Nama : Mohammad Nuh Qays bin Haji Qaid
Seorang yang tegas tetapi penyayang. Seorang yang berdedikasi dan cekap dalam bekerja. Dia adalah ketua pemasaran di Syarikat Bina Perdana. Tahap pendidikan Masters. Dia juga jenis yang tak suka ambil tahu tentang orang sekeliling kecuali orang tuanya dan si dia...
Nama : Qisya Zulaikha binti Haji Zakaria
Seorang yang sangat lembut hatinya tetapi jika selalu diuji dengan perbuatan manusia keji, dia akan menjadi seorang yang sangat tegas dengan pendiriannya. Dia juga bekerja di Syarikat Bina Perdana sebagai setiausaha di bahagian pentadbiran. Hatinya telah lama ditutup kerana dia hanya mengharapkan si dia untuk menghuninya.
Nama : Izdiyad bin Datuk Izhar
Seorang yang suka berfoya-foya tetapi dalam ramai-ramai wanita yang dikenalinya, Qairina sentiasa disisinya. Tapi semua itu bukan kehendakya kerana dia menanti kedatangan si dia untuk menempuh alam percintaan yang sebenarnya.
Nama : Nur Qairina binti Haji Qaid.
Adik kembar kepada Nuh Qays. Dia seorang yang taksub pada cinta dan kuat cemburu. Cemburu ibarat satu penyakit dalam dirinya. Tetapi cemburu itu semakin menyala bila nama Qisya Zulaikha dibangkitkan. Apatah lagi bila berdepanan. Baginya, cintanya suci hanya untuk Izdiyad. Cuma Izdiyad!
p/s : Hokeyy! saja je nak buat macam ni.. kes boring tahap gaban sebab tak ada idea! Kbaii!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar