Minggu, 26 Januari 2014

ENOVEL : MENAWAN CINTAMU PROLOG (POV3)

Salam and Hi!
Pasti anda hairan kenapa saya up Menawan Cintamu lagi kan? Sebab kali ini MC dalam versi POV3. Dulu guna POV1. Dan kali ini ada sebahagian bab yg baru. Enjoy reading guys! Aniq Aisy is here AGAIN!

PROLOG

Januari 2011

Setelah setahun Nadhira bekerja sebagai akauntan, kini barulah dia berpeluang untuk bercuti panjang. Taklah lama sangat, cuma sepuluh hari saja. Kerana rasa cemburu dengan Ros iaitu penolong ketua di bahagian pemasaran yang dihantar ke London untuk kursus seminggu di sana, dia juga menggedik nak ikut sekali. Maklumlah, sudah ada gaji. Jadi bolehlah beli tiket guna duit sendiri.

            Namun dia kebosanan di London ini kerana masa untuk Ros berkursus sangat padat. Di hujung minggu saja dia berpeluang melawat ke tempat-tempat menarik. Nak pergi Paris, jauh sekali. Tak berkesempatan langsung. Selebihnya dia cuma tahu duduk di apartment yang disediakan oleh syarikat mereka iaitu di County Hall Apartment, Westminster Bridge Road, London. Nasib baik apartment ini berhadapan dengan London Eye, Big Ben dan berdekatan dengan mini market. Bolehlah cuci mata sikit.



            Dua hari saja lagi mereka akan balik ke Malaysia. Tak ada benda yang nak dibanggakan melainkan Nadhira pernah mencium udara segar di kota London. Itu saja, nak kata dia menjelajah ke seluruh kota London, memang tak la.

            “Maaf la Dhira, akak tak sangka kursus akak kali ni terlebih padat. Agencyyang adakan kursus ni strict betul. Akak pun rasa nak pitam,” ujar Ros serba salah. Sememangnya semua ini bukanlah salah Ros, Nadhira sendiri yang menggedik nak ikut wanita itu.

            “Hish! Akak ni, tak apa la. Bukan salah akak pun. Dah cukup baik tau, hujung minggu tu Dhira dah pergi jalan-jalan dengan akak.”

            “Akak serba salah. Bukan murah tiket nak ke London ni. Dulu masa akak kena hantar ke Singapore, kursus yang seminggu cuma memakan masa tiga hari aje. Selainnya akak pi jalan-jalan. Itu yang akak berani nak bawa Dhira sekali tu. Lagipun akak dah tahu sikit-sikit jalan kat sini,” luah Ros lagi.

            Nadhira mendekati Ros lalu bahu wanita itu dipeluk. “Akak jangan risau la. Sekurang-kurangnya Dhira dah sampai kota London. Lagipun dah beli ole-ole untuk keluarga dah. Akak pi la bersiap, dah dekat masa untuk akak ujian ni.” Tidak mahu membebankan Ros, Nadhira buat muka comel.

            Nadhira memandang setiap penjuru di ruang apartment itu. Rasa bosan sudah mula datang. Cepat saja dia memetik jari bila terfikirkan sesuatu, ada lebih baiknya dia turun ke mini market. Beli makanan ringan.


            Makanan ringan penuh di tangan dan Nadhira mula terasa sukar hendak membuka pintu peti sejuk untuk mengambil air mineral. Lagipula pintu peti sejuk tu susah nak buka.

            “Eh... Asal keras sangat ni,” bebel Nadhira penuh hairan.

            “You salah buka my dear...”

            Tiba-tiba Nadhira terdengar suara lelaki di belakangnya. Cepat saja dia menoleh. Terkejut bila terdengar orang berbahasa Melayu. Jalan dekat mana-mana tempat, sudah pasti bahasa perantaraan adalah bahasa Inggeris. Kadang-kadang dengan Ros sekali dia bawa berbahasa Inggeris. Macam dah lama sangat dia menetap dekat London ni. Ceh!

            “You nak yang ni ke?” tanya lelaki itu dengan membukakan pintu peti sejuk yang di sebelah kiri. Terserlah dengan pelbagai minuman keras.

            “Eh tak! Salah, salah. I nak mineral water.” Cepat saja Nadhira menidakkan. Apasal dia salah buka pintu peti sejuk ni? Kan air mineral di pintu sebelah kanan.


            Lelaki itu tersenyum kecil. Hmm... Nampak bergaya. Hati Nadhira nakal memuji kesegakkan lelaki yang berkot tebal itu.

            “You’re Malaysian?” tanya lelaki itu seraya menolong membukakan pintu peti sejuk sebelah kanan untuk Nadhira.

            Nadhira hanya mampu tersenyum. Nak beraksi ramah, rasanya dia malas. Pandangan lelaki itu dia rasa seperti menyeramkan.

            “Nak I tolong, dear?” Mak aihh! Baru dia perasan, lelaki itu panggil dia ‘dear’? Eee... Perasannya! Dahi Nadhira mula berkerut. Walau susah macam mana sekalipun, dia tak akan meminta pertolongan dari lelaki itu. Maaflah ya, dia tak makan dengan ayat manis mamat perasan hensem ni.

            “No, thanks.” Sejurus berkata begitu, Nadhira capai dua botol air mineral yang sederhana kecil walaupun sukar dan terus melangkah untuk ke kaunter bayaran.

            Namun kerana kedegilannya, satu daripada barang yang dia kendong, kini jatuh. Sebelum tangan Nadhira mencapai, ada tangan yang terlebih dahulu mencapainya.

            “I cuma nak tolong bawakan barang you ni bukan tolong bawa you sekali ikut I.” Kata-kata yang berupa sindiran dan Nadhira terkena dengan kata-kata itu.

            Sadisnya mamat ni, desis hati Nadhira.

            “Thanks..,” ucap Nadhira pada lelaki itu bila mereka sudah sampai di hadapan kaunter.

            Lelaki itu membayar di kaunter sebelah dan mata Nadhira sedikit membulat bila melihat minuman yang dibeli. Minuman keras? Nadhira memandang lelaki itu dari atas hingga ke bawah secara senyap. Nampak seperti lelaki melayu. Cuma kelihatan seperti wajah Pan-Asian, anak mata berwarna hazel. Ah! Buat apa nak kisah, bukan Nadhira kenal pun. Kan sekarang ni macam-macam bentuk wajah!

            “I pergi dulu..,” beritahu lelaki itu pada Nadhira. Hatinya mencebik, pergilah, ada aku kisah?

            Sekali lagi Nadhira memberikan senyuman yang ala kadar. Keluar dari mini market, dia dikejutkan lagi dengan kehadiran lelaki itu. Eh, ingat dah blah dah.

            “I forgot to say... Nice to meet you my dear. You have beautiful eyes. Make surepakai baju tebal sikit,” ujar lelaki yang bermata hazel itu dengan mengenyitkan sebelah matanya.

            Euww... Meremang bulu roma dibuatnya. Sungguh menyeramkan. Nadhira kaku di tempat berdiri. Lelaki itu pergi meninggalkannya dan sekejap-sekejap kepala menoleh ke belakang seraya melambai pada Nadhira.

            “Kerek!” dengus Nadhira.



            Namun bila melihat lelaki itu masuk ke dalam perut kereta yang berjenama Porsche 911 Carrera 4s, membuatkan Nadhira terdiam dan terpaku. Patut gaya segak semacam. Tapi masalahnya, tabiat yang ulat bulu tu yang tak boleh blah. Tak pernah mengenali selama ini, sudah memanggil ‘dear’. Hmm…Gatal bukan main! Manusia-manusia…

Tidak ada komentar:

Posting Komentar