Salam and Hi!
Nak bagitahu something...
Pada siapa yg komen utk Dia... Pelengkap Hidupku 9, saya dah balas komen tu ya... Harap segala persoalan anda, terjawab sudah. Thank you ;)
And now... Time for Menawan Cintamu - Mr. Aisy Ice.
Enjoy!
BAB 7
Sebelum Nadhira berjumpa dengan Aisy malam nanti, pagi sabtu itu dia bercadang hendak ke Pavilion membeli baju yang hendak dia gunakan malam nanti. Duit sudah ada di dalam genggaman kerana baru semalam Iskandar memberikan padanya. Tersenyum lebar Nadhira dibuatnya. Ketika berjalan di sekitar butik-butik baju, dia seperti ternampak kelibat Aisy.
Nadhira cuba memerhatikan dari belakang. Dari segi gaya dan cara lelaki itu berjalan nampak sangat seperti Aisy. Tekaannya benar belaka bila kelihatan dua orang wanita menegur lelaki itu. Hanya dengan memandang dari tepi, Nadhira sudah dapat mengecam wajah Aisy. Dua wanita yang dilihatnya itu, gaya memang menarik. Persis model. Dan Nadhira cuba menyembunyikan diri di sebalik dinding.
Ketika lelaki itu berlaga pipi atau mungkin dengan kata sebenar Aisy mencium kedua-dua pipi wanita itu, Nadhira sempat mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbitnya. Nadhira mencebik. Mudah sungguh Aisy berlaga-laga pipi dengan perempuan lain. Memang buaya tembaga betul! Terus terbantut niat Nadhira yang hendak membeli baju. Tak lawa pun tak mengapa. Buang duit saja nak melawa hanya kerana buaya tembaga seperti Aisy!
Laju langkah Nadhira menuju ke tempat parkir. Ketika hendak membuka pintu kereta, tiba-tiba dia terdengar namanya diseru. Nadhira menoleh ke belakang.
“Nita..,” seru Nadhira perlahan.
Bila melihat Anita hendak mendekatinya, baru dia teringat tentang pergolakkan hubungan wanita itu dengan Iskandar. Hatinya mendidih panas. Sememangnya Nadhira sakit hati pada Anita apatah lagi bila mengetahui Aisy juga ada di pusat membeli-belah Pavilion itu. Pasti Anita hendak bertemu dengan buah hatinya itu. Nadhira menjeling tajam pada Anita dan sebelum wanita itu mendekatinya, cepat saja dia masuk ke dalam perut kereta. Kau dengan Aisy sama saja, Anita. Dua-dua buat aku meluat! Jerit Nadhira dalam hati.
“Dhira, tunggu!” Terdengar laungan dari Anita. Namun Nadhira tidak peduli. Anita sendiri tegar menduakan Iskandar.
Pedal minyak ditekan kuat agar cepat dia pergi dari situ. Biarlah hubungannya dengan Anita juga semakin renggang. Jika hendak dibandingkan Anita dengan Iskandar, sudah pasti Nadhira akan membela Iskandar.
NADHIRA terasa malas hendak berjumpa dengan Aisy kali ini. Semuanya gara-gara pagi tadi. Dia nampak dengan jelas gaya kasanova Aisy dan hatinya semakin sakit bila mendapat tahu Anita juga ada di situ. Nampak sangat Anita dan Aisy menjalani hubungan cinta. Memang patutlah Iskandar mengambil keputusan untuk berpisah dengan Anita. Tapi yang tak syoknya, Iskandar nak juga Anita kembali. Hish! Sakit betul hati Nadhira.
Di satu sudut, Nadhira sudah ternampak kelibat Iskandar. Kali ini Iskandar hanya mengenakan topi dan kaca mata putih berbingkai hitam. Sampai saja di hadapan Italiano Cafe, kelibat Aisy juga sudah kelihatan menunggunya di luar cafe sambil leka menghisap rokok.
“Hi sweetheart..,” tegur Aisy seraya hendak mencium pipi Nadhira. Seperti mana yang lelaki itu lakukan pada kedua-dua wanita pagi tadi. Nak mampus agaknya lelaki ini? bentak hati Nadhira.
Nadhira menjauhkan wajahnya dengan pantas. Dan bibir Aisy hanya terkena rambutnya. Nadhira memandang Aisy dengan pandangan serius. “Sorry. I tak bertegur sapa macam tu. You lelaki yang bernasib baik, kalau I tak kenal you or maybe I tak tahu asal-usul you, I boleh naik tangan gara-gara apa yang hendak you lakukan tadi tu.”
Riak wajah Aisy berubah. Nadhira tidak pasti reaksi itu berubah kerana penolakannya atau kerana kata-kata yang dia luahkan. Jangan Aisy ingat semua wanita itu sama. Kalau Nadhira kata tak suka, memang dia akan kata tak suka!
“I’m sorry, Dhira. I dah terbiasa buat macam tu... I...”
“Jadi jangan biasakan dengan I. Even dengan abang sepupu I, I tak buat macam tu dengan dia.”
“Okay fine... I tak akan buat lagi.”
Belum apa-apa, Aisy sudah membuatkan hatinya mendidih panas. Kalau tidak mengenangkan yang dia ada tugas yang harus dilakukan, memang dia akan pergi terus meninggalkan lelaki itu.
“Just forget it. Mood I tak berapa nak elok malam ni. Sorry kalau you terasa dengan kata-kata I.”
Pantas Aisy menggeleng. “I don’t mind. Tapi penolakkan you tu buat I rasa..,” kata-kata lelaki itu terhenti yang membuatkan Nadhira tertanya-tanya.
“Rasa tercabar? Oh please, I tak semestinya ikut apa yang you nak, kan?”
“Hei... What is wrong with you? You tak sihat ke ni?” soal Aisy dengan nada sedikit serius. Mungkin lelaki itu benar-benar rasa tercabar dengan apa yang Nadhira katakan.
Kau jangan nak cabar dia, Dhira. Ingat, dia lelaki. Kau tu pula perempuan. Jangan nak tunjuk lagak kat sini. Seperti terngiang-ngiang satu suara yang menyedarkan Nadhira.
“Taklah. Cuma banyak benda yang I kena fikirkan, sorry,” ujar Nadhira lembut. Cuba beralasan.
“Actually, I nak bawa you dinner kat tempat lain. I dah tempah tempat tu but if youtak setuju, tak apa. I boleh cancel. I tak nak you fikir yang bukan-bukan tentang I.”
Memang aku dah fikir bukan-bukan pasal kau, tahu tak? Bentak hati Nadhira. Namun dia harus bertoleransi dengan Aisy. Mungkin Aisy mahu dia menganggap bahawa lelaki itu lelaki yang baik. Hmm... Memang baiklah sangat!
“Tell me, nak makan kat mana ni?”
“Dekat aje... Hotel kat belakang ni,” ujar Aisy perlahan.
Hotel yang ada di belakang cafe ini adalah hotel ternama. Patutlah gaya Aisy kemas semacam malam ini. Dengan mengenakan kemeja biru dan jaket kulit yang kelihatan santai tersarung di badan. Nasib baik Nadhira mengenakan pakaian yang elok sikit, yang sesuai untuk makan malam di hotel mewah sebegitu. Kalau tidak, memang dia akan menolak sekeras-kerasnya.
“Kalau you tak nak, tak apa. I cancel aje,” ucap Aisy bila Nadhira hanya diam tidak memberikan jawapan.
“Terlanjur you dah tempah tempat... So, why not kita teruskan aje? I tak kisah. Jomlah.”
“Are you sure?” tanya Aisy pada Nadhira. Inginkan kepastian.
“Yeah. Kenapa, you tak jadi ke?”
“Tak... Cuma I tak nak you fikir I...”
“I said, I okey, kan? Jangan risaulah. I dah lapar ni.” Rengek Nadhira manja agar Aisy sedar bahawa dia sudah tidak apa-apa lagi.
“Kejap, you tunggu kat sini, I ambil kereta.”
Cepat saja Nadhira merangkul lengan Aisy dan lelaki itu terkejut dengan tindakan yang dia lakukan. Mungkin tidak menyangka akan perubahan mendadak Nadhira itu. Tadi bukan main marah bila lelaki itu hendak mencium pipinya. Namun hakikatnya Nadhira terpaksa. Semua ini hanya untuk lakonan semata-mata.
“Kita jalan sama-sama. I hate waiting. Lagipun kereta you dekat aje, kan?”
“A’ah. Memang dekat aje.”
“Harap you tak kisah I buat macam ni. Sebab kalau jalan kat jalan raya ni, I kena pegang seseorang. You know... It’s kind of a habit.”
Aisy tersenyum seraya mengusap lembut jari-jemari Nadhira yang merangkul lengannya itu. “You’ll be safe with me, dear. I’ll take care of you.”
Ayat yang sungguh mendalam. Kalaulah Aisy lelaki yang Nadhira puja selama ini, memang dia akan cair dengan kata-kata lelaki itu. Tetapi Aisy cuma lelaki yang membuatkan hubungan Iskandar dan Anita berantakkan. Jadi kata-kata itu memang tidak terkesan di hatinya.
“You tak takut ke kalau buah hati you nampak I pegang you macam ni?”
Aisy menoleh ke sisi dengan mata yang redup menggoda itu. “I tak ada girlfriendlah.”
“Tipu!”
Aisy ketawa bila mendengar Nadhira berkata begitu. “For special one... I memang tak ada. But kalau teman wanita biasa, I mean kawan perempuan, I memang banyak. Tapi kat UK lah. Kat sini I tak banyak kawan. Kawan yang I ada cuma kawan masa belajar kat UK dulu. You know... Orang Malaysia yang study kat sana, itulah kawan I.”
Nadhira melihat Aisy menekan kunci alarm kereta. Memang hatinya tertanya-tanya, kereta manakah yang sebenarnya milik Aisy kerana dia nampak ada dua tiga buah kereta mewah yang terparkir di situ. Bila melihat lampu kereta berkelip-kelip setelah kunci alarm ditekan hampir saja membuatkannya ternganga. Lamborghini Aventador? Oh my... Memang tidak terlawan dengan Mitsubishi Lancernya. Warna kereta yang merah menyala menampakkan lagi eksklusifnya kereta Aisy itu.
Aisy membukakan pintu penumpang buat Nadhira. “Have a sit dear.”
“Thank you.”
Mata Nadhira liar memandang setiap penjuru kereta itu. Nampak kemas dan eksklusif. Sememangnya Nadhira tidak mampu untuk memiliki kereta mewah sebegini. Jadi dia akan mengabadikan kenangan ini sebaik yang mungkin.
“Jadi... Perempuan yang I nampak tadi pagi tu, siapa?” Nadhira kembali menyambung perbualan mereka mengenai teman wanita Aisy sebaik saja lelaki itu masuk ke dalam kereta.
“Where? And where were you actually?”
“Pavi...”
“Oh...” Aisy tersenyum.
“I’m not sure you nampak I masa kat mana, but when I was there, I terjumpa dengan my old friends. Tak sangka pula mereka masih kenal I. I pergi Pavi because I janji nak jumpa my lil sister.”
Keterangan yang Nadhira yakin seratus-peratus bohong! Adik perempuan? Macamlah dia tidak tahu yang Aisy sebenarnya anak tunggal. Walaupun tidak cukup completelatar belakang Aisy yang disiasat, tapi dia cukup yakin yang lelaki itu memang tidak mempunyai adik. Adik konon... Puih!
“Oh... You ada adik perempuan?” tanya Nadhira cuba hendak melihat reaksi Aisy.
“Hah? Err.. A’ah...” See! Aisy gugup. Wajah lelaki itu juga sudah kelihatan sedikit berubah. Sudah tentu Anita yang dimaksudkan sebagai ‘adik’ itu.
“I tak percayalah yang you ni single.”
“I tak tipu... Now, I memang single.”
Boleh percaya ke? Sembilan puluh sembilan peratus memang Nadhira tidak percaya dengan apa yang Aisy katakan.
Telefon bimbit Nadhira berbunyi tanda pesanan ringkas masuk.
-Dhira pergi mana? Abg tunggu Dhira text, tapi tak ada. Dia bawa Dhira pergi mana sebenarnya. Abg risau ni.-
Aduh, Nadhira terlupa hendak memberitahu Iskandar ke mana Aisy hendak membawanya. Sudah pasti abang sepupunya itu berasa risau yang teramat sangat.
-Sorry abg. Dhira lupa nak bagitahu abg. Dhira pergi hotel yg kat belakang cafe.-
“Okay, here we go!” Nadhira menoleh bila mendengar Aisy bersuara. Kereta berhenti di hadapan pintu utama masuk hotel. Memang sekejap sangat dah sampai. Tapi kalau hendak berjalan kaki, memang lenguh kaki dibuatnya. Tak kan baju dah cantik, nak jalan kaki pula. Apa kelas!
Tanpa menunggu lama Nadhira keluar dari kereta. Terlalu teruja hendak masuk ke dalam hotel mewah itu. Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Yakin itu datangnya dari Iskandar.
-Buat apa pergi hotel? Kalau dia nak ajak Dhira masuk bilik, please tolak. Jgn termakan kata-kata manis dia. Tak kira apapun, jgn sesekali masuk ke dlm bilik. Kejap lagi abg smpai.-
Mahu tergelak Nadhira membaca pesanan ringkas dari Iskandar itu. Ada ke patut fikir yang bukan-bukan. Sudah pasti Nadhira tidak akan masuk ke dalam bilik hotel dengan sesuka hati apatah lagi bersama dengan Aisy.
-Dhira dinner dgn dia la, bang. Abg ni fikir yg bukan2 aje. haha-
“Dear...,” seru Aisy.
“Boyfriendke yang SMS? You nampak happy je I tengok.” Aisy melangkah mendekati Nadhira. Pandangan mata lelaki itu nampak kelihatan ingin tahu.
“Nope.”
“Really?”
“Yeah... Kalau tak... I tak berani buat macam ni.” Sejurus berkata begitu, sekali lagi lengan Aisy dirangkul. Lagak nak bermanja. Kononnya!
Aisy tersenyum seperti berpuas hati dengan apa yang Nadhira lakukan itu. “I really like you, girl.”
Nadhira juga membalas dengan senyuman seraya berkata dalam hati, kau memang suka semua perempuan. Macamlah aku kembang sangat dengan apa yang kau katakan tu. Meluat!
Rasa meluat hilang bila melihat lobi hotel yang tersergam indah. Wow! Memang cantik dan eksklusif. Dalam leka memerhatikan ruang lobi, Nadhira terasa jemarinya yang merangkul lengan lelaki itu kini bersulam dengan jari-jemari Aisy. Secara automatik kepalanya menoleh tepat pada Aisy.
“I hope you don’t mind. I just wanna hold your hand.”
Bila dah buat, baru nak kata macam tu? Sabarlah wahai hati... Nadhira perlu ingat, dia yang mulakan semua ini jadi, dia tidak boleh melenting sesuka hati.
“Kalau yang ni... I tak kisah. Tapi kalau nak cium-cium pipi, itu memang I tak suka.”
“Alright. I’ll take note on that.”
Bila duduk di meja yang telah disediakan, Nadhira hairan bila mereka tidak perlu membuat pesanan. Terus saja pelayan itu mengatakan pada Aisy yang semuanya sudah sedia.
“I dah order makanan untuk kita berdua.”
Hmm.. Patutlah. Sampai saja makanan yang dipesan, sekali lagi Nadhira terkejut bila melihat pinggan besar di depan mata. Boleh habis ke kalau begini banyaknya makanan dalam satu hidangan?
“Kita share ya... I memang pesan makanan satu-satu aje. As you see... Satu hidangan memang banyak,” ujar Aisy seraya beralih tempat duduk di sebelah Nadhira. Stek daging yang terhidang, dipotong kecil-kecil.
“Makanlah dear... I dah potongkan steakni. Kalau you tak nak share dengan I, tak apa. I makan makanan lain.”
Nadhira cuba memaniskan wajahnya dan mula mengambil potongan stek itu. Sedap!
“You tak nak makan? I tengok, I aje yang makan. Nah...” Potongan stek itu disuakan pada Aisy.
Lelaki itu menyambut suapan Nadhira. Bila melihat di tepi bibir Aisy ada lebihan sos, cepat saja tangan Nadhira mengambil napkin lalu mengelapnya. Aisy memandang wanita itu tanpa berkelip. Jari-jemari Nadhira yang mengelap tepi bibirnya itu disentuh.
“You buat I tak tentu arah, Dhira. I don’t know why... But seriously, everything that you do, makes me... Argh!” Aisy kelihatan sukar untuk meluahkan apa yang ada di dalam hati lelaki itu. Dan hati Nadhira tanpa sedar berdebar-debar menanti ucapan dari Aisy.
“What? Just say it,” ujar Nadhira berani. Seakan mencabar Aisy.
“I think... I’m in love with you.” Pergerakan Nadhira terhenti dan dia memandang tepat pada Aisy.
“What? No way!” Nadhira mempamerkan wajah terkejut. Padahal dalam hati sudah bersorak gembira. Finally! Mudah sungguh Aisy melafazkan kata cinta. Baru tiga minggu mengenali. Tiga minggu! Aisy sudah melafazkan kata cinta. Memang lelaki buaya darat!
“I’m telling you the truth, Dhira. Inilah yang I rasa.”
“Baru tiga minggu kita kenal, and do you expect me to believe that?”
“But it’s like I know you very well. You tak rasa ke apa yang I rasa?” jawab Aisy pantas.
“Malam ni hanya untuk dinner, Aisy. Boleh tak kita tukar topik lain?” Nadhira cuba bermain tarik tali dengan lelaki itu. Dan dia nampak dengan jelas wajah kehampaan Aisy itu. Yang lebih tepat lagi, lelaki itu hampa kerana tidak berjaya menipu helah dirinya.
“Janganlah monyok macam tu. Bagi I masa untuk kenal diri you ya..,” ujar Nadhira dengan penuh manja. Dan Aisy akhirnya tersenyum. Tanpa segan silu lelaki itu mengucup lembut jari-jemarinya.
Euww! Balik nanti Nadhira akan cuci tangan dengan Clorox!
“You tinggal kat mana? Nanti I hantar you balik ya.” Aisy sudah mula bertanyakan tentang maklumat peribadi Nadhira.
“You said... You know me very well... Why don’t you find out by yourself?”
Aisy tergelak bila Nadhira seakan-akan mengenakannya balik. “Really? You want me to do that? Then, I will find out soon.”
Hati Nadhira sudah berdebar-debar. Kenapalah mulut dia ni gatal sangat nak menguji lelaki itu. Kalau benar Aisy hendak mencari di mana dia tinggal, macam mana? Bebelnya dalam hati.
“I cuma bergurau aje... I’ll tell you bila I dah rasa kita dah boleh menjadi kawan rapat.”
“You tak anggap I kawan you ke?”
Nadhira terdiam seketika. Cuba menyusun ayat yang lebih sesuai untuk dia katakan pada Aisy.
“Okey, I bagitahu prinsip I ya. I will never fall in love with someone I never knew.”
“Prinsip you salah, my dear. Kita mengenali seseorang itu bermula dari zero. Tak kanlah first time jumpa dah kenal satu sama lain. That’s impossible. Sebab tu ada kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. You kena kenal I dulu, then you will fall in love with me.”
Nadhira mengetap bibir. Pandai pula lelaki itu menjawab kata-katanya.
“Tak.. I mean, I mesti kenal orang tu dalam masa sebulan atau dua bulan, baru I anggap dia sebagai kawan. Just as a friend. Sebab kita tak tahu apa niat orang tu untuk berkawan dengan kita. Lainlah kalau I yang nak berkawan dengan orang tu. Do you get what I mean?”
“Then,you anggap I apa sekarang ni? Someone stranger?”
Nadhira menggeleng. Dalam hati memang dia menjerit mengiyakan apa yang Aisy katakan itu. “Seseorang yang I dah kenali tapi tak bermaksud you sudah menjadi kawan I.”
Aisy tersenyum seraya menggeleng-gelengkan kepala perlahan. Minuman juga diminum sekali teguk. “Tak mudah nak dekati you ya...”
“You nak I jadi perempuan yang mudah untuk didekati ke? If you think like that, I’m sorry. I bukan perempuan macam tu.” Tonasi suara Nadhira sudah berubah. Bukan bernada manja atau menggedik seperti tadi tapi kini sudah serius dan tegang. Kata-kata Aisy itu membangkitkan kemarahannya dalam diam.
“Hei... That’s not what I meant. I cuma bergurau aje.”
Nadhira memaksa bibirnya untuk mengukir senyuman. Menganggap semua itu hanya gurauan dari Aisy. Padahal hakikatnya, dia sudah beruap panas satu badan. Tak mengapa... Semua ini tak lama. Pejam, celik, pejam, celik, segalanya akan selesai. Dan Anita sudah pasti akan sedar dengan kesilapan yang wanita itu lakukan terhadap Iskandar. Rasa tak sabar pula Nadhira hendak melihat Anita memohon maaf pada abang sepupunya itu. Baru padan muka Anita!
***********************
BAB 8
Nadhira memandang telefon bimbitnya yang berbunyi itu, namun tidak dihiraukan. Apatah lagi bila melihat nama Aisy yang tertera di skrin kecil itu. Lantaklah dengan lelaki itu! Apa yang dia lakukan selama ini cukuplah setakat itu saja. Dengan pantas Nadhira mematikan telefon bimbitnya. Bukan susah sangat pun nak hentikan panggilan dari Aisy.
Hujung minggu kembali bosan bila dia hanya tahu makan, tidur dan solat. Tak pun mengeluh mahupun berangan. Sehingga Puan Nurin dan Haji Imran sedar dengan sikapnya itu. Namun dengan pantas dia memberi alasan bahawa dia letih mengenangkan kerja yang berlambak di ofis.
Kenangan semalam kembali menerjah yang membuatkan dia mengeluh keras.
“Hey! Ice, what’s up, man? What are you doing here?” Ketika Nadhira dan Aisy ingin menuju ke lobi hotel untuk pulang, tiba-tiba ada seorang mat salih menegur Aisy.
“I should ask you with that question dude, what are you doing here? I mean, in Malaysia?” Aisy dan mat salih itu bersalaman dan berpelukan seperti sudah lama tidak berjumpa.
“Well, Kevin brought me here. For the very first time, I’m impressed for being here, man. The girls are hot!”
“Whoa... That’s not good, man.”
Aisy galak melayan kerenah mat salih itu. Nadhira sudah berasa meluat dengan lagak kedua-dua lelaki itu. Perempuan! Perempuan! Perempuan! Hanya itu yang Aisy dan mat salih itu tahu.
“Who’s that girl, Ice?” tanya mat salih itu pada Aisy dan Nadhira pula cuba memaniskan wajahnya bila mat salih itu memandangnya.
“My girl,” ujar Aisy seraya menarik lengan Nadhira dengan lembut agar lebih dekat dengannya.
“Hi... I’m Josh,” beritahu mat salih itu dan Nadhira pula hanya memberikan senyuman. Tidak teringin hendak memberitahu namanya sekali. Buang karan saja.
Senyuman nakal terpancar di wajah mat salih itu seraya mendekati Aisy dengan membisikkan sesuatu.
Namun Nadhira kurang bernasib baik kerana telinganya tidak cukup tajam mendengar butir bicara mat salih itu. Tapi entah kenapa, di telinganya seperti terngiang-ngiang mendengar Josh berkata, ‘how long it takes for you to get her?’
“Hey, damn you, man!” Semakin galak kedua-dua lelaki itu ketawa dan Nadhira hanya seperti wanita bodoh di situ. Nak ikut gelak, nanti yang Aisy dan Josh katakan itu berkaitan dengannnya, memang nampak sangat kereknya nanti.
“Ice, come on, join us. We’re having a party.” Pelawa Josh dan Nadhira pantas memandang Aisy. Tak kan Aisy nak ikut sekali? Dia pula macam mana?
“I can’t dude... I have a date.” Nasib baik Aisy menolak. Nadhira menarik nafas lega.
“Okay... But at least say hi to Kevin. He’s here.”
Aisy menoleh pada Nadhira. Hatinya berbelah bahagi. Antara kawan dan Nadhira.
“You pergilah. I boleh balik sendiri,” ujar Nadhira pada Aisy. Dia tidak berhak menghalang Aisy dari berjumpa dengan teman-teman lelaki itu.
“Nope... You come with me. Just say hi to my friends then, kita balik.”
Hati Nadhira sememangnya menidakkan namun akalnya pula yang mengiyakan dan akhirnya dia mengangguk. Akur dengan cadangan Aisy.
“Thanks dear.”
Mereka mengikuti langkah Josh yang menuju ke satu bilik di aras yang sama dengan lobi hotel. Dari luar saja sudah kedengaran betapa riuh-rendahnya suasana di dalam bilik itu. Nadhira sudah berasa tidak sedap hati namun dia percaya, Iskandar pasti ada berdekatan dengannya.
Masuk saja ke dalam bilik tersebut, Nadhira terkejut melihat di dalamnya. Di atas meja terlalu banyak botol dan tin minuman arak bermacam jenis. Beberapa wanita juga ada di situ dan pakaian mereka memang menjolok mata. Dalam hati, dia benar-benar menyesal kerana bersetuju untuk masuk ke dalam bilik itu.
“Hey, Ice! You are here, man,” tegur seorang lelaki yang kelihatan seperti kacukan mat salih dan cina seraya mendekati Aisy. Mungkin inilah dia, Kevin. Kawan yang dimaksudkan oleh Aisy dan Josh, teka Nadhira.
Nadhira cuba menahan nafas dari mencium bau yang tidak enak di rongga hidungnya. Barangkali inilah yang dikatakan bau arak yang memualkan. Nadhira malas hendak mengambil pusing apa yang Aisy dan Kevin bualkan. Yang penting, dia mahu keluar dari situ. Baru saja hendak memulakan langkah tiba-tiba Aisy merangkul pinggangnya yang membuatkan badannya menjadi kaku.
“She’s my girl.” Sekali lagi Aisy memperkenalkan Nadhira pada Kevin.
“Wow! You’re the best man ever. That’s what we called a super legend of womanizer. You’re still the same, dude. I’m impressed! I can’t beat you up.”
Dan Nadhira percaya, kata-kata itu merujuk tentang kehebatan Aisy dalam memiliki wanita. Nadhira cuba bersabar. Sabar dengan sikap Aisy yang semakin menjadi-jadi.
Tanpa diundang, datang seorang wanita yang berambut merah menyala mendekati Aisy. Tanpa sempat Aisy menegah mahupun mengelak, perempuan itu mengucup pipi Aisy dan hampir saja hendak mengucup bibir lelaki itu namun Aisy pantas mengelak. Mata Nadhira bulat memandang Aisy dan wanita itu silih berganti. Hei! Kalau nak buat drama sepanyol sekalipun, jangan depan dia! Tak senonoh betul!
“Baby... Kenapa you tak call I? I’m waiting for your call.”
Mak aih! Pandai cakap melayu rupanya perempuan itu. Gaya saja lebih Nadhira tengok, mengalahkan rambut Lady Gaga.
“What? Do I know you?” tanya Aisy. Dan Nadhira rasa meluat sangat-sangat bila mendengar Aisy berkata begitu dengan selamba.
“Hey.. It’s me, Katherine.”
“I’m sorry, I can’t remember you,” ucap Aisy dan wanita yang berambut merah menyala itu mendengus seraya menjeling tajam sebelum pergi melayan lelaki yang di hujung sana pula.
Oh! Memang lelaki yang tak boleh blahsungguh! Sakit betul hati Nadhira dan dengan pantas, tangan yang merangkul pinggangnya itu direntap kasar.
Aisy menoleh pada Nadhira. Keningnya berkerut. “What’s wrong?”
Aisy tanya dia kenapa? Sudah terang lagi bersuluh, lelaki itu membuatkan Nadhira berasa meluat. Dia mahu beredar dari situ namun dengan pantas tangan Aisy menggenggam jari-jemarinya yang membuatkan langkah Nadhira terkunci dari terus pergi.
“If you want me to explain everything, thenjangan pergi.”
“I don’t need your explaination, Aisy.”
“Whoa... Whoa... Be cool girl. We’re here to have fun, so don’t mess up.” ujar Josh bila melihat ketegangan mereka.
Menyibuk aje mat salih ni. Kau nak melantak ke, kau nak apa ke, aku tak kisah! Mahu saja Nadhira menjerit sebegitu pada mat salih itu.
Aisy ‘mengheretnya’ ke meja yang berlambak dengan minuman keras. Semakin berdebar hati Nadhira. Dia takut jika Aisy memaksanya untuk minum minuman itu. Namun tekaannya meleset bila lelaki itu dengan rakus meneguk minuman keras tersebut. Tangan Nadhira masih dalam genggaman Aisy. Bila dia cuba menarik, genggaman semakin diketatkan sehingga membuatkan jari-jemarinya terasa sakit.
“Dude, if you drive... You should stop. That’s whiskey, Ice.” Seorang lagi kawan Aisy memberikan peringatan pada lelaki itu tentang cara Aisy meneguk minuman keras itu tanpa henti.
“I know,” balas Aisy. Sudah pasti lelaki itu mengetahui jenis minuman keras tersebut. Lagaknya saja sudah menunjukkan bahawa Aisy sudah terbiasa dengan minuman terkutuk itu.
“I’ve got to go,” beritahu Aisy pada teman-temannya setelah menghabiskan tiga gelas minuman yang berwarna kekuningan itu.
Tangan Nadhira yang sebelah kiri cuba mencari telefon bimbit. Dia mahu menghubungi Iskandar. Perasaan takut menyelubungi dirinya dan dia risau dengan kemungkinan yang akan berlaku selepas itu. Dia tidak menyangka, beginilah perangai sebenar Aisy. Dalam lelaki itu ramah, Aisy juga mempunyai sifat yang sangat kontra.
“What are you doing?” tanya Aisy bila melihat Nadhira seperti terkial-kial hendak mengeluarkan sesuatu dari beg tangan. Kini mereka sudah berada di luar bilik yang menakutkan itu.
“You lepaskan tangan I boleh tak? Sakit tau!”
Akhirnya Aisy melepaskan jari-jemari Nadhira. “You nak I jelaskan apa? I will tell you. Everything!”
“I tak nak penjelasan apa-apa pun dari you, Aisy. Yang penting, I nak balik. Kali ni perjumpaan kita yang terakhir!” Nadhira sudah membuat keputusan, itulah kali terakhir dia akan berjumpa dengan Aisy. Dadanya berombak deras melawan rasa sakit hati. Perasaan marahnya juga sudah tidak terkawal lagi.
“But why? Hanya disebabkan apa yang terjadi kat dalam tu?”
Ya! Jerit Nadhira dalam hati. Sudahlah Aisy tanpa segan silu menerima kucupan dari perempuan yang entah apa-apa, lepas itu, minum minuman keras tanpa rasa malu di hadapannya. Aisy ingat, dia nak puji ke dengan perbuatan lelaki itu?
“Minuman yang you teguk tadi tu... I tak boleh nak terima. I know, it’s none of my business. Tapi semua tu dah keterlaluan. I tak boleh hanya pandang you minum sebegitu sebab I tahu apa agama you. Kalau you agama lain, I tak kisah. You nak melantak sampai tak ingat dunia pun, I tak akan kisah.”
Aisy mendekati Nadhira dan wajah lelaki itu sudah berubah menjadi tegang. “I dah biasa teguk minuman macam tu. You tak dapat nak ubah semua tu.”
Melopong Nadhira mendengar jawapan Aisy itu. “Fine! Then don’t call me again. Anggap aje kita tak mengenali satu sama lain. I tak akan jumpa you lagi lepas ni. It’s over!”
Walau nakal macam mana sekalipun Nadhira dulu, dia tidak pernah minum minuman terkutuk itu. Walau macam mana sekalipun dia suka berhibur, dia tahu had limitnya. Tidak pernah sekalipun mereka menjejakkan kaki ke kelab malam. Nadhira hanya suka melepak dengan kawan-kawan namun semua itu kenangan lalu. Kenangan ketika jiwa remaja yang menginginkan kebebasan. Dia sedar kini, apa yang dia lakukan itu hanya sia-sia. Dan dia juga berharap agar Aisy sedar dengan apa yang telah lelaki itu lakukan saat ini.
“Wait! What’s wrong with you? I’m not hurting you, you tak perlu nak marah sampai macam ni sekali. Did I hurt you just because I drank that stupid ‘water’?”
Aisy kata, air? Minuman sebegitu dikatakan air? Memang statement yang sangat menyakitkan hati Nadhira.
“Kan I dah kata, itu bukan urusan I tapi I tak boleh hanya pandang tanpa berkata-kata bila you minum arak tu depan mata I. Sorrylah... I tak boleh nak terima.”
Nadhira pergi meninggalkan Aisy. Apa yang penting, cukuplah setakat itu saja. Apa nak jadi dengan hubungan Iskandar dan Anita, jadilah. Dia sudah malas hendak memikirkan lagi.
“Wait, Dhira!”
Panggilan Aisy itu tidak dihiraukan namun lengan Nadhira sempat dicapai dari terus melangkah pergi. “Please, don’t go,” pinta Aisy.
“Lepaskan I, Aisy. Jangan sampai I menjerit pula nanti.”
Pegangan dilepaskan bila Nadhira berkata begitu. Cukuplah dia mengenali Aniq Aisy setakat itu saja.
“Dhira gaduh dengan dia ke?” tanya Iskandar ketika menghubungi Nadhira semalam.
Nadhira selamat sampai ke rumah dengan menggunakan khidmat teksi. Dia juga menolak ajakan Iskandar untuk menghantarnya pulang.
“A’ah. Cukuplah setakat ni saja, bang. Dhira dah tak sanggup. Dia lelaki bahaya. Dhira rasa tak selamat bila dekat dengan dia.”
“Abang nampak Dhira masuk dalam satu bilik. Dia buat apa kat Dhira? Kan abang dah kata, jangan masuk ke dalam bilik walau apapun.”
“Itu bukan bilik tidur. Kat dalam tu, kawan-kawan dia ramai. Kawan dia yang pelawa dia untuk masuk sekejap. And you know what? Dalam bilik tu dah macam tempat maksiat pula dah. Dhira nampak dia minum arak, abang. Dhira tak dapat nak terima. Kalau apa-apa terjadi pada Dhira masa dia tengah mabuk, macam mana? Cukuplah... Dhira dah tak boleh nak teruskan lagi,” jelas Nadhira. Dia menantikan kata-kata dari Iskandar. Adakah abang sepupunya itu bersetuju dengan keputusan yang dia lakukan?
“Berhentilah. Kita berhenti setakat ni saja. Lagipun, abang dah dapat gambar Dhira dengan dia. Maafkan abang, Dhira sebab buat Dhira macam ni.”
Dalam Nadhira bengang dengan apa yang terjadi, dia juga kasihan dengan Iskandar.
“Nita tak jumpa or call abang ke?”
“Tak... Dia langsung tak hubungi abang.”
“Abang cubalah call dia.”
“Abang dah banyak kali mengalah, Dhira. Tak kan kali ni abang juga yang kena buat semua tu?”
Keluhan terbit di bibir Nadhira. Kalau dua-dua keras hati, jadi sampai bila semua ini akan selesai?
“It’s up to you. Yang penting, Dhira dah tak nak involve dengan mamat Aisy tu lagi. Dhira meluat sangat-sangat dengan dia. I hate him!”
“Okey... Abang faham. Terima kasih ya, Dhira sebab tolong abang. Apa yang Dhira lakukan ni, dah cukup baik untuk abang. And I’m sorry sebab dah libatkan Dhira dalam hubungan abang.”
Nadhira tersenyum hambar. Rasa sejuk juga hatinya bila Iskandar berkata begitu. “Dhira tak ada masalah tentang tu. Lagipun lepas ni, Dhira tak berhubungan dengan dia lagi dah. Yang lain, semuanya terserah pada abang nak buat macam mana. Dhira akan sentiasa sokong abang. Buatlah yang terbaik untuk hubungan abang ni.”
“Dhira, makan..,” laung Puan Nurin dari luar biliknya yang menyebabkan kenangan semalam pergi begitu saja.
“Apalah yang kamu buat kat dalam bilik ni. Terperap aje dari tadi,” ujar Puan Nurin lagi. Sudah Nadhira katakan, kedua-dua orang tuanya memang hairan dengan sikapnya itu.
“Kejaplah. Dhira dah nak keluar dah ni.” Usai mengikat rambut, dia keluar dari bilik. Tidak perlu membebankan minda dengan mengenangkan apa yang terjadi semalam. Yang penting, dia sudah bebas dari terus melakukan penipuan ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar