Ini part raya ya.. ala... kan tak lama lagi nak raya, teringin juga nak beraya dengan Nuh. Ikha tinggal kat rumah je. biar Nuh raya dengan saya. kekeke. OK! enjoy ya.. part ni pun ada dalam mss.
Lebaran disambut dengan meriah. Bertandang ke rumah sanak saudara. Kebanyakkan keluarga Nuh Qays berada di ibu kota. Pernah juga Qisya Zulaikha mengutarakan soalan pada Nuh Qays mengenai keluarga di kampung.
“Abang dari kecik sampai besar tinggal kat KL ni sayang. Kami tak ada kampung. Damansara ni la kampung kami. Bila terliur nak pergi kampung, kami akan bermalam ke kampung mak Afham. Rasa jugaklah suasana beraya kat situ. Memang best. Meriah. Lagipun, Ikha tak ada kampung jugakkan?”
“Ada kampung kut tapi tak tahu kat mana. Keluarga kami tak banyak. Mak su ada cakap yang keluarga dah banyak berpindah. Tak tahu ke mana. Dulu aje la pernah beraya kat kampung nenek Afiah. Itupun sekejap aje. Bila dah dewasa ni, kadang-kadang ikut juga Ifa balik kampung, kampung nenek dia. Mak su pun Ikha akan bawa sekali.”
Begitulah hari raya mereka tiap-tiap tahun semenjak ketiadaan ibu bapa Qisya Zulaikha, kadang-kadang terasa sunyi. Mereka tidak mempunyai sanak saudara yang banyak. Jika ada pun, sebilangan daripadanya sudah berpindah dan tidak diketahui di mana berada. Sekarang, Qisya Zulaikha rasa meriah. Keluarga Nuh Qays memang ramai. Ada yang datang dari jauh, hubungan kekeluargaan juga sangat erat sekali.
Hari ini sudah masuk hari raya yang keempat. Nuh Qays sudah bersiap-siap berpakaian baju Melayu berwarna kelabu gelap. Irfan akan bertandang ke rumah mereka dan selepas itu, mereka akan ke rumah kawan-kawan yang sama belajar di luar negara dulu. Itu cadang mereka.
Mata memusat pada Qisya Zulaikha yang dari tadi keluar masuk dari bilik tidur mereka dan bilik wardrobe. Rasa hairan mula menyapa di hati apatah lagi melihat Qisya Zulaikha mengeluarkan baju kurung moden yang sesuai untuk orang mengandung dari almari. Tapi baju kurung itu berwarna unggu.
“Kenapa pakai warna unggu?” tanya Nuh Qays. Rambut disikat rapi supaya senang dia memakai songkok nanti.
“Ikha nak pakailah. Tak ada sebab sebenarnya. Kenapa?”
“Kenapa tak pakai baju kurung kelabu yang abang dah keluarkan tu?” Setiap pertanyaan dibalas dengan pertanyaan juga.
“Tak nak sedondon la hari ni. Kan Ikha tak suka sedondon ni.” Rungut Qisya Zulaikha.
“Tapi abang suka. Senang orang tahu yang Ikha tu isteri abang. Dah jadi isteri orang. Kan elok sedondon.”
“Dah berturut-turut kita sedondon, bang. Raya pertama kita pakai warna biru. Raya kedua kira pakai warna merah. Raya ketiga kita pakai warna hijau. Hari ni biarlah kita lain warna.”
Qisya Zulaikha cuba memujuk Nuh Qays. Memang dia tidak suka warna sedondon. Mungkin untuk hari pertama dan kedua, dia boleh bertahan lagi tapi takkan sampai hari-hari kena berpakaian warna sedondon. Dia ingatkan Nuh Qays seorang yang tidak kisah dengan warna sedondon ini. Apa yang dia tahu, lelaki tidak kisah dengan semua ini. Beri saja apa yang patut untuk dipakai, mereka akan pakai tanpa mempersoalkan melainkan pakaian itu memang tidak sesuai atau tidak cantik untuk dipakai. Tapi berlainan dengan Nuh Qays. Lelaki itu sukakan warna sedondon. Memang tak disangka-sangka.
“Lagipun, bang... Orang pasti tahu Ikha ni isteri abang. Dah jadi isteri orang pun. Tak lama lagi dah boleh jadi mama. Dengan perut memboyot macam ni, takkan la orang kata Ikha bujang pula.” Sambung Qisya Zulaikha lagi.
Nuh Qays hanya berdiam diri. Tidak menjawab apa yang dikatakannya. Aduh, kenapa pula ni? desis hati Qisya Zulaikha.
“Abang... Sebenarnya Ikha pakai baju unggu ni sebab nak sama sikit dengan Ifa. Kan dia datang juga hari ni. Abang yang suruhkan?” ujar Qisya Zulaikha cuba untuk menyedapkan hati Nuh Qays. Memang Ifa ada mengatakan hendak memakai baju warna merah jambu dan menyuruh Qisya Zulaikha untuk memakai baju warna yang hampir sama. Tapi itu bukan sebab dia buat begitu. Ternyata memang dia tidak suka warna sedondon.
“Siapa yang jadi suami Ikha sekarang ni? Abang ke Ifa? Abang bawa Ikha warna sedondon, tak nak. Tapi bila Ifa suruh warna sedondon, mahu pula.”
Aik? Soalan yang membuatkan dia menelan liur berkali-kali. Suara Nuh Qays serius. Tidak ada senyuman di wajah suaminya itu.
“Abang... Jangan la marah. Ikha main-main aje la. Ifa memang suruh Ikha pakai baju warna sedondon dengan dia tapi dia warna pink.”
“Jadi, pakai aje la warna kelabu yang abang pilih tu.”
“Abang...” seru Qisya Zulaikha lagi dengan nada yang manja. Bahu Nuh Qays disentuh lembut.
“Sayang... tak salahkan kalau kita warna sedondon? Kalau sedondon ni nampak harmoni saja. Orang lain tengok pun sedap aje memandang.”
Nampaknya Nuh Qays tidak mahu beralah. Masih dengan pendiriannya. Dia tahu, Qisya Zulaikha pasti akan mengalah. Demi dia.
“Sayang...”
“Iya la...” Seperti yang dijangka Nuh Qays, akhir Qisya Zulaikha mengalah. Dia akur dengan permintaan Nuh Qays itu. Jika dia hendak berkeras pasti akan berterusan.
“I love you, sayang.” Hujung bibir Qisya Zulaikha dikucup laju. Tanda terima kasih Nuh Qays pada Qisya Zulaikha.
“Ikha nak salin baju cepat. Nanti Ifa datang pula. Lagi haru kalau Irfan yang datang dulu, nanti tak pasal-pasal Ifa terus balik. Tak jadi beraya dengan kita. Semua ni cadangan abang tau. Kalau Ifa marah Ikha, abang kena tanggung.”
“Beres, sayang,” ucap Nuh Qays dengan penuh yakin padanya seraya mengenyitkan mata. Nampak sungguh kacak dan segak!
Memang Nuh Qays yang menyuruh Qisya Zulaikha menghubungi Ifa untuk beraya bersama. Memang pandai betul Nuh Qays merancang untuk Irfan. Tanpa Irfan mahupun Ifa tahu mereka akan dipertemukan di rumah Nuh Qays. Pasti Irfan akan senyum melebar. Dan sudah pasti Ifa akan muncung sedepa.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar