berehat dengan sepenuhnya.
.......................
Sudah seminggu berlalu peristiwa Fathia jatuh pengsan dan kini Wafri yakin bahawa Fathia benar-benar sembuh. Tapi sepanjang seminggu itu juga layanan Fathia terhadapnya berbeza sekali. Walaupun tidak berjumpa tapi hari-hari dia menghubungi mahupun menghantar pesanan ringkas kepada Fathia. Yang lebih menghairankan Wafri, Fathia seolah-olah mengelak dari bercakap dengannya. Wafri merenung telefon bimbitnya, mengharapkan panggilan telefon mahupun pesanan ringkas dari Fathia tapi hampa. Dia langsung tidak mengharapkan panggilan telefon dari teman-teman wanitanya yang lain. Terasa bosan sekali, semuanya dirasakan hanya berpura-pura. Arghhh!!! Jerit hati Wafri. Dia merindui Fathia. Terus dia mencari nama Fathia dalam telefon bimbitnya dan butang hijau ditekan.
“ Assalamualaikum”
“ Walaikumsalam...”
“ Sayang sihat? I rindukan you Thia... Boleh kita jumpa? Sekejap pun jadilah”
“ I sihat... I rasa, I tak dapat jumpa you. Nurul nak I temani dia beli barang hantaran lepas kerja ni”
“ Actually... Esok I dah mula kerja. So kita jumpa before flight I, boleh?”
“ I busy Fri so I tak janji. I’ve to go now. Kak Ana panggil I. Bye..”
Tanpa menunggu jawapan dari Wafri, Fathia sudah meletakkan telefon. Wafri mengeluh. Tidak mengapa, dia tidak akan berputus asa. Selepas balik dari England, dia akan berjumpa dengan Fathia.
......................
Seperti apa yang diharapkan, sehari selepas balik dari England, pagi itu Wafri sudah menunggu dihadapan rumah Fathia. Dia tahu Fathia cuti, jadi tiada lagi alasan yang akan didengarnya dari Fathia. Pada mulanya bermacam-macam alasan yang diberikan oleh Fathia tapi setelah dia menggertak bahawa dia tidak akan berganjak dari situ selagi Fathia tidak berjumpa dengannya akhirnya Fathia akur.
Dia memandang Fathia yang menghampirinya. Rindu untuk menatap wajah Fathia tetapi wajah itu kelihatan cengkung. Tidakkah Fathia tahu yang dia teramat merindui perempuan itu?
“ Dear...”
“ I rasa... Biarlah I berterus-terang. I dah tak harapkan you lagi Fri. Anggap saja perasaan I selama ni hanya perasaan yang singgah sementara. Yang mengajar I erti cinta, rindu dan kecewa. Cinta you tak pernah wujud untuk I Fri... I tahu kita hanya mampu menjalani kehidupan sebagai kawan dan tak akan pernah lebih daripada itu... I...”
“ Wait! What are you talking about?? Dear please, jangan buat keputusan melulu ni. What’s wrong with you Fathia? Tak kan disebabkan Fahmi you jadi macam ni? Please... I’m begging you dear... Don’t do this to me”
“ I know... You jadi macam ni disebabkan you rasa tergugat dengan kehadiran Fahmi kan? Tak ada sedikit pun hati you untuk I Fri, please jangan nak tipu diri sendiri pulak!”
“ No!! I’m not Fathia! I cintakan you. Sumpah! I mengaku disebabkan Fahmi yang membuatkan I sedar yang selama ni I cintakan you tapi bukan disebabkan ego atau rasa tercabar!!! I tak pernah luahkan kata cinta pada perempuan lain melainkan dengan you! Memang I akui, I berkata manis dengan mereka tapi tak pernah sekalipun I meluahkan kata rindu mahupun cinta kepada mereka”
“ Cukuplah Fri... I dah letih. Hampir dua tahun Fri... Bukan dua hari I menunggu. Hati I terluka dengan sikap you”
“ Please Fathia... Berikan I masa untuk buktikan yang I benar-benar cintakan you. I janji, I akan berubah. You pegang janji I ni”
“ Kalau benar you cintakan I... I tak nak you jumpa I lagi. Jangan hubungi I. Kalau pun kita terserempak, anggap aje yang kita tak kenal. Itu permintaan I untuk you tunjukkan cinta you dekat I”
“ Fathia!!!”
“ Baliklah... Don’t wasting your time here. I masuk dulu. Jaga diri”
.......................
Setahun kemudian...
“ Thia...”
Sapa Nurul. Dia menghampiri Fathia yang duduk termenung di sofa ruang tamu rumah mereka. Fathia hanya tersenyum memandang Nurul.
“ Thia... Kau ikutlah aku ye... Aku tak nak kau tinggal sorang kat rumah ni”
Fathia hanya menggeleng.
“ Tak Nurul. Cukuplah aku dah susahkan kau sebelum ni. Disebabkan aku, kau terpaksa tangguhkan pernikahan kau. Kali ni, aku tak nak di sebabkan aku juga kau rasa berat hati nak pindah ke rumah Hafiz. Kau sekarang isteri Hafiz, Nurul. InsyaAllah, aku akan survive tinggal sorang kat rumah ni. Kau jangan risau. Jiran-jiran kita ni pun baik. Dah macam keluarga aku rasakan”
Teres setingkat ini adalah milik ibu angkat mereka. Ibu angkat mereka belum berkahwin lagi sehingga hembusan terakhirnya. Jadi ibu angkat mereka telah mewasiatkan rumah teres setingkat itu untuk mereka.
Nurul hanya mengeluh. Tidak sampai hati membiarkan Fathia tinggal dirumah itu seorang diri. Fathia yang masa kini bukan Fathia yang dikenalinya dulu. Fathia sudah banyak berubah. Suka menyendiri, termenung dan banyak diam dari berkata-kata. Tiba masanya Nurul ingin berbincangkan sesuatu dengan Fathia. Mungkin ini salahnya, kerana tidak memahami perasaan sebenar Fathia. Setahun yang lalu, dia pernah mengharapkan Fathia untuk berpisah dengan Wafri dan menjalinkan hubungan dengan Dzul Fahmi. Tapi semua itu hanya membuatkan Fathia semakin menderita. Dia teringatkan Dzul Fahmi, rupanya lelaki itu cuma ingin menolong Fathia. Sayangnya cuma sayang seorang abang kerana Dzul Fahmi juga sedang mengenali seseorang.
“ Nurul...”
Nurul tersentak dengan panggilan Fathia itu. Dia menarik nafas, biarlah kali ini dia pula yang menyarankan supaya Fathia menerima kembali Wafri Qusyairi.
“ Thia... Kau masih sayangkan Wafri?”
Terpana Fathia mendengar bila Nurul mengungkit kembali nama Wafri.
“ Benda dah lepas Nurul... Aku malas nak kenang”
“ Tapi Thia... Kau tak tahu perkara sebenar. Macam mana Wafri sekarang ni. Memang dulu aku benci sangat dekat dia, sebab perangai dia yang gilakan perempuan tu tapi... Entahlah... Yang penting aku tahu dia memang sayangkan kau sangat-sangat”
Fathia memandang Nurul dengan pandangan yang berkerut.
“ Kenapa dengan kau ni Nurul? Dulu beria-ia kau suruh aku putuskan hubungan dengan dia dan sekarang kau nak aku bersama dengan dia balik? Kau dah demam ke apa ni?”
“ Kau tahukan yang dia dah berhenti dari MAS... Sebab dia nak penuhkan permintaan kau. Dalam dua tiga bulan ni pun kita tak dengar apa-apa berita tentang dia dan aku tahu kau memang risau sangat-sangat dekat dia sampai makan minum kau tak menentu”
Fathia cuba mengawal airmatanya dari mengalir lalu dia mengalihkan pandangannya ke kaca televisyen. Memang dia akui, tiada berita mengenai Wafri dalam beberapa bulan ini. Sudahlah dia kecewa bila mendapat tahu Wafri mengambil keputusan untuk berhenti dari berkidmat sebagai juruterbang hanya kerana memenuhi kehendaknya yang tidak mahu terserempak dengan Wafri.
“ Thia... aku tahu kau masih sayangkan dia. Jangan paksa diri kau lagi Thia. Aku sayangkan kau. Aku nak kau bahagia Thia... Terimalah Wafri kembali, dia dah berubah. Aku tahu hanya kau yang dicintainya. Perpisahan ini cuma buat kamu berdua sengsara. Maafkan aku..”
Bila melihat Nurul menitiskan airmata tanpa dapat tegah, airmata Fathia mengalir dengan deras. Ya, dia masih mencintai Wafri. Sangat merindui lelaki itu.
“ Memang aku sayangkan dia Nurul. Aku tak dapat lupakan dia. Aku berdoa berkali-kali minta petunjuk agar aku dapat mencari jalan penyelesaian tapi setiap kali itu juga aku teringatkan Wafri. Aku dah buntu nak buat macam mana, khabar berita dia pun kita tak tahu. Aku takut Nurul, aku takut sesuatu terjadi dekat dia”
Esakkan Fathia semakin kedengaran. Nurul memeluk Fathia, cuba untuk menenangkan gadis itu.
“ Dia dah ada kat sini Thia. Baru balik dari umrah. Parents Fahmi terserempak dia kat Mekkah. Sebenarnya Fahmi nak bagitahu kau tentang Wafri tapi dia takut kau yang tak nak dengar tentang Wafri lagi. Dia sekarang ni kerja dekat syarikat family dia, tolong-tolong sikit abang dia tu. Aku boleh tolong kau jumpa dia Thia. Sebab dia memang tunggu kau”
Fathia mengangguk laju. Dia memeluk Nurul dengan erat. Mengharapkan selepas ini akan ada sinar bahagia untuknya dan juga Wafri.
.........................
Hari ini Nurul dan juga Dzul Fahmi akan menolong Fathia untuk bertemu dengan Wafri Qusyairi. Fathia berasa gemuruh yang teramat sangat, rindu untuk menatap wajah lelaki yang amat dicintainya.
Fathia melihat dihujung sudut restaurant itu, kelibat Dzul Fahmi kelihatan bersama dengan Wafri yang duduk membelakangi. Nurul merangkul lengannya, mungkin untuk menghilangkan rasa gemuruh yang melandanya.
“ InsyaAllah... Semoga segalanya berjalan dengan lancar Thia”
Semoga kata-kata ini akan akan menambahkan semangat Fathia, bisik hati Nurul.
Wafri memandang Dzul Fahmi hairan. Dzul Fahmi ingin berjumpa dengannya tapi hanya pertanyaan khabar yang melontar dari bibir lelaki itu selainnya Dzul Fahmi hanya berdiam diri dan berkali-kali membalas pesanan ringkas dari seseorang. Mulanya dia berat hati untuk bertemu dengan Dzul Fahmi, terasa dirinya kalah sebelum bertempur. Memang Dzul Fahmi layak bersama dengan Fathia. Dia cuma lelaki yang cuba untuk berubah di saat-saat akhir. Semuanya sudah terlambat.
“ Assalamualaikum”
Laju Wafri menoleh, dia kenal dengan suara itu. Salam dijawab perlahan. Tanpa sedar Wafri berdiri mengadap Fathia. Fathia nampak manis dengan mengenakan tudung. Dalam masa setahun banyak perubahan yang berlaku antara dia dan juga Fathia.
“ I think... I shouldn’t be here”
Terus Wafri mencapai telefon bimbitnya di atas meja dan berkira untuk pergi dari situ. Permintaan Fathia itu tidak akan dilupakan kecuali hatinya sudah dapat menerima Fathia bukan miliknya.
“ Wafri... Tolong... Tolong jangan pergi. Saya mohon..”
Rayu Fathia bila melihat Wafri ingin berlalu pergi.
Terhenti Wafri dari terus melangkah pergi. Adakah Fathia dan juga Dzul Fahmi ingin memberitahu sesuatu perkhabaran? Berita tentang pernikahan mereka? Ya Allah, berat sungguh dugaanMU. Semoga aku dapat menerima dengan hati yang tenang, doa Wafri dalam hati.
“ Kamu berbincanglah dengan baik. Capai kata sepakat yang membuatkan korang berdua happy. Jangan seksa diri korang lagi. Jodoh korang kuat sebenarnya”
Dzul Fahmi akhirnya bersuara. Dia akan cuba sedaya upaya untuk mengikat kembali hubungan Fathia dengan Wafri. Dia yakin, Wafri kini benar-benar sudah berubah.
“ Apa maksud kau Mi? Bukan dulu kau..”
“ Tak... Aku cuma nak kau sedar dari perangai kau yang dulu tu. Memang aku sayangkan Thia sebagai mana aku sayangkan Nurul. Sayang seorang abang untuk adiknya. Bincanglah... Kami pergi dulu”
Sebelum Dzul Fahmi dan juga Nurul berlalu pergi. Nurul sempat berikan sedikit amaran.
“ Kali ni I sokong you dengan Thia tapi kalau you buat Thia macam dulu lagi, nahas you I kerjakan dengan husband I”
Wafri tersenyum dengan kata-kata amaran Nurul itu. InsyaAllah, dia tidak akan buat begitu lagi. Cukuplah dia merasa kesengsaraan berpisah dengan Fathia.
Setelah memesan minuman. Suasana hanya sepi, Fathia hanya diam membisu.
“ Thia I’m so sorry. Saya tahu selama ini saya banyak melukakan hati Thia. Tapi percayalah, cinta saya hanya untuk Thia”
“ Macam mana dengan Qila, Zety, Wana dan perempuan yang sebanding dengannya tu?”
Perempuan yang sebanding dengannya? Mahu tergelak dia mendengar kata-kata Fathia itu.
“ Dah tak ada dalam hidup saya lagi. Saya dah terangkan segalanya pada mereka setahun yang lalu. Saya cuma menyintai Fathia Zafirah Zahim”
Fathia mencari keikhlasan di wajah Wafri. Ya, memang dia akui, disebabkan keputusan Wafri itu, Syaqila dan Zety bermasam muka dengannya. Akhirnya Fathia tersenyum.
“ Saya rindukan Thia. Rindu sangat-sangat. Jangan sesekali buat keputusan melulu tu lagi. Saya rasa terseksa sangat”
“ Maafkan saya... saya..”
“ Tak apa Thia. Bukan salah Thia pun. Sepatutnya saya berterima kasih kepada Thia, Fahmi dan Nurul sebab menyedarkan saya. Banyak yang saya pelajari dalam setahun ni Thia. Dulu Thia selalu menitik beratkan tentang solat saya yang selalu saja tuang. Kelalaian yang mengundang dosa, kurang menjaga adab pergaulan yang boleh membawa kemaksiatan. Jadi kali ni, saya tak nak tangguh lagi. Saya nak Fathia jadi milik saya yang sah di sisi agama. Sudi Thia terima saya?”
Terpana Fathia dengan lamaran Wafri itu. Selama ini, inilah yang ditunggu-tunggunya. Menjadi wanita yang teristimewa dihati Wafri Qusyairi.
“ Macam mana dengan your parents? Dapat terima saya?”
“ Mereka dah lama terima Thia, perempuan yang berjaya mengubah kehidupan saya kearah yang lebih baik”
Fathia bersyukur kedua ibu bapa Wafri dapat menerimanya.
“ Fahmi... Betul Thia tak ada perasaan dekat dia?”
“ Apa kena mengena dengan Fahmi? Dia ibarat abang saya. Awak sendiri dengar penjelasan dia tadikan? Sememangnya masa dia balik belajar tu dah dia ada someone. Jangan risau, dari saya kenal awak sampai sekarang, awak tetap kat sini”
Fathia meletakkan tangannya kedada.
“ Saya... saya cemburu... Fahmi banyak kelebihan berbandingan dengan saya. Kita kahwin Thia ye... hujung minggu ni kita nikah. Acara persandingan, kita buat setelah nikah lah.. senang nak pergi mana-mana”
Tersenyum Fathia lalu mengangguk setuju. Cemburu maknanya sayang. Hebat sungguh perancangan Wafri. Tanpa sempat dia berfikir panjang, wafri sudah merancanakan bermacam-macam.
“ Kekurangan seseorang itu adalah kelebihan bagi pasangannya. Kita manusia biasa Fri... Kekurangan mahupun kelebihan adalah lumrah setiap insan. So saya dengar awak sekarang kerja dengan abang awak. Awak pandai melukis ke? Tak nak sambung kerja dekat MAS lagi? Pilot is your dream Fri, tolong jangan sia-siakan”
“ Perli ke? Papa dan adik beradik yang lain semua ambil bidang architect. Like father like son dear, melukis adalah bakat terpendam saya. Saya cuma tolong-tolong sikit bagi idea dan buat plan. Alhamdulillah, ada juga yang menerima walaupun saya tak mendalami bidang architect ni. Kerja lama tu, nanti kita bincang lagi ye. Mereka nak saya kembali tapi sekarang saya kena berbincang dengan bakal isteri saya dulu. Saya nak kata sepakat kita berdua. But for now, saya nak bawa Thia jumpa dengan mama and papa. Tak sabar rasanya nak khabarkan berita gembira ni”
Terpancar kegembiraan diwajah Wafri.
Betullah apa yang pernah Nurul katakan. Cinta sesama manusia boleh membuatkan seseorang itu lemah tak terdaya tapi cinta itu juga boleh membuatkan seseorang itu gembira tak terkata. Ya, Fathia berasa gembira dan bahagia. Doanya, biarlah cinta mereka berkekalan hingga ke akhir hayat dan mengharapkan Wafri Qusyairi tetap mencintainya sampai bila-bila.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar