Selasa, 08 Mei 2012

NOVEL : PERANGKAP DUA HATI 7, 8



BAB 7

Balik saja dari berjumpa dengan Nuh Qays, fikiran Izdiyad sentiasa terkenangkan Qisya Zulaikha. Hatinya ibarat berbunga-bunga bila menatap wajah manis itu. Pada asalnya, dia memang tidak berminat dengan wanita bertudung tapi dengan Qisya Zulaikha, hatinya tidak mengira tentang itu. Qisya Zulaikha kelihatan sangat cantik di matanya.

Izdiyad mengeluh, dia nampak dengan jelas wajah Qisya Zulaikha yang tidak selesa bila berhadapan dengannya. Akalnya mula membuat strategi untuk mendekati wanita itu. Tidak kira dengan cara apa sekalipun, janji dia dapat mendekati wanita itu semula.

“ Hello..” Terkejut Izdiyad dengan sapaan itu. Dia melihat Qairina melambai-lambaikan tangan agar menyedarkan dia dari leka termenung.

“ Eh.. Rina.. Bila you sampai? Sorry I tak sedar.” Izdiyad memperbetulkan kedudukannya. Qairina menghampiri Izdiyad dan bertenggek di meja lelaki itu.

“ Macam mana nak sedar, kalau you dah leka termenung.” Dengan manja Qairina menjawab pertanyaan Izdiyad itu. Qairina mencapai tangan Izdiyad dan memegang kemas tangan itu. Terasa amat dekat sekali dengan Izdiyad. Izdiyad hanya membiarkan Qairina buat sebegitu kerana dia sudah terbiasa dengan situasi itu. Rasa disayangi.

“ You datang ni, nak pantau I ke?”

“ You rasa, I nak pantau you ke? Tak adalah sayang. Saja I datang. I rindukan you.”

“ Kan kelmarin dah jumpa, tak kan rindu lagi?”

“ Ofcourse lah! That’s because I love you so much. You know that well honey.” Izdiyad tersenyum mendengar kata-kata Qairina itu. Dia memang tahu tentang itu. Kalau tidak, Qairina tidak akan bertahan lama dengannya.

“ I know that. Hmm.. Tadi I lunch dengan Nuh.”

“ So?” tanya Qairina bosan. Malas mahu ambil tahu tentang Nuh Qays. Dia juga yakin Nuh Qays juga tidak akan ambil tahu tentang halnya. Bukan dia tidak kenal dengan perangai Nuh Qays yang tidak suka ambil tahu tentang perihal orang lain kecuali ibu dan ayah mereka.

“ I tengok, pekerja perempuan di syarikat Nuh tu cantik-cantik. Tak lama lagi, tersangkutlah dia nanti.”

“ Mengadalah you ni. Kalau dia yang tersangkut, I tak kisah tapi jangan you yang tersangkut, sudahlah. But kalau abang yang tersangkut, rasa tak percaya pula. Lelaki yang tak ada perasaan macam dia tu, tak ada yang akan berminat.” Qairina menjeling Izdiyad, sudah masak dengan perangai kasanova Izdiyad itu. Bagi Qairina, Nuh Qays memang lelaki yang tidak ada perasaan. Sudahlah tidak pernah mempunyai kekasih dari dulu lagi. Memang menghairankan, tiada perasaankah Nuh Qays pada seseorang yang bergelar wanita? Nuh Qays tidak ramah dengan mana-mana wanita, jika bercakap pasti dengan nada formal. Lainlah dengan ibu, Nuh Qays amat manja sekali dengan ibu mereka. Jika dengannya, pasti akan ada pertengkaran mulut antara mereka.

“ Zaman dah banyak berubah, tak mustahil dia juga sudah berubah. Hmm.. Kalau I tersangkut dengan pekerja sana, macam mana?” Izdiyad ingin mendengar jawapan dari Qairina. Adakah wanita itu akan melenting atau sebaliknya. Dia sedar perubahan di wajah Qairina itu.

“ I yakin, you tak akan benar-benar tersangkut dengan mereka sebab I tahu, you tak serius pun dengan mana-mana wanita selain dari I. I percaya, akhirnya kita akan bersatu bila you dah bersedia sepenuhnya,” jawab Qairina tenang. Memang dia benci dengan perkongsian tapi dia percaya bahawa Izdiyad tidak serius dengan mana-mana wanita yang lelaki itu kenali.

“ Tapi dulu you marah benar bila I kawan dengan budak secretary tu.” Bulat mata Qairina bila Izdiyad tiba-tiba saja mengungkit tentang Qisya Zulaikha.

“ Apa you merepek ni?! Kenapa tiba-tiba saja you ungkit perempuan gatal tu?!”

“ Hey... Calm down dear. I cuma hairan saja. Dengan perempuan lain, you tak kisah pun tapi dengan budak secretary tu, you lain benar.”

“ Sebab I tahu, dia memang perempuan gatal yang cuba nak kikis duit you saja. You jangan cuba nak percaya perempuan macam dia tu. Nampak macam suci tapi hati busuk!” Dan I tahu, perasaan you terhadap dia lain daripada perasaan you terhadap I. I nampak dengan jelas tentang itu Diyad. kata-kata sambungan yang hanya mampu terluah di dalam hati. Itulah puncanya kenapa dia amat benci dengan Qisya Zulaikha. Qisya Zulaikha tidak perlu buat apa-apa untuk menarik perhatian Izdiyad, ternyata wanita itu sudah ada tempat di hati Izdiyad.

“ You yakin ke hati dia busuk?”

“ Can you stop talking about her? I meluatlah!” Geram dengan Izdiyad yang masih membicarakan tentang Qisya Zulaikha itu. Tegak badannya menghala Izdiyad seraya tangan menyilang ke dada.

“ Okey, okey. You ni... Janganlah cepat nak melenting. I cuma nak tanya saja.” Izdiyad menghampiri Qairina. Dia menguak lembut rambut wanita itu.

“ You dah kurang cantik bila marah macam ni..,” sambung Izdiyad lagi dengan nada lembut menggoda.

Qairina akhirnya tersenyum, dia tidak akan mampu untuk marah dengan lebih lama, jika dia buat demikian pasti Izdiyad akan melepas dari tangannya. Tangannya sudah melingkari leher lelaki itu.

“ You jangan ungkit tentang betina tu lagi ya sayang. I benci dia,” pinta Qairina. Dia melihat Izdiyad mengangguk perlahan tanda mengerti. Pantas dengan itu dia memeluk erat Izdiyad dan mengharapkan lelaki itu akan mengotakan kata-katanya.

Izdiyad tersenyum dengan penuh makna. Dia tidak pernah tunduk dengan suruhan mana-mana perempuan kecuali dia mempunyai hajat yang tertentu. Jangan ungkit tentang Qisya Zulaikha? Itu memang agak mustahil. Dia baru saja ingin memulakan strategi untuk mendekati wanita itu.

“ Sayang... You tak ada kerja ke?” tanya Qairina bila melihat Izdiyad yang kelihatan santai itu.

“ Malas nak kerja. I nak rehat hari ni. Nak rehatkan minda. I ada satu projek besar nak laksanakan lepas ni.”

“ Projek besar? Projek apa?”

“ Adalah... Kalau I bagitahu you, bukan you faham pun. You cuma tahu nak design baju saja.”

“ Because that my capability.”

Kalau hendak diberitahu tentang projek itu, pasti perang ketiga akan berlaku. Projek untuk memikat Qisya Zulaikha. Itulah projek terbesarnya.

*****

“ Afiah, kenapa tahun lepas, kewangan kita jatuh mendadak?” tanya Nuh Qays kepada Afiah yang leka menaip sesuatu itu.

“ Hah? Err.. Itu sebab masalah teknikallah Encik Nuh.” Gugup Afiah menjawab pertanyaan Nuh Qays itu. Sedangkan tadi dia leka membalas email peribadinya.

“ It’s okay, I’ll ask directly to Encik Kamal.” Pantas saja kaki Nuh Qays melangkah pergi. Inilah peluang dia untuk menatap wajah Qisya Zulaikha.

Afiah mahu bersuara tapi Nuh Qays sudah jauh melangkah. Dia mengetap bibirnya. Afiah pasti Nuh Qays akan berhadapan dengan Qisya Zulaikha. Dia amat sensitif sekali bila Nuh Qays ingin ke bahagian pentadbiran. Dia tidak mahu Nuh Qays selalu berjumpa dengan Qisya Zulaikha walaupun disebabkan tuntutan kerja.

*****

Secara automatik badan Qisya Zulaikha tegak berdiri bila melihat Nuh Qays semakin menghampiri mejanya. Dia menelan liur berkali-kali, takut jika Nuh Qays mengungkit segala-galanya.

“ Encik Kamal ada?” tanya Nuh Qays. Tiada senyuman yang menghiasi bibir lelaki itu.

“ Err... Ya, ya.. Ada Encik Nuh. Sekejap ya, saya bagitahu Encik Kamal.” Laju tangan Qisya Zulaikha menekan interkom.

“ Encik Kamal, Encik Nuh nak jumpa.”

“ Sure, suruh dia masuk.”

“ Okey.”
Qisya Zulaikha mengangkat wajahnya tapi dia seakan terkejut bila Nuh Qays merenungnya tajam.

“ Err.. Silakan Encik Nuh.” Tanpa menghiraukan renungan tajam itu, Qisya Zulaikha menghampiri pintu bilik Encik Kamal dan mempelawa Nuh Qays.

“ Thanks,” jawab Nuh Qays pendek.

“ Sama-sama.” Tidak sanggup Qisya Zulaikha menatap wajah serius Nuh Qays itu. Dia rasa takut, takut hatinya terusik disebabkan lelaki itu lagi.

Walaupun Nuh Qays berwajah serius tapi sebelum dia masuk ke dalam bilik Encik Kamal, sempat lagi dia tersenyum kecil. Qisya Zulaikha kelihatan takut padanya. Macam mana untuk memulakan langkah menghampiri Qisya Zulaikha? Susahnya bila tak tahu nak usha perempuan ni..., bisik hatinya.

“ Assalamualaikum Encik Kamal.” Lebar senyuman Nuh Qays memberi salam Encik Kamal. Panggilan Encik itu masih digunakan walaupun kedudukan pangkat mereka sama. Itu adalah tanda rasa hormatnya pada Encik Kamal mengenangkan Encik Kamal lebih berusia darinya.

“ Waalaikumsalam. Duduk Nuh.” Pelawa Encik Kamal.

“ Sebenarnya saya nak tanya tentang finance kita. I just wondering, kenapa kewangan kita jatuh mendadak tahun lepas, ada masalah ke?”

“ Oh ya, lupa saya bagitahu. Memang dulu ada masalah sikit. Masalah teknikal sebenarnya. Sufi hantar dokumen penting pada orang yang salah. Dia hantar through email. Maybe typo error email address kut.. Jadi ada syarikat yang curi kita punya idea. Itulah penyebabnya. Nasib baik kita ada solution, kita ada plan B. Kewangan jadi tak menentu bila masalah tu terjadi sebab kita memang mengharapkan sangat idea kita tu.”

Nuh Qays mengganguk perlahan, fahamlah dia mengapa kewangan mereka merosot pada tahun lepas.

“ Kita tak boleh nak salahkan syarikat yang guna idea kita tu sebab dah memang sah-sah itu kecuaian kita. Alhamdullilah, Tuan Haji tak cepat melenting, dia tenang saja tangani masalah dulu tu,” sambung Encik Kamal.

“ Ya, saya boleh nampak dari wajah Tuan Haji. Sentiasa tenang saja saya tengok.”
Sememangnya Nuh Qays amat kagum dengan Tuan Haji Yusuf. Lelaki tua itu sentiasa tenang saja di matanya.

“ So kita orang sekarang memang tak gunakan email jadi perantaraan. Takut berulang kejadian itu lagi,” beritahu Encik Kamal lagi.

“ Ya, saya memang tak minat sangat through email ni. Tak live rasanya.”

Setelah berbual tentang kerja, Nuh Qays mengundur diri. Mahu meneruskan kerjanya pula. Dia keluar dari bilik Encik Kamal dan mata terus memandang meja Qisya Zulaikha. Leka wanita itu membuat kerja. Dia berdehem. Cuba menarik perhatian wanita itu.

Qisya Zulaikha mendongak bila terdengar seseorang seperti berdehem. Dia memandang Nuh Qays seraya berdiri dan menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.

Apa nak buat ni? Jalan terus atau senyum dekat dia? bisik hati Nuh Qays. Akhirnya dia memilih untuk jalan terus tanpa memberikan senyuman pada Qisya Zulaikha.

Yakinlah Qisya Zulaikha bahawa Nuh Qays membencinya. Sudah pasti lelaki itu akan membela darah daging sendiri dari mempercayai orang luar sepertinya. Layakkah dia meraih kepercayaan lelaki itu sedangkan mereka tidak mengenali satu sama lain? Hanya dia saja yang mempunyai perasaan terhadap lelaki itu. Berhentilah berharap Ikha... Antara kau dengan dia, terlalu besar jurangnya. Dia seakan terdengar suara hatinya yang berkata itu. Qisya Zulaikha juga hairan, kenapa hatinya masih menyukai lelaki itu sedangkan secara terang-terangan lelaki itu tidak menyukainya.


BAB 8

Hampir menjelang tengahari, Qisya Zulaikha sudah siap memasak, tinggal untuk dihidangkan saja lagi. Sudah menjadi rutin hujung minggu, dia akan menyediakan makanan untuk tengahari dan makan malam mereka. Mak su selalu saja ingin menolong tapi ditegah oleh Qisya Zulaikha kerana dia mahu Mak su berehat saja di hujung minggu itu. Hendak harapkan Afiah, memang tak akan berasaplah dapur mereka. Afiah tidak pernah makan semeja dengan Qisya Zulaikha semenjak pemergian ibu bapa mereka.

“ Sukalah kau kan, bila Abang Diyad dah muncul. Bolehlah kau menggatal dengan dia lepas ni. Oh ya... Aku lupa pula... Sekarangkan target kau dekat Encik Nuh. Lebih senang lagi, dekat saja, tak macam Abang Diyad.”

Tangan yang mengelap permukaan meja makan itu terhenti bila Afiah berkata sebegitu. Qisya Zulaikha memandang Afiah yang duduk santai di kerusi meja makan itu.

“ Apa maksud kau Fiah?”

“ Tak kan tak faham? Well... Kalau kau rasa nak dekat dengan Encik Nuh tu, aku rasa baik kau hentikanlah. Sebab aku tahu, dia memang benci dekat kau. Now Abang Diyad dah muncul, rasa tak sabar pula aku dengan kemunculan Kak Rina lepas ni. Mesti kau nak rasa penampar dia lagikan.” Afiah tersenyum sinis bila nampak dengan jelas wajah Qisya Zulaikha menahan marah itu.

Sebenarnya dia terkejut bila melihat Izdiyad muncul di bangunan pejabat mereka tempoh hari lalu. Walaupun Qisya Zulaikha kelihatan tidak selesa dengan kedatangan lelaki itu tapi dia rasa hidup Qisya Zulaikha akan semakin menarik lepas ini. Semakin menarik untuk melihat Qisya Zulaikha menderita seperti dulu.

“ Kau memang selalu cakap tak guna akal kan? Selama ni aku tak pernah nak menggatal dengan mana-mana orang pun! Lainlah kalau kau terasa diri kau sendiri yang gatal. Itu sebab kau nak kaitkan aku sama.”

“ Kurang ajar kau Ikha! Kau tunggu dan lihat lepas ni... hidup kau akan semakin menderita. Kau tak akan dapat Encik Nuh apatah lagi Abang Diyad. Muncul aje Kak Rina nanti, hidup kau akan musnah. Aku tak sabar nak tengok saat tu.” Afiah menghampiri peti sejuk untuk mengambil minuman. Pintu peti sejuk dihempas kuat.

“ Kenapa kau jadi macam ni Fiah? Cukup-cukuplah!”

“ Tak akan pernah cukup! Kau tak akan dapat kembalikan mak bapak aku Ikha!”

“ Tapi mak dan abah aku juga dah tak ada! Kau tak boleh nak salahkan sesiapa sedangkan itu dah ditakdirkan. Kau kena percaya Qada’ dan Qadar.”

“ Itu sebab mak bapak kau yang bunuh mak bapak aku! Kalau tak disebabkan Pak long ajak ayah aku ikut serta percutian bodoh tu, mereka tak akan pergi buat selama-lamanya. Kau dengan mak bapak kau sama saja, pembunuh!” gelas kaca dihempaskan ke sinki dan membuatkan ianya pecah berderai.

Terkejut Qisya Zulaikha melihat tindakkan Afiah itu.

“ Kejadian tu dah lama Fiah. Ketika umur kita 17 tahun lagi. Dah 8 tahun berlalu. Semua tu bukan kehendak kita. Mak bapak kita pergi dengan sekelip mata. Bukan kau saja yang rasa kehilangan. Aku tak minta kau lupakan semua ni sebab memang aku tahu, perkara ini tak dapat nak di lupakan tapi terimalah ketentuan Ilahi ni.” Qisya Zulaikha cuba menenangkan Afiah.

Ibu bapa mereka meninggal dunia ketika dalam perjalan ke Melaka. Abah Qisya Zulaikha yang beriya-iya mengajak ibu bapa Afiah untuk ikut serta. Manakala Qisya Zulaikha dan Afiah bercadang untuk tinggal bersama dengan Mak su mereka dan memberi peluang kepada ibu bapa mereka untuk bercuti. Tapi sebagaimana yang di ketahui, kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya. Lori kayu balak merempuh kereta Abah Qisya Zulaikha yang menyebabkan emak, abah Qisya Zulaikha dan ayah Afiah meninggal di tempat kejadian dan emak Afiah meninggal ketika dalam perjalan untuk ke hospital berdekatan.

“ Hei.. Kamu ni kenapa? Bunyi macam benda pecah saja Mak su dengar tadi?” Dengan wajah cemas, Mak su bertanya. Dia melihat silih berganti wajah-wajah anak saudaranya itu. Ini bukan perkara lain ni, mesti benda yang sama di ungkit oleh Afiah.

“ Tak adalah Mak su. Tak payah risau. Pecah dekat sinki aje,” beritahu Qisya Zulaikha.

“ Sebab apa ni?” tanya Mak su lagi.

“ Sebab Fiah, kenapa? Mak su mesti nak lawankan Ikha kan? Sebab semua orang nak menangkan dia saja!” jawab Afiah. Mata mencerlung memandang Qisya Zulaikha.

“ Sampai bila-bila, Fiah akan ungkit benda yang sama sebab Fiah nak tengok, Ikha menderita sebagaiman Fiah menderita!” sambung Afiah lagi.

“ Tapi aku juga menderita Fiah. Bukan kau saja rasa kehilangan. Aku juga rasakan semuanya! Kalau kau rasa yang cuma kau saja yang menderita, kau silap. Itu bermakna kau pentingkan diri kau sendiri.” Terketar-ketar Qisya Zulaikha menjawab kata-kata Afiah itu. Sakit hati, geram dengan tuduhan Afiah itu.

“ Sudahlah! Kenapa Fiah tak pernah nak terima kenyataan ni? Kenapa biarkan Ikha tanggung semua ni?” Mak su menghampiri Afiah dan mengusap lembut bahu wanita itu tapi cepat ditepis oleh Afiah.

“ Tak Mak su. Kalau dia serik, dia tinggalkan rumah ni. Kalau nak tunggu Fiah, memang Fiah tak akan keluar dari rumah ni walaupun rumah ni, rumah bapak dia! Fiah tak akan mengalah.”

Qisya Zulaikha menggigit bibirnya. Memang mustahil Afiah akan mengalah padanya. Wanita itu tidak pernah mahu berbuat baik padanya. Dia tak akan keluar dari rumah ini sedangkan rumah ini adalah salah satu peninggalan ibu bapanya. Rumah banglo dua tingkat hasil titik peluh ibu bapanya. Dulu bapanya seorang pensyarah universiti dan ibunya pula guru sekolah menengah.  Inilah salah satu harta peninggalan ibu bapanya kepadanya.

Tanpa menunggu lama, Qisya Zulaikha berlalu meninggalkan dapur itu. Tidak tahan melayan kerenah Afiah yang tidak pernah jemu mahu mengungkit perkara yang sama dan kini, tentang Nuh Qays, Izdiyad dan Qairina juga turut diungkit semula.

*****

“ Lama Abang tak balik sini. Ibu Rindukan Abang.” Ibu Nuh Qays, Puan Nurain mengusap lembut rambut Nuh Qays yang berbaring di pehanya itu.

“ Maaf Ibu. Sekarang Abang sibuk sikit, itu sebab tak ada masa nak singgah ke sini.”

“ Malam ni, tidur sini ya? Ibu nak masak masakan kegemaran Abang.”
Nuh Qays menarik tangan Puan Nurain dan meletakkan di dadanya. Tidak dilepaskan tangan yang seakan dimamah usia itu.

“ Bukan ibu tak tahu dengan Kaka tu. Abang malaslah. Macam mana kalau ibu tidur di kondo Abang?”

“ Ayah macam mana? Ibu tak boleh nak tinggalkan ayah.”

“ Ayah bawa sekalilah bu.” Cepat saja Nuh Qays memberikan cadangan. Dia memang tidak selesa tinggal di rumah ibu bapanya kerana adanya Qairina. Kemungkinan besar, pasti akan ada pertengkaran mulut. Siapa yang tidak tahu dengan mulut pedas wanita itu.

“ Kaka macam mana? Tak kan nak tinggalkan dia seorang?”

“ Pandailah dia uruskan diri dia. Lagipun, bukan ibu tak tahu dengan dia tu, kalau tak satu ke dua subuh pagi baru nak balik rumah. Layan sangat dengan design dia tu. Nak jadi pereka fesyen terkenal yang kononnya nak mencapai ke peringkat antarabangsa tapi dekat Malaysia ni pun dah susah payah.”

Qairina mempunyai cita-cita yang tinggi. Wanita itu ingin menjadi pereka fesyen yang terkenal di persada antarabangsa. Walaupun di Malaysia sudah banyak kalangan artis mahupun korporat yang mempercayai hasil kerjanya tapi itu bukan semudah yang di sangka.

“ Tak apa Abang. Dah memang minat dia. kita tak boleh nak halang. Ibu akan sentiasa sokong anak-anak ibu walaupun cita-cita itu seakan sukar untuk kamu gapai. Ibu mesti bagitahu Kaka dulu tentang ni. Nanti dia terkejut pula bila tengok ibu dan ayah tak ada di rumah.”

“ Nantilah ibu call dia. Abang nak rehat kejap.” Nuh Qays memejamkan matanya. Rasa selesa di pangkuan ibunya itu.

“ Abang... Ibu nak tanya ni..” Tangan Puan Nurain kembali membelai lembut rambut Nuh Qays.

“ Tanyalah bu.”

“ Abang belum ada siapa-siapa lagi ke? Kaka dah ada, Abang bila lagi?” Dengan pantas kelopak mata Nuh Qays terbuka. Dia menatap wajah ibunya itu.

“ Abang tak tahu ibu. Bila dah jodoh, sampailah tu nanti.”

“ Nak ibu carikan? Ibu bukan apa, ibu tak pernah nampak Abang berkawan rapat dengan mana-mana perempuan. Umur Abang pun dah 29 tahun, sikit masa lagi dah nak masuk 30. Dah sesuai benar kalau nak kahwin.” Nuh Qays menutup kembali kelopak matanya. Keluhan kedengaran.

“ Tak naklah ibu. Biar Abang cari sendiri saja. Abang sebenarnya tak tahu perasaan Abang yang sebenar.”

“ Abang dah ada calon?”

“ Emm... Tak tahu nak katakan dia calon atau apa sebab dia tak tahu pun yang Abang suka dekat dia. Lagipun dia macam takut dengan Abang bu.” Puan Nurain tergelak kecil yang membuatkan Nuh Qays memandang wanita tua itu hairan.

“ Cuba belajar ramah sikit Abang. Mana tak takut perempuan tu kalau Abang cakap dengan dia dengan nada formal. Bukan ibu tak tahu perangai Abang tu.”

“ Ibu macam mana? Ibu akan terima siapa saja pilihan Abang?”

“ InsyaAllah Abang. Ibu percaya dengan pilihan Abang. Lainlah kalau perempuan tu secara terang-terangan tak elok perangai dia.”

“ Walaupun Kaka tak suka atau benci dekat dia?”

“ Dia tak suka ke? Ibu juga kenal dengan perangai anak ibu yang seorang tu. Kadang-kadang Kaka tu cuma ikut kata hati. Ibu tak mudah mendengar kata-kata orang Abang. Biar ibu tengok dengan mata kepala ibu sendiri, baru ibu dapat menilai seseorang itu.”

Nuh Qays bangun dari berbaring dan menghadap Puan Nurain. Tanpa isyarat, dia memeluk erat wanita tua itu.

“ Terima kasih ibu. Abang akan cuba bawa dia jumpa ibu, itupun kalau dia sudi terima Abang. Ibu doakan yang terbaik buat Abang ya. Abang akan protect dia kalau Kaka cuba nak halang Abang dengan dia nanti.”

“ Berani kerana benar Abang. Kalau Abang yakin bahawa Abang di pihak yang betul jadi pertahankan sebaik-baiknya. Ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak ibu.”

Puan Nurain sudah faham dengan kerenah anak-anaknya. Qairina seorang yang cepat melenting, amat pantang sekali bila kata-katanya dibantah. Manakala Nuh Qays, seorang yang tidak suka ambil pusing tentang perkara yang remeh-temeh. Nuh Qays juga sangat manja dengannya. Tapi jika berhadapan dengan Qairina, pasti pertengkaran mulut akan meletus dan sudah pasti Qairina lah punca segala-galanya, memulakan pertengkaran itu. Itulah juga penyebab Nuh Qays berpindah rumah. Tidak mahu tinggal serumah dengan Qairina. Dia hairan dengan sikap berbeza anak-anaknya itu sedangkan mereka berdua adalah adik-beradik kembar dan hanya merekalah saja anak yang dia ada.

Tapi sebelum segalanya semakin teruk, dia akhirnya membenarkan Nuh Qays berpindah ke kondominium. Nuh Qays tidak pernah melupakannya. Hampir setiap hari anaknya itu bertanyakan khabar dan hampir setiap hujung minggu juga Nuh Qays akan melawatnya. Bukan dia mahu membeza-bezakan Nuh Qays dan Qairina tapi dia nampak dengan jelas perbezaan itu. Haji Qaid, ayah Nuh Qays juga sedar tentang itu.
Nuh Qays tersenyum senang, apa yang penting adalah restu ibu dan ayahnya. Tentang Qairina, dia tidak mahu ambil pusing sebab sudah tahu dari mula lagi kembarnya itu tidak menyukai Qisya Zulaikha.

P/S : "JOM KOMEN!" TERIMA KASIH SBB SUDI BACA PDH :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar