Selasa, 15 Mei 2012

NOVEL : PERANGKAP DUA HATI 10



BAB 10

Hampir sebulan berlalu dari hari Qairina muncul semula, hidup Qisya Zulaikha seakan  terancam. Tidak cukup bersemuka, Qairina pasti akan menghubunginya. Qisya Zulaikha benar-benar hairan, macam mana Qairina tahu nombor telefonnya pula? Ahh..! Pasti wanita itu menyiasatnya dengan lebih terperinci lagi. Perempuan seperti Qairina tidak akan pernah tenang jika melihat Qisya Zulaikha senang.

“ Senyumlah dengan sepuasnya sebab lepas ni aku akan pastikan, kau tak akan tersenyum lagi, walau sedikit pun!” Mati senyuman Qisya Zulaikha sebaik saja mengangkat panggilan telefon itu. Dia menoleh sekeliling. Tiada pun kelibat Qairina. Ifa yang leka menjamu makanan tengahari itu juga perasaan akan perubahan di wajah Qisya Zulaikha.

“ Kak Rina dekat mana ni?” tanya Qisya Zulaikha. Telefon bimbit dialih ke telinga kanan yang ditutupi oleh shawl itu.

“ Kau tak perlu tahu aku dekat mana. Yang penting aku akan perhatikan kau, hari demi hari. Once aku nampak kau jumpa Diyad, kau akan tahu nasib kau lepas ni.”

“ Tolonglah Kak Rina, apa yang Kak Rina sangkakan tu memang tak pernah berlaku. Tak pernah dan InsyaAllah saya akan cuba hindarkan untuk di masa hadapan juga. Tapi saya mohon sangat, jangan ganggu saya lagi. Jangan datang ke tempat kerja saya lagi. Saya merayu sangat-sangat.” Qisya Zulaikha terdengar Qairina ketawa besar dan dia yakin ketawa Qairina itu hanya dibuat-buat.

“ Ini permintaan budak-budak ke apa ni? Kau ingat aku akan terima rayuan kau tu setelah apa yang dah kau buat? Kelakar kau ni kan? Nak kata naïf, tak adalah sangat, kalau tak, tak kan kau pandai goda Diyad kan...”

“ Tapi saya tak goda dia! Tak pernah terlintas di fikiran saya nak dekati dia. Bukan saya yang terhegeh-hegeh jumpa dia. Harap maklum Kak Rina,” jawab Qisya Zulaikha tegas walaupun perasaan gerun itu tetap ada untuk Qairina. Dia sudah lelah sebenarnya dengan sikap Qairina itu.

“ Wah! Dah pandai menjawab ya, bagus! Kita tengoklah nanti, sejauh mana kau boleh hidup senang.” Terus Qisya Zulaikha menekan butang merah. Tidak dapat di bendung lagi dengan sikap Qairina yang suka mengancam dirinya itu.

Sebaik saja Qisya Zulaikha memutuskan talian, Ifa meneruskan niatnya. Dia ingin tahu siapa gerangan yang menghubungi Qisya Zulaikha itu. Sudah banyak kali dia perasaan akan kedatangan seorang wanita. Setiap kali Qisya Zulaikha berjumpa dengan wanita itu pasti mood Qisya Zulaikha berubah mendadak.

“ Nantilah aku ceritakan dekat kau. Aku tak ada mood nak cakap tentang dia,” jawab Qisya Zulaikha.
Peristiwa itu menerjah di minda Qisya Zulaikha. Bukan hanya peristiwa itu tapi semua peristiwa yang berkaitan dengan Qairina ibarat bermain di mindanya. Manakala beberapa hari yang lalu pula Izdiyad datang ke pejabatnya.

“ Ikha, ada lelaki datang nak jumpa kau,” beritahu salah seorang pekerja.

“ Siapa?”

“ Entah, dia kata, tak payah tanya siapa dia. Kau pasti kenal.” Berkerut dahi Qisya Zulaikha. Siapa pula yang hendak berjumpa dengannya? Tak kan Qairina hantar seorang lelaki untuk berjumpanya pula? Teka Qisya Zulaikha.

“ Okey, terima kasih Nita.”

Sampai saja di lobby pejabat, Qisya Zulaikha mengecilkan matanya melihat gerangan yang setia menantinya itu. Dia cuma nampak belakang lelaki itu, hatinya berdebar. Tak kan Abang Diyad?

“ Err..” Tidak tahu bagaimana hendak menyapa Izdiyad. Hatinya gusar, teringat ugutan Qairina padanya. Mata memerhatikan sekeliling, hanya beberapa pekerja di syarikat itu saja yang ada di situ.
Izdiyad menoleh. Dia tersenyum memandang Qisya Zulaikha.

“ Hai..,” sapa Izdiyad.

“ Ada apa yang boleh saya bantu?”

“ Hei.. Kenapa formal sangat ni? Abang nak ajak Ikha lunch out.” Pertama kali datang berjumpa dengan Qisya Zulaikha setelah dia balik dari outstation. Hatinya membuak-buak ingin berjumpa Qisya Zulaikha dan hari ini, sampailah hajatnya menatap wajah manis itu.

“ Maaf, saya tak boleh. Saya harap lepas ni, Abang Diyad jangan jumpa saya lagi.”

“ Ikha, kenapa ni?”

“ Tolonglah, saya tak nak perkara dulu berlaku lagi. Tolong jangan jumpa saya lagi lepas ni. Saya hormat Abang Diyad sebab Abang senior saya dulu. Tapi saya tak nak hanya kerana Abang Diyad, saya dicemuh dan dimalukan sekali lagi. Tak terlintas di fikiran saya nak dekati Abang Diyad. Jadi, saya harap Abang Diyad faham situasi saya.”

Izdiyad menghampiri Qisya Zulaikha tapi dengan pantas wanita itu menjauhkan diri beberapa tapak ke belakang.

“ Kenapa Ikha cakap macam tu dekat Abang? Rina ada jumpa Ikha ke?”

“ Abang Diyad fikirlah sendiri. Tapi kali ni, saya tegaskan di sini, saya tak nak jumpa Abang Diyad lagi dan saya harap, Abang Diyad juga akan buat begitu.” Sejerus kata sebegitu, Qisya Zulaikha meninggalkan Izdiyad yang terpinga-pinga. Dia tidak peduli lagi, rasa hormat terhadap Izdiyad sudah luntur hanya disebabkan Qairina.

“ Ikha!” panggil Izdiyad. Matanya tidak lepas memandang kelibat Qisya Zulaikha yang semakin menghilang itu. Dia menggenggam kuat tangannya. Qairina sudah menghidu tentang kemunculan Qisya Zulaikha. Mungkin Qairina datang berjumpa Qisya Zulaikha ketika dia outstation, teka Izdiyad.

Izdiyad tergelak sinis, pandai benar Qairina berlakon. Menganggap seperti tidak berlaku apa-apa. Wanita itu langsung tidak mengungkit tentang Qisya Zulaikha. Jika itu yang Qairina mahukan, dia juga akan meneruskan lakonan ini. Tidak akan dipeduli permintaan Qisya Zulaikha itu. Hatinya benar-benar ingin mendekati Qisya Zulaikha. Tidak kira jika Qisya Zulaikha menggelarnya bermuka tembok sekalipun, apa yang penting, dia akan dapat wanita itu.

Qisya Zulaikha sudah tidak tahan dengan semua ini lantas dia nekad ingin berjumpa dengan Encik Kamal. Dia mahu berpindah kecawangan lain. Berpindah ke Johor Bahru, di mana syarikat itu merupakan syarikat kecil Tuan Haji Yusuf.

“ Zulaikha, kenapa tiba-tiba ni?” Qisya Zulaikha gelisah bila Encik Kamal bertanya tentang itu.

“ Saya tak tahu nak kata apa Encik Kamal. Yang boleh saya katakan, semua ni adalah disebabkan hal peribadi saya. Maaf jika Encik Kamal merasakan saya tak dapat nak bagikan antara masalah peribadi dengan kerja.”

“ Zulaikha ada terasa hati dengan saya ke? Mungkin saya ni terlalu memberi banyak kerja pada Zulaikha.”

“ Tak Encik Kamal. Bukan disebabkan itu. Bagi saya, Encik Kamal merupakan salah seorang ketua yang saya hormati dan respek. Saya harap Encik Kamal faham situasi saya.”

Encik Kamal mengeluh, baginya Qisya Zulaikha ibarat seperti anaknya. Selalu saja mendengar kata, membuat kerja dengan cekap dan teratur. Dia amat bersyukur dapat setiausaha seperti wanita itu. Isterinya juga menyayangi Qisya Zulaikha kerana wanita muda itu pandai membawa diri, pandai menyesuaikan diri bila berada di mana-mana.

“ Macam ni Zulaikha, saya amat terkejut dengan permintaan kamu ni. Bukan saya nak halang Zulaikha berpindah ke cawangan lain cuma saya berharap sangat agar permohonan ini ditangguhkan. Saya dah biasa dengan cara Zulaikha bekerja. Kalau boleh, tunggu sehingga saya bersara, boleh Zulaikha? Hanya tinggal setahun saja lagi untuk saya bersara jika di panjangkan umur. Anggaplah ini bukan permintaan seorang ketua tapi ibarat permintaan seorang ayah.”

Menitis air mata Qisya Zulaikha. Terharu dengan kata-kata Encik Kamal itu. Jika bukan disebabkan masalah yang melanda dirinya ini, dia tidak akan memohon untuk ditukarkan kerana dia sudah selesa bekerja di bawah pimpinan Encik Kamal. Encik Kamal seperti abahnya. Suka menyakat dirinya, dilayan seperti anak. Begitu juga dengan Puan Hayati, isteri Encik Kamal, begitu baik dengannya.

“ Saya... Saya..”

“ Apa kata Zulaikha bercuti beberapa hari, tenangkan fikiran dulu. Mungkin ketika bercuti tu, Zulaikha fikirkan balik tentang hal ini. Saya harap sangat-sangat Zulaikha menarik balik permohonan ini.”

“ Tapi Encik Kamal... Sa..” ketukan pintu menghentikan perbualan mereka.
Nuh Qays menjengulkan diri. Salam dihulurkan.

“ Sorry kalau saya menggangu. Nak discuss dengan Encik Kamal.”

“ Oh yes Nuh, lupa saya. Masuk, masuk,” pelawa Encik Kamal.

“ Encik Kamal, saya keluar dulu.” Qisya Zulaikha ingin mengundurkan diri tapi sebaik saja dia mengorak beberapa langkah, Encik Kamal bersuara.

“ Saya harap Zulaikha mempertimbangkan lagi permohonan tadi tu,” pinta Encik Kamal. Qisya Zulaikha hanya mengangguk perlahan. Dia meninggalkan tempat itu tanpa memandang Nuh Qays.
Mata Nuh Qays menyoroti pemergian Qisya Zulaikha itu. Dia hairan bila memandang wajah Qisya Zulaikha yang keruh dan mata wanita itu sedikit merah.

“ What’s wrong?” tanya Nuh Qays. Tidak kisah jika Encik Kamal mengatakan dia seorang yang sibuk hendak mengetahui hal orang lain, yang penting dia ingin tahu apa sebenarnya yang Qisya Zulaikha perbincangkan tadi.

“ I don’t know Nuh. Zulaikha minta ditukarkan ke cawangan kita di Johor. Saya tak dapat nak lepaskan dia sebab dialah pekerja saya yang sangat dedikasi sepanjang saya bekerja ni. Dia juga ibarat anak, yang mendengar kata bila ditegur.”

Berkerut dahi Nuh Qays bila mendengar perkhabaran itu. Rasa marah membuak pada dirinya. Ini tak lain tak bukan, pasti disebabkan Qairina.

“ Ada dia beritahu alasan dia nak tukar tu? Betul kata Encik Kamal tu, susah nak dapat pekerja yang dedikasi, yang sudah tahu macam mana kita bekerja.”

“ Not very specific cuma dia beritahu hanya kerana masalah peribadi. Nantilah saya discuss dengan dia lagi. Saya harap dia akan tukar fikiran lepas ni.”

Nuh Qays mengangguk perlahan, kalau hendak diikutkan kata hati, mahu saja dia menerjah Qairina.

“ Okay, shall we start now?” tanya Encik kamal.

“ Yeah, sure.”

Dalam perbincangan itu, Nuh Qays tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dengan apa yang Encik Kamal katakan. Hatinya selalu saja menyeru nama Qisya Zulaikha, dia risau jika Qisya Zulaikha semakin jauh darinya. Tidak! Dia tidak akan biarkan semua itu berlaku. Tidak sama sekali!

Sebaik saja selesai perbincangan dengan Encik Kamal, dia melihat meja Qisya Zulaikha, wanita itu tidak ada di situ. Ke manalah perginya Qisya Zulaikha? Nuh Qays kembali semula ke bilik kerjanya dan sebelum itu sempat berpesan kepada Afiah, agar tidak ada sesiapa yang mengganggunya untuk seketika kecuali ada hal yang mustahak.

“ Bro, jom keluar makan.” Sapa Izdiyad di corong telefon itu.

“ Kau dekat mana ni?” tanya Nuh Qays malas.

“ Aku baru balik outstation la. Jomlah, ajak Qisya Zulaikha juga.” Berubah terus wajah Nuh Qays bila Izdiyad menyebut nama Qisya Zulaikha.

“ Untuk apa?”

“ Aku dah jumpa dia tadi, ajak dia lunch dengan aku, tapi dia menolak. Kau ajaklah dia, kut dia mahu. Manalah tahu kalau dia segan bila kau ajak dia, kau kan salah seorang ketua dalam syarikat kau.” Nuh Qays mendengus kasar.

“ Aku tak nak masuk campur dalam urusan kau Diyad. Kau sedar tak yang Rina dah tahu tentang Qisya Zulaikha? Dia serang Ikha dekat tepi jalan!”

“ Aku tahu yang Rina dah tahu tentang kemunculan Ikha. I will talk to her. Slow talk dengan Rina, nanti-nanti dia akan terima juga Ikha tu. Jangan risaulah,” jawab Izdiyad tanpa ada rasa bersalah.

Nuh Qays menarik kasar tali lehernya. Kalau Diyad di depan mata sekarang ini, pasti penumbuknya akan melayang ke wajah Izdiyad.  

“ Aku tak dapat nak lunch dengan kau. Aku ada lunch date with client. I’ve to go now.” Tanpa menunggu kata jawapan dari Izdiyad, Nuh Qays memutuskan talian. Dia marah dengan sikap Izdiyad itu. Lelaki itu hanya tahu untuk kepentingan diri sendiri. Tidakkah Izdiyad sedar bahawa semua itu menyeksa hati dua wanita? Qairina dan Qisya Zulaikha. Walaupun dia marah dengan perangai Qairina yang panas baran dan kuat cemburu itu tapi air dicincang tak akan putus, Qairina tetap kembarnya. Mereka mempunyai aliran darah yang sama. Dia tidak akan sedap hati bila kembarnya sendiri dipermainkan.

Nuh Qays meraup wajahnya. Izdiyad menghubunginya beberapa hari yang lalu yang membuatkan dia tahu, Izdiyad pernah datang berjumpa dengan Qisya Zulaikha. Perasaan cemburu telah menguasai hatinya ketika itu. Ahh..! Pening dengan perangai orang sekelilingnya. Sekarang Qisya Zulaikha sudah memohon untuk ditukarkan ke cawangan lain. Dia berdoa agar Qisya Zulaikha tidak akan buat demikian. Tidak mahu Qisya Zulaikha lari daripadanya setelah lama dia mencari wanita itu.

P/S : Harap terhibur ya... Salam sayang dari saya, Farisya Natasha <-- tetiba pula dah. hihihi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar