PRAY FOR ALL ON BOARD MH370
Never ever give up. Selagi belum ada kesahihannya... Selagi itu kita akan terus berdoa dan berdoa agar Allah mempermudahkan segala-galanya.
Allah can do more in a second than what we can do for ourselves in a lifetime. So, let's keep on praying.
-PRAY-
Because Allah always listens.
********************************************************************************
MC 5
Sungguh! Wanita itu sungguh berani. Tidak pernah terjadi dalam hidup Aisy, dia gugup disebabkan seorang wanita. Keprihatinan wanita itu menggoncang debaran di hatinya. Perkara ini seakan mustahil baginya tapi itulah yang berlaku pada Aisy saat ini.
Memang dia akui, dia rasa tercabar bila Nadhira tidak menghubunginya pada keesokkan hari setelah perjumpaan pertama mereka. Terasa dirinya tidak se‘terror’dulu lagi. Buat kali pertama juga dia rasa seperti lelaki yang sudah angau dilamun cinta bilamana setiap masa dia akan memeriksa telefon bimbitnya. Bodoh sungguh dia rasakan.
Semakin rasa tercabar bila Edry seakan-akan memerlinya.
“Ada tak perempuan tu call kau?”
Aisy hanya diam. Pandangannya ditumpukan pada pintu utama cafe.
“Tak ada? Seriously? Wow! I’m impressed,” ucap Edry lagi walaupun Aisy tidak menjawab pertanyaannya itu.
Serius wajah Aisy memandang Edry yang sudah mengekek ketawa.
“Maybe she lost my number,” jawab Aisy beralasan.
“Well... Dia boleh datang cafe ni kalau betul dia dah sukakan kau.”
Aisy mendengus. Memang nak kena agaknya Edry ni. Dahlah gelak lelaki itu menyakitkan hatinya.
“Dia bukan tahu aku share partner dengan kau pun.”
Sekali lagi Edry tergelak. Aisy memang bersungguh-sungguh memberikan alasan.
“Mungkin dia tak berkenan dengan kau kut. Well... Aku memang tabiklah dengan citarasa perempuan tu,” sejurus Edry berkata begitu, Aisy bangkit dari kerusi dan terus meninggalkan Edry yang sudah ketawa besar. Huh! Sudah pasti menggelakkan dirinya.
You were wrong, my friend. Ini Aisy, selagi aku tak dapat, aku akan cari dia sampai dapat!
Sehinggalah hari kedua. Aisy dikejutkan dengan panggilan telefon yang tidak dikenali. Dia percaya, itu adalah Nadhira. Wanita yang ditunggu-tunggu untuk menghubunginya. Memang dia akui, Nadhira adalah seorang wanita yang lain dari yang lain. Memang sangat berbeza dengan wanita-wanita yang dikenalinya. Kebanyakan wanita yang dikenalinya, lebih banyak menyerahkan diri semata-mata. Duit menjadi imbuhan dalam perhubungan. Namun... Wanita yang bernama Nadhira, mempunyai sifat yang sangat berbeza.
Selepas ini, dia akan mempertingkatkan lagi kepakarannya dalam berkata-kata. ‘Sweet talker’ itulah gelaran yang disandang oleh Aisy dan kawan-kawan yang lain sudah sedia maklum dengan kepakarannya itu.
Bagi Aisy, tidak susah membuatkan wanita jatuh cinta padanya. Dengan adanya fizikal yang menarik, asset yang banyak dan kata-kata yang membuai hati para wanita sudah cukup untuk dia mendapatkan wanita yang diinginkannya.
Just wait and see my dear Dhira... You will totally fall in love with me, bisik hati Aisy dengan penuh yakin.
*******************************************************************************
MC 6
Balik saja dari bekerja, Nadhira terus membersihkan diri. Terasa rimas dan letih. Kepala juga terasa berat. Tapi setelah membersihkan diri, badan yang letih sudah kembali segar. Pintu biliknya diketuk dari luar.
“Dhira... Is datang tu. Pergilah keluar. Dia nak jumpa Dhira,” beritahu Puan Nurin, yang merangkap sebagai mak Nadhira.
“Kejap. Suruh dia tunggu kejap,” laung Nadhira. Cepat saja dia mengenakan baju dan terus menghamparkan sejadah untuk bersolat Isya’. Kalau ditangguh, pasti dia akan lalai atau terleka untuk menunaikan suruhan Ilahi itu. Nasib baik dia sempat solat Maghrib di tempat kerja tadi.
Senyuman terukir di bibir sebaik saja kaki menjejak ke ruang tamu. Nadhira pasti, Iskandar hendak mengetahui perkembangan hubungannya dengan Aisy.
“Dah solat Isya’ ke Dhira?” tanya Puan Nurin.
“Dah...”
“Betul ni?” tanya orang tua itu lagi cuba memastikan bahawa Nadhira benar-benar sudah solat mahupun tidak.
“Dah la... Mak ni.”
“Kamu tu kena diingatkan berkali-kali baru nak solat.”
Nadhira tersengih. Memang begitulah dia. Selalu leka dalam mengerjakan solat. Dia amat berterima kasih dengan sikap prihatin maknya itu. Jika tidak, dia akan terus lalai dalam melaksanakan suruhan-Nya. Nauzubillah.
“Ayah mana mak?”
“Dah masuk tidur. Katanya dia letih sangat hari ni. Is dah makan? Kalau nak makan, mak ngah sediakan.”
“Tak apa mak ngah. Is dah makan pun. Janganlah susah-susah. Bukannya orang lain pun Is ni.” Iskandar menegah Puan Nurin dari menghidangkan makanan mahupun minuman.
“Iyalah. Kamu buat macam rumah sendiri ya. Kalau malas, ni hah suruh si Dhira buatkan kamu minuman. Mak ngah naik atas dulu, nak sambung menjahit.”
“Baiklah mak ngah.”
Nasib baik Puan Nurin naik ke atas. Senanglah Nadhira bercerita tentang Aisy pada Iskandar.
“Macam mana? Dia nak jumpa dengan Dhira lagi tak?”
“Hei... Ini Dhira la.. Mustahil dia tak nak jumpa lagi. Abang ni tak menyempat-nyempat Dhira nak duduk, abang dah tembak Dhira dengan soalan macam tu.”
Iskandar tersengih. Sedar akan keterlanjuran diri sendiri. “Abang tak sabar nak tahu perkembangan Dhira dengan dia. Tak best kalau bercerita hanya dalam telefon.”
“Dia nak jumpa Dhira hujung minggu ni lagi. Nak baca tak SMS dari dia?”
“Mestilah nak. SMS tu bukti nak tunjukkan kat Nita nanti.”
Nadhira mengangguk. Lalu mencari SMS yang Aisy hantar padanya untuk beberapa hari ini setelah mereka makan tengahari bersama.
“Nah, bacalah. Pasti abang akan tergelak baca ayat dia yang merapu tu.” Telefon bimbit kini bertukar tangan.
“Baca dari atas sekali tau,” beritahu Nadhira.
-Hi sweety... Kita lunch sama hari ni ya?-
Itu adalah SMS Aisy yang pertama setelah mereka makan tengahari bersama tempoh hari. Dan Nadhira pula mengatakan sibuk sebagai alasan.
“Dia tak call Dhira ke lepas tu?”
“Ada... Tapi Dhira tak jawablah.. Dah kata sibuk, kan? So, akhirnya dia berhenti call Dhira.”
-Hi beautiful, I miss u. Can we meet again?-
Besar ketawa Iskandar membaca SMS Aisy yang kedua itu. Seperti yang Nadhira katakan semua SMS yang Aisy hantar, memang merepek belaka.
“Dia ni memang pandai ayat sungguh,” ujar Iskandar seraya tergeleng-geleng.
-Hi dear... I don’t know why I keep thinking about u. I guess I miss u. U tgh buat apa? Tell me, I cuma perlu bayangkan what u’re doing right now-
“Whoa... Whoa... Ini dah lebih ni. Dia dah mula nak ayat Dhira. Thanks Dhira, you did a very good job.”
Nadhira tersenyum dengan penuh bangga bila mendengar pujian Iskandar itu.
“Dhira hantar gambar pada dia?” tanya Iskandar bila melihat Nadhira menghantar gambar pada Aisy.
“A’ah. Nak buat dia meroyan lagi, kan... So Dhira hantarlah gambar Dhira yang ala comel ni.”
“Nakal betullah Dhira ni.” Iskandar ketawa dengan perbuatan Nadhira itu. Ketika ini, Nadhira kena ‘melayan’ setiap gerak-geri yang Aisy lakukan padanya. Baru boleh buat Aisy jatuh cinta.
“Abang nak sangat Dhira jadi pelakon, kan? Hah, inilah masanya. Masa Dhira hantar gambar tu, terus dia nak skype. Tapi Dhira pula yang malas nak layan. Dah diberi betis, nak peha lagi. Mengada betul!”
“Bagus Dhira. Jangan layan sangat dengan apa yang dia nak. Dhira kena tegas juga. Baru dia rasa tercabar dengan penolakan yang Dhira berikan pada dia. Next time, jangan lupa tanya kat dia tentang girlfriendpula. Cuba selidik dia betul-betul walaupun abang yakin dia tak kan mengaku yang dia dah ada girlfriend.”
“Beres bang!”
Iskandar tersenyum puas hati seraya kembali membaca SMS Aisy.
-Kita jumpa this weekend ya? I nak sgt jumpa u. And I miss u. Hope u tak bz.-
“Selama dia SMS ni, alasan Dhira pada dia, busy je ke?”
“A’ah. Dhira meluat sangatlah nak jumpa dia tu. Lagipun, Dhira nak ada back up. Takut dia apa-apakan Dhira nanti. Dahlah dia macam kemaruk sangat nak jumpa. Weekend ni, abang ada. So, Dhira tak berapa nak takut sangat.”
Memang Nadhira berasa seram sejuk bila berdekatan dengan Aisy. Dia nampak dengan jelas lagak Aisy yang sudah kebaratan itu. Mungkin sudah tidak ada ketimuran lagi.
“Abang akan temankan Dhira. Dhira jangan risau ya.”
“Cuma hari tu aje... Dia nampak gugup bila Dhira lapkan peluh kat dahi dia.” Nadhira ketawa bila mengenang kembali reaksi yang Aisy pamerkan padanya.
“What? Dhira buat apa kat dia?”
“Oh... Lupa Dhira nak bagitahu abang. Masa lunch hari tu, Dhira order makanan yang pedas. Dia tak tahan tau. Lepas tu, muka dia merah sangat dan dia berpeluh. Dhira teruslah buat gaya prihatin. Dhira tolong lapkan peluh dia kat dahi. Dia terus terkejut tau.”
Iskandar kembali ketawa besar. Tergeleng-geleng dia bila mendengar Nadhira mengelap peluh di dahi Aisy.
“Padan muka dia. Patutlah SMS dia merapu bagai. Mungkin dia fikir, Dhira dah syok kat dia kut. Itu yang dia berani kata miss you tu.”
“Mungkin juga. So senanglah abang buat kerja nanti. Dhira pun tak nak buat benda ni lama-lama. Dhira tak sanggup nak hadap muka dia tu.”
“Jadi... Apa lagi yang dia buat pada Dhira masa lunch tu?”
Nadhira kembali terkenangkan momen mereka ketika makan tengahari bersama. Lalu semuanya diceritakan pada Iskandar.
“You kat UK tu kerja apa? If you tak nak bagitahu, tak apa.” Nadhira cuba bertanyakan tentang pekerjaan lelaki itu. Dia nak sangat tahu kehidupan sebenar Aisy. Nampak dari gaya lelaki itu memang kelihatan seperti orang berada.
“Aircraft Engineering.”
“Wow! Hebat. Mesti gaji lumayan, kan?” Setelah Nadhira melontarkan soalan itu, baru dia teringatkan sesuatu. Asal dia tanya tentang gaji pula ni? Nanti Aisy fikir dia perempuan pisau cukur pula. Nak tanya gaji bagai.
“Tak adalah... Biasa aje. Cukuplah untuk menampung hidup.”
Tengok... Aisy cuba nak berahsia dengannya. Mungkin risau jika dia berniat hendak mengikis duit lelaki itu.
“You jadi aircraft engineer ni untuk airlinesapa?”
“British Airways.”
“Oh... Sekarang you tengah cuti ke?”
“Tak... I dah berhenti kerja kat sana.”
“Thenbalik Malaysia for good? Jadi you kerja either kat MAS or Air Asialah ni?”
Aisy tersenyum memandangnya. Dan baru Nadhira tersedar, dia sudah banyak bertanyakan soalan tentang Aisy. “Just forget it. I ni busybody sangat nak tahu tentang you.”
“I don’t mind, dear. Actually, I’m not sure I balik sini for good or what. But since I met you, I rasa kehidupan I di Malaysia dah terisi sesuatu.”
Baru jumpa dua kali sudah kata begitu? Aisy ni memang lelaki yang tahu cakap aje. Bila nak dapatkan sesuatu, semua ayat manis keluar, gumam Nadhira dalam hati.
“You ni merepeklah. Baru dua kali kita jumpa. It doesn’t mean that you know me very well. And it same goes to me,” ujar Nadhira seraya ketawa. Cuba menceriakan lagi suasana.
“So... Hari ni you tak kerja ke?” Nadhira cuba menukar topik perbualan mereka. Walaupun dia tahu Aisy tengah menganggur sekarang ini cuma dia nak tengok tahap kejujuran lelaki itu padanya.
“Actually, I’m jobless right now. I got an offer from MAS tapi I belum bersedia nak bekerja. I nak rest dulu.”
Amboi... Banyak duit nak menganggur lama-lama.
“Oh.. Mungkin bagi you tak kisah la... Kerja dah ada depan mata. Tapi kalau I, dahlah hidup menganggur, kalau duit tinggi menggunung sekalipun, ianya akan kempis juga. Tapi kalau you, tak kut. I percaya you pasti ada back up money, tu sebab you tak kisah nak menganggur lama-lama.” Nadhira cuba menasihatkan Aisy secara halus. Iyalah, pandai nak ‘ayat’ perempuan tapi kalau hidup menganggur, memang buang karan saja.
“Are you worried just because I’m jobless right now?”
“Tak adalah. Cuma I kata tadi yang I nak belanja, kan? Tapi you dalam diam bayarkan bill I ni.”
“How did you know?” tanya Aisy dengan wajah hairan.
“Cashiertu hantar bil dan baki duit you tadi masa you pergi wash room.” Pandai nak kelentong mamat ni. Dalam diam Aisy membayarkan semua makanan yang Nadhira ordertadi. Dalam hati memang Nadhira bersorak gembira tapi tak kanlah dia nak tunjukkan semua tu. Mestilah dia berlakon tidak menyukai apa yang telah Aisy lakukan.
“Like I said.. I tak biasa kalau perempuan yang belanja I, kan? It’s not me, dear.”
“Then you should work. Kalau you kerja, I tak kisah pun kalau you nak belanja I. I bukan perempuan yang suka ambil kesempatan lagi-lagi I tahu you sekarang ni tak bekerja.”
“I will, soon my dear... Don’t worry.”
“Anyway thanks... Macam manalah I nak balas budi you ni kalau setiap kali I nak belanja, you dah cepat bayarkan.”
Alhamdulillah... Save budget Nadhira kali ni. Dia bersyukur dalam hati. Kalau beginilah caranya, mahu hari-hari dia makan tengahari bersama dengan Aisy. Jimat duit belanja.
“You boleh balas jasa I dengan berjumpa I next time. I akan anggap you tak hutang apa-apa dengan I.”
Nadhira cuba berfikir seketika. Membuatkan Aisy tidak sabar menunggu jawapan darinya. “Macam mana? Setuju?”
“Kalau itu yang you nak, I tak boleh nak kata apa. This is the only wayuntuk I balas jasa you. Kalau I tak sibuk atau tak ada halanganlah ya. Kalau sibuk, I terpaksa menolak.” Ceh... Kononlah sangat!
“Yes! That’s exactly what I want to hear.”
Nadhira tersenyum dengan penuh makna. Tidak disangka sebegini lancarnya perancangan mereka. Aisy pula mudah dibawa berbincang. Jika itu yang dia cadangkan, Aisy pasti akan bersetuju. Senang sangat nak uruskan lelaki itu.
“Jadi hujung minggu ni nak jumpa kat mana?” tanya Iskandar setelah Nadhira selesai menceritakan segala-galanya.
“Macam biasa. Tempat cafe kawan dia tu. Kali ni abang kena tukar gaya lain pula. Nanti dia hairan, setiap kali Dhira ada kat situ, abang yang macam pengangak pun ada juga. Nanti lain pula jadinya.”
“Eee.. Jahatnya budak ni. Sanggup kata abang macam pengangak. Ini muka hensem dikatakan gitu.” Iskandar menarik lembut rambut yang terjuntai di dahi Nadhira.
Nadhira ketawa terbahak-bahak. “Jangan nanti abang tampil macam lelaki pondan, dahlah... Itu memang Dhira lari jauh dari abang.”
“Hei! Itu memang taklah.” Habis lengan Nadhira dicubit oleh Iskandar. Sudah pasti abang sepupunya itu geram dengan usikan darinya.
Hujung minggu ini Nadhira perlu berlawa sakan. Maklumlah, orang yang hendak dia temui ini adalah lelaki bermata keranjang. Kalau gaya dia tak semengah, tak ada maknanya Aisy nak pandang nanti. Nak jatuh cinta jauh sekali. Kerana itulah dia perlu pandai bergaya. Segala baju yang cantik-cantik, Iskandar sanggup sponsor. Gembiranya dia. Kata Iskandar, hanya itu saja yang lelaki itu mampu lakukan untuk membalas jasa baik Nadhira sepanjang rancangan menawan hati Aniq Aisy ini berlangsung.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar