Kamis, 03 April 2014

ENOVEL: MENAWAN CINTAMU 9 & 10 (POV3)


BAB 9

Aisy menghempaskan telefon bimbitnya ke sofa. Sudah berbelas kali dia menghubungi Nadhira namun kesemuanya masuk ke peti suara. Tidakkah wanita itu sedar bahawa apa yang dia katakan pada malam itu adalah datang dari hatinya? Dia benar-benar menyukai Nadhira. Untuk sehari dua, mungkin dia tidak percaya apa yang dia rasa tapi untuk hari-hari seterusnya, perasaan itu semakin kuat. Apatah lagi Nadhira seperti jinak-jinak merpati. Semakin dia mendekati, semakin jauh wanita itu pergi darinya. Adakalanya juga Nadhira seperti cuba hendak mendekatinya. Namun dia silap, wanita itu sungguh berbeza dari wanita-wanita yang dikenalinya sebelum ini. Tak, ini tak boleh jadi!

            Telefon bimbit dicapai semula. Nama Edry ditekan. “Bro... I need your help.”

            “Hei-hei... Tanpa salam, tanpa hello, kau dah tembak aku?”

            “I’m serious Ed. I need your help, dude. Immediate!”

            “About what?” tanya Edry serius. Mungkin benar Aisy memerlukan pertolongan darinya.

            “Is someone pregnant?” sambung Edry lagi. Perkara itulah yang menakutkan dirinya. Aisy sememangnya sudah terlalu bebas dan perkara itu tidak mustahil berlaku.

            “Hell, no!” Keras suara Aisy menidakkan.

            “Then what?”

            “Sincekau dah lama kat KL ni... Aku nak kau carikan aku private investigator. I need him by today or tomorrow,” jelas Aisy. Dia perlu bertindak cepat. Wanita yang bernama Nadhira itu, tidak akan dilepaskan dengan mudah. Dia perlu menjejaki di mana wanita itu berada.

            “Hoii... Aku mana tahu bab-bab PI ni.” Pelik sungguh Edry dengan permintaan Aisy itu. Dah buang tabiat agaknya Aisy ni. Nak gunakan penyiasat peribadi buat apa?

            “Please dude. Kalau kat UK memang senang aku nak cari but not in KL.” Dekat UK dia memang mempunyai teman yang ramai. Jadi tidak ada masalah yang besar jika dia hendak mencari penyiasat peribadi.

            “Kau nak siasat siapa? Mom kau ke, Ice?” pertanyaan Edry itu membuatkan riak Aisy berubah.

            “She’s gone, remember? And don’t you ever mention about her again.” Amaran keras diberikan pada Edry.

            “Dude...”

            “Ed... Please. Kalau kau tak dapat tolong, I’ll hang up the phone and try to find another way.”

            Edry terpaksa akur untuk tidak meneruskan kata-katanya tadi. “Aku boleh tolong kau tapi aku kena tahu sebab apa kau guna PI ni.”

            “Aku nak cari Dhira.”

            “Dhira? Perempuan yang kau keluar date dua tiga hari lepas tu ke?”

            “Yes... She is.”

            “What’s wrong with her?”

            “Dia hilang macam tu aje. Aku call pun tak dapat.”

            “Kau ada buat salah kut.”

            Keras keluhan dari Aisy. Hish! Kali ini Edry seperti penyiasat pula. Jika dia memberitahu hal sebenar mengenai apa yang terjadi di antara dia dengan Nadhira, pasti Edry akan meleterinya.

            “Memang buat salahlah tu,” perli Edry. Sangat memahami erti diam dan keluhan dari Aisy.

            “Aku cuma nak dia tahu siapa aku yang sebenar. Dia tak ada hak nak halang atau cuba nak control aku dari apa yang aku dah biasa buat. Lagipun, I’m not hurting her just because I drank a few shots of whiskey.”

            “She knows the right thing, Ice. And she’s exactly right and you’re totally wrong. You know that well, man. We are Muslim. You should remember that.”

            Seperti yang dijangka, Edry pasti tidak akan mempertahankannya. Sudah lebih sepuluh tahun dia bergelombang dengan minuman tersebut, ianya seakan sebati dengan dirinya. Susah hendak diberhentikan. “I’m not like you, Ed.”

            “Jangan jadi macam aku. I’m not good enough. Be yourself and try to be a better man. Yang tu kau tak payah ushadia, dia sendiri akan datang cari kau.”

            “I can’t

            “Kalau kau degil, kau akan melepas.”

            Aisy mendengus. Edry memang boleh jadi pakar motivasi. Selagi dia tidak berkata ‘YA’, selagi itu Edry akan berhujah dengannya. “People won’t change just because you have asked them to do so.”

            “Then, get ready to melepas dan jangan harap untuk dapatkan dia kembali.”

            Tengok, Edry memang tidak mahu kalah dengannya. “Kau nak tolong aku ke tidak ni?”

            “Ya, ya... Aku tolong. But you need to behave yourself dude... Kalaupun dia sukakan kau... Tak bermakna dia akan suka dengan your lifestyle. Kau sendiri kata, dia lain dari yang lain. So, jangan samakan dia dengan Sophie, Linda, Nora and the rest of your collections.”

            “I can handle it. So you don’t have to worry. Aku cuma nak tahu di mana dia tinggal dan tempat dia berkerja. That’s all. Yang lain-lain aku tak kisah.”

            Edry tersenyum kecil. Memang kali ini, Aisy betul-betul serius dengan wanita yang bernama Dhira itu. “Okey, nanti kalau aku dah jumpa PI untuk kau, aku callkau balik.”

            “Thanks dude! I owe you one.”

            “Not only one, dude... Dah banyak kali ni. Aku claim  lain hari,” usik Edry.

            “No problem!”

Aisy tersenyum puas hati. Tidak lama lagi dia akan dapat mengetahui di mana Nadhira berada. Kalau wanita itu mengelak dari berjumpa dengannya, dia ada cara yang tersendiri untuk mendapatkan wanita itu.

Tidak mengapa. Memang dia mengaku akan kesalahannya tempoh hari. Tapi dia tetap dengan pendiriannya. Tidak akan berubah hanya kerana seorang wanita. Namun dia akan cuba mengurangkan mana yang perlu, janji Nadhira mahu berkompromi dengannya nanti.


*******************************


BAB 10

Nadhira memulakan kerjanya dengan tenang dalam masa seminggu ini. Rasa beban yang ditanggungnya selama empat minggu yang lalu, lenyap begitu saja. Tidak ada helah yang perlu dia lakukan buat lelaki yang bernama Aniq Aisy lagi.

            “Dhira... Kau tak nak keluar lunch ke? Tak date hari ni?” tanya Lily, kawan baik Nadhira. Wanita itu santai duduk di atas mejanya. Pintu bilik kerja dibiarkan tertutup rapat.

            Nadhira mengerutkan dahi. “Macamlah aku date hari-hari. Kau ni, I’m single okay. Jangan nak kasi orang lain hilang mood nak berkenalan dengan aku pula.”

            Lepas tawa Lily. “So, tak nak keluar lunch ke?”

            Cepat saja dia menggelengkan kepala. “Aku malaslah... Boleh tak kau tapaukan untuk aku? Kat warung Pak Said aje.”

            “Kau ni kenapa? Moody aje aku tengok?”

            Erk? Dia kelihatan tidak bermaya ke? Apa yang menyebabkan dia jadi sebegitu? Sedangkan dalam seminggu inilah hari-hari bahagia sedunianya.

            “Aku okey je... Tak ada masalah apapun. Yang kau merepek kata aku moody ni kenapa?”

            “Setiap kali aku masuk ke dalam bilik kau ni, aku dengar kau mengeluh aje. Dah tu, berangan.”

            “Hoi.. Mana ada. Jangan nak merepek pula minah ya. Dahlah... Aku nak kirim makanan dekat kau ni. Pergi cepat.”

            “Amboi.. Bossy sungguh. Aku tahulah kau ketua aku.”

            Mengekeh Nadhira ketawa. “Janganlah kata gitu. Pangkat darjat ni tak mainlah...”

            Lily menjeling manja seraya mencebik. “Meh duit. Aku dah kering ni nak hulurkan duit dulu.”

            Not sepuluh ringgit Nadhira hulurkan. “Macam biasa ya.”

            “Tahu...”

            “Thanks darling.” Geli hatinya bila melihat lengang-lenggok Lily yang disengajakan itu. Lily memang teman yang sangat rapat dengannya. Wanita itu yang sangat sempoi dan baik hati. Yang membuatkan Nadhira selesa untuk berkawan.

            Telefon bimbit Nadhira berbunyi dan kelihatan nama Mak Long yang tertera di skrin kecil itu. Berkerut dahinya bila dengan tiba-tiba saja Mak Long menghubunginya.

            “Dhira apa khabar, sihat?” Tanya Mak Long setelah memberi salam.

            “Alhamdulillah... Mak long sihat? Maaf, dah lama Dhira tak balik Putrajaya.”

            “Iya, sihat. Syukur. Pak long kamu selalu tanya bila Dhira nak datang rumah.”

            Nadhira ketawa kecil, bila teringatkan wajah Pak Long. “Nantilah Dhira bermalam kat sana. Dhira ikut Abang Is balik nanti.”

            “Bagitahu awal-awal, senang mak long masak sedap-sedap.”

            “Hai... Ini yang tak sabar nak balik Putrajaya.”

            “Dhira..,” seru Mak Long perlahan setelah tawa Nadhira reda.

Hati Nadhira rasa tidak enak dengan seruan Mak Long itu. “Ya.. Kenapa mak long?”

            “Mak long ni cuma nak tahu aje... Manalah tahu Is ada bagitahu kamu sesuatu.”

            “Bagitahu apa mak long?” tanya Nadhira lagi seperti dia benar-benar ingin tahu apa yang sebenarnya membelenggu hati Mak Long.

            “Sekarang ni Nita dah jarang nak datang ke rumah. Mak long hairan aje. Selalunya, hujung minggu tu, ada dia lawat mak long ni.”

            Seperti yang dijangka, Mak Long bertanyakan tentang Anita. “Mungkin dia sibuk kut mak long.”

            “Entahlah Dhira... Hati mak long kata lain macam aje hubungan Is dengan Nita tu. Is tak bagitahu Dhira ke? Manalah tahu mereka gaduh ke apa?”

            “Tak ada pula mak long. Dhira tengok Abang Is biasa aje. Janganlah fikir yang bukan-bukan, mak long. Kita tak tahu kalau Nita sibuk akhir-akhir ni.” Nadhira cuba menyembunyikan perkara sebenar.

            “Iyalah... Mungkin perasaan mak long aje ni.”

            “Nita tak call mak long ke, tanya khabar ke?”

            “Ada. Minggu lepas.”

Erk? Ada pula Anita menghubungi Mak Long, bisik hati Nadhira.

            “Apa dia kata?” Nadhira cuba menyelidik apa yang Anita katakan pada Mak Long.

            “Biasalah... Dia tanya khabar. Katanya dia tak dapat jumpa mak long selalu sebab dia sibuk.”

            Iyalah tu! Sibuk menghadap Aniq Aisy. Nak saja Nadhira meluahkan rasa sakit hatinya itu pada Mak Long.

            “Dah tu, kenapa pula mak long kata mereka bergaduh?”

            “Is sekarang ni dah lain macam mak long tengok bila dia balik Putrajaya. Kadang-kadang termenung, tak macam selalu. Mak long ni risau, acara mereka dah tak lama lagi. Janganlah ada apa-apa halangan.”

Kasihan Nadhira mendengar kata-kata Mak Long itu. Benarlah, hati seorang ibu dapat merasakan sesuatu yang terjadi pada anak-anak.

            “Kita doakan yang terbaik aje mak long. Tentang Abang Is tu pula, mak long janganlah risau. Dia dok mengadu kat Dhira, katanya kerja dia dah banyak sekarang ni. Itu yang nampak sangat tak cerianya.” Ah! Sekali lagi dia memberikan alasan untuk menutupi kegoyahan hubungan Iskandar dan Anita.

            “Iyalah... Hati mak long ni kadang-kadang tak boleh percaya juga. Dahlah Dhira, mak long ni ganggu kamu aje. Sekarang mak long dah sedap hati sikit.”

            Alhamdulillah... Panjat Nadhira dalam hati. Mengharapkan selepas ini Mak Long tidak akan fikir yang bukan-bukan tentang hubungan Iskandar dan Anita walaupun sememangnya hubungan pasangan itu tengah goyah ketika ini.

Nadhira memandang kosong telefon bimbitnya. Tanpa sedar, dia mengeluh. Kasihan Mak Long dan dia benar-benar kasihan dengan Iskandar. Inikah yang dinamakan dugaan ketika bercinta? Kenapa ianya amat sukar sekali? Telefon bimbit yang diberikan oleh Iskandar, dikeluarkan dari beg tangan. Sudah seminggu dia tidak menghidupkan telefon bimbit itu.

Seperti yang Nadhira katakan malam itu, dia nekad mahu memberhentikan perancangan yang telah mereka buat dan tidak mahu berhubungan dengan Aisy lagi. Tapi disebabkan kata-kata Mak Long itu tadi membuatkan hatinya berbelah-bahagi. Nampak benar Mak Long menyayangi Anita untuk dijadikan sebagai menantu. Begitu juga dengan Iskandar, tapi jika Anita sendiri yang tidak tahu membezakan mana yang intan dan permata, sayang Mak Long dan cinta Iskandar hanyalah sia-sia saja.


TAMAT WAKTUbekerja, Nadhira terus pulang ke rumah. Dari tempat kerja ke Taman Kosas memang tidak mengambil masa yang lama. Kurang dari setengah jam, dia sudah sampai di hadapan rumah teres dua tingkat. Tetapi ada sesuatu yang membuatkan hatinya menjadi kecut. Kereta Lamborghini Aventador berwarna merah kelihatan terparkir di tepi jalan berhadapan dengan rumahnya. Aniq Aisy? Tidak ada sesiapa pun di sekitar perumahan itu mempunyai kereta seperti lelaki itu. Dia amat yakin sekali, sudah lama dia tinggal di situ. Takut? Itulah yang dia rasakan saat ini.

            Nadhira keluar dari kereta untuk masuk ke dalam rumah, namun pintu kereta Aisy juga kelihatan terbuka sama. Macam mana lelaki itu tahu di mana dia tinggal? Oh tolong! Aisy benar-benar menakutkannya. Tapi Nadhira berpura-pura tidak nampak dengan kehadiran lelaki itu. Tapi...

            “Dhira..,” panggilan Aisy itu membuatkan langkah Nadhira terhenti.

            Namun Nadhira gagahkan hati untuk terus melangkah ke hadapan. Dia mahu cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Risau jika kedua-dua orang tuanya sedar akan kepulangannya.

            “You tak akan jangka apa yang I akan lakukan kalau you melangkah setapak lagi ke hadapan,” ujar Aisy dan kata-kata itu membuatkan lelaki itu nampak seperti lelaki yang sungguh menyeramkan. Kenapa Nadhira boleh terjebak dengan lelaki sebegini?

            Hati Nadhira berdebar bukan kerana rasa suka tapi perasaan takut yang membelenggu di dalam hatinya. Jika dia melangkah setapak lagi ke hadapan, dia pasti Aisy akan mengotakan apa yang telah lelaki itu katakan.

            “Dhira... We need to talk, dear.”

            “Macam mana you tahu tempat tinggal I ni?” Akhirnya Nadhira menoleh ke belakang lalu mendekati Aisy yang berdiri di luar pagar. Risau benar dia jika Puan Nurin mahupun Haji Imran sedar dia ada tetamu ketika ini.

            “Kita bincang tempat lain...” Tanpa menjawab pertanyaan Nadhira, Aisy mengajak wanita itu untuk berbincang di tempat lain.

            Cepat saja Nadhira menggelengkan kepala. Dia tidak mahu!

            “Okey, so kita bincang kat dalam,” ujar Aisy seraya menarik lengan Nadhira agar masuk ke dalam rumah wanita itu.

            “No! You nak buat apa ni Aisy?” Mengelabah Nadhira dengan tindakan lelaki itu dan dengan pantas juga dia menghentikan langkah Aisy. Gila ke nak bincang dalam rumah!

            “Kalau you tak nak berbincang kat tempat lain, kan elok saja berbincang kat dalam rumah, your parents are here. Remember dear, you tak akan expect apa yang I akan lakukan kalau you tak nak berbincang dengan I.”

            “Are you trying to threaten me?”

            “Am I? I’m not dear. I cuma nak berbincang dengan you. I miss you so badly.”

            Kuat Nadhira menggenggam jari-jemarinya. Cuba menahan sabar yang sungguh tipis ketika ini walaupun pandangan mata Aisy amat menakutkannya.

            “Baiklah, kita bincang tempat lain.”

            “Naik kereta I.”

            “No... I drive kereta I dan you drive kereta you. Jangan nak arahkan I sesuka hati.”

            Aisy akur dengan apa yang Nadhira arahkan. Nadhira menghidupkan kembali enjin keretanya dan pergi meninggalkan rumah untuk ke restoran yang berdekatan. Nanti kalau dia pilih taman, lain pula jadinya. Sudahlah hendak menginjak ke malam.

            Telefon bimbit Nadhira berbunyi bila dia sudah keluar dari kawasan rumah, bila melihat nama panggilan itu, cepat saja dia memasang earpiece.

            “Kenapa ayah?” setelah menjawab salam Haji Imran, terus dia bertanyakan kenapa ayahnya menelefon.

            “Dhira pergi mana? Kereta kamu yang ayah tengok tadi tu, kan?”

            “A’ah yah... Dhira keluar kejap. Lupa pula yang kawan nak jumpa. Katanya ada hal nak bincang.”

            “Iyalah... Jangan lewat balik Dhira,” pesan Haji Imran padaya. Dia faham ayahnya tidak mahu dia kembali seperti dulu. Yang selalu saja lewat balik rumah gara-gara lepak dengan kawan-kawan.

Nadhira memilih Old Town Cafe, Ampang Waterfront untuk perjumpaan mereka itu. Senang dan dekat dengan rumahnya. Tanpa menunggu Aisy, dia terus masuk ke dalam cafe tersebut. Nadhira cuba berlagak tenang dengan bersandar dan tangan bersilang ke dada. Aisy pula duduk di hadapannya dengan senyuman yang tak boleh blah itu.

“Tak nak makan dear?”

“Perjumpaan ni bukan untuk makan tapi nak bincang. I tak ada masa nak makan.”

Aisy ketawa kecil dengan jawapan yang Nadhira berikan itu. Seperti wanita itu juga, dia hanya mengoder minuman.

I miss you.”

Nadhira ketawa sinis seraya tergeleng-geleng tidak mempercayai kata-kata lelaki itu.

“You tak boleh ubah I, Dhira. This is me. I am what I am. I know exactly who and what I am. I won’t change for anybody.

“I tak suruh pun you berubah, Aisy. I tak kisah pun sebenarnya. Apa yang I kisah, macam mana you tahu tempat tinggal I? Are you following me?”

Aisy mendekatkan badan dan wajahnya pada Nadhira. “You want me to find out about you, right?”

“I gurau aje masa tu!” Pantas Nadhira menjawab. Yang Aisy termakan sangat dengan apa yang dia katakan itu, buat apa? Itulah, mulut dia ni gatal sangat nak uji lelaki itu. Hah! Kena pada batang hidung sendiri, padan muka! Bebel hati Nadhira.

It’s too late dear, I dah banyak tahu tentang you. Cuma I curious with something. Your name...”

Tak kanlah Aisy guna khidmat penyiasat peribadi? Ah, apa yang nak dihairankan sangat. Aisy kan mampu. Iskandar yang berpendapatan sederhana juga mampu menggunakan khidmat penyiasat peribadi walaupun berhenti setengah jalan saja.

“You memang tak ada kerja agaknya..,” sindir Nadhira.

            “Oh forgot to tell you that. I dah kerja. Solepas ni I tak nak dengar lagi alasan bila I belanja you makan.”

            “There is no next time, Aisy. I tak akan jumpa you lagi lepas ni.” Nadhira menjeling tajam. Macamlah dia hairan sangat dengan kerja lelaki itu!

That’s not true. I akan pastikan you akan jumpa I lagi selepas ni.”

Nadhira melopong mendengar kata-kata yang sungguh yakin dari Aisy itu.

Anyway, you bagitahu I... Nama you Nadhira Iffa kan? Tapi apa yang I ketahui adalah berlainan,” sambung Aisy lagi bila Nadhira sudah tidak terkata-kata.

            “You merepek apa ni? Sejak bila pula nama I jadi Nadhira Iffa?” Baru Nadhira teringat tentang nama yang dia beritahu pada Aisy dulu. Mampus jika lelaki itu tahu bahawa dia berbohong mengenai nama sendiri.

            “Oh ya? Tak kan pula I yang lupa.”

            “Yes, you did. Jangan nak memandai pula nak tukar nama I.”

            Dahi Aisy berkerut. Cuba memikirkan adakah benar dia salah atau Nadhira yang sebenarnya cuba memanipulasinya.

            “Baiklah... Mungkin I confused,” ujar Aisy mengalah.

            Mana tak keliru, dah banyak sangat nama perempuan yang ada dalam kepala otak Aisy, cebik Nadhira.

            “Apa-apa pun, I tak nak kita jumpa lagi lepas ni, Aisy. Lagipun buat apa you nak jumpa I, you boleh cari perempuan lain untuk dijadikan teman.”

            Aisy mengusap dagu dan matanya juga tidak lari dari memandang Nadhira. “I’m sorry dear, I can’t let you go. I just can’t.

            “I bukan minta izin you, Aisy. Ini keputusan I.”

            “I want you to be my girl.”

            Pecah tawa Nadhira bila Aisy kata begitu. “Dalam mimpi mungkin kut.”

            Wajah Aisy tiba-tiba saja berubah menjadi serius. Adakah kata-kata Nadhira itu membangkitkan kemarahan lelaki itu?

            “Well... Tak apa. I know what to do next.”

            “I tak suka cara you ni Aisy. I tak kenal you, memandai aje you nak adakan hubungan dengan I.”

            “Tapi you dah janji dengan I... You nak kenal I, kan?”

            “Itu bukan berjanji namanya!”

            “But for me, it’s still the same.”

            Nadhira mendengus kasar. Lelaki itu susah sangat hendak berkompromi. Dulu bukan main lagi lembut gigi dari lidah.

            “You minum arak dan I memang tak suka lelaki sebegitu.”

I know that... But you will get used to it.”

Nadhira ternganga mendengar jawapan dari Aisy itu. Lelaki itu ingat arak itu macam air ke?

“You ada perempuan keliling pinggang, I tak dapat terima kedua-dua ni. Your life is horrible.”

            “Macam mana you tahu I ada perempuan keliling pinggang? Dah tertulis ke kat dahi I ni?” tanya Aisy dengan wajah yang sinis.

            Memang! Bentak Nadhira dalam hati. Orang tengok sekali imbas pun dah tahu yang Aisy kaki perempuan.

            “You kiss everyone,” jawab Nadhira pantas.

            “Only girls, dear,” ucap Aisy selamba seraya tersenyum dengan penuh bangga.

            “Whatever!”

            “Please... Give me a chance.”

            “I can’t.” Kalau Aisy degil, dia pula dua kali ganda lebih degil berbanding lelaki itu.

            “You nak I buat apa? Oh God! What am I doing? I hate begging, Dhira.”

Ya, memang Nadhira tahu Aisy tidak suka merayu, dari wajah lelaki itu saja sudah menjelaskan segala-galanya. Demanddan bossy, itulah Aisy. Maaflah, dia tak akan sesekali tunduk dengan kata-kata lelaki itu.

            “Hei... I tak suruh you merayu pun. Jangan rendahkan martabat you, Aisy.”

            Aisy mendengus. Rahang pipi lelaki itu juga kelihatan bergerak-gerak. Itu bermakna, Nadhira sudah mencabar keegoan lelaki itu. Untuk dengusan yang kedua Aisy bangkit dari kerusi, yang membuatkan Nadhira menarik nafas lega. Dia menjangkakan lelaki itu akan pergi begitu saja tetapi...

            “Aisy... What are you doing? Orang tengoklah! Jangan nak buat kerja gila pula.”

            Terkejut sakan Nadhira dengan tindakan yang tidak terduga itu. Aisy ingin melutut di hadapannya. Biar betul? Pantas Nadhira menarik lengan Aisy agar lelaki itu bangkit berdiri sebelum lutut mencecah lantai. Sungguh memalukan!

            “Please, say yes to me?”

            “Yes. Whatever you want!” Akhirnya... Inilah yang Aisy mahukan sebenarnya. Dari senyuman yang terpancar di wajah jahat lelaki itu, Nadhira tahu Aisy berpuas hati dengan apa yang dia katakan.

            Aisy kembali duduk di tempat kerusinya tadi. Beberapa orang yang ada di situ juga sudah tidak sibuk menonton drama tempatan mereka.

            “You tak malu ke buat macam tu?”

            “Well... Mereka tak akan nampak I hari-hari. Kalau hari ni mereka nampak I nak melutut, esok lusa, mereka akan lupa. Remember dear... Ampang is not my area.”

            Nadhira menjulingkan matanya ke atas. Ohh... Sungguh menyakitkan hati. “What will you do, kalau I bagi you satu peluang?”

            “As I said, you tak akan dapat ubah I. Tapi I akan pastikan, I tak akan minum depan you atau berhubungan dengan mana-mana wanita.”

            Tidak akan berhubungan dengan mana-mana wanita? Sudah pasti Anita juga terselit sama. Bila mengenangkan itu, hati Nadhira pula merencanakan sesuatu. Jika dia menyekat pergaulan Aisy, pasti lelaki itu tidak akan berjumpa dengan Anita lagi. Anita juga pasti akan terasa dengan perubahan Aisy itu. Nadhira ketawa dalam hati, Anita akan rasa apa yang telah Iskandar rasa bila Aisy meninggalkan wanita itu.

            “Hanya sebagai kawan, kan?”

            Aisy menggeleng. “No. I want you to be my girl.”

            “No! As I said, I tak kenal you lagi, Aisy.”

            “Fine. As a friend,” putus Aisy. Dan keputusan lelaki itu tidak menyenangkan hati Nadhira. Seperti ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik persetujuannya itu.

            “I nak balik. Perbincangan kita dah selesai.” Nadhira berdiri dan Aisy juga turut sama berdiri lalu mendekatinya. Tanpa izin Nadhira, jari-jemarinya digenggam erat.

            “Kawan tak buat macam ni, Aisy. You tahu bezakan ke semua ni?” Bibir diketap geram. Aisy memang selalu membuatkan darahnya naik sentiasa.

            “Oh... Tapi bagi I, kawan dah boleh buat macam ni. You’re my friend. You dah kenal I dan ini bukan sexual harassment.”

            Menonong saja Nadhira berjalan ke hadapan. Sakit hati, geram, menjengkelkan, semua ada! Namun biarlah dia mengalah kali ini. Inilah keputusan yang terbaru dia lakukan tanpa berbincang dengan Iskandar terlebih dahulu. Demi Mak Long yang penuh mengharap dan  Iskandar yang begitu kasihan. Nadhira akan pastikan Aisy melupakan Anita seratus-peratus. Biar Anita sedar bahawa Aisy tidak mahu berhubungan dengan wanita itu lagi!

p/s: Thank you for reading. Jangan lupa komen ya. hehe

Tidak ada komentar:

Posting Komentar