Rabu, 24 Oktober 2012

MININOVEL : JADIKAN AKU PILIHAN HATIMU 9



BAB 9

Di dalam kereta, Hanina sudah tidak senang duduk. Dilihatnya Rafieqi yang khusyuk bermain games di tempat duduk belakang. Sudah pasti anak itu tidak tahu tentang keadaan sebenar, apa yang dia rasa kini. Kepala sudah berfikir yang bukan-bukan dengan kehadiran Rafael ini.
           
“Saya takut Hanif... Saya takut nanti dia ambil Eqi dari saya.” Akhirnya dia meluahkan apa yang dia rasa pada Hanif. Biarlah dia berkongsi rasa dengan lelaki itu. Sedangkan sekarang ini dia benar-benar mengharapkan ada seseorang yang menemaninya di sisi.

            “Awak jangan risau, hak penjagaan tetap berpihak pada awak. Awak ibu kepada Eqi. Selama ni pun memang awak yang jaga Eqi. Walaupun dia ayah kepada Eqi tapi dia tak boleh sesuka hati nak ambil macam tu aje. Lagipun, takkan dia nak ambil Eqi sedangkan dulu disebabkan awak mengandung ni la dia ceraikan awak.” Dalam menenangkan hati Hanina, Hanif tidak sedar dengan apa yang dia katakan sehinggalah dia terpandang wajah Hanina yang seakan terkejut. Barulah dia sedar. Dia sudah terlepas cakap. Liurnya bagaikan tersekat untuk ditelan.

            “Macam mana awak tahu tentang tu?”

            Sudah tiba masanya dia memberitahu segala-galanya. Dia juga sudah bersedia dengan apa yang bakal dia terima selepas ini.

            “Rafael Huzaimi, I used to be his bestfriend. Hubungan kami dulu memang rapat. Ibarat adik-beradik. Segala hal yang berlaku pada dia, saya pasti akan tahu dan tidak terkecuali juga tentang awak, Hani. Punca kamu berdua disatukan... Sebab perceraian awak dengan dia.”

            “Jadi selama ni... Awak tahu tentang perihal saya? Huh!”

Hanina merasakan dirinya bagaikan keluar mulut buaya, masuk ke mulut naga! Marah. Itulah perasaan yang menggeledak di dalam hatinya untuk Hanif. Hanif dengan Rafael tidak ada perbezaan langsung! Jahat!

            “Please... Sebelum awak tuduh saya macam-macam, better awak dengar dulu apa yang nak saya katakan ni.” Hanif cuba menerangkan sesuatu yang lebih jelas agar Hanina tidak menuduh dia secara melulu.

            “Saya tak sangka... Awak macam ni rupanya. Sama la dengan Rafael! Tak ada bezanya. Apa niat awak nak kenal saya? Nak tengok kebodohan saya ya? Nak tengok perempuan bodoh yang pernah menjadi isteri Rafael, begitu? Lepas tu, ketawakan saya sebab dah tengok kebodohan saya. Awak sungguh kejam, Hanif!”

            Hanina sudah tidak peduli, suaranya semakin meninggi dan dia percaya, Rafieqi sudah memandangnya dengan rasa hairan. Budak kecil begitu, walau tidak memahami punca sesuatu perkara tetapi dari ekspresi wajah dan gerakan badan saja boleh membuatkan dia faham apa yang berlaku. Pasti Rafieqi sedar bahawa dia dan Hanif sedang bertengkar.

            “Hani... Kan saya dah kata, please dengar dulu apa yang nak saya katakan. Semua ni bukan sebab saya kawan Rafael atau saya tahu kisah awak. And I want you to know, word ‘bodoh’ itu memang saya tak suka dengar, lagi-lagi bila awak berkata di hadapan budak-budak. I don’t like it and please don’t say it again after this.” Hanif memberikan amaran tegas pada Hanina. Sungguh, kata-kata Hanina itu menusuk ke tangkai hatinya. Kenapa susah benar Hanina mahu mempercayai dirinya? Dia sedar, tidak mudah seseorang itu mempercayai orang yang tidak dikenali dalam masa yang terdekat tetapi dalam situasinya ini untuk berapa lama lagi baru Hanina mempercayainya? Setahun, dua tahun atau bertahun-tahun lamanya?

            “Apa yang saya lakukan sekarang ni adalah kerana saya mencintai awak, Hani. Awak tak tahu apa yang saya rasa ketika pertama kali kita berjumpa. Perasaan kesal dan sedih bila melihat awak duduk bersanding dengan Rafael. Mulanya memang saya tak tahu kenapa saya berperasaan sebegitu sedangkan saat itu adalah saat pertama kali saya jumpa wanita yang bernama Sharifah Hanina. Saya pernah terfikir, kenapa kita tak dipertemukan lebih awal lagi, kan lebih baik jika itu yang berlaku. Kalaulah itu yang terjadi, saya akan pastikan, orang yang awak nikahi adalah saya dan bukan Rafael.”

            Hanina diam seketika dan pada masa yang sama mereka juga sudah sampai ke taman hadapan. Padahal taman ini dekat saja dengan tadika tapi dia rasakan perjalanan mereka amat panjang. Mana tidaknya, Hanif bawa kereta macam budak baru belajar pegang stereng. Lambat sangat! Hati meronta mahu meneruskan perbincangan ini dengan Hanif tapi takkan nak biarkan Rafael menunggu dia? Lagi la dia tidak mahu. Yang penting dia mahu perbincangan di antara dia dan Rafael akan cepat habis. Rasa meluat sangat bila melihat wajah lelaki itu. Baginya, lebih baik dia berdepan dengan Hanif berbanding dengan lelaki pengecut itu!

            “Kita bincang nanti. Awak jangan nak kata lebih dengan Rafael. Dan saya minta awak jagakan Eqi sekejap.” Dalam marahkan Hanif, Hanina sempat meminta pertolongan lelaki itu.

            “Umi nak pergi mana? Kita main kat sini ke?” Setelah lama berdiam diri, akhirnya Rafieqi bersuara. Dia sebenarnya hairan, uminya seperti bertengkar dengan Hanif tetapi kenapa datang ke tempat taman yang ada permainan kanak-kanak?

            “Umi nak jumpa kawan dulu. Eqi tinggal dengan uncle Hanif sekejap ya.”

            “Okey tapi boleh tak Eqi main kat situ? Eqi main dengan papa.”

            Hanina memandang Hanif, berfikir sejenak dengan permintaan si anak. Bila dia melihat anggukkan dari Hanif, apa yang mampu dia lakukan adalah hanya bersetuju.

            “Baiklah. Be careful tau. Umi sekejap aje.”

            Saat kaki mencecah bumi, keluar dari kereta itu, dia sudah nampak kelibat Rafael yang bersandar di badan kereta lelaki itu sendiri. Sakit hati dan benci melihat lelaki itu. Benci! Apa sebenarnya lelaki ini mahukan daripadanya?



            “Hani...” panggilan daripada Hanif itu membuatkan dia terhenti melangkah lalu menoleh ke belakang.

            “Kalau awak perlukan saya, saya sentiasa ada untuk awak.”

            Terharu? Memang dia rasa terharu dengan kata-kata Hanif itu. Walaupun dia marahkan Hanif kerana beranggapan bahawa lelaki itu seperti memperalatkannya tapi... Entahlah, dia buntu memikirkan semua kemungkinan ini.

            Kerana kata-kata Hanif itu juga yang membuatkan dia kuat untuk berhadapan dengan Rafael.

            “Mak atau ayah tak bagitahu awak ke tentang perjanjian yang mereka dah janjikan dulu?” Tanpa salam atau bertanya khabar, Hanina terus melontarkan soalan yang dia rasa perlu untuk dia mempersoalkan.

            “Tentang perjanjian yang walid paksa tu ke? Supaya kami tak jumpa dengan awak atau Rafieqi? What a funny agreement!”

            “What?!” Senyuman sinis dan kata-kata Rafael yang kedengaran sombong itu membuatkan hatinya menggelodak panas sampai naik ke kepala. Apatah lagi bila mendengar lelaki itu menyebut nama Rafieqi. Huh!

            “Untuk apa awak nak jumpa? Bukan dulu awak dah buang kami ke? Kenapa sekarang datang pula. Jangan jatuhkan ego you yang sememangnya tinggi menggunung tu. Kedatangan awak ni cuma membuang masa saya.”

            “Saya nak jumpa Eqi.” Pada mulanya memang Rafael terkedu dengan kata-kata tegas yang Hanina lemparkan padanya tapi untuk mengalah, itu bukan dia. Apa yang penting, dia mahu berjumpa dengan anaknya. Dia seperti tidak dapat menerima bila melihat Rafieqi berpegangan tangan dengan Hanif menuju ke arah permainan.

            “Rafieqi? Siapa Rafieqi?”

            “Anak I, Nina. Saya tahu, budak tu anak I. Jangan cuba nak berdalih pula,” ujarnya seraya tangan naik menunjuk ke arah Rafieqi yang leka bermain itu.

            “You ada anak? Bukan dulu you yang nak I buang kandungan I ke? Dah lupa, dah hilang ingatan? You’re funny, Rafael. Anak yang you tunjuk tu, anak I dengan suami I.”

            “Jangan nak tipu I la, Nina. I dah siasat. Rafieqi bin Rafael Huzaimi. Dia anak I.” Rafael sedikit geram dengan jawapan yang Hanina berikan padanya. Dia cukup percaya dengan apa yang emak dia beritahu padanya. Lagipun, dia bukan buta, budak lelaki yang bersama dengan Hanif itu kelihatan berumur dalam lingkungan enam tahun.

            Rafael bukan bodoh, itu Hanina tahu tapi dia juga tidak dapat menerima hakikat bila Rafael datang berjumpa dengannya dan berbicara tentang anak. Apa motif lelaki itu mengungkit tentang Rafieqi?

            “Kalau iya pun, so what? Nak jumpa dia buat apa? Sekarang dia sudah ada ayah, dia tak perlukan awak, Rafael. Awak dah buang dia dulukan, takkan nak jilat ludah sendiri. Awak fikirkanlah. Just want to remind you again, jangan datang jumpa kami lagi. Kalau tak, awak tahu bahananya nanti.”

            “Awak berdosa sebab cuba pisahkan saya dengan Rafieqi. Kalaupun awak sud...”

            “Dosa? Awak cakap tentang dosa, Rafael? Awak sedar tak apa yang awak katakan sekarang ni? Ini memang kes tak sedar diri. Awak kena ukur baju di badan sendiri, baru awak berhak bercakap tentang dosa orang lain.” Hanina memotong kata-kata Rafael sebelum sempat lelaki itu menghabiskan bicaranya. Suara Hanina juga sudah semakin meninggi. Sungguh, dia tidak dapat mengawal rasa marahnya pada Rafael saat ini.

            “I sedar dengan dosa-dosa yang I dah lakukan dulu. I sedar apa yang I dah buat pada you dan kandungan you, Nina. Tapi awak tak berhak nak menghukum saya, manusia tak lepas dari buat kesalahan.” Rafael juga tidak mahu mengalah. Rasa tercabar bila kata-katanya dipotong oleh Hanina.

            “Selagi I hidup, I takkan lupa apa yang you dah pernah buat pada I! Tak akan! I tak kisah dengan dosa you. Bagi I, itu bukan masalah I. Dan jangan nak mempertikaikan dosa I pula, semua tu antara saya dengan Allah. DIA yang menentukan segala-galanya.”

            Daripada Hanina terus berhadapan dengan lelaki kejam ini, ada lebih baiknya dia cepat-cepat pergi meninggalkan Rafael. Sebaik saja badan hendak beralih arah, tiba-tiba lengannya dipaut.

            “Nina sekejap..” Pinta Rafael seraya memaut lembut lengan Hanina.

            “Hei!” bentak Hanina lalu menarik lengannya dengan kuat dari terus dipaut.

            Kerana jeritan Hanina itulah yang membuatkan Hanif mendekati kedua-dua manusia itu. Rafieqi juga turut dibawa bersama mendekati Hanina dan Rafael.

            “Hani... What’s wrong?” tanya Hanif seraya memandang kedua-dua manusia di hadapannya.

            Tanpa berfikir panjang, Hanina terus bersuara. “Awak kena hormat dengan suami saya, Rafael! Sekali lagi awak buat saya macam tu, I will sue you.”

            “I’am sorry, saya tak bermaksud nak buat macam tu.. Kau ke suami Nina, Hanif?” Dalam keterpaksaan, Rafael bertanyakan pada Hanif. Dia mengharapkan, bukan Hanif yang menjadi suami Hanina. Dia seakan tidak rela.

            Hanif dalam dilema. Dia tidak mengerti apa yang berlaku sebenarnya. Dia juga tidak tahu, siapakah yang dimaksudkan Hanina ketika wanita itu menyebut perkataan ‘suami’.

            “Yes! He is my husband. Hanif Harris.” Bin siapa? Itu Hanina tidak tahu. Yang penting, dia tahu nama penuh Hanif, rasanya itu sudah memadai.

            Hanif rasa sedikit bangga bila Hanina berkata begitu. Walau dia tahu, Hanina hanya mahu melepaskan diri dari Rafael tapi semua itu buat dirinya rasa dihargai.

            “But his my friend! Hanif, mustahil kau tak kenal aku. Kau sedar tak, dia bekas bini aku. Kau tak kenal dia pun sebelum ni.”

            “Sudah tentu aku kenal kau, Raf. Yes, she my wife. Rasanya tak ada masalah kalau dia bekas isteri kau. Aku cintakan dia, itu lebih penting.” Hanif menjawab dengan nada yang terkawal walaupun dia sedar, Rafael sudah menggunakan nada yang tegas dengannya.

            “Kau memang licik, Hanif.”

            Hati Hanina semakin membara bila mendengar Rafael mempertikaikan hubungannya dengan Hanif. “Jom, abang. Eqi dah letih ni.” Lengan Hanif ditarik lembut mengisyaratkan agar mereka pergi dari situ.

            “Nina, saya rasa awak dah dipermainkan! Awak tak sedar ke yang dia dah tahu perihal rumah tangga kita dulu? Dan sekarang, dia dah menjadi suami awak? Hei, dia lebih keji berbanding I la!” Rafael semakin bengang. Baginya Hanif sudah mengambil kesempatan dengan apa yang dia beritahu dulu. Dia juga tidak menyangka rupanya Hanif ada hati dengan Hanina.

            “Tapi semua tu atas kebodohan siapa? Kalau awak...”

            “Hani...” Hanif memotong bicara Hanina, dia tidak suka Hanina menggunakan perkataan ‘bodoh’ itu. Ianya sudah tergolong daripada kata-kata kesat. Apatah lagi Rafieqi ada di sisi. Dia tidak kisah dengan apa yang hendak Rafael katakan padanya. Cakaplah apapun, dia tidak kisah. Baginya, selagi dia dapat mengawal tahap kesabarannya, dia akan mengawal dengan sebaik yang mungkin.

            Hanina menjeling geram pada Hanif, geram kerana dia ingin sangat meluahkan rasa amarahnya pada Rafael tapi dia sedar, si anak ada di sisi. Apatah lagi bila melihat Rafieqi seperti keliru dengan keadaan mereka.

            Rafael tersenyum sinis. Semakin sinis bila mendengar Hanif memanggil Hanina dengan panggilan ‘honey’.

            “Ingat Rafael, jangan cuba nak jumpa kami lagi. Kalau awak berdegil, saya takkan teragak-agak bagitahu walid tentang ni.” Jika Rafieqi tidak ada ketika ini, bermacam-macam yang hendak Hanina katakan sebenarnya.

            Lengan Hanif kembali dipaut. Biarlah mereka pergi dari situ.

            “Rafieqi...” Bila melihat Hanina, Hanif dan Rafieqi hendak pergi meninggalkannya, cepat saja dia memanggil nama Rafieqi. Si anak menoleh yang membuatkan dia tersenyum. Hati Rafael tersentuh bila melihat mata redup dari seorang anak. Mahu dipeluk tapi Hanina sudah laju menarik tangan Rafieqi dari Hanif.

            “Eqi.. Jom.” Sebagaimana lengan Hanif dipaut kemas, begitu juga dia mencapai jari-jemari Rafieqi supaya dekat dengannya. Apatah lagi bila dengan beraninya Rafael memanggil nama Rafieqi. Dia tidak akan biarkan dengan senang-lenang Rafael mendekati Rafieqi. Tak akan!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar