Senin, 03 September 2012

CERITA BARU!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. NAK BAGI TEASER CITER BARU PULA. MUNGKIN INI AKAN DIJADIKAN SEBAGAI MINI NOVEL SAHAJA. TAPI MASALAHYA DI SINI, TAJUK TAK TAHU LAGI. ADA SESIAPA YANG NAK BERIKAN CADANGAN TAK? JANGAN MALU2 BERIKAN KOMEN YA, SUKA KE TIDAK DENGAN CITER BARU NE. :)

OK, ENJOY! INI SEBAHAGIANNYA DULU. NANTI SAYA POST FULL N3.

“Kenapa nak jumpa saya?”

Tanya Rafael Huzaimi malas. Dia tidak ada keinginan untuk berjumpa dengan isterinya itu.

“Saya... Saya baru balik dari klinik... Saya... Saya mengandung.”

“What?!”

Mencerlung mata Rafael sebaik mendengar berita yang tidak disangka itu. Hanina tersentak dengan suara keras Rafael sehingga menyebabkan badannya juga turut terenjut sama.

“Dah dua minggu lebih...”

“Kita discuss dalam kereta.”

Potong Rafael dan terus menarik tangan Hanina meninggalkan restoran mewah itu.

“Macam mana boleh jadi macam tu?! Dah aku bagi amarankan, supaya kau cegah dari awal lagi! Aku kata semua tu hanya kesilapan semata-mata! Makan pil atau apa-apa pun yang membolehkan kau tak mengandung!”

Sebaik saja masuk ke dalam kereta, terus Rafael menghemburkan kata-kata itu dan stereng dijadikan tempat untuk melepaskan rasa amarahnya.

“Saya... Saya tak tahu akan jadi macam ni... Saya juga...”

“Gugurkan!”

“Tak! Saya tak akan buat macam tu. Ini anak saya Raf... Saya tak akan sanggup buat macam tu.”

Rafael meraup wajahnya. Kedegilan terpancar diwajah Hanina.

“Kau faham tak yang perkahwinan kita hanya berdasarkan perniagaan. Apa yang terjadi hanya kesilapan Nina. I’m not ready to have a child. Kita masih muda. Please, dengar kata saya ni. Gugurkan saja.”

Rafael cuba berlembut dengan Hanina. Walaupun tidak mengenali Hanina dengan sepenuhnya tapi dia tahu, Hanina seorang yang berhati lembut. Dia tidak mahu Melina bertambah marah akan dirinya. Sudahlah dia terpaksa memujuk teman wanitanya itu gara-gara perkahwinannya dengan Hanina apatah lagi jika Melina tahu bahawa Hanina mengandung. Entah kenapa segalanya terjadi pada malam itu, dia tahu Hanina hanya menuruti kehendaknya. Ahhh! Kusut fikirannya.

“Kita mulakan hidup baru Raf. Saya akan belajar mencintai awak tapi tolonglah, saya mohon kandungan ini mesti diteruskan. Saya tak sanggup nak gugurkan. Hampir setahun kita kahwin Raf walaupun awak jarang sekali balik rumah... InsyaAllah, kita akan jadi macam pasangan yang lain kalau kita terus berusaha.”

Rayu Hanina. Dia akan cuba belajar untuk mencintai Rafael. Ini semua demi anak yang dikandungnya. Kenapa tegar sekali Rafael menyuruhnya untuk menggugurkan kandungan itu sedangkan anak yang di dalam perutnya itu adalah anak mereka.

“I’m not ready Nina! Kau faham tak?! Aku tak nak fikir benda lain dah. Aku tak nak anak tu! Kau baliklah, aku tak ada mood nak bincang hal ini lagi.”

“Tapi Raf...”

“Aku kata keluar sekarang!”

Tersentak Hanina dengan jeritan Rafael itu, terus dia melangkah keluar dari kereta Rafael. Apa yang penting, dia tidak sekali-kali menggugurkan kandungannya. Itu yang pasti!     


“Umi... Uncle ni belikan Eqi ni.”

Terus lenyap lamunannya bila Rafieqi mengunjukkan sebuah kereta mainan elektronik padanya. Kelihatan Rafieqi seperti takut-takut untuk menunjukkan kereta permainan itu. Dia tahu uminya tidak gemar jika dia mendapat sesuatu terutama sekali dari orang yang tidak dikenali.

“Kan umi dah kata... Kak Num, saya dah kata jangan biarkan Eqi pergi seorang dekat toys tu.”

“Maaf puan... Saya sendiri yang nak belikan dia. Saya tengok dia berminat sangat dengan kereta tu. Bukan salah anak puan mahupun pembantu puan.”

Hanina menarik tangan Rafieqi agar dekat dengannya. Dia rasa tidak sedap hati bila tiba-tiba saja lelaki dihadapannya ini membelikan anaknya kereta permainan yang agak mahal juga harganya. Sedangkan dia langsung tidak mengenali lelaki itu.

“Tak mengapa... Biar saya bayar balik.”

“Tak... Tak... Anggap saja itu hadiah daripada saya untuk anak puan.”

Hanina menggeleng tanda tidak setuju. Not 50 ringgit dikeluarkan tiga keping lalu diserahkan kepada lelaki itu.

“Puan...”

Seru lelaki itu. Hanina terus meletakkan duit yang dikeluarkan itu di rak berhampiran dengan mereka bila melihat lelaki itu tidak mengambil duit yang dihulurkannya. Mereka bertiga pun berlalu pergi.

Hanif Harris hanya mengeluh. Dia kenal dengan wanita itu. Wanita yang tidak pernah luput dari ingatannya. Hampir lapan tahun dia menahan rasa. Sharifah Hanina Syed Hanafi, nama yang selalu bermain difikirannya. Bekas isteri teman baiknya, Rafael Huzaimi. Mungkin dia akan dikatakan agak melampau bila jatuh cinta dengan isteri sahabat baiknya sendiri, di hari persandingan pula tu. Dia tahu perkahwinan di antara Hanina dan Rafael hanya berdasarkan perniagaan. Demi perniagaan, kedua-dua buah keluarga bersatu walaupun pasangan itu tidak mencintai satu sama lain.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar