BAB 1
Mei 2012
Nadhira memandang keluar tingkap, memerhatikan manusia yang lalu-lalang di hadapan restoran yang dia kunjungi ini. Sesekali dia melihat jam di tangan, lima minit lagi hendak mencapai ke masa yang dijanjikan. Jika lebih dari itu, dia akan blah. Namun tidak sampai dua minit pun, kelibat Iskandar sudah kelihatan. Wajah itu bertambah keruh hari demi hari. Dia yakin perjumpaan kali ini pasti ada kena mengena dengan Tengku Anita, bakal tunang Iskandar.
“Assalamualaikum... Abang tak lambat, kan?”
“Walaikumsalam. Datang tepat pada masanya. Kalau lambat tadi, memang abang tahu apa akan jadi, kan? Hmm.. As usual, Dhira dah orderkan minuman untuk abang. Kalau abang nak makan, orderlah. Hari ni Dhira belanja.”
Iskandar tersenyum kelat. Mungkin malas mahu bergurau senda dengannya. “Thanks. Tapi abang tak ada selera nak makan. Cukuplah minum aje.”
“So... Kali ni, what happened to your relationship?” Kerana tahu akan masalah yang Iskandar hadapi, Nadhira terus bertanyakan kesudahan hubungan Iskandar dan Anita. Jika berbaik semula, Alhamdulillah... Jika tidak, takziah dia ucapkan.
“Kami putus...” Perlahan saja Iskandar menjawab pertanyaannya.
“Macam tu aje?” tanya Nadhira dengan wajah terkejut.
“Abang tak sangka dia cuba nak tipu abang, Dhira. Bila abang tunjukkan semua gambar dia dengan lelaki keparat tu, dia nampak speechless sangat. Apa lagi yang abang harus buat kalau tak putuskan saja hubungan kami ni.”
Nadhira mengeluh. Dia sendiri melihat gambar Anita bersama dengan lelaki itu. Nampak sangat mesra. Lelaki itu pula, memang nampak sangat buaya tembaganya. Menyampah dia tengok.
“Abang nak minta tolong...,” pinta Iskandar pada Nadhira dengan pandangan yang sungguh menyedihkan.
“Apa? Kalau Dhira boleh tolong, Dhira akan tolong, bang. Abang pun dah banyak tolong Dhira selama ni. Dulu bila Dhira nak enjoy, abang tolong coverkan untuk Dhira pada mak dan ayah.”
“Itu dulu, masa Dhira nak enjoy sangat. Tapi janganlah buat lagi. Kesian mak ngah dan pak ngah.”
Cepat saja Nadhira mengangguk. Ya, itu dulu, masa muda-mudi. Fikiran hanya mahu kebebasan mahupun keseronokan dan sekarang usia juga semakin meningkat dewasa. Semenjak umurnya dua puluh empat tahun, perangainya yang gila-gila dulu itu, kini sudah mula berubah. Syukur dan mengharapkan semua itu akan berterusan. Sekarang umurnya hampir mencapai dua puluh enam tahun.
“So... Nak Dhira tolong apa ni?”
“Dhira tolong pikat lelaki tu. Buat dia jatuh cinta dengan Dhira dan lepas tu, Dhira boleh pergi tinggalkan dia begitu saja. Just beli hati dia sampai dia jatuh cinta dengan Dhira.”
“Apa?! Abang dah gila ke? Tak! Dhira tak sanggup.” Mahu terkejut Nadhira dengan permintaan Iskandar itu. Abang sepupu yang paling dia rapat. Mereka bagaikan adik-beradik kandung. Segala susah payah yang dia tanggung, Iskandar akan datang menolong. Namun permintaan lelaki itu membuatkan dia terhenyak untuk pertama kali.
“Abang tak tahu nak buat apa lagi, Dhira. Hanya Dhira yang dapat tolong abang. Kalau tak, abang akan kehilangan Nita macam tu aje. Abang cuma nak dia sedar yang lelaki tu lelaki yang tak baik. Baru dua hari lepas abang tengok dia jalan dengan perempuan lain,” jelas Iskandar. Keruh wajahnya itu menjelaskan segalanya. Sedikit sebanyak memang Nadhira rasa kasihan.
“Tapi apa yang abang nak buat ni susah tau bang. Bukan senang-senang kita nak menipu. Kalau terbongkar, memang nahas kita, bang. Mampus Dhira. Lagipun, dia nak ke jatuh cinta dengan Dhira ni? Lelaki macam dia ni confirm tastedia tinggi. Entah-entah nak pandang Dhira sebelah mata pun tidak.” Nadhira cuba memberikan kesan yang akan mereka terima suatu hari nanti jika perkara ini terbongkar berserta dengan alasan yang sangat munasabah.
“Tak, macam ni, Dhira dengar dulu perancangan abang ni. Abang nak Dhira buat lelaki tu jatuh cinta dengan Dhira dan dia akhirnya tinggalkan Nita. Lepas tu, abang akan cari beberapa gambar untuk buktikan pada Nita yang lelaki keparat tu memang bukan lelaki yang baik. Kalau Dhira risau tentang dia jatuh cinta ke tidak, abang sure sangat lelaki macam dia ni memang tak pilih orang. Lelaki buaya, semua dia nak.”
Berkerut dahi Nadhira bila mendengar perancangan Iskandar itu. “Bukti? Maksud abang, gambar kami berdua. Macam tu?”
Iskandar mengangguk, mengiyakan apa yang dia maksudkan.
“Abang jangan nak buat hal, ya. Nita kenal Dhira la. Itu kerja nak mampus kalau dia tengok Dhira dengan mamat tu.”
“Pandailah abang cover nanti. Gambar Dhira tak kan nampak punya.”
Nadhira mengeluh keras. “Abang betul-betul yakin ke yang Nita ada hubungan dengan mamat tu?”
Dari apa yang Nadhira dengar, perpisahan Iskandar dengan Anita disebabkan lelaki yang tidak dia ketahui namanya itu.
“Kan abang dah tunjukkan gambar mereka tempoh hari. Nita kata lelaki tu cuma abang dia. Abang apa kalau gitu. Berpeluk sana-sini. Siap laga-laga pipi. Abang tak bodoh, Dhira. Lagipun, Nita tak ada abang. Dialah anak sulong,” ujar Iskandar seraya melurutkan rambut dan meraup wajah berkali-kali. Nampak benar-benar tertekan.
“Abang dah nak bertunang dengan dia hujung tahun ni, Dhira. Tinggal enam bulan saja lagi. Tak kan bila dah nak dekat bersama, akhirnya jadi begini. Abang sayangkan dia sangat-sangat.”
Tapi apa kena-mengena dengan dia? Bentak Nadhira dalam hati namun dia tidak sampai hati mahu meluahkan semua itu. Iskandar banyak berjasa padanya dulu.
“Abang dah tanya dia betul-betul ke? Tak kan la Nita nak buat abang macam ni. Dah lama tau abang dengan dia. Dah nak dekat enam tahun rasanya, tak kan lah dia nak sia-siakan semua tu.”
“Mamat keparat tu abang tengok macam orang berada. Mana nak lawan dengan abang yang hanya kerja pegawai pentadbir ni. Lagipun, abang dah marah sangat masa tu. Abang terus kata nak berpisah dengan dia.”
Nadhira menepuk dahi perlahan. Pulak dah... “Yang abang terus buat keputusan untuk break up tu buat apa? Ya Rabbi...” Tergeleng-geleng Nadhira dengan tindakan Iskandar itu. Itulah, bila marah mengatasi segala-galanya.
“Itulah masalah abang. Abang terus buat keputusan melulu. Tapi kalau difikir balik, abang akan nampak dayus bila biarkan hal ni. Dah terang-terangan dia cuba nak menipu abang.”
“Dah tu yang abang nak dia kembali pada abang buat apa? Tak ke nampak dayus macam tu?” Nadhira cuba mempersoalkan. Kalau Iskandar bercerita tentang dayus, jadi apa yang lelaki itu cuba lakukan ketika ini juga sama.
“Memang abang akui, abang kelihatan akur dengan apa yang Nita dah buat pada abang tapi kalau Nita datang pada abang dan mengaku salah dia, abang akan maafkan dia, Dhira. Percayalah, abang benar-benar sayangkan dia. Abang akan anggap semua ni hanyalah dugaan buat kami. Tapi kalau memang bukan jodoh abang dengan dia... Abang redha. Cuma abang nak sangat dia tahu yang perangai mamat keparat yang dia pilih tu sebenarnya lelaki yang paling licik dalam dunia ni.” Iskandar menitiskan airmata yang membuatkan hati Nadhira terusik.
Begitu sekali lelaki itu menyayangi Anita. Sungguh bertuah sebenarnya wanita yang bernama Anita itu. Lelaki sebaik Iskandar, tidak layak dibuat sedemikian. Tidakkah Anita sedar betapa banyaknya pengorbanan yang telah Iskandar lakukan selama ini? Bentak hati Nadhira.
Bagi Nadhira, cinta hanyalah permainan hati. Lihat saja apa yang terjadi pada Iskandar. Hati jadi tidak keruan bila terjadi perkara sebegini. Lagipula cinta cuma membuatkan seseorang itu menjadi buta untuk melihat segala yang terbentang luas. Disebabkan tidak percaya apa itu cinta, dia tidak mengambil serius dengan hubungan yang pernah dia jalinkan selama ini. Malah dia tidak pernah sekalipun menyesali atau meratapi perpisahan yang dia alami ketika bersama dengan Firash mahupun Aizad dulu.
“Macam mana Dhira? Boleh tolong abang tak? Abang sanggup merayu pada Dhira... Tolonglah abang kali ni. Mak dan abah tak tahu lagi tentang hal abang ni. Dhira tahu kan yang mereka dah prepare awal untuk pertunangan abang. Lagipun tempoh untuk kami nikah tak lama jaraknya. Hanya dua bulan,” rayu Iskandar.
Nadhira diam seketika. Berfikir baik dan buruknya. Perkara ini bukan boleh dibuat main. Dia perlu menipu untuk mendekati lelaki itu. Jika benar apa yang dikatakan Iskandar itu bahawa lelaki itu dari golongan berada, memang dia harus buat kerja dengan teliti. Akal lelaki itu pasti tinggi melangit. Bukan senang mahu dipermainkan. Kalau tidak, tak kan la lelaki itu cepat benar dapat membeli hati Anita.
“Berikan Dhira masa, bang.”
“Kalau Dhira tak sanggup, tak apalah. Mungkin bukan jodoh abang dengan Nita.”
Semakin rawan hati Nadhira mendengar rintihan itu. “Bukan itu maksud Dhira. Abang kena bagi Dhira masa untuk fikirkan semua ni dulu. Strategi yang sepatutnya Dhira lakukan. Dhira tak kenal dia, bang. Jadi nak adakan pertemuan untuk pertama kali tu susah sikit.”
“Abang akan cari bahan tentang lelaki tu. Dhira jangan risau. Dhira cuma perlu datang jumpa dia buat kali pertama. Adakan adegan yang membuatkan dia tertarik nak dekati Dhira.”
Semua ini memang menakutkan dan membuatkan perut Nadhira terasa kecut.
“Bang... Tak ke macam perigi cari timba ni? Dia lelaki, bang dan Dhira perempuan. Abang sendiri mengaku, bila lelaki rasa tercabar, dia akan lakukan sehingga dia dapat apa yang dia nak. What will happen to me if he did something stupid?”
Hakikatnya Nadhira cuma seorang wanita. Kudrat wanita tidak akan terlawan dengan kudrat lelaki. Jika dia enggan menolong Iskandar, lelaki itu akan benar-benar kecewa. Dan dia tidak sanggup melihat kekecewaan itu terpancar di wajah abang sepupunya itu. Dalam masa yang sama, hatinya geram sangat dengan Anita dan berharap agar wanita itu melopong melihat kesalahan sendiri.
“Abang akan lindungi Dhira. Percayalah. Setiap kali Dhira jumpa mamat tu, abang akan sentiasa ada dekat dengan Dhira. Lagipun, abang nak ambik gambar Dhira dengan dia.”
Nadhira mengangguk perlahan. Segalanya seperti teratur. Dia hanya perlu berhadapan dengan lelaki itu dan berlakon mana yang perlu. Selama ini, dia kan terrordengan kepura-puraan. Dulu ketika berkawan dengan Aizad, bermacam-macam alasan yang dia berikan pada lelaki itu agar hubungan mereka putus. Dan akhirnya situasi seperti menyebelahinya bilamana Aizad pula yang kelihatan seperti lelaki yang telah mengkhianatinya. Jadi Nadhira perlu mempratikkan semua itu untuk situasinya bersama dengan lelaki simpanan Anita.
SEMINGGUselepas hari Nadhira bersetuju untuk menolong Iskandar, hari ini dia berjumpa dengan abang sepupunya itu lagi. Kini, sebahagiannya sudah ada di depan mata. Terkejut juga Nadhira dengan kecekapan Iskandar kali ini. Sebagai akauntan, dia suka membawa buku nota kecil ke mana saja dia berada. Jadi senang nak tulis apa yang patut sebagai peringatan.
“Semua ni, tentang lelaki tu?” tanya Nadhira seraya mengambil kertas tersebut.
“A’ah... Nama dia Aniq Aisy bin Aminuddin. Umur nak masuk tiga puluh satu tahun. Dia dah lama menetap kat Cardiff. Patut perangai tak semengah je abang tengok.”
Nadhira tergelak. Apa pula kena mengena dengan perangai dan tempat menetap ni? Ini kalau orang Cardiff dengar, memang kena tibai Iskandar ni.
“Memang confirm la dia bukan abang Anita. Ayah kandung Nita tu kan tengku. Nama mamat ni biasa saja. Tak ada tengku pun. Nak menipu tu agak-agaklah. Tak masuk akal betul,” bebel Nadhira. Ibarat Anita ada di depan mata.
Sememangnya ayah kandung Anita adalah Tengku Arfan. Namun sudah lama mereka terpisah semenjak ibu bapa Anita bercerai. Setelah dua tahun bercerai, ibu Anita berkahwin baru. Hanya itu yang Nadhira tahu mengenai Anita.
“Itulah. Dia ingat senang ke nak tipu abang ni? Abang kecewa sangat Dhira,” keluh Iskandar.
Nama lelaki itu Nadhira tulis dalam buku nota berserta dengan umur sekali. Beberapa keping gambar ditatap lama. Hmm.. Memang kelihatan maskulin. Dari segi wajah, tak adalah hensem sangat yang membuatkan wanita cair setiap kali memandang. Tapi wajah lelaki itu seperti pernah dilihatnya. Ah! Mungkin dia pernah ternampak di mana-mana kut.
“Tak adalah hensem sangat Dhira tengok. Yang Nita tergilakan dia tu buat apa? Pandai buat ayat kut lelaki ni.”
“Memang dia tak hensem kalau dibandingkan dengan abang.”
Nadhira buat-buat nak muntah bila mendengar Iskandar kata sebegitu. “Kenyataan tu memang buat Dhira nak pengsan, okey! Nak muntah hijau sekali ni.”
Kali ini barulah Iskandar tersenyum senang hati, gembira bila Nadhira datang menolongnya.
Nadhira mengambil beberapa keping kertas yang mengandungi tentang peribadi lelaki itu. Lalu sebahagian infomasi ditulis dalam buku nota. Senang untuk dijadikan rujukan nanti. “Sure ke dia ni bujang? Mampus nanti kalau dia laki orang.”
“Sure, itu memang abang yakin sangat-sangat.”
“Dia tak kerja? Menganggur la dia sekarang ni?” Terkejut Nadhira bila mengetahui bahawa lelaki itu tidak mempunyai pekerjaan di Malaysia ini. Gaya aje lebih rupanya...
“Macam tu kut. Baru beberapa bulan dia balik dari UK. Merayau aje kerja dia, dah tu goda perempuan kat sini. Memang tak layak wujud lelaki macam ni.”
Nadhira membaca keterangan lelaki itu sekali lagi. Ada sesuatu yang mencurigakannya. Lelaki itu tidak kelihatan seperti anak orang berada pun. “Dhira tak nampak pun yang dia ni anak orang berada. Nama ayah dia pun macam biasa-biasa aje.”
“Memang abang tak pasti dia anak orang berada ke apa. Cuma dari cara dia bergaya, kereta yang dia gunakan memang mewah. Abang tak mampu nak berkereta mewah macam dia tu.”
“Kita mana tahu kalau dia pinjam kereta tu. Ala... Biar papa, asal bergaya.”
“Mungkin juga. So... Untuk perjumpaan Dhira dengan dia... Dhira perlu datang ke cafe kawan dia. Italiano Cafe kat BB.”
“Wow! Sampai macam tu sekali ya abang tahu tentang dia.” Nadhira kagum. Iskandar seperti penyiasat peribadi.
“Abang upah orang pergi siasat tau. Dah beribu-ribu abang keluarkan duit. Ingat senang ke nak dapat semua maklumat ni.”
“Yang abang membazir buat apa? Abang kumpul duit tu untuk kahwin kan? Nanti bila dah dapat Nita balik, duit abang habis macam tu aje. Tak ke menyusahkan diri sendiri,” bebel Nadhira. Baginya semua itu memang kerja membazir aje.
“Pertama dan yang terakhir tu. Abang dah tak sanggup. Cekik darah betul penyiasat tu. Yang lain ni, abang cari sendiri. Tanya kawan mana yang patut.”
“Abang tak kerja ke? Senang-senang aje buat kerja lain.”
“Abang cuti sekarang ni. Demi mamat tu la... Menyusahkan hidup aku betul!”
“Bila Dhira perlu jumpa dia?”
“Secepat yang mungkin. Kalau boleh, hujung minggu la. Dia memang selalu lepak dekat cafe kawan dia tu.” Nadhira mengangguk faham. Sekali lagi, gambar lelaki itu ditatap. Dia perlu mengingati wajah lelaki itu agar senang dia nak berurusan nanti.
“Jangan tatap dia lama-lama, nanti bukan dia pula yang jatuh cinta. Dhira pula yang jatuh sayang dekat dia.”
“Hah! Itu memang mengarutlah tu. Dhira ni professional tau. Dhira yakin dalam situasi ni pasti tak akan melibatkan hati dan perasaan.”
“Baguslah kalau macam tu. Buat yang terbaik. Abang memang mengharapkan Dhira kali ni.”
Nadhira semakin yakin dengan apa yang telah dia putuskan. Niatnya cuma hendak menolong Iskandar. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar.
“Oh, lupa. Nanti bila dah kenal, dia pasti akan minta nombor telefon. Ini abang dah ada sim kad. Gunakan phone ni bila berurusan dengan dia nanti.”
Nadhira mengambil telefon bimbit itu seraya membelek-belek. Hm.. Nampak cantik berbanding telefon bimbitnya. “Abang daftar no phone ni under nama siapa?”
“Kawan abang yang punya. Dia jual pada abang. Katanya tak payah tukar nama. Dia tak kisah.”
Sekali lagi Nadhira mengangguk. “Yang ni, Dhira ambik ya bang? Takut nanti tak ingat muka dia. Salah orang memang naya nanti.” Sekeping gambar lelaki itu diambil lalu diselitkan ke dalam buku nota.
“Ambiklah... Tapi jangan sampai mamat tu pula yang nampak. Pandai-pandai cover. Kita jumpa hujung minggu ni ya?”
“Alright. Tolong jadi photographer yang bertauliah ya. Dhira tak nak buat kerja gila ni lama-lama. Naya nanti.”
Iskandar mengangguk. Wajah yang keruh beberapa hari lalu, kini sudah sirna. Nadhira gembira melihat perubahan itu. Demi Anita, Iskandar sanggup berkorban sebegini. Dia benci dengan wanita itu kerana berlaku curang. Nak saja dia carikan perempuan lain untuk Iskandar namun semua itu hanya sia-sia jika Iskandar masih berdegil mahukan Anita sebagai isteri.
Aniq Aisy... Kau tunggulah kedatangan aku. Kalau kau pandai ‘ayat’ perempuan, aku pula pandai ‘ayat’ lelaki. Jangan pernah pandang rendah pada kaum wanita, bisik hati Nadhira dengan penuh yakin.
**********************
BAB 2
Seperti yang dijanjikan, Nadhira sudah tiba di hadapan Italiano Cafe. Bila melihat Iskandar berdiri tidak jauh darinya membuatkan dia mahu tergelak. Gaya Iskandar memang jauh berbeza. Sudahlah berkumis tebal, rambut pula Ya Rabbi...
Telefon bimbit dicapai dan nama Iskandar ditekan. Bila kedengaran suara Iskandar, terus Nadhira bersuara, “Ya Rabbi, abang. Abang nampak menakutkan sangat. Dah macam rupa penyangak pun ada juga.”
Tangan naik menutup bibir bila ketawanya mula kedengaran. Memang Nadhira tak tahan sungguh melihat gaya Iskandar kali ini.
“Jangan nak gelakkan abang. Kan kita dah rancang perkara ni. Abang tak nak dia tahu wajah abang yang sebenar.”
“Okey-okey... Dhira tak kan gelak lagi. So, apa yang perlu Dhira buat sekarang ni?” Matanya liar memandang ke dalam ruang cafe tersebut. Nampak cantik dan eksklusif.
“Masuk ke dalam. Buat macam biasa, order minuman or makanan ke... Nanti abang datang. And kalau boleh, duduk dekat meja bar. Dia selalu duduk kat situ.”
Bila melihat isyarat dari Iskandar, Nadhira mengangguk. Hatinya mula berdebar bila kaki mula melangkah masuk ke dalam cafe tersebut. Ketika dia menolak pintu masuk cafe itu, tiba-tiba ada seorang lelaki yang menolongnya menarikkan pintu dari dalam.
“Thank you,” ucap Nadhira seraya menghadiahkan senyuman.
“My pleasure..,” balas lelaki itu.
Wow! Suara memang mengancam. Tapi ada perkara yang lebih penting yang hendak Nadhira laksanakan. Untuk mamat yang bersuara machoini, haruslah ditolak ke tepi terlebih dahulu. Dia meninggalkan mamat tersebut dan melangkah ke meja bar. Perfect! Ada empat buah kerusi yang kosong. Nampaknya semua berjalan dengan lancar.
Tapi mamat tadi tu seperti pernah dilihatnya. Kepala Nadhira kembali menoleh ke belakang. Ternyata, lelaki itu sudah tidak kelihatan. Ah, mungkin dia salah orang.
Nadhira duduk di pertengahan kerusi kosong itu lalu mengoder minuman terlebih dahulu. Dia merapikan rambut dengan jari untuk menutup rasa debar di hati. Hatinya semakin berdebar bila terasa seperti ada orang yang duduk di sebelahnya dan ketika dia menoleh, perasaan hampa mula menerjah ke dalam hati. Sepasang kekasih pula yang mengambil tempat di sebelah kanannya. Hish! Orang lain pula yang sibuk duduk dekat sini. Mana mamat Aisy ni? Tak nampak batang hidung pun! Bebel Nadhira geram.
-Abang cepat masuk boleh tak? Dah ada orang lain yang duduk sebelah Dhira ni.-
Cepat saja jari-jemari Nadhira menaip pesanan ringkas buat Iskandar. Alamat tak menjadi pula nanti perancangan yang telah mereka buat. Untuk beberapa minit, barulah kelibat Iskandar muncul. Nadhira menoleh sekilas seraya menjeling tajam.
-Dia dah ada ke? Dhira tak nampak pun.-
Tanya Nadhira ingin kepastian.
-Yg tadi tolong Dhira bukakan pintu tu, dia la.. Siapa lagi. Abg ingat Dhira dah hafal muka mamat tu.-
Erk? Betul ke yang tadi tu, Aisy? Nadhira bingung seketika. Memang dia tak ingat rupa lelaki itu. Padahal gambar dah ada dalam buku nota. Wajah Aisy dalam gambar amat berbeza jika dibandingkan dengan tengok secara berhadapan. He looks rugged!
-Abg dah nampak dia. Standby. Kerja kita dah nak mula. Buat betul2 Dhira.-
-Ok.-
Jawab Nadhira pantas lalu tangan bermain dengan strawminuman dan matanya cuba memerhatikan di mana sebenarnya lelaki itu berada. Cakk! Here we go. Aisy sudah ada di depan mata. Berbicara dengan lelaki yang menguruskan minuman di meja bar. Nadhira memerhatikan cara Aisy berpakaian, hanya mengenakan t-shirt putih berkolar bulat. Nampak bersahaja tapi ada gaya. Dia tengok lagi cara Aisy berbicara, penuh berkarisma. Adehh... Apa yang dia merepek ni?
Terasa seperti orang sebelahnya mula mendekati. Nadhira menoleh ke sisi, rupanya Iskandar sudah mula bertindak. Tak sukalah tu bila dia mula merenung Aisy. Hish! Nadhira buat muka tidak selesa. Cuba menoleh ke sana-sini agar sang lelaki itu sedar bahawa dia meminta pertolongan. Namun Aisy masih belum menoleh padanya. Iskandar ni pula benar-benar menjiwai watak. Kalaulah Nadhira tak kenal siapa Iskandar, memang dia akan menjerit dengan perbuatan abang sepupunya itu. Nampak sangat seperti lelaki gatal!
“Excuse me, what are you doing?” Nadhira cuba bersuara lantang agar menarik perhatian Aisy. Memang Aisy menoleh namun lelaki itu tidak kelihatan ambil kisah. Aisy hanya menjeling sekilas padanya. Kurang asam punya lelaki. Tak sensitif betul! Jerit hati Nadhira.
Iskandar buat muka tak bersalah kononnya. Dan tanpa disangka, lelaki yang duduk di sebelah kanan Nadhira pula yang sibuk nak menolong. “Are you okay?”
“Yeah, I’m okay. I just feel uncomfortable.”
“Because of him? Nak I berikan amaran pada dia ke?”
Oh sweet! Kenapa bukan lelaki ini yang jadi Aisy? Walau tak kacak, tapi baik. Peka nak tolong orang, puji Nadhira.
“Nevermind. Anyway thank you.” Kalau Nadhira membiarkan lelaki itu memberi amaran pada Iskandar, nanti lain pula jadinya. Lebih baik tak perlu.
“I dah nak balik ni. Are you sure, you will be okay? You datang sorang aje ke?” tanya lelaki itu penuh prihatin. Teman wanita di sebelah juga turut sama menjengah dan memberikan senyuman pada Nadhira.
“I tengah tunggu kawan. Don’t worry, I’ll be okay. Thanks for your concern.”
“Be careful,” ujar teman wanita lelaki itu sebelum berlalu pergi.
Nadhira mengukir senyuman seraya mengangguk. Pasangan yang sungguh baik dan sangat prihatin pada orang sekeliling.
Bunyi pesanan ringkas kedengaran. Dengan pantas Nadhira membuka.
-Nasib baik mamat tu dah blah. Lain yg nak ditarget, lain pula yg dtg menolong.-
Nadhira menoleh sekilas pada Iskandar.
-Itulah. Hati batu betul mamat tu. Tak reti nak tolong agaknya.-
-Bagi dia, Dhira tak cantik kut.-
Wah! Suka hati Iskandar aje nak kutuk dia. Nadhira menoleh ke sisi lalu menjeling Iskandar dengan rasa geram. Rasa tercabar dengan kata-kata abang sepupunya itu.
-Sorry, ok. Abg gurau aje. Kita tunggu dalam beberapa minit lagi, lepas tu kita blah. Mungkin bukan masanya kut untuk Dhira kenal dgn dia.-
Tahu takut! Cebik Nadhira.
-Aah... Dhira pun dah letih. Macam org gila dok tunggu kat sini.-
-Kejap, abg nak pi toilet dulu. Sakit perut pula.-
-Pi la... Jgn lama.-
Belum pun sempat Nadhira menghantar balasan, Iskandar sudah pergi meninggalkannya. Nampak sangat Iskandar dalam keadaan yang terdesak. Sakit perut sangatlah tu. Nadhira menoleh ke kanan bila ada seorang mat salih duduk di situ. Mula-mula mat salih itu senyum. Okey, itu dia boleh terima. Lepas tu, mat salih itu dah mula nak dekat. Okey, mungkin itu cuma perasaannya saja. Tapi bila mat salih itu dah mula menggesel-geselkan lengannya pada lengan Nadhira, dia dah mula naik angin.
“Are you alone girl? I’ve been watching you. Seems like you’re alone. Need a good companion?”
Memang nak kena agaknya mat salih ni! bentak Nadhira dalam hati. Namun dia cuba bersabar. Sekali lagi mat salih itu melakukan perkara yang sama. “Hey!” jerit Nadhira kecil. Matanya liar mencari kelibat Iskandar. Iskandar ni tengah berak ke atau tengah keluarkan batu? Lama bukan main!
“What the hell are you doing, man? She’s my date. Are you okay, my dear?” Pertanyaan itu membuatkan Nadhira terkaku. Dia, lelaki yang bernama Aniq Aisy, akhirnya muncul juga.
Mat salih yang sebelah Nadhira tadi, kini sudah pergi entah ke mana. Dah mabuk ke apa mat salih tu? Datang cuma nak menggatal aje, bebelnya dalam hati lagi.
“Are you okay, dear?” tanya Aisy sekali lagi seraya menundukkan sedikit badannya untuk mencari wajah Nadhira.
Nadhira bagaikan tertelan sesuatu, sukar untuk dia berkata-kata. Bila melihat di belakang lelaki itu sudah ada kelibat Iskandar, baru dia tersedar bahawa dia perlu membuat sesuatu agar bicara mereka tidak terhenti setakat itu saja.
“Yeah... Thank you for your help. I tak tahu apa akan jadi kalau you tak ada.”
Aisy tersenyum seraya duduk di tempat Iskandar tadi. “I tengok dah dua orang yang sibuk nak ganggu you. Kat sini memang banyak mat salih, adakalanya orang Africa. Ada yang okey dan ada yang tak okey. You tengah tunggu kawan ke?”
“A’ah... Tapi baru aje dia kata tak dapat nak datang. I punyalah tunggu lama. Tup-tup dia tak datang pula.” Nadhira buat-buat mengeluh. Jarinya bermain dengan straw untuk menghilangkan rasa gugup.
“Dah makan ke? I tengok, you cuma order minuman aje.” Wah! Dalam diam Aisy perhatikan Nadhira juga. Ingatkan lelaki itu tak peduli langsung tentang kehadirannya.
“Itulah... Ingat nak makan sama-sama dengan dia. Tak apalah... Nanti I order. Lapar pula tiba-tiba. Anyway, thanks a lot for your help.”
“My pleasure... Nak I temankan you... Makan?” ujar Aisy perlahan seperti teragak-agak. Nadhira memandang lelaki itu. Tidak pula dia menyangka Aisy akan kata sebegitu.
“I cuma temankan you makan aje. Tak buat apa. Trust me on that.” Aisy mengangkat sebelah tangannya seperti tanda berikrar. Dia tidak mahu wanita itu berfikir bahawa dia salah seorang lelaki yang kurang untuk dipercayai. Hakikatnya memang dia bukan sebegitu.
“Kalau tak menyusahkan, I terima pelawaan you tu. InfactI tak ada teman sekarang ni.”
Aisy tersenyum dan pandangan mata lelaki itu sungguh tajam menikam. Mungkin itulah salah satu senjata yang boleh membuatkan wanita-wanita di luar sana jatuh cinta dengannya termasuklah ANITA!
Aisy mengajak Nadhira beralih tempat duduk dan kini mereka duduk di meja untuk dua orang.
“Orderlah, I belanja.” Wow! Satu lagi taktik Aisy yang Nadhira kesan.
“Eh, tak apa la... Instead I yang nak belanja you sebab dah tolong I.” Harap-harap Aisy tak terima, doa Nadhira dalam hati. Makanan dekat cafe itu dia tengok, mahal giler! Tak ada maknanya dia nak keluarkan duit demi lelaki yang bermata keranjang itu.
“Oh no... I tak biasa kalau perempuan yang belanja. It’s like... Hmm.. A bit weird for me.”
“Kalau macam tu, I bayar makanan I dan you bayar makanan you. Senang cerita, kan? I pun tak nak you belanja I sebab you dah tolong I pun.”
Aisy mengusap lembut bibirnya dengan jari dan mata lelaki itu nakal memandang Nadhira. Lagak persis seorang penggoda.
“Kenapa?” tanya Nadhira bila melihat Aisy hanya tersenyum tanpa kata apa.
“Tak adalah... Cuma... I nak you tahu, I ikhlas nak belanja you makan.”
“Untuk jumpa buat kali yang pertama, you dah nak belanja I makan? I bukan tak percayakan you since you dah tolong I cuma I tak nak terhutang budi. Susah I nak balas nanti. Lagipun I tak pasti next time kita dapat jumpa lagi ke tak.” Pandai sungguh Nadhira mereka ayat. Thumbs up Dhira! You did a very good job! Gumam hati Nadhira dengan penuh bangga.
“Kita jumpa next time... I tak nak perjumpaan ni jadi yang pertama dan yang terakhir.”
“I’m not sure,” jawab Nadhira meleret. Padahal dalam hati, memang itu yang dia nak.
“You tak nak jumpa I lagi ke?”
Nadhira merenung Aisy dengan bibir yang mengorak senyuman. “Macam mana nak jumpa you sedangkan nama you pun I tak tahu lagi.”
“Oh yes! I forgot to tell you that, seriously. Dah khusyuk sangat cakap itu ini, lupa nak kenalkan diri,” ujar Aisy seraya tergelak perlahan. Memang kelihatan berkarisma.
“I’m Aniq Aisy. Just call me Aisy. Kawan-kawan I yang kat UK always pronounce it like ‘Ice’ when they call me.”
Nadhira ketawa kecil bila Aisy memberitahu semua itu. Dalam hati dia dah mula mengutuk, ada dia tanya? Namun semua itu ada benarnya juga. Lidah mat salih dengan lidah melayu, tak sama.
“I pula, Nadhira Iffa. Panggil I, Dhira aje.” Nadhira Iffa? Nama yang Nadhira terbalikkan. Itu adalah arahan dari Iskandar. Risau jika nanti Aisy akan mencari keterangan mengenainya. Nama sebenar Nadhira adalah, Iffa Nadhira.
“Cantik nama you, secantik orangnya.”
Euww... Ayat koman! Kutuk hati Nadhira.
“Thank you. You too.”
“So please... Kali ni biar I yang belanja, is that okay for you?”
Sememangnya itu yang Nadhira nak. Rezeki jangan ditolak!
“You ni degil eh orangnya... Up to you la... Janji you happy.” Perghh! Memang pandai ‘ayat’ sungguh Nadhira ni.
“Yes! Just order anything that you want. It’s all on me.”
Oh! Inilah cara Aisy nak memikat perempuan. Dengan menggunakan paras rupa yang ada berserta dengan wang ringgit dan ayat yang sungguh manis, semanis madu. Mahu saja Nadhira mencebik. Sememangnya Nadhira sudah mengoder smoked salmon terrine dan chicken pastamemandangkan dia memang lapar yang teramat sangat. Dan kini kedua-dua hidangan sudah ada di depan mata. Nampak sungguh menyelerakan.
“You tak makan ke?” tanya Nadhira sekadar berbasa-basi. Sudu dan garfu dicapai.
“I dah makan tadi. You makanlah... Kan I kata, I cuma temankan you makan.”
Sekali lagi senyuman terbit di bibir Nadhira. Dia cuba menikmati makan malam itu sebaik yang mungkin namun rasa tidak selesa muncul secara tiba-tiba. Aisy merenungnya seperti nak makan orang.
“Dah kenyang?” tanya Aisy bila melihat Nadhira sudah menolak kedua-dua pinggan ke tepi.
“Rasa tak selesa bila you tenung I macam tu.”
“I’m sorry... I didn’t mean it that way... I just...” Hah! Tahu gugup bila Nadhira berkata sebegitu.
“I ni jenis yang outspoken orangnya. I hope you don’t mind.”
Aisy ketawa kecil. Nadhira pasti, dalam kepala otak lelaki itu ada pandangan yang berbeza tentang dirinya. “Itu yang menyebabkan I suka nak berkawan dengan you.”
“Oh ya? Semudah ni?”
“You rasa, mudah ke perkenalan kita ni?”
“I tak pasti sebab situasi ni, pertama kali terjadi pada I.”
Sekali lagi Aisy merenung Nadhira dan kali ini kelihatan dengan penuh tanda tanya. Dan akhirnya lelaki itu ketawa kecil. “You’re quite interesting...”
“Oh ya? Actually, I’m not... Okeylah, I nak balik. Dah lewat ni.” Beg tangan dicapai dan Nadhira berkira-kira hendak berdiri. Dalam hati memang dia nak sangat Aisy meminta nombor telefonnya. Tapi sehinggalah ke luar cafe, lelaki itu tidak berkata apa pun.
“Anyway thanks sebab sudi belanja I makan. I tak tahu nak kata apa lagi sebab you dah buat dua perkara yang I tak tahu bila I akan balas semua tu. Frankly speaking, I’m glad to see you here even though tanpa disengajakan,” ujar Nadhira pada Aisy seraya menghulurkan tangan untuk bersalam.
Tangannya disambut lalu Aisy mendekatinya. Dekat dan semakin dekat sehingga membuatkan Nadhira terasa hangat hembusan nafas lelaki itu di permukaan wajahnya. Hati Nadhira berdebar. Gila! Aisy nak buat apa ni?
“Please, don’t mention it. I ikhlas. And yes, it’s like an honor to see you here even though for the first time. I yakin, you tak kan sewenang-wenangnya memberikan nombor telefon you pada I tapi, I tak nak semua ni berakhir begitu saja. Take this, this is my phone number. Please, call me later...” Oh! Lelaki ini memang pandai memainkan perasaan orang dan ketika ini Aisy memang tengah mainkan perasaan Nadhira. Cis! Tak boleh jadi ni.
“I will, someday. Okay, I’ve got to go now... Bye.” Tangan yang masih di dalam genggaman Aisy itu ditarik perlahan. Nadhira perlu meninggalkan lelaki itu dengan secepatnya sebelum dia semput tak cukup nafas. Tanpa menunggu balasan daripada Aisy, Nadhira melangkah meninggalkan lelaki itu. Tolong! Dia nak balik dengan cepat. Semua ini kerja gila semata-mata!
p/s : Thank you for reading! Do comment ya ;)