Rabu, 16 April 2014

ENOVEL : MENAWAN CINTAMU 14 & 15 (ENTRY TERAKHIR DLM BLOG)


BAB 14

“Kau okey tak ni Ice? Muka kau pucat gila,” tanya Edry risau bila melihat Aisy yang hanya tersandar lemah itu.

Niat Edry datang ke rumah Aisy cuma hendak melepak kerana malam itu, Ema terpaksa bersedia untuk shif malam.

“I don’t know. Aku muntah-muntah dari tadi. Perut aku sakit betul. Kerja aku jadi tak menentu just because of this. Sedangkan aku buat inspection tadi.”

“Ada kau makan something ke?”

Aisy diam. Dia memang tahu sebab apa dia jadi begitu.

“Kau makan pedas, kan?” tanya Edry lagi. Dia kenal betul dengan Aisy. Kalau makan pedas, pasti perkara begini akan berlaku.

“You know me well, man... What can I say... Dah memang betul.”

Tergeleng-geleng Edry dengan alahan Aisy itu. “Kalau kau dah tahu consequences bila makan pedas, kenapa nak makan juga?”

Aisy mengeluh. Dapat kawan baik yang sangat-sangat ‘prihatin’ ni susah juga. Semua benda dia nak ambil tahu.

“Aku lunch dengan Dhira tadi.”

“Then?”

“Nasi tu ada cili sekali,” jawab Aisy perlahan.

“Tak kan Dhira tak tahu kau alah dengan cili?”

“Tahu, tapi dia tak sengaja. Dia baru aje makan kat situ. So, aku tak nak kecilkan hati dia, aku makanlah nasi yang dia order untuk aku tu. Lagipun buat malu aje kalau aku tak tahan pedas. Kawan dia pun join sekali tadi.”

Pecah tawa Edry mendengar cerita Aisy. “Gara-gara nak cover malu dan nak jaga hati, kau sanggup jadi macam ni. Wei... Ni ke Ice yang aku kenal? Bro, you’ve changed.”

Aisy mengetap bibirnya. Sakit hati bila Edry menggelakkannya. “I don’t know... Tapi yang penting, aku memang nak dia sangat-sangat.”

“Tapi kau pasti ke dia nak kan kau?”

Aisy diam. Dia tahu Nadhira tidak menyukainya. Namun kerana ugutan serta tindakan berani matinya berjumpa dengan mak dan ayah wanita itu, Nadhira terpaksa akur.

“Aku ugut dia.”

“Are you insane, dude?” Edry terkejut dengan pemberitahuan dari Aisy itu.

“I have to! Aku jumpa mak dan ayah dia dan bagitahu yang kami tengah bercinta. Kalau Dhira menolak aku juga masa tu, aku akan bagitahu parents dia yang hubungan aku dengan dia dah jauh tersasar.”

Aisy tidak peduli jika Edry mengatakan dia gila tapi wanita yang bernama Nadhira itu yang membuatkan dia jadi begini. Apatah lagi dia memang pantang jika dirinya ditolak.

“Kau aniaya dia, Ice. Cara kau ni tak betul, kau tahu tak?”

“Aku memang tak dapat nak lepaskan dia.”

“Kau cintakan dia sebenarnya.”

“If you think that so, yes I guess it’s true. Aku memang dah cintakan dia,” jawab Aisy tanpa ragu-ragu. Jika Edry berpendapat bahawa dia mencintai Nadhira, mungkin benar itu yang dia rasa saat ini.

“Tapi cara kau salah.”

“Kalau aku biarkan... Dia semakin menjauh, kau tahu tak? I won’t let it happen. Aku rasa tak percaya sangat bila dia tak ada perasaan dekat aku ni.”

“Tak semua perempuan sukakan kau. Itu kau kena ingat.”

Aisy mendengus. Walaupun dia sakit hati mendengar kata-kata Edry itu namun apa yang dikatakan lelaki itu memang betul. Tidak semua wanita akan menyukainya dan Nadhira adalah salah seorang daripadanya.

“Memanglah... Tapi masa awal aku jumpa dia... Dia macam nak kan aku. And now... She has changed! Dah tu degil bukan main.”

“Itu maknanya dia perempuan yang pandai berfikir. Bukan main terima saja. Sedangkan dia dah tahu lifestyle kau macam mana. Berubahlah bro,” nasihat Edry.

Aisy menarik nafas dalam. Selang beberapa saat, wajahnya sudah mula berkerut. Terasa perutnya kembali memulas. Tekak juga terasa perit. Lantas dengan pantas dia bangkit dari katil dan berkata, “wait bro. Aku nak ke toilet.”

Cepat saja Aisy pecut lari ke bilik air gara-gara sakit perut dan tekaknya terasa loya. Memang kali ini dia mengalami alahan yang teruk. Macam alahan orang mengandung pula rasanya. Tergeleng-geleng Edry melihat Aisy yang tergopoh-gapah berlari ke bilik air. Namun bila mengenang kembali punca kawannya jadi begitu, senyuman mulai terbit.

“Kau memang dah kemaruk sangat, Ice,” ujar Edry berkata sendiri. Memang dia beranggapan bahawa Aisy sudahpun kemaruk dengan wanita yang bernama Dhira itu. Sanggup buat apa saja demi wanita itu. Sanggup mengabaikan alahan yang selama ini Aisy pegang teguh.

“Amacam? Dah selesa?” tanya Edry bila Aisy sudah keluar dari bilik air. Kasihan bila melihat Aisy yang terbongkok-bongkok sambil tangan memegang perut lalu Edry memapah lelaki itu kembali semula ke katil

“Aku tak tahan macam ni,” ujar Aisy lemah.

“Nak aku call doktor ke?”

“Lagilah aku malas. Kalau Ema tak apalah. Aku boleh terima lagi tapi bukan doktor lain. Nanti membebel aje kerja mereka.”

“Ema standby malam ni, kalau dia tak kerja, bolehlah dia merawat kau yang degil ni. Tapi bro, kalau vomit dengan diarrhea ni boleh buat kau kurang air dalam badan.”

Aisy mengeluh. “Sudah-sudahlah Ed. Cukup Ema seorang aje yang doktor. Kau janganlah nak jadi macam dia pula. Esok-esoklah aku jumpa doktor kalau sakit aku ni makin teruk.”

“Tak apalah. Disebabkan aku ni kawan kau yang paling baik. Aku temankan kau malam ni,” putus Edry. Rumah Aisy ni besar bukan main tapi hanya seorang saja yang tinggal di situ. Pembantu rumah datang di pagi hari saja. Kasihan dengan kehidupan Aisy yang sunyi sepi itu. Teman baiknya itu kelihatan memang seperti mempunyai segala-galanya tapi hakikatnya Aisy hanya manusia yang kesunyian.

“Aku tak ada hal,” jawab Aisy seraya kelopak matanya mula terasa hendak tertutup.

Deringan telefon bimbit Edry menyedarkan Aisy dari terus mamai.

“Walaikumsalam. Sayang tak jadi standby ke? Abang plan nak tidur kat rumah Ice. Sebab dia kurang sihat. Ohh... Okeylah. Abang jemput sayang kejap lagi.” Sebaik saja telefon bimbit dimatikan, Edry memandang Aisy dengan perasaan yang serba salah.

“Baliklah Ed. Aku tak apa-apa. Aku dah biasa macam ni.” Dari apa yang Aisy dengar seperti Ema tidak jadi bekerja malam itu.

“Kawan dia nak cuti lusa, sebab tu dia gantikan Ema malam ni,” jelas Edry serba salah sedangkan dia memang nak menemankan Aisy malam itu. Tapi tak kan dia nak biarkan Ema tinggal berseorangan di rumah pula?

“Tak apa. I’m okay dude. Perkara kecik aje ni.”

“Sorry Ice, aku betul-betul minta maaf. Nak aku bawa Ema jumpa kau dulu ke?”

“I’m okay. Aku cuma perlu rehat aje ni. Nak tidur lepas ni. Kepala aku dah rasa berat sangat.”

“Okeylah, aku balik dulu. Kau jaga diri tau. Anything, just call me up.”

Aisy cuba mengukir senyuman seraya mengangguk lemah. “Ed, tolong kuncikan pintu dari luar. Aku tak larat nak temankan kau ke keluar.”

“No hal, bro.”

Mata Aisy mengiringi pemergian Edry sehingga keluar dari biliknya. Beginilah kehidupannya yang sebenar. Sunyi tanpa ada keluarga di sisi. Dadnya memang selalu saja menghubunginya tapi Aisy tidak mahu kelihatan lemah di hadapan orang tua itu. Dia mahukan kehidupan yang berdikari seperti dadnya.

Tanpa sedar, kelopak matanya mula hendak tertutup. Dia memang terasa letih. Ulang-alik ke bilik air dan perutnya terasa sebu. Namun buat ketika ini, hendak memandang makanan pun dia tidak larat. Apa yang penting, dia perlu tidur merehatkan badan yang terlalu lemah itu. Sehingga dia lupa akan janji yang dia berikan pada Nadhira tengahari tadi.


******************


BAB 15

Untuk kali yang keenam, telefon bimbit pemberian Iskandar, dipandang. Bukan sekadar pandang saja malah Nadhira periksa berkali-kali. Risau jika Aisy ada menghubunginya. Namun pesanan ringkas sekalipun tidak kelihatan. Dia hairan, ketika tengahari tadi Aisy mengatakan hendak menghubunginya. Siap ugut bagai kalau dia tidak mengangkat panggilan lelaki itu. Tapi sekarang sudah pukul sepuluh setengah malam, tak ada satu pun panggilan dari Aisy.

Yang kau risau sangat ni kenapa? Kan dah elok kalau dia tak menghubungi kau. Itu yang kau nak, kan? Seperti ada suara yang membebel di telinga Nadhira. Iyalah, kenapa pula dia perlu risau jika Aisy tidak menghubunginya. Entah-entah lelaki itu bersama dengan perempuan lain atau mungkin bersama Anita? Akalnya pula cuba mencerna dengan sebaiknya.Yang ini memang tak boleh dibiarkan! Dengan pantas telefon bimbit pemberian Iskandar itu dicapai dan nama Aisy ditekan.

“Hello...” Lemah suara itu menjawab. Hati Nadhira mula curiga. Tak kan Aisy bersama dengan perempuan lain?

“You janji nak call I kan? Nanti bila I tak jawab, you ugut I pula.”

“Dear... I’m exhausted.”

Sah! Aisy cuba hendak memberikan alasan padanya.

“You dengan siapa sekarang ni Aisy? Jangan cuba nak tipu I. Kalau I tahu you dengan perempuan lain, I akan pastikan lepas ni you tak akan berhubungan dengan I lagi walau apapun yang cuba you lakukan. You nak I terima you tapi di belakang I, you dengan orang lain. You ingat I ni bodoh ke?”

Puas hati Nadhira meluahkan apa yang dia rasa. Dalam masa yang sama dia mahu Aisy tidak berhubungan dengan mana-mana wanita lagi. Itulah niat dia yang sebenar. Aisy bukan main lagi nak ugut dia bagai. Tetapi lelaki itu berfoya-foya dengan perempuan lain, boleh pula.

“Dhira...”

“What? Nak bagi alasan yang lain pula ke? Kalau you bagi alasan pada I lagi, I akan tutup telefon ni sampai bila-bila. Kalau you cuba nak kaitkan perkara ni dengan family I, I juga akan kata perkara sebenar tentang you pada mereka.” Sebelum Aisy menyakitkan hatinya, ada lebih baiknya kalau dia yang memulakan dulu.

“Dhira... I sakit...”

“Tipu!” Cepat saja Nadhira menjawab.

“Food poisoning... Or maybe because of that spicy food.”

Nadhira terdiam. Bila dia mendengar dengan teliti suara Aisy itu, memang kedengaran lemah sekali.

“Wait... I nak ke toilet sekejap.”

Tanpa sempat Nadhira menjawab, suara Aisy sudah tidak kedengaran lagi. Nadhira mengetap bibir. Itulah, cakap main lepas aje. Suka hati dia saja nak kata apa tadi. Nadhira sedar, dialah punca Aisy jadi begitu. Sudah tentu lelaki itu sakit perut kerana makan makanan pedas.

Nadhira tetap menunggu Aisy sehingga lelaki itu menjawab kembali panggilannya. Kasihan? Iya, memang dia kasihan. Kadang-kadang dia sendiri tidak mengerti perasaannya terhadap Aisy atau mungkin dia sebenarnya tidak memahami lelaki itu? Bingung dia untuk seketika.

“Dear...”

“Are you okay? Tak nak pergi klinik?”

“I’m good,” jawab Aisy pendek. Mungkin lelaki itu terasa hati dengan kata-katanya tadi. Hish! Mulut dia ni memang, tak boleh nak tapis sungguh.

“Aisy... Are you still there?” soal Nadhira bila Aisy kembali diam untuk beberapa saat atau mungkin minit. Lama sungguh dia menunggu suara Aisy berkumandang.

“Hmm...”

Hanya itu? Nadhira tahulah yang Aisy sakit tapi sekurang-kurangnya, hargailah dia yang dok menunggu ni.

“I’m sorry for what I’ve said just now. I tunggu panggilan you. Tapi bila you tak call I, I jadi geram. Sebab I dah tunggu dari tadi. And that’s why I fikir yang bukan-bukan. I’m sorry Aisy...”

Aisy kedengaran mengeluh. Namun tetap tidak menjawab kata-kata Nadhira.

“Aisy...” panggil Nadhira dengan nada yang lembut.

“Pernah tak you terfikir yang baik-baik tentang I?”

Pertanyaan itu membuatkan Nadhira terpaku. Memang tidak pernah sekalipun dia berfikir yang baik-baik tentang Aisy. Tapi tak kanlah dia nak jawab begitu.

“I did...”

“You did? So now?”

“Now, I tak tahu... You nak I jadi teman wanita you tapi layanan you dengan perempuan lain pun, sama aje. Apa yang tinggal untuk I kalau you dah buat macam-macam dengan perempuan lain? Nothing! For you maybe, I’m just one of them.”

Inilah yang Nadhira fikirkan. Jika benarlah dia mahu berhubungan dengan Aisy tapi apa yang menjadi istimewa buat dirinya jika layanan Aisy pada perempuan-perempuan di luar sana sama saja sepertinya. Tidak ada beza. Dan barangkali mungkin lebih dari apa yang dia jangkakan.

“You berbeza dari yang lain, Dhira. Dear, trust me... You’ll be mine.”

“Lagi-lagi cakap macam tu. Macam yakin sangat yang I ni akan jadi milik you,” jawab Nadhira geram.

Aisy ketawa walaupun kedengaran lemah. Tidak kedengaran sinis, lembut saja di telinga Nadhira. Untuk sementara waktu, Nadhira ikut sama terbuai.

“I like you, dear.”

“Suka dan cinta berbeza Aisy.”

“Then I like and love you.”

“Ceh! Ini tak sakit lagi ke? Bunyi macam elok aje.”

“Sakit... I’m alone, dear. Dari tadi keluar masuk toilet. Now, I nak ke toilet lagi. I’ll call you back. Jangan tidur dulu ya.” Sekali lagi tanpa jawapan dari Nadhira, Aisy terus meletakkan panggilan.

Nadhira terpinga-pinga. Tak menyempat nak kata apa, Aisy sudah blah.

Dari duduk kini Nadhira sudah berbaring. Menilik telefon bimbit itu seperti lagak orang dilamun cinta. Dilamun cinta? Ini ke cara kalau dilamun cinta? Entahlah... Dia kurang pasti. Firash mahupun Aizad, tak pernah buat dia begitu. Untuk beberapa minit kemudian barulah telefon bimbitnya berbunyi. Untuk deringan yang pertama mahupun yang kedua, Nadhira biarkan saja. Tak kanlah nak jawab dengan pantas, nampak sangat yang dia menunggu panggilan Aisy itu. Lagipula, dia nak tengok sejauh mana Aisy mampu bertahan.

“Hello...” jawab Nadhira malas. Konon dah mula rasa mengantuk.

“You dah nak tidur?”

“Hmm... Mata dah mula nak mengantuk.”

“You tidurlah... I tak nak ganggu you.”

Wah, kali ini Aisy memang berhati mulia. Selalunya kalau lelaki itu tak mendesak, memang bukan Aisylah namanya.

“Actually mata pejam celik aje tadi.. Now, dah terbuka besar. Itu maknanya mata I dah tak boleh nak tidur. You okey tak ni? You buat I risau. I’m sorry, sebab I you jadi macam ni.”

“It’s not your fault, dear. Thank you for being concerned. Esok okey kut.”

Nadhira mengkalihkan badannya ke kiri dan bantal peluk, dipeluk kemas. “You ada minyak angin tak? Kalau ada, gunakan minyak tu then sapu dekat perut. Supaya bagi haba panas, boleh kurangkan rasa sakit.”

“Tak ada...”

“Macam mana nak baik kalau dah segala benda tak ada. Jangan selalu makan panadol, it’s not good actually. Even though it’s a painkiller tapi kalau you makan selalu, it will affect you someday.”

“Yes ma’am...”

“Ngee... Main-main pula dia.”

Aisy ketawa lagi. Lembut sangat nada itu di telinganya. Tanpa Nadhira sedar, dia seakan menyukai Aisy ketika itu.

“Temankan I malam ni.”

“You gila? Jangan nak mengada-ngada cakap yang bukan-bukan ya.”

“See... You dah fikir yang bukan-bukan tentang I. I cuma nak you temankan I, berborak through kat sini. Through the phone.” Aisy menekankan lagi ayat ‘through the phone’ itu.

“Cakaplah terang-terang. Manalah I tahu itu yang you maksudkan.” Hish! Sikit-sikit salah faham, kutuk Nadhira dalam hati. Kesal dengan sikapnya yang terlalu prejudis terhadap lelaki itu.

“I cakap terang-terang pun you dah fikir yang bukan-bukan.”

“Iyalah... I mengaku, I salah. Okey, nak borak apa ni?” Nadhira menukar topik perbualan mereka.

Akhirnya Aisy juga mengalah. Mereka berborak sehingga tidak sedar jam telah menunjukkan ke angka dua setengah pagi. Mahu pengsan Nadhira dibuatnya. Tapi apa yang membuatkan dia tahan sangat melayan kerenah Aisy kerana lelaki itu seringkali membuatkannya tergelak. Adakalanya memang Aisy kelihatan baik saja. Amboi... Kau dah puji dia, Dhira!

NADHIRA bercadang hujung minggu ini, Iskandar dan Aisy perlu berjumpa empat mata. Biar Aisy di‘brainwash’ terlebih dahulu sebelum mendekatinya. Eee... Seram sejuk dia dibuatnya.

“Hai darling... Tak keluar dengan boyfriend handsome kau tu ke?” tanya Lily ketika masuk ke dalam bilik kerja Nadhira.

“Hai... Tak kanlah nak jumpa hari-hari. Kan dia kerja kat KLIA. Dulu masa aku dengan Aizad pun, aku tak suruh dia jumpa aku hari-hari. Hujung minggu cukuplah.” Tanpa memandang Lily, Nadhira menjawab pertanyaan wanita itu. Dia masih leka memeriksa quotation yang berlambak di atas meja.

“Dulu masa Aizad, bolehlah kau atur macam-macam tapi apa yang aku tengok boyfriend kau kali ni, lain tau. Dia nampak protective. Habislah kau lepas ni, kena hadap dia dua puluh empat jam.”

“Eee.. Pleaselah. Tak semestinya aku kena ikut cakap dia.”

“Eleh... Kita tengoklah macam mana nanti... Dia lelaki yang berbeza, Dhira.”

Nadhira mengangkat wajahnya lalu berkata, “kau macam dah faham sangat dengan sifat Si Aisy tu ya?”

“Tak adalah... Cuma aku dapat bezakan dia dengan Aizad. Jauh beza.”

“Eee... Dahlah cakap tentang dia ni.” Rimas Nadhira dibuatnya.

“Okey! Aku stop cakap pasal boyfriend handsome kau tu. Aku dah laparlah, jom kita lunch,” ajak Lily seraya mengusap perutnya.

“Alright. Nak pergi mana ni? Aku tak nak lunch kat Suria lagi ya. Hari-hari aku menapak ke sana, boleh naik muak aku dibuatnya.”

“Beres! Kita lunch kat Pavi. Senang, dekat je. Kita guna teksi. Aku tahu kau pasti malas nak bawa kereta, aku pun sama juga. Nak jalan kaki? Lagilah kau malas.”

Tiba saja di lobi, mata Nadhira seakan terpandang kereta Aisy yang baru saja memasuki ruang utama.

“Fuyoo... Canggihnya kereta. Bos kita ke?” tanya Lily padanya. Nadhira sudah gelisah bila dengan yakinnya dia itu adalah Aisy.

“Ehh... Itu kan...?” tanya Lily lagi bila Aisy sudah keluar dari kereta. Terpinga Lily memandangnya. Nadhira cuba berlagak selamba. Seperti tidak kisah.

“Dhira... Boyfriend kau kali ni memang dahsyat betul. Kat ceruk mana kau dapat mamat macam ni?”

Nadhira menjeling Lily dan Aisy pula mempamerkan senyuman yang sangat menjengkelkannya. Namun kaki mereka tetap melangkah untuk keluar lobi. Aisy pula Nadhira lihat tersenyum bila mereka mendekati walaupun wajah lelaki itu kelihatan pucat di matanya. Wajah Nadhira pula sudah masam mencuka, tidak menyukai Aisy datang ke tempat kerjanya terlalu kerap.

“I’m lucky... Because I thought I kena tanya receptionist dulu untuk jumpa you, Dhira,” ujar Aisy. Kedua-dua tangan masuk ke dalam kocek seluar yang membuatkan lelaki itu kelihatan bergaya.

“You buat apa kat sini? You tak kerja ke?”

“I cuti sakit.”

“Cuti sakit? Then buatlah cara cuti sakit. Buat apa you kat sini? You seharusnya berehat kat rumah.” Lily di sebelah sudah menyiku lengan Nadhira berkali-kali. Mungkin tidak suka dengan apa yang dia katakan pada Aisy itu.

Aisy mengeluh dan wajah lelaki itu berubah bila Nadhira berkata begitu. Barulah Nadhira sedar bahawa dia tidak sepatutnya berkata begitu lagi-lagi di hadapan Lily. Pasti tercalar maruah Aisy.

“Fine, I balik. Thank you sebab berikan sambutan yang cukup baik untuk I.” Kata-kata sindiran dari Aisy yang membuatkan Nadhira terjeda seketika.

“Take care. I’m just worried about you. I know you tak cukup tidur disebabkan I. I’ve tried to call you, tapi you tak angkat pun.” Dan penjelasan Aisy itu membuatkan lagi Nadhira serba salah. Sedikit sebanyak membuatkan hatinya terharu dengan keprihatinan Aisy.

Bila Aisy mula bergerak hendak ke tempat pemandu, cepat saja Lily mengisyaratkan Nadhira agar menghalang Aisy dari pergi.

“Aisy..,” seru Nadhira.

Aisy menoleh. “Yes?”

“You dah lunch ke belum?”

Lelaki itu hanya menggeleng seraya membuka pintu keretanya, bersedia untuk masuk ke dalam kereta.

“Kita lunch sama-sama?” pantas saja kata-kata itu yang terluah dari bibir Nadhira.

Sekali lagi Aisy menggeleng. “It’s okay. I tak nak ganggu you.”

Eh? Sejak bila Aisy pandai bertolak ansur dengannya ni?

“Please... Lunch with me,” ujar Nadhira dengan nada lembut tanpa disedari.

“Err... Aku pergi dululah, Dhira. Kau orang lunchlah sama-sama eh.”

“Lily...” seru Nadhira namun Lily berkata tanpa suara, ‘pergilah..’ seraya mengisyaratkan bahawa wanita itu juga tidak kisah. Dan Nadhira juga membalas tanpa bersuara, ‘sorry.’

Nadhira kasihan pula dengan Lily. Pasti wanita itu makan tengahari berseorangan.

“Aisy... You nak biarkan I makan sorang-sorang ke? Lily dah pergi, so now kalau you tak nak lunch dengan I, I akan makan sorang-sorang,” ujar Nadhira pada Aisy setelah Lily sudah pergi dari situ. Dia tahu Aisy masih terasa dengan kata-katanya tadi.

Tanpa menjawab kata-kata Nadhira, Aisy membukakan pintu di tempat penumpang. Pekerja-pekerja yang hendak keluar makan tengahari juga sibuk memandang mereka. Dalam kereta, Aisy hanya senyap. Tidak berkata sepatah perkataan pun. Kelihatan di atas dashboard, plastik jernih yang mengandungi beberapa ubat-ubatan. Percayalah Nadhira bahawa Aisy telah pun pergi ke klinik tadi.

“Berapa hari you cuti sakit?

“Two days.”

“Apa kata doktor?”

“Diarrhea dan kurang air dalam badan.”

“You jangan ambil mudah tentang tu Aisy. Sepatutnya you ambil masa dua hari ni untuk berehat. I bukan tak suruh you datang jumpa I cuma janganlah terlalu kerap. Lagipun, you kena fikirkan kesihatan you. You belum sembuh sepenuhnya lagi.”

Aisy menoleh sekilas namun tidak membalas kata-katanya. Mungkin berfikir untuk membalasnya kembali. Sekali lagi tanpa sedar, Nadhira melekapkan tangannya ke dahi Aisy. Tak adalah panas sangat. Ketika dia hendak menjauhkan tangannya dari dahi Aisy, cepat saja lelaki itu menggenggam kemas jari-jemarinya.

“Thank you dear. Sekurang-kurangnya I tahu you mengambil berat tentang I,” ucap Aisy seraya mengucup jari-jemari Nadhira dengan lembut.

Nadhira terpaku. Dan... Hatinya mula terusik. Debaran di dadanya kala ini sudah tidak mengikut rentaknya lagi.


p/s : Ini adalah n3 yang terakhir dipost ke dalam blog. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama dengan Aisy dan Nadhira. Moga ada rezeki untuk MC ke versi cetak. InsyaAllah.

Sabtu, 12 April 2014

ENOVEL : MENAWAN CINTAMU 11, 12 & 13 (POV3)


BAB 11

Semakin tidak senang duduk Nadhira bila mengenangkan kejadian petang tadi. Selepas saja solat Isya’, dia mengajak Iskandar untuk berjumpa. Yang penting dia mesti mencari jalan agar dapat menyelesaikan perkara yang membuatkan dia semput tak cukup nafas itu.

“Nak pergi mana Dhira?” tanya Puan Nurin bila melihat Nadhira sudah bersiap sedia hendak keluar.

“Nak jumpa Abang Is kejap.”

“Dah lewat malam ni... Kenapa tak jumpa kat sini aje?”

Nadhira mengerling jam tangannya. Tidaklah lewat benar. Masih dikatakan awal lagi.

“Dia nak bincang tentang majlis dia. Lagipun dia nak beli barang, sebab tu tanya pendapat Dhira.” Seksanya Nadhira buat alasan sebegitu. Mak ampunnn...

“Iyalah... Jangan lewat balik. Kamu tu dah ada yang punya, jangan buat hal lain pula.” 

Terasa kesat air liur yang Nadhira telan. “Iyalah mak. Jangan risau. Dhira bukan macam dulu lagi.”

Panas! Nadhira rasa hendak pengsan bila semua ini terjadi padanya. Sudah ada yang punya? Memang nak cari nahas sungguh. Itulah gara-gara yang terjadi petang tadi. Semuanya menjadi tidak tentu arah.

Nadhira tidak menyangka ketika dia balik dari Old Town Cafe itu, Aisy masih mengekorinya sehingga sampai di hadapan rumah. Dan yang membuatkan dia menjadi tidak tentu arah lagi bila Haji Imran ada di luar rumah. Semakin kecut perutnya bila melihat Aisy keluar dari kereta lalu mendekatinya dan Haji Imran.

“Apa khabar pak cik?” sapa Aisy tanpa segan silu.

Haji Imran sudah kelihatan terpinga-pinga namun dia menjawab juga pertanyaan lelaki muda itu. “Alhamdulillah, baik.”

Aisy dan Haji Imran bersalaman dan Nadhira pula sudah berpeluh mengenangkan apa yang akan terjadi selepas itu.

“Dhira tak nak kenalkan pada ayah ke?”

“Aisy, ayah.” Hanya itu yang terkeluar dari mulut Nadhira.

“Teman lelaki Dhira, pak cik,” ujar Aisy.

Mata Nadhira bulat menentang Aisy. “You jangan...”

Aisy pantas memotong kata-kata Nadhira itu, “You tak bagitahu your parents tentang I, ke?”

“Pertama kali pak cik dengar nama kamu ni, Aisy.” Haji Imran pula yang berbesar hati menjawab pertanyaan Aisy yang ‘mereng’ itu.

Aisy tersenyum seraya berkata, “kami sekarang tengah mengenal hati budi pak cik. Maaf sebab baru sekarang nak berkenalan dengan keluarga Dhira.”

“Eh, jom kita masuk. Cakap kat sini pula. Kamu ni Dhira, ada kawan tak ajak jumpa ayah dan mak.”

Sempat pula Haji Imran sound Nadhira. Kalau ayahnya tidak ada ketika itu, mahu saja dia meliku kepala Aisy yang mengada-ngada itu.

“Maaf pak cik, bukan tak sudi cuma saya ada hal penting nak uruskan lagi. Next time saya datang lagi. Mak cik mana ya? Saya nak jumpa sekejap sebelum saya balik.”

Sekali lagi Nadhira menoleh ke sisi. Yang hendak berjumpa dengan mak dia itu, buat apa? Dia memberikan isyarat berkali-kali pada Aisy, namun lelaki itu tidak mengendahkannya.

“Oh ya, sekejap, pak cik panggil dia. Tadi dia kat atas. Duduklah dulu sementara pak cik panggil mak Dhira.” Haji Imran menjemput Aisy agar duduk di kerusi santai yang ada di luar rumah itu.

“You buat apa ni, Aisy? You dah gila ke?” Nadhira melepaskan rasa marah pada lelaki itu. Namun tonasi suaranya terpaksa dikecilkan. Risau jika ayahnya pula yang terdengar.

“Like I said, you tak akan jangka apa yang I akan lakukan. So now, your parents dah tahu kita ada hubungan. Still as a friend?”

Jadi inilah yang tersembunyi di sebalik persetujuan lelaki itu? Aisy memang lelaki licik! Bentak hati Nadhira.

“Kalau ikutkan hati I, sebagai kawan pun I tak ingin. Nanti I akan jelaskan pada mak dan ayah I tentang hubungan kita sebenar.”

“Okey. Tapi jangan salahkan I kalau I buat sesuatu yang di luar jangkaan you. Do you get what I mean, sayang?”

“You memang dah gila agaknya!”

Kalau Nadhira tidak mengenangkan mereka berada di hadapan rumahnya, mahu saja kelima-lima jarinya itu melayang ke pipi Aisy.

“Bila I suka seseorang tu, I tak akan lepaskan dia. And you’re the one yang I tak akan lepaskan,” bisik Aisy dekat di telinga Nadhira.

Bibir Nadhira bergetar, terasa darahnya naik terus ke kepala dan tanpa dapat ditahan, dia menolak lelaki itu sekuat hati. Namun Aisy hanya terdorong sedikit ke belakang. Apalah sangat tenaganya berbanding dengan badan Aisy yang sasa itu.

“Semakin you menjauh, semakin I nak dekati you, Dhira.”

Senyuman Aisy itu membuatkan Nadhira rasa meluat sangat. Dan semakin sakit hati bila Aisy pandai berlakon di hadapan kedua-dua orang tuanya. Lagi-lagi ketika Puan Nurin sudah ada di depan mereka.

“Kawan Dhira ya?”

“Ya mak cik,” ucap Aisy seraya bersalaman dengan Puan Nurin persis bakal menantu yang soleh.

“Ayah Dhira bagitahu kamu nak balik. Kenapa cepat benar nak balik? Belum sempat nak sembang-sembang dengan kamu.”

“Ada hal penting yang saya nak diselesaikan mak cik. Itu yang tak boleh lama. Nanti saya akan datang lagi kalau Dhira ajak saya.”

Ayat yang diungkapkan oleh Aisy itu memang nampak teratur. Tidak disangka begitu cerdiknya lelaki itu dalam menipu keluarga Nadhira.

“Ajak dia selalu datang sini Dhira. Kamu ni... Sampai bila tak nak ajak kawan datang rumah?”

Sekali lagi Nadhira disound dan kali ini, Puan Nurin pula yang bersuara.

“Iyalah,” jawab Nadhira malas.

“Saya balik dulu mak cik, pak cik. Jaga diri. Sayang... I balik dulu. Take care ya. I love you.”

Meremang bulu roma Nadhira bila Aisy kata begitu di hadapan mak dan ayahnya. Bukan saja itu, pipinya juga sudah merah menyala, malu dengan kata-kata yang Aisy lemparkan itu.

“Elok-elok bawa kereta Aisy. Ada masa, datanglah ke rumah,” ajak Haji Imran dengan penuh ramah.

Mak dan ayah Nadhira mengiringi pemergian Aisy sehingga keluar pagar. Nadhira pula hanya kaku di tempat sendiri. Hatinya ketika itu memang terasa sakit yang teramat sangat. Apatah lagi bila melihat kedua-dua orang tuanya melambai mesra pada Aisy.

“Mewah sungguh kereta budak Aisy tu. Dia kerja apa Dhira?”

“Kerja biasa aje mak,” jawab Nadhira dengan nada yang mendatar.

“Biasa apa kalau kereta macam tu. Ayah bukan tak tahu jenama kereta ni.”

“Dia kerja kat MAS. Aircraft Engineering.” Nadhira yakin, di situlah Aisy bekerja bila teringatkan pemberitahuan Aisy yang lelaki itu sudah pun bekerja ketika ini.

“Mesti gaji dia besar, kan? Mak tengok baik budaknya, Dhira. Ramah dengan orang tua. Itulah kamu, bila berteman, tak nak ajak datang rumah. Kenalkan pada mak dan ayah.”

Gaji besar? Bagi Nadhira lelaki seperti Aisy bukan hanya gaji yang menjadikan lelaki itu kaya sebegitu. Mungkin keluarga Aisy memang keturunan berada. Tetapi semua itu bukan menjadi satu kepentingan buat dirinya. Cukuplah jika lelaki yang menjadi pujaan hatinya mempunyai pendapatan yang mencukupi.

“Bila masa Dhira berteman ni?” Protes Nadhira seraya masuk ke dalam rumah.

“Kamu jangan cuba nak menipu mak. Bukan mak tak tahu, sebelum ni kamu pernah berteman.”

Nadhira tahu Puan Nurin merujuk kepada siapa, pasti antara Firash mahupun Aizad. Dia mengeluh lalu melentokkan kepala di lengan sofa.

“Budak Aisy tu baru dikatakan lelaki yang bertanggungjawab. Tak ralat nak jumpa kami ni. Teman kamu dulu tu cuma tahu nak berteman aje,” bebel Puan Nurin lagi. Jika maknya membebel tentang hal lain, mungkin dia tidak akan kisah tapi bila Puan Nurin membebel tentang Aisy dan memuji lelaki itu setinggi melangit membuatkan hatinya berasa geram.

“Yang ni pun belum tahu lagi sampai ke mana..,” ujar Nadhira perlahan seperti berkata pada diri sendiri.

“Nak tunggu sampai bila lagi Dhira? Kan elok kalau kamu serius dengan budak Aisy ni. Ayah tengok elok aje dia.”

“Iyalah... Kan Dhira masih nak kenal hati budi dia. Mak, ayah janganlah berharap sangat. Kalau dah memang bukan jodoh Dhira dengan dia, serius manapun Dhira, tak akan ke mana.”

“Kamu ni... Orang doa yang baik-baik. Ini tak, macam tak nak aje hubungan tu berpanjangan.”

Memang Dhira tak nak! Jerit Nadhira dalam hati. Dia bangkit dari sofa dan ingin menuju ke bilik tidur.

“Seriuslah kali ni. Mak teringin sangat nak bermenantu.”

Apa pula nak bermenantu kalau yang ada ketika ini anak hantu! Eee... Geram sangat dia dengan Aisy itu. Baru pertama kali berjumpa, mak dan ayahnya sudah mula menyukai Aisy. Memang pandai bodek sungguh lelaki itu!

“KENAPA DHIRA nak jumpa abang ni? Sampai tak menyempat nak jumpa hujung minggu?” tanya Iskandar sebaik saja Nadhira masuk ke dalam keretanya.

“Aisy tu dah gila, bang. Dhira dah tak boleh lari dari dia lagi.”

Iskandar menoleh deras pada Nadhira. Terkejut bila mendengar nama Aisy kembali bergema. “Kan Dhira dah tak berhubungan dengan dia. Dhira jawab panggilan dia ke?”

Nadhira menggeleng. Buat apa dia nak menjawab panggilan dari Aisy sedangkan dia sudah memutuskan tidak mahu berhubungan dengan lelaki itu lagi.

“Dia datang rumah. Dhira terkejut sangat, bang. Lagipun dia ugut Dhira, kalau Dhira tak nak berbincang dengan dia, dia akan buat sesuatu. But, you know what? Dia memang kotakan apa yang dia katakan bila dengan tegasnya Dhira cuma nak menganggap dia sebagai kawan.”

“Apa dia dah buat? Kenapa pula dia tak terima kalau Dhira anggap dia cuma sebagai kawan?” tanya Iskandar cemas.

“Dia nak jadikan Dhira sebagai girlfriend dia. Gila! Dhira tak nak. Lelaki macam dia tu memang tak boleh diharap. Dia jumpa mak dan ayah. Siap kata yang kami ni berhubungan.”

Ternganga Iskandar memandangnya. Sudah dijangka reaksi itu yang akan dia terima dari Iskandar. Pasti abang sepupunya itu terkejut dengan tindakan yang Aisy lakukan.

“Dia ni dah melampau sangat! Nita tu dia nak buat apa?”

“Abang dah tunjukkan gambar kami berdua tu pada Nita, ke?”

Iskandar mengeluh seraya menggeleng. 

“Kenapa pula belum? Abang nak tunggu sampai bila? Mak long dah syak sesuatu tentang hubungan abang ni tau.”

“Mak ada tanya Dhira tentang hubungan abang ke?”

“Iyalah... Tapi Dhira terpaksa tipu mak long, Dhira kata yang Anita sibuk dan abang pula sibuk dengan kerja.”

Iskandar menarik nafas lega.

“Kenapa abang tak serahkan aje gambar tu pada Nita?”

“Dia tak nak jumpa abang. Tak kan abang nak hantar kat rumah dia. Kalau mom dan abah dia tahu, lagilah makin teruk.”

“Dah tu, jumpa aje kat tempat kerja dia.”

“Nanti jadi pertengkaran pula. Abang ni pegawai kerajaan Dhira. Abang kena jaga nama abang.”

Nadhira memicit kepala yang terasa berdenyut-denyut itu. Degil juga si Anita tu. “Abang hantar gambar tu kat ofis dia. Dalam masa yang sama, Dhira terpaksa menghadap Aisy. Dhira akan sekat hubungan dia dengan mana-mana perempuan terutama sekali Anita.”

“Betul ke Dhira nak sambung semula rancangan kita ni?”

“Dah dia tak nak lepaskan Dhira. Dhira hanya mampu ambil kesempatan ni untuk hubungan abang dan Anita. Abang jangan cepat mengalah dengan apa yang Nita katakan. Kalau dia tetap dengan egonya, abang lepaskan aje dia. Dia tak layak untuk abang. Abang carilah perempuan lain.”

Dan buat pertama kalinya barulah Nadhira nampak Iskandar seperti bersetuju dengannya. Seharusnya Iskandar sedar perkara itu dari mula lagi. Agar dia tidak terbabit sama dan tidak mengenali Aisy yang ‘mereng’ itu.

“Abang nak jumpa Aisy,” beritahu Iskandar.

“Apa abang nak buat?”

“Abang nak dia jaga Dhira dengan baik. Abang risau sangat, Dhira. Apa yang kita rancang tak sama dengan apa yang dah terjadi ni.”

Nadhira mengangguk setuju. Memang, apa yang mereka rancang tidak sama dengan apa yang terjadi. Semuanya menjadi porak-peranda. Aisy bukan lelaki yang calang-calang. Lelaki itu mempunyai taktik yang tersendiri yang mana tidak dapat dicapai dek akal fikirannya.

“Abang perlu bagi amaran pada dia. Dhira tak nak dia buat sesuatu pada Dhira. Kadang-kadang dia memang menakutkan.”

“Baiklah. Dhira just bagitahu abang, bila dan di mana untuk abang berjumpa dengan dia.”

Sekali lagi Nadhira mengangguk. Selepas itu segalanya akan baik-baik saja. Dia tidak perlu takut dengan kehadiran Aisy. Lelaki itu bukan siapa-siapa yang perlu dia risaukan. Nadhira perlu mendekati Aisy untuk sekali lagi. Akan ditawan hati lelaki itu agar tidak ada mana-mana perempuan pun yang berada di dalam fikiran Aisy. Itupun kalau Nadhira tidak sakit hati melayan kerenah lelaki itu.

Bila kaki Nadhira mencecah masuk ke dalam rumah setelah keluar dengan Iskandar, Puan Nurin mendekatinya. Hah... Apahal lagi ni? Bisik hati Nadhira tertanya-tanya.

“Dhira tak bawa phone ke?”

Dahi Nadhira berkerut. Eh, apasal pula tak bawa. Dia bawa apa.

“Phone kamu berbunyi aje dari tadi. Bila mak cuba nak jawab, bilik kamu berkunci.”

Nadhira menepuk dahinya perlahan. Dia tidak sedar pula yang dia mengunci pintu bilik tidurnya itu. Lagipula, dia lupa hendak mematikan kembali telefon pemberian Iskandar setelah dia menghidupkan petang tadi. Beberapa pesanan ringkas mahupun pesanan suara masuk berderet-deret. Dia tidak ada hati hendak membaca mahupun mendengar semua pesanan tersebut kerana dia yakin, semuanya pasti dari Aisy. Siapa lagi yang tahu nombor telefon itu kalau bukan Aisy ataupun Iskandar.

“Hah... Tu... Dah berbunyi lagi. Mesti budak Aisy tu yang telefon.” Puan Nurin masih mengekori Nadhira hingga ke bilik tidur.

Nak tak nak, Nadhira perlu menjawab panggilan itu juga. “Hello..,” sapa Nadhira malas.

Mata Nadhira memerhatikan Puan Nurin yang melangkah keluar itu seraya menutup pintu biliknya. Dia menarik nafas lega. Dan pintu bilik itu dikunci dari dalam semula. Risau jika maknya masuk mengejut pula nanti. Sedangkan dia hendak berbicara dengan Aisy. Yang lebih tepat lagi, hendak berlawan kata dengan lelaki itu.

“Where are you now?” tanya Aisy dengan suara yang sedikit keras. Sudah menjelma lagak bossy lelaki itu.

“Kat rumahlah... Kat mana lagi?”

“Tadi?”

“I keluar dengan Abang Is.” Nadhira duduk di birai katil dengan wajah yang berkerut.

“Siapa Abang Is tu?”

Nadhira mendengus. Menyibuk aje nak tahu. “Abang sepupu I. You telefon ni, nak apa sebenarnya?”

“I called you million of times... Kenapa tak jawab panggilan I?”

“Phone tertinggal kat rumah. I terlupa nak bawa. So, you call ni sebab apa sebenarnya? Just straight to the pointlah Aisy.”

“I miss you. That’s it.”

Nadhira tersenyum sinis seraya mendengus. Rindu? Tapi menghubunginya seperti ada hal mustahak aje lagaknya.

“Lepas ni, jangan libatkan my parents lagi. Please Aisy...”

“I like your parents. They are sweet. Same like you, honey.”

Tanpa menerima pujian itu, Nadhira terus meluahkan rasa tidak puas hatinya pada Aisy. “Jangan cuba menipu helah mereka lagi dengan memberitahu yang kita ada hubungan. Semua ni hanya melibatkan kita berdua aje. I tak nak my parents berharap tentang hubungan kita, Aisy. Do you get what I mean?”

“I tak pernah main-main dalam hal ni, Dhira. When I met your parents, that means, I serius dengan apa yang I lakukan. It’s not a joke or whatever.”

Tergeleng-geleng Nadhira tidak percaya. Mustahil! Aisy nak ambil serius? Hmm... Betullah sangat!

“Please Aisy...”

“I can’t dear... You’re mine and always be mine. For this time, I can’t compromise with you.”

Ah! Sakit hati. Sakit yang teramat sangat. Susah sungguh hendak berkompromi dengan Aisy. Tanpa menunggu lama, talian diputuskan dengan segera. Terus Nadhira mematikan telefon bimbit itu. Sudah hilang rasa hendak menawan hati Aisy bila lelaki itu degil tidak mahu menerima cadangannya.

Nadhira perlu membersihkan diri. Cuba melapangkan minda dari terus berfikir tentang kerenah Aisy yang hari demi hari semakin menjadi-jadi.


**************

BAB 12

Nadhira merasakan kali ini segalanya sudah terbalik. Rancangan untuk menawan hati mamat playboy itu sudah tidak menjadi seperti yang dirancang bila Aisy pula yang terhegeh-hegeh hendak mendekatinya. Dia tidak tahu niat Aisy yang sebenar, adakah benar lelaki itu menyukainya atau hanya ingin mencabar diri sendiri untuk mendapatkannya. Kerana perasaan sangsi itu semakin kuat dengan kesungguhan yang Aisy lakukan.

Tanpa pengetahuan Nadhira, Aisy datang ke rumahnya lagi. Hati semakin panas dengan apa yang lelaki itu lakukan.

“Dhira... Aisy datang tu,” beritahu Puan Nurin lagi bila dia hanya mengabaikan pemberitahuan maknya itu.

“Dhira malaslah mak. Bagitau dia, Dhira nak rehat.” Semakin Puan Nurin berkata begitu, semakin malas Nadhira hendak bangkit dari berbaring.

“Kesian dia Dhira, dia kata baru balik kerja, tak kan kamu tak nak jumpa?”

Nadhira mendengus. Dia tahulah Puan Nurin teruja kerana dia sudah mempunyai teman lelaki tapi tak kanlah maknya kena layan Aisy baik begitu sekali. Penat lelah dia pula diabaikan. “Mak... Dhira pun letih ni.”

“Dia kata, kamu yang suruh dia jemput kamu. Tak kan bila dia dah ada, kamu malas pula. Tak ke menyusahkan dia.”

Ewahh! Pandai sungguh Aisy berkata-kata. Lelaki itu seakan tahu bahawa Nadhira hendak mengelak dari berjumpa empat mata. Jadi Aisy sediakan ayat yang sangat bernas. Bagus! Memang bagus sangat.

Akhirnya dengan rasa malas, Nadhira menukar baju tidurnya. Mamat tu memang nak kena agaknya! Ketika dia menuruni anak tangga, Nadhira sudah terdengar suara ayahnya bergelak ketawa dengan Aisy.

“Lambatnya nak turun, Dhira?” tanya Haji Imran.

“Dhira dah nak tidur.”

“Eh, dia yang minta Aisy jemput dia, nak tidur pula?” tanya ayahnya kehairanan.

Pantas saja mata Nadhira menghala pada Aisy. Lelaki itu hanya berlagak biasa. Hish! Sakit betul hatinya.

“Kamu pergilah. Nanti lewat balik pula.”

Dahi Nadhira mula berkerut bila Haji Imran membenarkan untuk mereka pergi. Nak pergi ke mana?

“Pakcik jangan risau, Dhira ajak saya pergi makan dekat cafe kawan saya aje.”

“Iyalah. Hati-hati. Jangan lewat balik.”

Tanpa sepatah kata untuk Aisy, Nadhira terus masuk ke dalam kereta lelaki itu. Hatinya masih rasa meluat, marah dan geram.

“You marahkan I ke?” tanya Aisy tanpa rasa bersalah.

“Kalau I marah, ada you kisah? Tak ada, kan? Jadi jangan tanya kalau I marah ke tidak. Sebab I tahu, you tak akan peduli apa yang I rasa.”

“Mulanya I nak call you tapi I tahu you tak akan angkat panggilan I. Jadi I terus datang ke rumah you.”

“For what? Nak tipu mak dan ayah I lagi?”

“I tak tipu mereka, Dhira.”

“Jadi yang tadi tu apa? Sejak bila pula I suruh you jemput I?”

“Yang tu cuma back up reason supaya you keluar jumpa I.”

Nadhira mendengus seraya memeluk tubuh. Aisy jawab sempoi aje, padahal dia dah panas satu badan.

“Kalau you tak nak hubungan ni jadi tak tentu arah, berhenti tipu mak dan ayah I.”

“I will, dear.”

Sungguh! Nadhira tidak percaya kata-kata lelaki itu. “Sekarang memanglah you cakap tak akan buat lagi tapi next time, bila you berhajat, pasti you akan babitkan my parents supaya I dengar cakap you!”

Aisy diam tanpa kata namun kereta sudah semakin laju ke hadapan. Itu bermakna, lelaki itu tengah tahan sabar dengan kerenahnya. Nadhira mula kecut perut bila kereta Aisy berdesup laju memotong kereta-kereta di hadapan.

“Ni you nak pergi cafe ke atau nak pergi sempadan? Laju bukan main. Macamlah lari cafe tu,” bebel Nadhira lagi bila terasa perutnya semakin ngilu dengan kelajuan kereta Aisy.

Nadhira terdengar Aisy menarik nafas dalam. Kejam sangat ke apa yang dia katakan itu? Rasanya, apa yang Aisy lakukan lagilah teruk sehingga dia rasa nak semput nafas. Rasa terkongkong dengan kehadiran lelaki itu.

Sampai saja di hadapan Italiano Cafe, Aisy menonong saja keluar tanpa menunggunya. Hah! Yang tu, tahu pula lelaki tu nak marah. Tapi bila dia yang kena, tak boleh pula. Sungguh bossy! Terpaksa juga kakinya mengekori Aisy dengan laju. Eee...!

“Hey... There you are...,” Nadhira memandang Aisy bila dua orang wanita mendekati mereka. Well... Inilah dia Aniq Aisy. Kalau tak ada wanita di sekeliling, bukanlah Aniq Aisy namanya. Nadhira sudah buat muka bosan. Terus teringat kata-kata Aisy yang tak akan keluar dengan mana-mana perempuan lagi tu. Hmm... Iyalah sangat!

“Kenapa tak jawab panggilan kita orang?” tanya wanita yang bersanggul tinggi itu.

“My phone is in silence.”

“Hmm... Girlfriend ke, Aisy?” tanya wanita yang berambut pendek pula.

Nadhira masih dengan wajahnya. Bosan. Malas nak tunjuk ramah.

“Yeah... My girlfriend. Dhira. And dear, yang ni kawan I. Wani and Herna. Mereka berdua ni stewardess but different airlines.”

Ohh... Pramugari, patutlah cantik-cantik belaka. Kini barulah Nadhira mengukir senyuman. Dan akalnya mula ingin bertanyakan sesuatu.

“Macam mana tahu tempat ni? Dah biasa makan kat sini ya?”

“No... This is our first time here. Aisy yang bagitahu, dia kata dia selalu lepak kat sini. So kita orang pun nak merasalah lepak kat sini juga.”

“Ohhh..,” ucap Nadhira meleret. Dia memandang Aisy dengan pandangan sinis. Memang tak hairan sangat. Lelaki itu tak boleh hidup tanpa wanita di sisi.

“You guys baru datang ke?” Tanpa menghiraukan pandangan sinis Nadhira, Aisy melemparkan pandang pada Wani dan Herna.

“Dah nak dekat setengah jam kita orang ada kat sini. Your friend bagitau, you mungkin datang lewat. So kita orang tunggulah.”

“Join uslah... Kalau you guys tak kisah I turut serta kat sini,” ujar Nadhira. Manalah tahu nak bertiga aje dengan Aisy.

“Of course not. Hmm... I tak sangka pula you dah ada girlfriend Aisy. I thought you were single.”

Cepat saja hati Nadhira berkata-kata, Aisy memang nak kelihatan bujang sentiasa dan berlagak bujang di hadapan wanita-wanita di luar sana. Nak goda wanita, tak kan nak bagitahu dah ada teman wanita? Nadhira mengeluh berat. Kan lebih baik kalau Aisy mencari perempuan lain untuk dijadikan teman wanita. Tak adalah menyusahkan hidupnya.

Aisy hanya tersenyum kecil dengan kata-kata Wani itu dan mereka sudah mula duduk di meja empat segi. Jari sebelah kiri Nadhira dipegang. Aisy mendekatkan wajahnya pada wanita itu lalu membisikkan sesuatu, “remember, you are my girlfriend, you are mine. Jangan fikir yang bukan-bukan.”

Nadhira buat muka lagi. Biar Aisy sakit hati. Macamlah dia percaya sangat dengan kata lelaki itu. Tak fikir bukan-bukan? Dah berjuta spekulasi yang ada di dalam kepala otaknya saat ini.

“So, how do you guys know each other?”

“I kenal Aisy dah lama. Since dia guna our airline. Well... Siapa yang tak kenal dengan dia ni, rugi tau...” ujar Wani.

“Ohh... rugi ya...” ucap Nadhira meleret lagi seakan menyindir Aisy. Lelaki itu kelihatan tersenyum. Seperti tidak termakan dengan sindirannya. 

“Kalau I tahu before ni you single. I usha you, Aisy. Tapi sekarang you dah ada girlfriend, melepaslah I.” Kali ini Herna pula bersuara. Hei! Popular sangat ke Si Aisy ni sampai dua-dua nak kan sekali. Hish! Pasti lelaki itu berasa bangga. 

“Tak bolehlah... Kalau I tak jumpa my Dhira ni, mungkin bolehlah. Tapi hati I dah terikat dengan dia. I dah tak pandang perempuan lain dah.” Tanpa sedar Nadhira ketawa bila Aisy berkata begitu. Oh tolonglah Aisy, jangan buat dia gelak tak ada maksud. Ni gelak campur loya sekali. Ketiga-tiga mereka memandang padanya. Masing-masing menunjukkan reaksi yang berlainan. Aisy sudah pasti tidak menyukai apa yang Nadhira lakukan itu. Pasti rasa tercabar. Lagi-lagi di hadapan Wani dan Herna.

“I malang ke atau bernasib baik bila mengikat Encik Aisy kita ni?” Nadhira tidak peduli apa nak jadi, jadilah. Biar Aisy malu. Lelaki itu boleh buat sesuka hati, tak kan dia tak boleh nak kenakan Aisy balik?

“Of course you’re lucky my dear... I’m yours. You can get anything from me...” Aisy mencapai jari-jemarinya. Nadhira sudah mula mengelabah. Apatah lagi bila melihat Wani dan Herna menyiku satu sama lain. 

“Anything..,” ujar Aisy perlahan persis menggoda. 

“Here...” Jemari Nadhira beralih pada dada lelaki itu. 

“Can you feel that? My heartbeat.” Nadhira tak rasa apapun sebenarnya. Heartbeat? Nothing!

“And... Here.” Akhir sekali jemarinya diletakkan di bibir Aisy yang lembut itu. Dia boleh pengsan sekarang juga! 

“Always save the best for the last. Isn’t it, my dear?”

Sekarang siapa yang kenakan siapa ni? Hati Nadhira sudah mendidih panas namun dia cuba mengorak senyuman. 

“You guys ignore aje apa yang Aisy ni dah buat. You guys pun dah kenal dia kan... Kadang-kadang dia buat aksi melampau.” 

“Hei.. Itu bukan aksi melampaulah Dhira. Itu romantik tau... So sweet of you Aisy. You memang buat I jeles,” ucap Herna dengan wajah yang teruja. 

Tangan Nadhira mula turun ke bawah meja dan tanpa dapat ditahan, dia mencubit peha Aisy dengan sekuat hati. Biar lelaki itu rasa jari ketamnya.

“Auww!”

“What's wrong?” Serentak kedua-dua pramugari itu bertanya seakan-akan mengambil berat. Puas hati Nadhira melihat wajah Aisy yang mengaduh sakit. 

“Nothing...” 

“Kasut I terkena kaki you ke? Kut I tak sedar. I guna heels lapan inci ni.” Meluat betullah Nadhira dengan teman-teman Aisy ni. Terlalu mengambil berat. Kalau Nadhira, Aisy sakit ke, cedera ke, dia tak akan kisah. Buang karan aje.

“Mungkin kut... But it’s okay. Not a big deal.” Pandai pula Aisy memberikan alasan. Selang beberapa saat, Nadhira terasa tangannya yang berada di bawah meja digenggam kemas. Bila dia cuba hendak menarik, ianya semakin dikemaskan. 

“Nasib baik you tahu nak tuju mana bila cubit I ya. Kalau tempat lain tadi...,” bisik Aisy padanya. Dan Nadhira terpaku mendengar bicara lelaki itu yang sudah jauh melencong. Fikir yang bukan-bukan betul! Memang dasar lelaki yang sangat meluatkan hati.

*****************



BAB 13

Ketika Nadhira berjalan kaki hendak ke Suria KLCC bersama dengan Lily untuk makan tengahari, kedatangan Aisy membuatkan langkahnya terhenti. Aisy tak kerja ke? Datang sini buat apa? Kan jauh dari KLIA ke KLCC, pertanyaan demi pertanyaan bermain di minda Nadhira saat ini. Lagipun, tak bosan ke Aisy tengok wajahnya hampir setiap hari? Sungguh merimaskan!

“Aisy..,” seru Nadhira perlahan. Lily di sebelah sudah menggamit lengannya.

“Siapa ni? Not bad aje aku tengok,” bisik Lily padanya.

“Sayang...”

Semakin terpinga-pinga Lily memandang Nadhira. Aisy ni memang muka tak tahu malu sungguh!

“You buat apa kat sini?”

“What happened to your phone?”

“Habis bateri.”

Sekali lagi Lily menolehnya. Sudah pasti wanita itu hairan dengan jawapan yang dia berikan pada Aisy sedangkan belum lama ini dia menghubungi Iskandar. Telefon bimbit yang Iskandar berikan padanya itu memang dari semalam lagi tidak dihidupkan. Lagipun, bila dia menghidupkan kembali, berderet-deret pesanan ringkas mahupun pesanan peti suara dari Aisy.

Yang paling menyakiti hati bila dia membaca pesanan ringkas Aisy yang berupa ugutan sebelum lelaki itu datang ke rumahnya tempoh hari.

-Answer my calls. If not, you akan tahu apa yang I akan lakukan nanti-

-Fine! Then I’ll find you-

“You tak kerja ke?” tanya Nadhira pada Aisy bila lelaki itu seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dia katakan. Memang pun sebenarnya. Lagipun rasa marah Nadhira pada Aisy tempoh hari masih lagi berbekas.

“Kan waktu lunch ni. I ingat nak ajak you keluar lunch.”

“I lunch dengan kawan I. Yang ni Lily.” Nadhira memperkenalkan Lily pada Aisy.

“Hai Lily... I’m Aisy. Dhira’s boyfriend.”

“Hei hai...”

Nadhira hanya mampu tersenyum hambar bila melihat Lily menyapa Aisy. Apatah lagi bila melihat wajah Lily yang masih kelihatan terkejut itu.

“Kita lunch sama-sama ya.” Cadang Aisy, lelaki itu memadang mereka silih berganti.

Nadhira menoleh pada Lily, berharap agar wanita itu tidak bersetuju dengan cadangan Aisy itu tapi hatinya luluh bila melihat Lily mengangguk setuju.

Pantas saja Aisy memegang jari-jemarinya. Nadhira menoleh ke sisi dan lelaki itu menayangkan senyuman yang menjengkelkan. Dia hairan sangat dengan Aisy, kenapa ketika dia, Aisy jadi begini? Kenapa lelaki itu tidak mahu melepaskannya pergi sedangkan Aisy baru saja mengenalinya? Lelaki itu boleh saja mendapatkan perempuan yang tidak kisah menerima atau memberi apa yang Aisy mahukan.

“Sejak bila kau ada boyfriend baru ni?” bisik Lily padanya.

Nadhira hanya menjeling dan mengisyaratkan pada Lily yang dia akan memberitahu nanti.

“Nak makan kat mana? Still kat Little Penang dear?” Amboi... Macam ayat perli aje.

“You pilihlah. I dengan Lily belum pilih mana-mana lagi.”

“Dome nak?” Hah! Ikut citarasa lelaki tu aje. Memang lidah barat sungguh.

“Tak nak. Either kat Bumbu Desa or kat Al-Marjan. I nak makan antara dua tu.”

Memang iyalah sangat Dhira. Kedua-dua tempat itu memang dia tak pernah makan pun. Niatnya cuma hendak mengenakan Aisy.

“Okay... So Lily, any suggestion?”

Lily pula hanya tahu angguk dan geleng saja. Sudah tidak banyak cakap seperti selalu.

“Kita makan kat Bumbu Desa aje..,” putus Nadhira. Fikir lama-lama pun hanya buang masa saja.

“Anything for you my dear.”

Mereka terus melangkah ke tingkat empat. Dalam perjalanan menuju ke restoran, pegangan Aisy semakin kejap. Amboi... Tak risau ke kalau teman-teman wanita lelaki itu ternampak mereka begitu?

“Tak takut ke kalau makwe-makwe you ada kat sini?” bisik Nadhira pada Aisy. Lily di sebelah sudah khusyuk bermesej.

“You’re mine and they’re not. Apa yang penting adalah you.”

“Betullah tu..,” ujar Nadhira seakan memperli.

“You tak percayakan I?”

“Should I?”

“Definitely yes..,” bisik Aisy dekat dengan telinganya sehinga Nadhira terasa hembusan nafas lelaki itu.

Nadhira jadi kaku, hendak melawan nanti lain pula jadinya. Aisy jenis lelaki yang tidak mahu kalah. Akhirnya dia hanya diam. Malas hendak melayan kerenah Aisy itu.

Sampai saja di Bumbu Desa, Nadhira terus membuat pesanan. Entah apa yang dia pesan, dia sendiri kurang pasti. Nama-nama menu lain benar. Aisy pula memberikannya kuasa mutlak untuk membuat pesanan. Pada mulanya memang Nadhira nak kenakan Aisy namun hatinya pula yang menegah. Rasa kasihan tiba-tiba. Lagipun sikap lelaki itu hari ini kelihatan sedikit sopan. Tidak terlalu menyakiti hati. Aisy memandangnya ketika makanan sudah terhidang di hadapan mata, kelihatan sambal ada di mana-mana. Dan hidangan untuk Aisy pula, terdapat cili di dalam nasi.

“Aisy, I tak tahu yang makanan ni ada sambal dengan cili,” ujar Nadhira dengan rasa bersalah. Memang dia rasa bersalah sungguh. Tak main-main.

“Tak apa. I boleh handle.” Aisy menjawab dengan senyuman membuatkan lagi rasa bersalahnya semakin menggunung.

“Kenapa, you tak pandai makan pedas ke?” tanya Lily ingin tahu.

“Tak berapa sebenarnya.”

“Oh... Kau tak tahu ke Dhira yang dia tak berapa makan cili?”

Sibuk pula minah ni tiba-tiba. Tadi bukan main diam, bebel Nadhira dalam hati. Sudahlah dia rasa bersalah dengan Aisy.

“Tahu tapi aku tak tahu pula kat sini hampir semua bercili.”

“Dear I’m okay. I tengok tak banyak sangat cili dia. I boleh asingkan. Kalau I tak mampu nak makan, I will order the new one.” Aisy sudah mula mengasingkan cili yang terdapat di dalam nasi lelaki itu.

“Here, you take mine, I’ll take yours. Yang ni sambal dia I dah asingkan.” Nadhira cuba menarik pinggan Aisy namun cepat saja lelaki itu menegah.

“I’m okay dear. Don’t worry. Thank you sayang.”

Euww! Kalau Nadhira sendiri rasa nak termuntah mendengarnya, apatah lagi Lily. Pasti wanita itu nak termuntah hijau dengan cara Aisy berbicara dengannya. Lenggok bahasa Aisy, aduh! Sungguh menggoda okey. Malu pula dia jadinya bila Lily memandangnya semacam. Dulu ketika dia bersama Firash mahupun Aizad, tidaklah sebegini rupa.

Untuk menghilangkan rasa segan dan rasa bersalah pada Aisy, Nadhira terus menikmati makanan yang ‘agak pedas’ buat Aisy itu.

Seperti yang dijangka, wajah Aisy sudah menjadi kemerah-merahan dan berpeluh. Nadhira ni tak adalah jahat sangat, rasa simpati bila melihat Aisy mengelap peluh dengan tangan. Jadi Nadhira yang sebagai ‘kekasih’ cuba hendak mengambil berat. Kali ini Aisy hanya membiarkannya mengelap peluh lelaki itu.

“Kalau you tak dapat makan, jangan paksa diri. Nanti sakit perut pula,” bebel Nadhira pada Aisy.

“Demi you, I sanggup Dhira.”

Perghh! Ayat yang memang beracun habis. Sungguh! Nadhira malu dengan Lily. Membahang pipinya kepanasan. Selepas itu Nadhira malas dah ambil berat tentang Aisy. Kalau dia buat baik nanti macam-macam ayat yang menyeksa jiwa dan raga keluar dari bibir lelaki itu.

Selesai saja menikmati makan tengahari, Aisy menyerahkan dompetnya pada Nadhira untuk membayar bil. Mak aih! Tebalnya dompet. Rasa segan pula hendak membukanya. Aisy pula katanya ingin menikmati pencuci mulut. Entah pencuci mulut apa yang lelaki itu maksudkan, Nadhira sendiri kurang pasti.

“Kau kena ceritakan aku dari A to Z tentang boyfriend handsome kau ni,” ujar Lily setelah kelibat Aisy sudah tidak kelihatan.

“Iyalah..,” jawab Nadhira malas.

“Nanti aku buat kerja dalam bilik kau aje.”

“Hei! Tak kan sampai macam tu sekali?”

“Mestilah. Sebab kali ni aku nampak satu kelainan dalam hubungan kau orang ni.”

Nadhira terjeda seketika. Apa maksud Lily? Apa yang wanita itu nampak sebenarnya? Kepura-puraannya dalam melayan kerenah Aisy ke?

“Mengarutlah minah ni.” Nadhira cuba menutupi rasa tidak selesa dari kata-kata Lily itu.

“Betul apa...”

“Dahlah, jom balik.”

Ketika keluar dari bangunan berkembar itu kelibat Aisy kelihatan. Lelaki itu khusyuk menikmati ‘pencuci mulut’ yang berupa rokok itu tanpa sedar akan kehadiran mereka.

“Aisy..,” seru Nadhira.

Aisy menoleh seraya tersenyum. Rokok dibuang setelah menghembuskan asap rokok yang terakhir melalui rongga hidung. “You guys dah nak masuk kerja?”

“Iyalah..,” jawab Nadhira seraya menyerahkan kembali dompet lelaki itu.

“Thanks sebab belanja kita orang makan,” ucapnya dan Lily juga turut mengucapkan terima kasih pada Aisy.

“My pleasure.”

“Can I talk to you, sayang?”

“I kena masuk kerja cepat. Nanti bos I tanya pula.” Nadhira memberikan alasan pada Aisy. Nak cakap apa lagi? Tak cukup ke dah jumpa ni?

“Tak apalah Dhira... Aku boleh handle kau kalau bos tanya.” Hampir saja Nadhira mengetap bibir, geram bila tanpa diduga Lily berbuat ‘baik’ pada Aisy.

“Thanks Lily,” ujar Aisy seraya memandang Nadhira dengan penuh makna.

“You nak apa?” tanyanya bila Lily sudah pergi meninggalkan mereka.

“I nak you.”

“Gila!”

“Dear, semakin you marah semakin you nampak cantik di mata I.”

Nadhira menjulingkan mata. Biar Aisy sedar bahawa dia sememangnya meluat dengan kata manis lelaki itu.

“Bos you lelaki ke perempuan?”

“Kenapa you nak ambil tahu ni?”

“Kalau lelaki, I nak bagi warning kat dia.”

“Melampau sangatlah tu...” Sekali lagi Nadhira menjeling.

“So betullah, bos you lelaki?” Degil betul Aisy ni!

“Betullah... Tapi dia dah tua sangat-sangat. Jadi jangan nak mengada ya.”

“Nanti malam I telefon you. Pastikan you answer my call. Kalau tak, I akan datang rumah you nanti.”

“Sikit-sikit ugut. Pleaselah, jangan cuba nak libatkan my family lagi.”

“I serius nak berkawan dengan you Dhira. Tapi kenapa you menolak I?”

“You tahu sebab-sebabnya Aisy. Kalau dulu you tak tonjolkan diri you yang sebenar, mungkin I tak akan macam ni.”

Aisy mengeluarkan lagi sebatang rokoknya. Lalu menyalakan pemetik api. “Sebab I nak you tahu siapa sebenarnya I. I tak suka berpura-pura. Dan I tak faham perempuan macam you ni...”

“Kalau tak faham, tak usah berhubungan dengan I.”

“No!”

Nadhira mendengus kasar. Itulah Aisy. Bossy!

“Ni... Yang merokok memanjang ni, tak sayang nyawa ke? Dah kebal sangat paru-paru tu?” Melihat asap rokok yang berkepul-kepul keluar dari mulut berserta dengan rongga hidung Aisy itu membuatkan Nadhira berkata begitu. Macam tak sayang nyawa!

“Sayang juga you pada I, kan? I’m happy to hear that sayang. At least I know, you tak nak I mati cepat.”

Huh! Jawapan lelaki itu membuatkan Nadhira sakit hati lalu mengkalihkan badannya dan mula melangkah meninggalkan Aisy. Dia memang pantang mendengar bab-bab mati ini walaupun dia tahu, mati itu pasti dan sunat mengingati mati. Sebab bagi Nadhira, mati adalah lambang perpisahan untuk selama-lamanya. Dan dia juga tidak suka perkataan mati dijadikan sebagai permainan mulut. Sungguh tidak gemar!

“Wait! Dhira... Percayalah, I serius dengan you.” Lengan Nadhira dipegang kemas.

“I nak masuk kerja. Dah lewat ni.”

“I’ll call you later.”

Nadhira meninggalkan Aisy tanpa kata. Sukar untuk dirinya mempercayai lelaki itu. Biarlah dia terus berpura-pura dalam hubungan ini. Tapi kadang-kadang dia juga tidak dapat menghindarkan diri dari rasa memberontak, Aisy membuatkan hatinya rasa sakit sangat. Apatah lagi dengan sikap degil lelaki itu.

Nadhira cuba menyibukkan diri di dalam bilik kerja. Cuba untuk fokus meneliti statement and transaction of cash flow sebelum bahagian mereka diaudit oleh internal auditor namun kedatangan Lily ke dalam bilik kerja menganggu konsenterasinya.

“Jangan nak pura-pura fokus ya. Janji tetap janji. Kau kena bagitahu aku tentang Aisy kau ni.”

“Aku tengah sibuk ni. Jangan ganggu boleh tak?” Sekali lagi Nadhira cuba memerhatikan angka yang berjuta-juta di hadapan matanya itu.

“Aku tahu kerja kau dah nak siap. Lagipun bos tak minta pun minggu ni. Hari ni kau kena bagitahu aku. Jangan nak banyak dalih.”

Memang benar apa yang Lily katakan itu. Semua ini hanyalah alasannya untuk menghindarkan diri dari Lily.

“Sebelum aku bagitahu kau, aku nak tanya pendapat kau tentang dia. What do you think of him?” Akhirnya Nadhira mengalah. Dia faham sangat dengan sikap Lily yang tak mudah berputus asa.

Lily mengambil tempat duduk di hadapannya. Nadhira menyandarkan badannya agar selesa untuk berbicara dengan Lily.

“Aku dapat rasakan perasaan cinta Aisy untuk kau. Dan aku percaya dia sayangkan kau sangat-sangat.”

Tanpa dapat dikawal, tawa Nadhira pecah. Perasaan cinta Aisy padanya? Sayang? Memang mengarut sangat!

“Yang kau gelak kenapa?”

“Kelakar.”

“Kau masih tak percayakan cinta ke?”

Pertanyaan Lily itu membuatkan Nadhira terpaku. Cinta? Mungkin ya, atau mungkin tidak. Ketika ini, dia sudah kurang pasti mengenai itu.

“Diam tu maknanya iyalah tu. Dhira... Aku cuma nak kau sedar, kalau keras macam mana pun hati kita yang kononnya tak percayakan cinta tapi suatu hari nanti kalau Allah datangkan lelaki untuk bukakan hati kau, aku rasa kau akan sedar betapa indahnya cinta itu. Dulu memang aku sokong sangat dengan tindakan kau yang nak tak nak layan Aizad sebab bagi aku Aizad tu tak layak dengan kau.

“Kau seriuslah kali ni Dhira. Kita berhubungan ni bukan hanya untuk suka-suka apatah lagi ketika usia kita sekarang ni. Tapi kita ada matlamat. Matlamat untuk berkahwin, cinta-mencintai, bertanggungjawab dan membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah. Kalau kau masih tak percayakan apa itu cinta, kenapa kau berhubungan dengan dia? Kesian dia aku tengok. Nampak benar dia sayangkan kau, Dhira. Walaupun tadi tu aku rasa nak termuntah hijau dengan gaya romantik dia pada kau.”

Dalam serius mendengar kata-kata Lily itu, akhirnya Nadhira ketawa kembali. Seperti yang dia jangka, pasti Lily nak termuntah dengan sifat romantik Aisy itu tadi.

“Kau dah boleh kahwin ni Lily sebab nampak sangat kau dah fasih dalam hal cinta ni.”

“Mestilah aku nak kahwin. Sebab aku percayakan apa itu cinta. Kau rugi kalau kau main-main dengan Aisy ni. Dahlah ada rupa, kalah Aizad kau dulu tu. Firash aku tak tahu pula, sebab itu kisah kau zaman universiti, masa tu aku belum kenal kau lagi. Dah tu dia sayang kau lebih dari kau sayang dia. Ini yang special. Sebab kalau lelaki yang sayangkan kita lebih, itu satu bonus tau. Kau tahu ajelah kat dalam dunia ni, perempuan yang ramai dari lelaki jadi kalaupun ada perempuan yang cuba nak cantas hubungan kau dengan dia, dia tak akan beralih arah. Sebab dia dah sayangkan kau lebih.”

Aisy tak pandang perempuan lain selain dia? Memang betullah sangat! Lelaki buaya tembaga seperti Aisy tu nak setia pada yang satu? Memang malamlah. Kalau Nadhira tak berhubungan dengan lelaki itu lagi, tak sampai sepuluh minit Aisy sudah ada perempuan lain.

“Entahlah...” Hanya itu yang menjadi jawapan Nadhira.

“Cepat ceritakan aku tentang perkenalan kau dengan dia tu. Aku dah bagitahu pendapat aku tentang dia. Jadi masa untuk kau pula bercerita.”

Nadhira menarik nafas dalam. Cuba mengenang kembali perjumpaan mereka. Dia menceritakan pada Lily bermula dari Italiano Cafe sehinggalah Aisy melamarnya untuk menjadi teman wanita lelaki itu. Tentang perancangannya dengan Iskandar, biarlah menjadi rahsia. Kerana Nadhira takut jika tanpa sedar Lily akan terlepas cakap nanti. Cukuplah hanya dia dan Iskandar saja yang tahu. Manakala tentang sifat buaya darat Aisy itu juga dia ceritakan pada Lily. Takut nanti Lily terserempak Aisy bersama dengan perempuan lain. Buang karan saja dia nak sorok sifat semula jadi Aisy itu.

“Biar betul? Tapi aku nampak dia sayang kau sangat-sangat Dhira. Tak kanlah dia...”

“Itu cuma pada pandangan mata kasar kau. Jadi jangan mudah terpedaya dengan lagak dia tadi tu.” Nadhira memotong kata-kata Lily. Hah, tahu terkejut bila mengetahui sifat Aisy yang sebenar.

“Itu sebab kau tak nak serius dengan dia?”

“Entah... Mungkin ada sebab lain.” Nadhira menjongketkan bahu. Bukan tidak tahu apa sebabnya sedangkan dia tahu sangat-sangat kenapa dia tidak serius dengan Aisy. Kerana semua ini hanya rancangannya semata-mata bersama Iskandar.

“Tapi dia sayangkan kau. Pasti suatu hari nanti dia akan berubah.” Sekali lagi Lily mengungkapkan bahawa Aisy menyayangi Nadhira.

“Iyalah tu. Dahlah... Stop bercakap tentang dia. Memang dia ‘teman lelaki’ aku sekarang ni. Untuk berapa lama? Tak usah tanya, aku pun tak pasti. Dengan sifatnya yang playboy tu, kau expect berapa lama?”

“Berpanjangan. Sehingga akhir hayat kau. Aku percaya dengan relationship kau kali ini. Itulah yang kujangka dan yang aku harapkan.”

Nadhira terdiam. Kenapa Lily nak sangat dia bersama Aisy? Keburukan Aisy sudah dinyatakan dengan terang tapi wanita itu tetap menyebelahi Aisy. Adakah benar Lily nampak rasa cinta itu pada Aisy buat dirinya? Tapi kenapa dia tidak dapat merasakan semua itu?