Sabtu, 21 April 2012

NOVEL : PERANGKAP DUA HATI 4


BAB 4

“ Assalamualaikum Encik Nuh,” setelah mengetuk pintu bilik pejabat Nuh Qays, Afiah memberi salam. Dia menjengulkan dirinya kerana Nuh Qays ingin berjumpa dengannya.

“ Oh ya Afiah. Come, have a sit.” Nuh Qays mempelawa Afiah untuk duduk di kerusi hadapan meja kerjanya.

“ Terima kasih Encik Nuh,” ucap Afiah lembut.

“ Kita belum berkenalan secara informal ya Afiah? Jadi untuk saya memperkenalkan diri rasanya Afiah juga sudah sedia maklum siapa nama saya. Di sini saya cuma ingin memberitahu tentang cara saya bekerja. Saya harap awak selesa dengan cara saya bekerja. Tapi sebelum tu, saya nak awak beritahu saya serba sedikit tentang awak. Berapa lama sudah awak bekerja di sini dan sebagainya,” jelas Nuh Qays. Dia kenal wanita di hadapannya ini cuma ingin memastikan saja lagi.

“ Saya Nadia Afiah. Hampir tiga tahun saya bekerja di sini. Tidak jauh bezanya kerja saya dengan kerja setiausaha yang lain. Sama saja skop kerja saya dengan dia orang. Dulu sebelum Encik Sufi bersara, saya mesti ikut dia meeting mahupun berjumpa dengan klien di dalam syarikat mahupun luar syarikat. Jadi tidak menjadi masalah untuk saya, jika Encik Nuh juga ingin berbuat demikian kerana saya tahu itu adalah tugas saya,” jawab Afiah. Dia berasa puas dengan jawapan yang diberikannya. Dia mahu Nuh Qays berpuas hati kerana mempunyai setiausaha sepertinya.   

Nuh Qays mengangguk lembut. Dia nampak wajah Afiah yang begitu yakin menjawab pertanyaannya itu tadi. “ Itu awak tak payah risau, saya tak akan membawa awak keluar dari syarikat untuk menemani saya berjumpa dengan klien atau meeting di luar syarikat. Itu prinsip saya. Kerja dengan saya ni senang saja, saya bukan yang banyak songeh cuma saya mahu awak cepat melaksanakan apa yang saya suruh. Itu saja. Saya paling tidak suka orang yang lalai, lambat mengerjakan apa yang saya arahkan. Saya harap awak faham.”

“ Saya faham Encik Nuh.”

“ Baiklah kalau macam tu. Awak boleh keluar. Kalau ada apa-apa, nanti saya panggil awak.” Pada mulanya Nuh Qays ingin bertanyakan sesuatu pada wanita di hadapannya itu tapi hatinya pula melarang keras. Jangan gelojoh sangat Nuh, masih banyak masa lagi, satu suara ibarat menyapa telinganya.

“ Err.. Encik Nuh... Saya nak tanya sikit boleh tak?” Afiah sedikit takut untuk memulakan pertanyaannya. Tapi dia harus bertindak awal agar misinya akan berjalan dengan lancar.

“ Ya, kenapa Afiah? Kalau sesuatu yang tidak membebankan untuk saya menjawab, pasti soalan awak akan saya jawab dengan senang hati.” Nuh Qays memberikan sedikit senyuman untuk Afiah. Dia tidak mahu dikatakan ketua yang tidak tahu beramah mesra dengan pekerja bawahan.

“ Err... Saya rasa saya kenal Encik Nuh ni. Saya merupakan junior Encik Nuh ketika di universiti dulu sebelum Encik Nuh melanjut pengajian master ke UK dulu. Encik Nuh merupakan ketua pelajar ketika itu.” Nuh Qays tersenyum, inilah yang ditunggu-tunggunya.

“ Ohh... Patutlah saya macam pernah nampak awak ni. Rupanya satu U dulu.” Helah Nuh Qays, dia tidak mahu menyatakan secara terang-terangan bahawa dia mengenali Afiah.

“ Ya betul, Encik Nuh. Saya dulu memang ambik course setiausaha ni. Saya memang kagum dengan Encik Nuh sebab menjadi ketua pelajar yang sangat baik dan didikasi,” puji Afiah. Senang hatinya bila Nuh Qays mengingati dirinya walaupun tidak secara keseluruhan.

“ Jangan puji saya berlebihan. Saya biasa saja. Anyway, secretary Encik Kamal itu pun rasanya saya macam pernah nampak. Dia sama U jugakan? Sama course dengan awak?” Nuh Qays cuba berhati-hati mengutarakan soalan. Takut rahsia yang disimpan rapi dapat dihidu oleh Afiah.

“ Maksud Encik, Qisya Zulaikha?” berubah terus wajah Afiah. Niatnya mengungkit tentang kisah Nuh Qays dulu adalah untuk kebaikkan dirinya. Apa kena mengena dia ungkit tentang Ikha ni? bentak hatinya.

“ Ya, Zulaikha. Saya macam pernah nampak dia jugalah. Mungkin dia juga sama U dengan kita.”

“ Ikha sepupu saya. Ya mungkin juga Encik Nuh mengenali dia sebab dulukan Ikha pernah cuba merampas abang Izdiyad dari Kak Rina. Ramai juga yang jadi saksi bila Kak Rina datang serang dia.” Mungkin tibalah masanya untuk dia menghancurkan reputasi Qisya Zulaikha.

Nuh Qays terasa dengan kata-kata Afiah itu. Kenapa Afiah berkata sebegitu sedangkan Qisya Zulaikha adalah sepupu wanita itu sendiri? Hatinya tertanya-tanya.

“ Oh... Dia rupanya. Perkara yang lepas tu saya tak kisah dah. Mungkin bukan niat dia ataupun mungkin di sebabkan salah faham. Saya kenal perangai Izdiyad macam mana, begitu juga dengan Qairina. Jadi saya tidak menyalahkan Zulaikha seratus peratus.”

“ Saya yang mengenali Zulaikha Encik Nuh. Jadi saya tahu perangai dia yang sebenar. Mungkin Encik Nuh mengatakan sebegitu tapi apa yang Kak Rina katakan dulu tu memang benar. Berkali-kali saya nasihatkan dia tapi sampai sekarang perangai dia tak berubah. Sekarang memanglah dia tak kacau abang Diyad lagi sebab dia dah ada orang baru. Entahlah, risau saya dibuatnya Encik Nuh.” Afiah cuba berlagak risau dengan sikap Zulaikha yang dikatakannya itu tadi. Harap-harap Nuh Qays mempercayai kata-katanya.

Wajah Nuh Qays berubah sebaik saja Afiah berkata sebegitu. Selain dari Qairina, tidak ada wanita lain pun yang menceritakan tentang keburukan Qisya Zulaikha tapi kini Afiah selaku sepupu wanita itu sendiri memberitahu tentang perangai sebenar Qisya Zulaikha.

“ Err... Hal peribadi seseorang, saya malas nak masuk campur. Itu dah di luar bidang saya. So, nice to meet you again Afiah. Boleh awak berikan saya dokumen pemasaran yang latest punya?”

“ Baik Encik Nuh. Saya keluar dulu ya.”

“ Yes, you may go now.” Nuh Qays mengeluh. Kenapa Afiah berkata sedemikian? Adakah benar kata-kata wanita itu?

“ Sebab aku tahu, betina ni memang gatal! Dia layan juga si Diyad tu.” terimbau kembali kata-kata yang pernah Qairina lemparkan pada Qisya Zulaikha. Betul ke tekaan Qairina selama ini? Adakah dia sudah salah menilai keperibadian Qisya Zulaikha?

“ Asal kau ni? Kau ingat perempuan yang macam tu tak berani ke nak approach? Jangan pandang luaran saja bro. Aku yang bercakap dengan dia tadi, jadi aku tahulah. Kau cuma tengok saja tapi tak tahu jalan cerita yang sebenar.” Kini kata-kata Izdiyad juga kembali menerjah di benak telinganya.

Nuh Qays meraup wajahnya, hatinya tiba-tiba berasa ragu. Ragu dengan perasaannya selama ini. Dia hanya mengenali Qisya Zulaikha secara rawak. Tidak mustahil apa yang Qairina, Afiah dan juga Izdiyad katakan itu benar belaka. Argh...! bentak hati Nuh Qays. Tak! Aku mesti dekati dia dulu baru aku tahu perangai dia yang sebenar. Jangan mudah percaya kata orang Nuh! Dengar kata hati kau, hatinya berkata-kata lagi.

Tok! Tok!

“ Masuk!” laung Nuh Qays.

Afiah sudah membawa beberapa dokumen yang diminta Nuh Qays. Dengan sedaya upaya, dia akan bekerja keras demi mengambil hati Nuh Qays. Dia memberikan senyuman kepada lelaki itu.

“ Ini dia beberapa dokumen yang latest Encik Nuh. Kalau Encik nak kan apa-apa lagi, bagitahu saya ya.”

“ Ya, terima kasih Afiah.”

“ Sama-sama,” jawab Afiah seraya meninggalkan bilik pejabat Nuh Qays.

Afiah tersenyum-senyum sambil menyanyi kecil, rasanya kali ini dia ada harapan untuk mendekati Nuh Qays bukan seperti ketika di universiti dulu, Nuh Qays menjadi rebutan tetapi akibat perangai Nuh Qays yang tidak suka melayan perempuan dan selalu berlaku tegas, maka banyak perempuan yang berputus asa terhadap lelaki itu termasuklah dirinya. Afiah juga tahu bahawa Qisya Zulaikha juga menyukai Nuh Qays kerana dia pernah terbaca diari Qisya Zulaikha yang menyatakan bahawa sepupunya itu menyukai Nuh Qays.

Afiah berfikir, antara dia dan Qisya Zulaikha tidak jauh beza sebenarnya dari segi kecantikan cuma lesung pipit yang menghiasi wajah Qisya Zulaikha itu yang membuatkan wanita itu kelihatan lebih cantik berbanding dengannya. Keperibadian mereka juga berbeza. Qisya Zulaikha seorang yang lemah lembut dan berhijab manakala dia seorang yang kasar melainkan dia mempunyai hajat yang tertentu saja dia akan berlagak lemah lembut. Dia juga tidak mengenakan hijab.

Ifa meluat melihat Afiah itu. Baginya Afiah wanita hipokrit, dengan orang-orang tertentu saja wanita itu akan berlagak baik. Jika dengan dia dan Qisya Zulaikha ataupun dengan pekerja yang taraf bawah dari Afiah pasti wanita itu akan menyombong. Macamlah pangkat dia tu besar sangat! Bentak hati Ifa.
Nuh Qays mengeluarkan dompetnya. Tersenyum dia melihat gambar yang yang terselit di dalam dompetnya itu. Qisya Zulaikha nampak comel ketika di universiti dulu. Nampak wajah keanak-anakan wanita itu. Bila dikenang balik kerja ‘gila’nya yang sanggup mengambil gambar Qisya Zulaikha dari majalah universiti mereka dulu itu pasti dia akan tersenyum.

“ Kau buat apa tu Nuh?” soal Izdiyad. Dia hairan bila melihat Nuh Qays yang seperti orang bersalah saja lagaknya. Tertoleh-toleh selalu.

“ Hah?” tersentak Nuh Qays dengan teguran Izdiyad dari belakang itu. Majalah universiti ditutup cepat dan gunting terus di masukkan ke dalam kocek seluar.

“ Tak adalah.” Nuh Qays cuba berlagak selamba. Tidak dia menyangka bahawa Izdiyad akan pulang ke rumah dengan secepat itu. “ Cepat kau balik? Tak jadi date dengan Rina ke?” tanya Nuh Qays. Dia memandang Izdiyad yang sudah terbaring malas di sofa hadapannya itu.

“ Entahlah dia tu. Masih nak merajuk dengan aku pula. Nak tunggu aku pujuk, alamat dia recover sendirilah tu.”

“ Biasalah dia tu. Macam kau tak kenal.”

“ Eh yang tu apa? Bukan majalah U kita ke? Sejak bila kau minat baca majalah U ni?” kini Izdiyad sudah 
beralih tempat duduk. Majalah yang berada di tangan Nuh Qays diambil. Wajah Nuh Qays berubah saat majalah universiti itu sudah beralih kepada Izdiyad.

“ Err... Rasanya dah lama benar aku tak baca majalah kita ni. Kut ada perubahan dengan yang dulu. Lagipun, ni kan tahun akhir kita. Sajalah buang boring.” Ahh..! Bodoh! Apa pula kena mengena dengan tahun akhir? Bentak Nuh Qays dalam hati.

“ Itulah yang aku hairankan. Bukan aku tak kenal dengan kau tu. Benda yang remeh-temeh ni memang kau tak baca pun,” ujar Izdiyad. Dia menyelak setiap helaian majalah itu tapi tangannya terhenti pada helaian yang mengandungi gambar Qisya Zulaikha.

“ Cantikkan minah ni? Kenapa dia ada setelah aku dengan Rina?” Izdiyad menunjukkan gambar Qisya Zulaikha itu pada Nuh Qays. Nuh Qays menelan liur, dia cuba menahan hatinya yang sarat dengan rasa sakit hati itu.

“ Inikan minah yang kau kata nak kenalan dengan kau tu kan?”

“ Hah? Err.. A’ah. Memang betul dia, Qisya Zulaikha dari secretary course. Kau rasa dia cantik tak? Bagi aku lah, dia memang cantik, kalah Rina.” Tersenyum-senyum Izdiyad memuji Qisya Zulaikha pada Nuh Qays.

“ Aku rasa biasa saja. Mungkin jika nak dibandingkan dengan kecantikan, Rina pun okey juga.” Mendatar saja suara Nuh Qays. Dia tidak mahu memuji kecantikan Qisya Zulaikha itu pada Izdiyad. Biarlah ianya hanya tersimpan dalam hati. Jika di ikutkan kata hati, memang kata-kata Izdiyad itu benar belaka.

“ Aku nak masuk bilik la. Letih! Meh majalah tu, aku belum habis tengok lagi la.” Cepat saja Nuh Qays menyambar majalah itu dari tangan Izdiyad.

“ Ehh.. Kejap la Nuh, aku belum puas pun tengok minah tu. Tak sedar pula aku, gambar dia cantik dekat majalah ni.” Nuh Qays malas mahu menghiraukan tegahan Izdiyad itu. Dia menutup pintu biliknya seraya mengunci terus. Laju saja tangannya mengeluarkan gunting yang tersembunyi di dalam kocek seluarnya dan meneruskan kerjanya yang terbengkalai tadi akibat kemunculan Izdiyad itu. Nasib baik tak kantoi, bicara hatinya.

Tergeleng-geleng Nuh Qays bila mengingatkan peristiwa itu. Sampai hari ini dan mungkin akan datang juga, gambar Qisya Zulaikha akan tetap berada di dalam dompetnya. Dia mengambil dokumen yang diberikan Afiah itu tadi, jika nak dilayan kenangan dulu itu, pasti kerjanya akan terbengkalai. Yang pasti kini dia sudah semakin dekat dengan Qisya Zulaikha dan dia akan memastikan bahawa apa yang didengarnya tentang kisah buruk wanita itu hanyalah fitnah semata-mata. Itulah harapannya.

p/s : Ayat yang selalu saya gunakan sekarang ni adalah... "JOM KOMEN! :) " suka pula nak tahu apa komen2 dari pmbaca. Terima kasih kerana sudi baca PDH.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar