Minggu, 13 Mei 2012

NOVEL : PERANGKAP DUA HATI 9



BAB 9

SREEEETTTT!

Qisya Zulaikha terkejut yang amat sangat bila tiba-tiba saja kereta BMW 3 Series menghalang keretanya. Terpaksa Qisya Zulaikha memberhentikan kereta secara mengejut di tepi jalan itu. Hatinya berdegup kencang, takut sesuatu yang akan terjadi padanya pagi ini. Cepat saja tangan Qisya Zulaikha menekan lock pintu kereta. Dia melihat sekeliling, hanya beberapa kilometer saja lagi, dia akan sampai ke bangunan syarikatnya.

Qisya Zulaikha mengecilkan matanya bila pemandu kereta BMW itu keluar dari kereta. Melopong Qisya Zulaikha apabila melihat Qairina mengorak langkah ke keretanya.

“ Keluar kau sekarang, betina!” Jerit Qairina seraya mengetuk kuat cermin kereta Qisya Zulaikha.

“ Kalau kau tak bersalah, kau tak akan takut macam ni. Keluar sekarang!” jerit Qairina lagi. Tidak dipedulikan kereta yang lalu lintas itu. Ketika ini, belum ramai orang yang melalui jalan itu. Jadi dia tidak kisah sangat. Apa yang pasti, dia mahu berjumpa dengan Qisya Zulaikha.

Qisya Zulaikha mengeluh keras. Akhirnya, Qairina muncul. Macam mana wanita itu tahu di mana dia berada sekarang? Dia mengenggam erat tangannya bagi meredakan perasaan takut. Sampai bila dia harus takut pada wanita itu? Sedangkan dia tidak bersalah langsung dalam hal ini. Dengan perlahan dia membuka pintu keretanya. Baru saja dia membuka pintu, Qairina menariknya keluar dengan kasar sekali.

“ Kau menggatal dengan Diyad lagi kan? Aku ingatkan kau dah lama mampus betina!” Qairina menolak badan Qisya Zulaikha, sehingga badan wanita itu tersandar di pintu kereta Qisya Zulaikha. Qisya Zulaikha mengaduh sakit.

“ Kak Rina, saya berani bersumpah, saya tak kacau Abang Diyad pun. Dari dulu sampai sekarang, memang saya tak pernah dekati dia.”

“ Kalau orang lain, kau boleh tipu tapi bukan aku! Kau ingat, aku tak tahu yang Diyad pernah jumpa kau? Hey, perempuan... Kau dengar sini eh.. Segala yang berkaitan dengan Diyad, aku pasti akan tahu. Kau ni memang dasar perempuan hati busuk! Sampai bila kau nak kacau dia?” Qairina bercekak pinggang. Nafas turun naik dengan deras sekali. Kalau tidak mengenangkan tempat ini adalah tempat awam, sudah lama Qisya Zulaikha merasa penamparnya sekali lagi.

“ Saya tegaskan di sini, saya tak pernah dekati Abang Diyad. Saya hormat dia kerana dulu dia merupakan senior saya tapi sekarang, saya tak ada kaitan pun dengan dia. Saya harap Kak Rina jangan tuduh saya yang bukan-bukan.”

“ Kau!” Jari telunjuk Qairina naik tepat ke wajah Qisya Zulaikha. Sebelum sempat dia menghemburkan kata-kata, bunyi hon kereta kedengaran dan menghentikan niatnya itu.

Qisya Zulaikha dan Qairina menoleh pada kereta yang baru saja muncul itu. Berhenti di hadapan kereta Qairina. Qairina mendengus kasar, dia kenal dengan kereta itu.

Qisya Zulaikha mengerutkan dahinya. Siapa pula yang muncul ni? Kereta Audi A4 biru yang seakan di kenalinya tapi tidak pasti ianya milik siapa. Qisya Zulaikha tidak sedap hati bila yang muncul itu adalah Nuh Qays. Dia memejamkan mata seketika. Terasa kejadian dulu itu berulang kembali.

“ What are you doing here Kaka?” Dengan nada yang agak marah Nuh Qays mengutarakan soalan itu pada Qairina.

“ It’s none of your business Abang! Aku ada hal dengan betina gatal ni.” Kini Qairina menghadap Nuh Qays. Matanya mencerlung geram dengan kemunculan Nuh Qays itu.

“ Apa lagi ni? Tak malu ke buat macam ni? Kita dah dewasa Kaka, please act like an adult.”

“ Kau diam! Aku tak perlukan sesiapa untuk ajar aku. Buat apa kau nak bela perempuan ni sedangkan dia memang menggatal dengan Diyad.” Nuh Qays menoleh ke arah Qisya Zulaikha, wanita itu hanya diam dan tunduk saja.

“ Qisya Zulaikha, you can go now.” Qisya Zulaikha mengangkat wajahnya bila Nuh Qays mengarahkan dia untuk pergi.

“ What?! No! Kau yang harus pergi Abang. Pergi!” Jerit Qairina seraya menolak kuat kembarnya itu.

“ I said now Zulaikha!” Arah Nuh Qays lagi, tidak dipedulikan perbuatan Qairina itu. Dia memegang pergelangan Qairina agar kembarnya itu tidak cuba menghalang Qisya Zulaikha dari pergi dari situ.

Dengan pantas Qisya Zulaikha masuk ke dalam keretanya. Gerun juga dia bila pertama kali mendengar suara Nuh Qays yang agak tinggi itu. Dia meninggalkan tempat itu dengan secepatnya. Dia tidak mahu ambil peduli jika dua beradik itu hendak bergaduh ke apa, yang penting dia lepas dari situasi itu.

“ Lepas Abang! Biar aku siat-siat muka betina gatal tu!” Qairina meronta-ronta minta untuk dilepaskan walaupun dia tahu, tenaganya tidaklah sekuat mana jika dibandingkan dengan Nuh Qays. Bila tidak ada tanda Nuh Qays melepaskan tangannya, dengan perasaan marah, Qairina menggigit tangan Nuh Qays. Akhirnya lepas juga pegangan itu.

“ What the!” tempik Nuh Qays. Tangannya merah akibat kesan gigitan Qairina itu.

“ Lain kali jangan cuba masuk dalam urusan aku! Kau faham tak Abang?”

“ Stop being like a child Kaka! Kau kena siasat dulu adakah Zulaikha yang salah atau Diyad sendiri yang sebenarnya gatal. Kau pun tahu perangai Diyad macam mana kan? Lain kali, guna akal sebelum bertindak, jangan ikut kata hati saja.” Nuh Qays ingin mengorak langkah untuk meninggalkan Qairina tapi dengan pantas Qairina menyambar tangannya.

“ Kenapa kau nak bela perempuan tu hah? Dan kenapa selama ni kau tak bagitahu aku yang kau kerja sama syarikat dengan dia?”

“ Ini bukan tentang bela ke apa. Bagi aku perkara ini memalukan. Selama aku bekerja di sini, aku tak pernah nampak dia menggatal dengan mana-mana lelaki, apatah lagi Diyad. Kau kena fikir tu. Tak ada gunanya belajar tinggi kalau otak simpan dekat hujung kaki. Kau faham maksud aku? And one more thing, perlu ke aku nak inform kau kalau dia kerja satu syarikat dengan aku? Bagi aku, itu bukan satu kemestian Kaka. Kalau kau rasa Diyad cuba nak cari perempuan lain, itu bermakna kau belum sempurna di matanya.”

Tanpa menghiraukan jeritan Qairina, Nuh Qays meninggalkan tempat itu. Dia malu dengan tindakan Qairina. Jika benar Qisya Zulaikha berhubungan dengan Izdiyad, bukan begini caranya. Baginya semua ini adalah perbuatan budak-budak apabila mengatasi masalah. Tidak salah kalau Qairina duduk berbincang dengan Qisya Zulaikha secara baik. Tanya tentang perkara yang sebenar. Ini tidak, main terjah saja tanpa menghiraukan baik dan buruk sesuatu itu.

Qairina menggenggam kuat stereng keretanya. Dia menjerit dengan sekuat hati. Geram dengan Nuh Qays 
dan Qisya Zulaikha.

“ Kau ingat, kau akan lepas Ikha? No! Selagi aku tak yakin kau tak akan ganggu Diyad, selagi tu jugak aku akan musnahkan hidup kau. Kau tengoklah nanti,” ujar Qairina. Ibarat satu ugutan untuk Qisya Zulaikha tapi dia akan pastikan perancangannya akan teratur dengan baik sekali. Dia meninggalkan tempat itu dengan senyuman yang penuh makna.

****
 
Dalam Nuh Qays leka membuat kerja, telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat skrin kecil yang tertera nama ‘Kaka’ itu. Dibiarkan saja telefon itu berdering dan berhenti sendirinya. Dalam beberapa minit kemudian, telefon bimbitnya berdering lagi dengan nada yang berbeza pula bagi melambangkan pesanan ringkas masuk. Dengan perasaan yang malas, dia membaca pesanan ringkas itu.

Lebih baik kau angkat call aku ni sebelum aku naik gila datang ke ofis kau. Aku akan malukan betina jahat tu- Kaka

“ Tak habis-habis!” Dengus Nuh Qays. Hampir setengah hari dia tidak nampak kelibat Qisya Zulaikha semenjak kejadian pagi tadi itu. Dia juga tidak sempat memohon maaf bagi pihak Qairina kerana ada urusan penting yang harus dilaksanakan tadi.

Untuk sekian kalinya, telefon bimbitnya berdering lagi. Apalah nasib dapat kembar seperti Qairina ini, keluh hatinya.

“ Yes Kaka? Kau ni memang jenis yang tak serik-serik ke hah?”

“ Ohh.. Bila aku kata nak malukan betina gatal tu, baru kau nak jawab call aku. Dah ada hati dan perasaan ke kau sekarang Abang? Dah tergoda dengan pujuk rayu betina tu?” sindir Qairina. Hatinya semakin panas bila Nuh Qays mengangkat panggilannya hanya disebabkan dia mengugut tentang Qisya Zulaikha.

“ Kau call aku hanya nak cakap benda ni saja ke? Tolong jangan buang masa aku, Kaka. Fed up sangatlah dengan perangai kau yang tak pernah nak matang ni.”

“ Hey! Watch your mouth Abang! So means sekarang, betina tu dah ada back up lah? Kau tak akan dapat halang aku Abang. Aku akan buat dia lari jauh dari kita semua.” Tegak kedudukan Nuh Qays bila Qairina mengugutnya sebegitu.

“ Itu juga bukan urusan kau, Kaka. Aku nak jadi back up dia ke, nak jadi boyfriend dia sekalipun, kau tak berhak tahu semua tu. Kalau kau rasa, kau berani, have a try. Aku nak tengok sejauh mana keberanian kau tu.”

“ Kau cuba nak cabar aku? Bodohlah jika seseorang tu cuba nak back up dia ataupun suka dengan betina tu. And yes, you’re one of them.”

“ Jadi Diyad juga tergolong dalam orang yang bodoh, macam tu? Aku rasa, dalam hal ini bukan Qisya Zulaikha yang dipersoalkan tapi kau! Kau tak layak dengan mana-mana orang pun sebab kaulah perempuan yang paling tak tahu nak jaga maruah sendiri. Cuba memperbodohkan diri sendiri di khalayak ramai hanya kerana perkara yang tidak di yakini kesahihannya. Bila fikir balik, aku macam tak percaya, betul ke ibu yang melahirkan kau sebab perangai kau memang tak sama langsung dengan perangai ibu dan ayah.”

“ Kurang ajar kau, Abang!” jerit Qairina.

“ Kau kena sedar, Kaka... Sampai sekarang kau belum kahwin dengan Diyad tu, sebab apa? Mungkin salah satunya adalah disebabkan perangai kau macam orang hysteria ni.” Walaupun nada Nuh Qays hanya tenang tapi boleh membuatkan Qairina semakin tidak dapat membendung perasaan marah lantas telefon bimbitnya itu dihempaskan ke dinding. Puas hatinya melihat telefon bimbit yang berkecai itu. Dia sedar akan sesuatu, Nuh Qays tidak perlu memekik sepertinya tapi dengan nada tenang itu saja boleh membuatkan Qairina selalu kalah dalam pertengkaran mulut di antara mereka.

Sinis senyuman Nuh Qays, dia terdengar bunyi hempasan sebelum taliannya terputus. Sudah masak dengan perangai Qairina yang panas baran itu. Pasti telefon bimbit kembarnya itu yang Qairina hempaskan. Tidak terkesan di hatinya dengan perbuatan Qairina itu, baginya Qairina perlu disedarkan berkali-kali agar kembarnya itu berubah sikap ke arah yang lebih baik lagi.

*****

“ Kau ni kenapa Ikha? Dari tadi pagi lagi aku tengok kau monyok aje? Gaduh dengan minah mereng tu ke?” tanya Ifa. Dia rasa tidak sedap hati melihat Qisya Zulaikha yang banyak diam dari tadi. Sehingga ke tengahari ini, Qisya Zulaikha tidak banyak bercakap dengannya.

“ Itu macam biasalah Ifa. Tak ada topik lain lagi yang dia nak ungkit. Semua nak salahkan aku dan parents aku. Dia macam tak sedar, hidup kita berlandaskan takdir daripada Allah.” Tentang kemunculan Qairina itu tidak di beritahu pada Ifa. Dia tidak mahu membebankan Ifa dengan masalah-masalah yang melanda pada dirinya. Biarlah ianya tersimpan dulu.

“ Aku memang tak tahu nak kata apa lagi Ikha. Sebab kaulah perempuan yang tahan sangat dengan perangai mereng Piah tu. Kalau aku jadi kau, dah lama sangat si Piah tu hilang rambut. Kau nak tahu apa sebabnya? Sebab aku akan tarik rambut dia setiap kali dia cari pasal dengan aku.” Tergelak Qisya Zulaikha bila melihat Ifa yang teremosi itu.

“ Itulah kau, bila aku cakap saja... Mesti kau nak gelak.”

“ Dah kau buat lawak, mana tak gelak aku dibuatnya.” Rasa terhibur Qisya Zulaikha dengan adanya Ifa. Kalaulah Ifa yang menjadi sepupunya, pasti hidup mereka akan harmoni walaupun tiada ibu bapa di sisi.

“ That’s good! Kau dah senyum. Baru sedap hati aku ni tengok. Anything Ikha, kau bagitahu aku saja. Mungkin aku tak dapat nak tolong selesaikan masalah kau tapi aku boleh tolong kurangkan beban kau Ikha, tak pun jadi back up kau untuk lawan si Piah tu. Kalau aku tak terlawan, aku suruh bodyguard aku kerjakan dia.”

“ Jahat betullah kau ni Ifa, Irfan tu kau kata bodyguard? Kesian dia, dah terang-terang dia suka kau, tapi kau buat derk saja. Pasal masalah aku, nantilah aku adu dekat kau lagi kalau ada yang cuba nak ancam aku.”

Sebenarnya Qisya Zulaikha tidak mengenali Irfan, cuma dia tahu tentang kewujudan lelaki itu disebabkan cerita-cerita Ifa. Irfan merupakan kawan lama Ifa dan lelaki itu sudah menyatakan bahawa dia menyukai Ifa cuma Ifa saja yang tidak ambil kisah.

“ Hek’eleh, dia sama juga. Dalam bangunan ni, ada seorang dua yang cuba nak tackle kau, tapi kau pun tak layan juga. Entah, siapalah yang kau tunggu selama ni ya.”

“ Tak tunggu siapa-siapa pun. Kalau ada jodoh, adalah tu.” Ifa mencebik, itulah ayat yang selalu Qisya Zulaikha gunakan setiap kali bercakap tentang seseorang yang istimewa di hati Qisya Zulaikha.

Qisya Zulaikha berfikir sejenak, adakah benar dia sedang menunggu seseorang? Jika benar dia mengharapkan seseorang itu, layakkah dia? Sedangkan lelaki itu tidak ada tanda menunjukkan bahawa dia ada hati dengannya. Apa yang dia nampak cuma ketegasan yang terpancar di wajah lelaki itu.

P/S: " JOM KITA KOMEN!" DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA PDH. HARAP TERHIBUR YA. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar