Senin, 16 Juli 2012

SPECIAL POST : PERANGKAP DUA HATI

P/S: Special entry untuk anda.. Harap anda menyukainya. Selamat membaca dan harap maaf jika ada kekurangan :) Terima kasih.





Perasaan sedikit lega bila berjumpa dengan Izdiyad. Bukan saja berjumpa tapi telah membelasah dengan secukupnya. Memang itulah niat Nuh Qays datang ke rumah Izdiyad. Mahu menyedarkan Izdiyad dengan ditolong oleh ibu bapa Izdiyad sendiri. Jika hanya dia, pasti Izdiyad tidak akan mengalah. Bukan dia tidak kenal dengan Izdiyad. Sudah bertahun lama dia mengenali sahabatnya itu, Izdiyad tidak akan mengalah sebelum bertarung.
            
Dia menoleh ke sisi, ada sampul surat besar yang mengandungi dua tiket penerbangan di tempat duduk penumpang. Sempat juga dia berjumpa dengan Ethan, kawannya yang bekerja di agensi pelancongan. Ethan menghubunginya ketika dia baru balik dari rumah Izdiyad. Nasib baik Ethan ingin berjumpa di tempat yang berhampiran, kalau jauh, memang dia malas mahu berjalan-jalan tanpa Qisya Zulaikha di sisi. Kasihan isterinya, di hujung minggu hanya duduk di rumah saja. Tapi sepanjang dua minggu kebelakangan ini, memang mereka teramatlah sibuk. Mana dengan hal kerja, mana lagi dengan persediaan majlis resepsi.


Bila nampak saja kondominiumnya, dia mengeluh. Mengeluh disebabkan pengawal yang bertugas di kondominium itu sendiri. Sekarang bukan lagi Mamat dan Ishak yang bertugas tetapi orang lain. Dan orang lain itu pula dia dapati tidak berapa cekap menguruskan dalam hal keselamatan ini. Empat orang yang bertugas tapi macam sambil lewa saja. Kadang-kadang dia tegur juga, bila melihat tidak ada seorang pun yang menjaga sistem keselamatan.
           
Memang kondominium yang didudukinya ini nampak seperti dijaga dengan ketat. Sebab kawasan ini juga merupakan kawasan untuk orang elit. Nuh Qays cuma berasa risau, kejadian sekarang ini bermacam-macam berlaku. Tidak kira tempat. Itu sebab dia memikirkan tentang cara sekuriti di kondominiumnya bertugas. Jika sekuriti itu mengawal sambil lewa saja, pasti tidak akan sedar kemunculan penjahat.
            
Dia membuka pintu kondo, sebaik saja melangkah masuk, Qisya Zulaikha sudah terpacak di depan mata. Bulat juga matanya melihat kemunculan Qisya Zulaikha yang mengejut itu.
            
“Assalamualaikum. Ikha ni.. terkejut abang tau.”
            
“Walaikumsalam. Ikha tak niat pun nak kejutkan abang,” jawab Qisya Zulaikha seraya mencium tangan Nuh Qays. Dia juga sebenarnya terkejut bila tiba-tiba saja pintu utama dibuka dari luar. Memang dari tadi lagi dia tidak duduk diam. Meninjau-ninjau melihat kedatangan Nuh Qays.


Nuh Qays tersenyum. Dia mencium dahi Qisya Zulaikha dengan lembut dan lama. Sampul surat yang mengandungi tiket penerbangan, diletakkan di rak berhampiran. Tangan mula naik, memeluk pinggang isterinya. Bila merasa Qisya Zulaikha seperti tidak berbuat apa-apa, dia mengeratkan lagi pelukan. Kucupan yang tadi di dahi, kini beralih ke hidung mancung milik isterinya. Qisya Zulaikha sudah menggeliat. Faham dengan sifat pemalu Qisya Zulaikha. Pasti isterinya itu segan dengan apa yang dia lakukan.
            
“Abang...” Akhirnya, Qisya Zulaikha bersuara bila merasakan Nuh Qays seperti tidak mahu melepaskannya.
            
Nuh Qays ketawa kecil. Pipi isterinya sudah kemerahan. Sudah tentu malu. Tapi dia seakan pelik melihat Qisya Zulaikha yang seperti meratah wajahnya di setiap penjuru. Aik? Tadi bukan main malu tapi sekarang dah berani tenung aku pula, gumam Nuh Qays.
            
Qisya Zulaikha tidak sedar bahawa dirinya diperhatikan. Niatnya cuma ingin melihat lebam atau luka di wajah Nuh Qays. Bukan dia suka dengan semua itu tapi risau, risau jika kecederaan Nuh Qays semakin teruk berbanding hari itu. Hari ketika suaminya bergaduh dengan Izdiyad. Dia pasti Nuh Qays berjumpa dengan Izdiyad sebentar tadi. Tapi apa yang dilihatnya, lebam mahupun luka tidak ada di wajah Nuh Qays! Langsung tidak ada! Alhamdulillah...
            
“Hei.. kenapa ni sayang?” tanya Nuh Qays hairan. Qisya Zulaikha seperti leka dengan dunianya. Dia memegang pipi Qisya Zulaikha agar isterinya itu memandang ke arahnya.
            
“Sayang? What’s wrong with you dear?”
            
Qisya Zulaikha hanya menggeleng tanpa bersuara. Dia menggenggam jari-jemari kanan Nuh Qays lalu mata menghala ke situ. Dibeleknya tangan kanan suaminya. Hah..! Dah jumpa! Tanda merah yang ada di tangan Nuh Qays, lalu dia mengepalkan tangan itu menjadi seperti buku lima. Sah! Memang bekas tumbuk sesuatu. Tanda merah itu dikucup lembut, menghargai tindakkan yang dibuat Nuh Qays bagi mempertahankan dan melindunginya.
            
“Terima kasih abang.”


Nuh Qays tersenyum. Dia sudah mengerti ucapan terima kasih dari Qisya Zulaikha. Sebelum dia menarik tangan Qisya Zulaikha agar mengikutnya ke sofa, dia sempat mengambil sampul surat besar itu semula. Dia duduk di sofa tapi dia menahan Qisya Zulaikha dari duduk. Setelah merasa kedudukannya selesa, baru dia menyuruh isterinya itu duduk. Bukan di sofa tapi di ribanya.






Qisya Zulaikha sudah tergamam dengan tindakkan Nuh Qays. Tangan kiri suaminya sudah melingkari pinggang Qisya Zulaikha. Manakala tangan kanannya pula disangkutkan ke leher Nuh Qays. Suaminya semakin mendekati dan dia faham dengan maksud gerakkan dan lirikan Nuh Qays itu.


“Abang... bukan Ikha nak menolak. Tapi Ikha tak boleh.”


Nuh Qays memandang pelik. “Kenapa? Periodke?”


Qisya Zulaikha sudah tertunduk malu seraya mengangguk.


Nuh Qays buat-buat mengeluh. Memang pada asalnya dia cuma ingin menyakat Qisya Zulaikha tapi bila isterinya memberitahu tentang kedatangan haid, dia pula yang tersakat. Rasa hampa mula menjalar di hati. Apa boleh buat, tahan sajalah, detik hatinya. Tangan kanan mula membuat gerakan mengira.
            
“Abang kira apa?” tanya Qisya Zulaikha. Hairan juga dia, tiba-tiba saja Nuh Qays mengira.
            
“Hari ke berapa?” Pertanyaan dibalas pertanyaan juga dari Nuh Qays.
            
“Hari apa? Abang ni, cuba cakap terang-terang.”
            
“Ikha period, dah hari ke berapa?”
            
Belum habis lagi tentang period ni, bisik hati Qisya Zulaikha.
            
“Hari pertama.”
            
“Selalu seminggu saja kan?”
            
“Ikut kesuburan juga. Tapi kalau Ikha, memang seminggu saja. Kadang-kadang kurang dari seminggu. Macam enam hari saja.”
            
Nuh Qays mengangguk-angguk. Lancar saja fikirannya mengira tentang sesuatu. Senyuman semakin melebar bila kiraannya mencapai sasaran.
            
“Abang dah kira. Bila kita honeymoon nanti, Ikha dah habis period. Abang nak kita honeymoon macam orang lain. Bebas, hanya kita berdua,” bisik Nuh Qays. Bibirnya sudah mendarat ke pipi Qisya Zulaikha.
            
Qisya Zulaikha hanya membiarkan. Selagi Nuh Qays tidak keterlaluan, dia tidak kisah. Rasa bahagia adalah. Dia juga mula mengira. Hari Sabtu adalah majlis resepsi mereka dan Ahad pula mereka sudah mula berbulan madu di hotel kerana pakej yang diberikan. Hari Isnin pula mereka akan berangkat ke Singapura.
            
Semakin bulat mata Qisya Zulaikha bila Nuh Qays sudah lain macam. Mendarat entah ke mana-mana.
            
“Abang... kan Ikha...”
            
Terhenti terus pergerakan Nuh Qays. Dia beristigfar. “I’am sorry sayang. Ikha goda abang. Abang tak dapat nak elak.”
            
“Ikha tak goda abang pun. Betul!” Polos saja Qisya Zulaikha menjawab. Kata-kata Nuh Qays itu seperti menyalahkannya.
            
Nuh Qays ketawa besar. Sampai badannya juga bergerak sama. “Abang gurau sajalah sayang. Ikha tak payah goda abang. Abang dah lama tergoda.”
            
Nuh Qays menyandarkan badannya. Dia mengusap rambut Qisya Zulaikha lalu diciumnya. Dia melihat isterinya merebahkan kepala ke dadanya.
            
“Abang ni tau!” Manja saja Qisya Zulaikha bersuara. Dia terdengar degupan jantung suaminya yang berdetak laju. Dia tersenyum. Itulah degupan jantungnya saat ini. Bukan saja saat ini tapi setiap kali menyeru nama Nuh Qays, apatah lagi bila berdepanan sebegini.
            
Nuh Qays memberikan sampul besar yang mengandungi tiket penerbangan kepada Qisya Zulaikha.


“Ikha bukalah,” arahnya.
            
Laju saja Qisya Zulaikha membuka, lalu dikeluarkannya. Dia memandang tiket mereka ke Singapura. Semakin lebar senyuman yang terukir di bibir.
            
“Kenapa pilih Singapore? Kenapa tak tempat lain sayang?”
            
Ketika Nuh Qays menempah tiket ke Singapura, dia lupa hendak bertanyakan tentang itu. Dia hanya bertanyakan ke mana Qisya Zulaikha hendak pergi untuk berbulan madu. Dan kini dia mahu bertanyakan dengan lebih lanjut lagi sebab Qisya Zulaikha memilih Singapura berbanding dari negara lain.
            
“Di situlah tempat percutian terakhir Ikha bersama dengan mak abah. Rasanya tiga bulan sebelum hari kemalangan. Ikha rasa happy sangat masa tu. Afiah sekeluarga dan mak su juga ada. Semuanya abah yang tanggung. Itulah niat abah. Dia nak kami bercuti sekeluarga bersama dan dia memilih Singapore.
            
Sebab tu Ikha pilih Singapore untuk honeymoon kita. Ikha nak kebahagian itu berterusan bila bersama dengan abang juga.”
            
Nuh Qays sudah menukar posisinya. Dari bersandar dan kini dia sudah menegakkan badannya. Dari suara Qisya Zulaikha itu seperti ada kesedihan. Adakah isterinya menangis? Dia ingin tahu dan sedaya upaya dia hendak menenangkannya. Lalu dengan pantas dia memegang pipi Qisya Zulaikha agar memandangnya. Tapi pelik, tidak ada setitis pun air mata isterinya mengalir.
            
“Ikha okey tak ni sayang? Maaf, abang tak patut mengungkit kisah sedih tu.”
            
Qisya Zulaikha menggeleng. Nuh Qays tidak salah apapun. Dia sudah lama menerima takdir yang ditetapkan padanya.
            
“Abang tak perlu minta maaf, abang tak salah pun. Mungkin kesedihan itu sentiasa ada, bila mengingati tentang kami kehilangan kedua-dua ibu bapa dalam sekelip mata, memang tak akan pernah lupa. Afiah tak henti-henti hentam Ikha. Dia tuduh bermacam-macam sampai mak abah juga diungkitnya sama. Tapi yalah... Hanya doa pengubat rindu Ikha pada mereka. Dan kenangan bersama mereka dulu.”
            
“Sebab itu ke Afiah tak berapa ngam dengan Ikha? Hanya kerana hal itu?”
            
“Mungkin. Entahlah.. Kami dulu memang tak rapat sebenarnya. Afiah sekeluarga berpindah ke rumah kami ketika dia berumur 15 tahun. Abah nak semua adik-beradik tinggal bersamanya. Dulu pak ngah tinggal di kampung, kampung kelahiran mak ngah. Tapi ekonomi mereka tak berapa baik, jadi abah bercadang supaya pak ngah sekeluarga, berpindah saja ke rumah kami.
            
Mak su pula memang dari awal lagi dah tinggal bersama kami. Ketika tu, Ikha memang happy sangat sebab ada sepupu dan kawan yang sama umur. Tapi bila Afiah ada, layanannya tak sama dengan apa yang Ikha harapkan. Tapi Ikha tak peduli, mungkin masa tu dia tak biasa lagi. Bila kejadian tu berlaku, perangai dia semakin berubah. Totally changed! Dia salahkan abah sebab bawa mak bapak dia pergi bercuti. Memang tak sanggup nak ingat lagi. Sedih sangat.”
            
Nuh Qays mula berfikir, adakah selama ini Afiah memang cemburu dengan Qisya Zulaikha? Dia mula hairan, ketika di universiti, Afiah juga mengambil jurusan yang sama sebagaimana dengan Qisya Zulaikha. Dan kini mereka juga bekerja di tempat yang sama. Adakah ini satu kebetulan atau disengajakan?
            
“Siapa yang kerja dulu di Bina Perdana?” tanya Nuh Qays.
            
Pelik kedengaran soalan Nuh Qays itu tapi Qisya Zulaikha hanya menjawab tanpa mempersoalkan. “Ikha yang kerja dulu. Lepas lima bulan, tak silap Ikha, Afiah juga dapat kerja.”
            
See! She’s jealous of you. Dia tak berapa suka dengan sayang tapi apa yang berkaitan dengan Ikha, dia nak juga. Ikha pilih jurusan setiausaha pun dia ambik. Bila Ikha dapat kerja di Bina Perdana pun akhirnya dia apply tempat yang sama. Mustahil tak ada tempat lainkan? Think logically, sayang,” beritahu Nuh Qays seraya memetik jarinya. Dia sudah tahu apa sebab semua ini.
            
Qisya Zulaikha memikirkan kata-kata Nuh Qays itu. Dia tidak suka menuduh sesuatu yang bukan jelas di depan matanya. Cuma, apa yang dikatakan suaminya itu, sedikit sebanyak ada juga kebenarannya. Adakah selama ini Afiah memang cemburu terhadap dirinya? Benar, dia tidak sedar selama ini. Yang dia hanya sedar, hubungannya bersama Afiah tidak serapat mana berbanding dengan Pak Ngah dan Mak Ngah. Apatah lagi selepas perginya orang tua mereka.
            
“Betul tak?” tanya Nuh Qays lagi. Dia pasti Qisya Zulaikha memikirkan tentang apa yang dia katakan itu.
            
“Ikha tak sure abang. Biarlah dia. Selagi dia tak ganggu Ikha, Ikha malas nak ambik tahu. Hmm... layanan dia dekat abang macam mana?” Serba salah Qisya Zulaikha bertanya. Cuma hatinya ingin tahu memandangkan lagi dia teringat kata-kata Mak Su mengenai Afiah.
            
Nuh Qays mula mengulum senyuman. Pertanyaan Qisya Zulaikha ibarat memberi kebahagiaan kepadanya. Ternyata isterinya mula risau dengan orang sekeliling yang berdekatan dengannya apatah lagi Afiah.
            
“Macam biasa. Tapi abang tak suka dengan cara dia berpakaian. Seksa! Abang dah tegur dia. Hmm... macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.”


Nuh Qays sudah nampak perubahan di wajah Qisya Zulaikha. Semakin kembang hatinya. Memang itulah yang dia rasakan tentang Afiah. Cara berpakaian, tak mengikut etika yang sebaiknya. Kadang-kadang dia sedar, cara Afiah mendekatinya seperti mempunyai maksud tertentu. Hanya itu yang dia tidak mahu memberitahu Qisya Zulaikha, nanti lain pula jadinya.


“Seksa ke suka? Kenapa tak adu pada pihak atasan? Abang berhak tegur dia. Bukan Ikha tak pernah nampak apa yang dia pakai latelyni. Baju kemeja putih satin, jarang pula tu.”


“Sayang... Kenapa ni? Ikha kenal abang kan. Abang memang tak minat perempuan yang macam tu. Cukuplah seseorang tu. She’s enough for me. And she’s you, only you sayang.”


Mata mereka bertentangan dan Qisya Zulaikha sedar bahawa Nuh Qays sememangnya berkata benar. Ahh..! Tiba-tiba saja dia berasa cemburu dengan Afiah.


“Dah, dah.. jangan fikir lagi. Now, kita cakap tentang honeymoon kita. Abang dah booking Sentosa Resort dan Hyatt. Kita tinggal kat Sentosa Resort, 3 malam sebab dekat dengan Universal Studio. Dan selebihnya kita tinggal dekat Hyatt. Ikha nak shopping kan?”


Laju Qisya Zulaikha mengangguk. Memang dia suka membeli-belah berbanding dari melawat. “A’ah.. My favourite. Abang suka shopping juga, kan?”


Mustahil Nuh Qays tidak suka membeli-belah, lihat saja semua pakaian yang tergantung di bilik wordrobe seakan mengalahinya. Semua bermacam-macam jenama yang ada.


“Minat juga tapi tak setegar macam perempuan. Jangan kata abang spesis lain pula ya.”


Pecah tawa Qisya Zulaikha. Pasti Nuh Qays tidak mahu dia berfikir yang bukan-bukan hanya kerana suaminya suka membeli-belah.


“Gelak pula dia. Mesti dah fikir yang lain tu. Sebab tu gelak semacam saja.”


“Tak adalah. Abang tu yang fikir bukan-bukan. Ikha happy sebab kita minat benda yang sama.”


Nuh Qays mencapai jari-jemari Qisya Zulaikha, lalu diusapnya. Tangan sebelah kiri pula semakin mengeratkan pelukan di pinggang Qisya Zulaikha.


“Kenapa tak nak tinggal sehari dua di Marina Bay Sand Hotel? Kan kat sana tu orang berlumba-lumba nak merasa. Pemandangannya sangat bestsekali.”


“Abang dah pernah cuba ke?" 


“Dah. Selepas pembukaan SkyPark, masa tu abang cuti. Abang bawa ibu dan ayah. Swimming pool dia, memang mengancam dan terancam kalau terjadi apa-apa. Tapi maklum sajalah, tempat baru, ada yang belum buka lagi masa tu.”


Semakin lebar senyuman Qisya Zulaikha. Memang tidak dinafikan Marina Bay Sand Hotel sangat cantik sekali. Apatah lagi di SkyPark. Tetapi dia rasa terancam, baginya bangunan itu sangat menakutkan.


“Itulah yang Ikha takut. Memang bila nampak iklan tentang hotel tu, rasa teringin nak pergi sana. Tapi bila dah tengok bangunan hotel dia, Ikha tak sanggup. Apatah lagi nak swimming. Lagilah tak berani. Bermacam-macam yang Ikha fikir. Takut pecahlah, retaklah. Abang dah cuba mandi dekat swimming dia?”


“Tak. Jangan kata abang takut pula ya. Cuma abang memang tak suka sharing kalau sesuatu yang melibatkan orang ramai apatah lagi mandi dalam kolam yang sama. Dekat sana tu, memang banyak yang nak merasa. Bermacam-macam jenis manusia ada dalam swimming pool tu. I don’t know why, I just... can’t. Lainlah kalau abang sharing dengan Ikha.”


Ahh...! Lain pula yang dimaksudkan Nuh Qays. Qisya Zulaikha menjeling manja. Memang dia sudah faham dengan sifat Nuh Qays yang sentiasa menjaga kebersihan itu. Jika sesuatu yang merimaskan pada suaminya itu, pasti Nuh Qays akan membersihkan diri. Pakaian sentiasa kemas, seorang yang sangat teratur orangnya. Memang tidak mustahil Nuh Qays tidak suka berkongsi segala macam bersama dengan orang lain, apatah lagi mandi di kolam renang yang bermacam-macam jenis manusia yang ada.


“Hish! Abang ni.. lain pula.”


“Tapi betulkan? Dah lama kita tak man..”


“Abang...” Qisya Zulaikha memintas kata-kata Nuh Qays. Semakin meleret pula dia rasakan.


Semakin teruja pula Nuh Qays ingin menyakat Qisya Zulaikha. Ketara sangat isterinya malu bila dia mengungkit tentang hal mereka. Haish! Nasib baik period, kalau tak... bisik hatinya nakal.


“Hish! abang ni, kalau layan pasti meleret. Lebih baik Ikha standby masak untuk makan tengahari kita. Abang pun senang, boleh solat Zohor saja nanti.”


Qisya Zulaikha sudah berkira-kira untuk bangkit dari riba Nuh Qays. Tapi lengannya ditarik oleh suaminya sehinggakan dia hampir saja terduduk semula kerana tidak bersedia dengan tindakkan Nuh Qays itu. Nasib baik suaminya memegang pinggangnya.


“Abang ni kenapa?” Qisya Zulaikha menoleh ke arah Nuh Qays. Pelik sungguh suaminya ini.


“Kita masak sama-sama. Biar abang temankan sekali. Boring kalau Ikha tak ada di sisi abang. Kalau abang temankan... I can cook, I can help you, I can hug you and definitely I can kiss you..


“Abang! Malas nak layanlah.”


Terus saja Qisya Zulaikha meninggalkan Nuh Qays yang sudah mengekek ketawa. Macam-macam pula perangai Nuh Qays hari demi hari.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar