Rabu, 05 September 2012

MININOVEL: JADIKAN AKU PILIHAN HATIMU 1


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. NAMA TAJUK SUDAH SAYA PEROLEHI. TERIMA KASIH KEPADA MAYA DHIRA KERANA SUDI MEMBERIKAN TAJUK INI. TIDAK LUPA JUGA, PADA ANDA SEMUA YANG SUDI MENGHULURKAN TAJUK. WALAUPUN SAYA TAK GUNAKAN UNTUK MININOVEL NI TAPI TAJUK-TAJUK ANDA AKAN SAYA SIMPAN UNTUK TAJUK AKAN DATANG. UNTUK CERPEN KE... TERIMA KASIH YA... KAT ATAS NI ADALAH GAMBAR HERO DAN HEROINNYA... HARAP ANDA SUKA :)


BAB 1

“Kenapa nak jumpa saya?”

Tanya Rafael Huzaimi malas. Dia tidak ada keinginan untuk berjumpa dengan isterinya itu.

“Saya... Saya baru balik dari klinik... Saya... Saya mengandung.”

“What?!”

Mencerlung mata Rafael sebaik mendengar berita yang tidak disangka itu. Hanina tersentak dengan suara keras Rafael sehingga menyebabkan badannya juga turut terenjut sama.

“Dah dua minggu lebih...”

“Kita discuss dalam kereta.”

Potong Rafael dan terus menarik tangan Hanina meninggalkan restoran mewah itu.

“Macam mana boleh jadi macam tu?! Dah aku bagi amarankan, supaya kau cegah dari awal lagi! Aku kata semua tu hanya kesilapan semata-mata! Makan pil atau apa-apa pun yang membolehkan kau tak mengandung!”

Sebaik saja masuk ke dalam kereta, terus Rafael menghemburkan kata-kata itu dan stereng dijadikan tempat untuk melepaskan rasa amarahnya.

“Saya... Saya tak tahu akan jadi macam ni... Saya juga...”

“Gugurkan!”

“Tak! Saya tak akan buat macam tu. Ini anak saya Raf... Saya tak akan sanggup buat macam tu.”

Rafael meraup wajahnya. Kedegilan terpancar diwajah Hanina.

“Kau faham tak yang perkahwinan kita hanya berdasarkan perniagaan. Apa yang terjadi hanya kesilapan Nina. I’m not ready to have a child. Kita masih muda. Please, dengar kata saya ni. Gugurkan saja.”

Rafael cuba berlembut dengan Hanina. Walaupun tidak mengenali Hanina dengan sepenuhnya tapi dia tahu, Hanina seorang yang berhati lembut. Dia tidak mahu Melina bertambah marah akan dirinya. Sudahlah dia terpaksa memujuk teman wanitanya itu gara-gara perkahwinannya dengan Hanina apatah lagi jika Melina tahu bahawa Hanina mengandung. Entah kenapa segalanya terjadi pada malam itu, dia tahu Hanina hanya menuruti kehendaknya. Ahhh! Kusut fikirannya.

“Kita mulakan hidup baru Raf. Saya akan belajar mencintai awak tapi tolonglah, saya mohon kandungan ini mesti diteruskan. Saya tak sanggup nak gugurkan. Hampir setahun kita kahwin Raf walaupun awak jarang sekali balik rumah... InsyaAllah, kita akan jadi macam pasangan yang lain kalau kita terus berusaha.”

Rayu Hanina. Dia akan cuba belajar untuk mencintai Rafael. Ini semua demi anak yang dikandungnya. Kenapa tegar sekali Rafael menyuruhnya untuk menggugurkan kandungan itu sedangkan anak yang di dalam perutnya itu adalah anak mereka.

“I’m not ready Nina! Kau faham tak?! Aku tak nak fikir benda lain dah. Aku tak nak anak tu! Kau baliklah, aku tak ada mood nak bincang hal ini lagi.”

“Tapi Raf...”

“Aku kata keluar sekarang!”

Tersentak Hanina dengan jeritan Rafael itu, terus dia melangkah keluar dari kereta Rafael. Apa yang penting, dia tidak sekali-kali menggugurkan kandungannya. Itu yang pasti!     


“Umi... Uncle ni belikan Eqi ni.”

Terus lenyap lamunannya bila Rafieqi mengunjukkan sebuah kereta mainan elektronik padanya. Kelihatan Rafieqi seperti takut-takut untuk menunjukkan kereta permainan itu. Dia tahu uminya tidak gemar jika dia mendapat sesuatu terutama sekali dari orang yang tidak dikenali.

“Kan umi dah kata... Kak Num, saya dah kata jangan biarkan Eqi pergi seorang dekat toys tu.”

“Maaf puan... Saya sendiri yang nak belikan dia. Saya tengok dia berminat sangat dengan kereta tu. Bukan salah anak puan mahupun pembantu puan.”

Hanina menarik tangan Rafieqi agar dekat dengannya. Dia rasa tidak sedap hati bila tiba-tiba saja lelaki dihadapannya ini membelikan anaknya kereta permainan yang agak mahal juga harganya. Sedangkan dia langsung tidak mengenali lelaki itu.

“Tak mengapa... Biar saya bayar balik.”

“Tak... Tak... Anggap saja itu hadiah daripada saya untuk anak puan.”

Hanina menggeleng tanda tidak setuju. Not 50 ringgit dikeluarkan tiga keping lalu diserahkan kepada lelaki itu.

“Puan...”

Seru lelaki itu. Hanina terus meletakkan duit yang dikeluarkan itu di rak berhampiran dengan mereka bila melihat lelaki itu tidak mengambil duit yang dihulurkannya. Mereka bertiga pun berlalu pergi.

Hanif Harris hanya mengeluh. Dia kenal dengan wanita itu. Wanita yang tidak pernah luput dari ingatannya. Hampir lapan tahun dia menahan rasa. Sharifah Hanina Syed Hanafi, nama yang selalu bermain difikirannya. Bekas isteri teman baiknya, Rafael Huzaimi. Mungkin dia akan dikatakan agak melampau bila jatuh cinta dengan isteri sahabat baiknya sendiri, di hari persandingan pula tu. Dia tahu perkahwinan di antara Hanina dan Rafael hanya berdasarkan perniagaan. Demi perniagaan, kedua-dua buah keluarga bersatu walaupun pasangan itu tidak mencintai satu sama lain.


“EQIingat tak apa pesan umi?” Mata memusat pandangan pada Rafieqi. Anak yang baru saja mencecah enam tahun itu hanya terkulat-kulat. Takut untuk memandang Hanina.

“Jawab cakap umi, Eqi!” Suaranya sedikit tegas bila Rafieqi hanya tunduk diam
membisu.

“Jangan terima atau ikut orang yang tak dikenali,” ujar si anak dengan rasa takut.

Akhirnya Hanina mengeluh. Badan disandarkan dan tangan naik bersilang ke dada. Mata memandang sekeliling di ruang tempat letak kereta di The Gardens. Dia belum bergerak lagi. Perasaan risau tidak pernah lekang dalam dirinya. Dia takut jika terjadi apa-apa pada Rafieqi. Rafieqi adalah segala-galanya buatnya. Hanya anak itu yang menjadi pelengkap hidup bila dia dalam kesusahan. Bila dia tergapai-gapai untuk bangkit berdiri ketika jatuh tersungkur dulu.

“Eqi minta maaf umi. Eqi tak akan buat lagi.” Rafieqi mencapai tangan Hanina lalu disalam dan dikucup. Sayu juga hati Hanina dengan tindakkan anaknya itu. Walaupun Rafieqi masih kecil tapi anak itu sangat memahami kesusahannya.

“Tak apa sayang... Janji lepas ni, Eqi tak buat lagi. Walaupun yang tegur tu kelihatan baik tapi tak semestinya dia juga berniat baik. Dah la... Jangan monyok lagi. Tak hensem anak umi ni.” Kepala Rafieqi diusap lembut. Mata memandang sekilas ke ruang pintu besar The Gardens, dia sudah lupa apa yang hendak dibelinya di situ akibat kemunculan lelaki yang tidak diketahui siapa orangnya.

Bila pandangannya sekilas tadi seperti dia ternampak ada bayang-bayang lelaki yang merenungnya, sekali lagi, matanya kembali beralih ke situ. Di ruang pintu utama The Gardens. Benar! Lelaki itu lagi. Hati mula berdebar-debar. Perasaan takut mula menguasai diri. Dia tidak faham dengan maksud renungan lelaki itu. Sebelum lelaki itu mendekati, lebih baik dia pergi dari situ.

“Kenapa puan?” tanya Anum, pembantu rumah Hanina. Dia hairan melihat Hanina seperti memecut laju kereta, keluar dari kawasan itu.

“Tak ada apa-apa,” jawab Hanina pendek. Dia sedar, dia memecut kereta dengan laju sehinggakan badan Rafieqi turut terenjut ke belakang. Nasib baik dia sudah memasangkan tali pinggang untuk Rafieqi. Dia benar-benar takut dengan lelaki itu. Jika lelaki itu tidak ada motif, masakan sampai di tempat letak kereta pun dia ada. Merenungnya semacam!



UNTUKsekian kalinya, Hanif mengeluh lagi. Dia tengok aku macam perogol bersiri agaknya? Nampak takut sangat. Niat hati ingin menegur dengan cara baik. Ingin berkenalan dengan Hanina tapi pandangan wanita itu lemparkan nampak seperti takut dengannya. Susah kalau macam ni, desisnya dalam hati.

Niatnya datang ke sini adalah untuk berjumpa dengan kawannya, Nuqman. Tapi apa yang dijumpainya pula adalah seseorang yang membuatkan hatinya penasaran dulu dan tidak mustahil hingga kini. Seringkali dia beristigfar kerana mencintai isteri orang. Meminta agar Allah menghapuskan perasaan cintanya terhadap wanita itu. Tapi ternyata, hatinya degil untuk bertindak. Fikirannya juga menghalang untuk dia menghapuskan seraut wajah itu.

“Hoi!” Bahunya ditepuk dari arah belakang seraya dia turut menoleh.

“Ini memang kes tak suka bagi salam ni.” Sindir Hanif. Geram dengan tindakan kawannya itu.

“Sorrylah bro. Dah aku tengok kau termenung sakan. Itu yang aku kejutkan tu.”

Tergeleng-geleng kepala Hanif, “Waalaikumsalam.”

“Itu memang kes perli tu. Assalamualaikum.”

Akhirnya Hanif turut tergelak sama.

“Dah lama sampai? Sorry, jalan jammed kut. Menyesal aku tak join kau sekali.”

“Itulah... Nak membutalah lagi. Bila aku ajak, kau kata nak pakai kereta kau sendiri konon.” Hanif keluar awal dari rumah kerana hendak membeli buku rujukan. Manakala Nuqman masih membuta di rumah. Tapi bila Nuqman memesejnya bercadang agar mereka berjumpa saja di The Gardens, akhirnya dia juga turut bersetuju.

“Jom, nak lepak mana ni?”

“Macam biasa. Aku dah lapar sangat ni,” ujar Nuqman.

Mereka beriringan masuk semula ke ruang utama The Gardens. Pensyarah bujang seperti mereka, adakalanya meluangkan masa untuk makan bersama di luar. Maklum sajalah, bujang... Takkan nak makan maggi saja. Lagi pula hendak melepaskan stress. Baru minggu lepas, kedua-dua mereka pulang ke kampung untuk menjenguk keluarga. Adakalanya mereka akan pulang bersama kerana mereka sememangnya tinggal di kampung yang sama. Sungai Petani, Kedah. Memakan masa empat jam lebih juga kalau hendak pulang ke sana. Di Bandar KL ini mereka berdua menyewa rumah berdekatan dengan universiti, tempat mereka mengajar. Senang, tidak perlu menempuh kesesakan jalan raya yang agak melampau kebelakangan ini.


MALAM ITU,Hanif kembali memikirkan tentang Hanina. Semua kerja bagaikan tidak terlaksana olehnya. Adakalanya dia memikirkan tentang Rafael juga. Sudah lama dia tidak menghubungi sahabatnya itu.

“Aku dah ceraikan Nina. Maybe bulan depan aku akan kahwin dengan Melina,” beritahu Rafael padanya. Rasa terkejut yang amat sangat bila mendengar berita itu. Apatah lagi bila melihat wajah selamba Rafael.

“Sebab apa?”

“Dia tu degil sangat. Aku kata gugurkan kandungan tu, tapi dia tetap dengan keputusan dia. Dia ingat dia siapa? Langsung tak nak dengar cakap aku. Bila Mel dah tahu tentang dia mengandung, mengamuk macam orang gila la perempuan tu.”

Hanif mendengus, tidak percaya dengan tindakkan yang Rafael lakukan itu. “Hanya disebabkan dia mengandungkan anak kau, kau ceraikan dia?”

“Aku dah bagi kata amaran kat dia. Kalau dia gugurkan kandungan tu, mungkin aku tak akan ceraikan dia. Aku boleh bertahan lagi. Tapi bila dia tak dengar cakap aku, kau fikir, ego aku tak tercalar ke? Pedulikan dia! Dia nak sangat anak tu, kan? Berusaha sendiri.”

Tergeleng-geleng kepala Hanif. Rafael belum matang dalam membuat keputusan. Walaupun mereka masih berumur dua puluh empat tahun dan masih dikatakan muda tapi itu bukan satu alasan untuk membuat keputusan tanpa berfikir panjang.

“Walaupun lafaz talak kau di kira sah tapi nafkah kau kena jalan sepanjang dia mengandung ni. Kira dia masih dalam edah dan masa untuk kau rujuk juga panjang sehingga dia melahirkan anak. Kau fikirlah betul-betul sebelum masa edah dia habis. Jangan terlalu ikut kepala sendiri, Raf. Kau tak kesian kat dia ke?”

“Kesian belakang kira. Apa yang penting, aku tak nak Melina kecewa lagi. Kau tahukan yang aku cintakan dia sangat-sangat? Takkan hanya sebab si Nina tu, aku biarkan Melina?”

“Aku malas nak campur dalam urusan kau ni. Kau dah lain sangat bila kau berkawan dengan si Melina tu. Apa-apa pun, aku ucapkan good luck untuk kau. Aku pun dah nak sambung belajar. Jangan nanti kau menyesal, dah la.”

Terus Hanif meninggalkan Rafael yang terkebil-kebil memandangnya yang terus berlalu itu. Dia kecewa dengan apa yang Rafael lakukan dan pada masa yang sama, hatinya seperti menarik nafas lega bila Rafael menyatakan sudah melafazkan cerai pada Hanina. Dari situ, hubungannya dengan Rafael sudah semakin renggang. Tidak serapat dulu.

 Nekadnya semakin kuat untuk menawan sekeping hati yang sudah pasti terluka dan kecewa dengan tindakkan yang Rafael lakukan itu. Kepalanya ligat berfikir mencari jalan macam mana hendak memulakan langkah untuk mendekati Sharifah Hanina. Kata orang, kalau nak pikat emak, kena pikat anak dia dulu. Rasanya untuk mendekati si anak, lebih senang kut berbanding dengan Hanina yang sudah terang-terangan keras seperti batu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar