ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Nak habaq sat... Lepas ni, kena slow down dulu ya sebab sekarang dah ada projek besar <-- macam la besar sangat kan... hehe. Tapi memang tak tipu, sekarang busy sikit. Kalau lepas ne, Sya lambat nak post N3, harap faham ya. Tapi sya akan cuba sambung sikit2 bila ada masa lapang. Dan celoteh terakhir... N3 kali ni TAK ADA RAFAEL bagi sesiapa yang minat pada dia TAPI (Haih! bnyk tapi sangatkannnn) NEXT N3... Dia pasti ada. Jangan risau. hehehe. Ok dah! Itu je yang nak disampaikan. Terima kasih ya sbb sudi baca JAPH :)
BAB 6
Dalam tidak menyukai kemunculan Hanif di situ, dia turut tersenyum juga bila melihat wajah cuak lelaki itu ketika menaiki permainan roller coaster. Hanina sudah awal-awal lagi menolak tidak mahu bermain permainan itu. Dia gayat! Benda yang tinggi-tinggi memang dia tidak suka.
“Ala... Umi... Eqi nak main.” Rayu Rafieqi padanya.
“Umi tak boleh sayang...”
“Tak apa, uncle boleh temankan.”
“Okey! Cepatlah uncle. Nanti banyak orang.” Rafieqi sudah menarik tangan Hanif agar cepat beratur untuk menaiki roller coaster itu.
Kini wajah yang hensem itu sudah hilang serinya bila permainan bermula. Hanina pula sudah tidak tahan mengulum senyuman. Akhirnya ketawanya pecah. Nak berlagak sangat, itulah padahnya.
Habis saja permainan itu, Hanif dan Rafieqi mendekatinya. “Ingatkan terror sangat tadi. Rupanya cuak juga ya.” Perli Hanina.
Hanif membetulkan rambut yang sedikit serabai itu akibat angin yang kuat meniupi tadi dalam masa yang sama, cuba menutupi perasaan malunya. “Dah lama tak main benda tu. Itu yang cuak sikit. Tapi lepas ni, kalau awak nak saya temankan lagi. Saya rasa, memang saya dah sedia sepenuhnya.”
“Betullah tu..” Perli Hanina.
“Umi... Eqi lapar la..,” beritahu Rafieqi.
“Dah lapar sayang. Tak nak main lagi ke?”
Rafieqi hanya menggeleng. Pelbagai permainan sudah dimainnya. Dia sudah rasa puas. Apatah lagi, Hanif turut menemaninya.
“Nak makan kat mana? Uncle belanja.” Cadang Hanif.
“Eqi tak tahu. Tapi Eqi memang lapar,” jawab Rafieqi manja.
“Awak tak payah nak susah-susah belanja. Saya boleh bayar. Tolong jangan nak berbudi dengan saya. Saya tak nak terhutang budi pula nanti.”
Hanif mengeluh. Kenapa susah benar Hanina mahu menerimanya? “Bukan niat saya nak awak terhutang budi dengan saya. Saya ikhlas Hani. Atas dasar seorang sahabat. Please...”
Rafieqi yang tidak memahami apa yang Hanif dan Hanina katakan itu hanya mampu memandang kedua-duanya silih berganti.
“Umi..,” seru Rafieqi.
“Jomlah. Kita makan kat Secret Recipe ya.” Kata-kata yang ditujukan pada kedua-dua lelaki di hadapannya itu sebagai pemberitahuan.
Senyuman mula terukir kembali dengan kata-kata Hanina itu. Hanif tidak peduli jika dia dikatakan bermuka tembok. Usaha harus diteruskan!
Sampai saja ke ruang restoran Secret Recipe itu dengan pantas, Rafieqi mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Hanif. Amboiii! Macam tak nak lepas aje Eqi dengan lelaki ni. Gumam hati Hanina.
“Awak janganlah buat muka macam tu. Saya tahu, saya tak ada hak ke atas Eqi tapi saya ikhlas berkawan dengan dia. Eqi ni dah macam anak saya rasanya.”
Hanina menjongketkan keningnya sebelah. Tidak pula dia menyangka, reaksi wajahnya diperhatikan oleh Hanif. Malas mahu melayan kata-kata Hanif itu, Hanina terus membuat pesanan.
Dalam menunggu makanan yang dipesan siap terhidang, Hanif mengambil masa untuk berbicara dengan Hanina. Mata sempat melirik ke sisi. Rafieqi leka bermain games di dalam iPhonenya.
“Hani...”
Panggilan Hanif itu membuatkan Hanina mendongak seraya dia menjawab dengan dingin. “Kenapa?”
“Awak tak nak tanya tentang peribadi saya ke?”
“Bagi saya tak penting.”
“Tapi penting buat saya untuk awak mengetahui segala-galanya tentang saya.”
“Awak ni memang jenis yang degil eh?”
“Awak tak perlu kata apa-apa. Just dengar. Itu aje yang saya minta.”
Pandangan yang Hanina lemparkan pada Hanif sungguh tajam sekali. Tapi wajah Hanif lemparkan pula hanya biasa-biasa saja. Seperti tidak ada rasa bersalah pun.
“Okay, let me start about my personal life,” ujar Hanif tanpa menghiraukan pandangan Hanina itu.
“I’am still single. Ini wajib awak tahu. Saya anak bongsu dari tiga adik-beradik. Duanya adalah kakak saya. Umur pula, dah masuk 31 tahun. Dah boleh kahwin.” Hanif tergelak kecil seketika apatah lagi, melihat wajah Hanina yang mencebik.
“Kerja pula...”
“Encik Hanif?” Tiba-tiba dari arah belakang, ada suara yang menyebut namanya. Bila dia menoleh, alamak!
“Fida, Ayuni. Buat apa kat sini?” Setelah soalan itu yang melontar dari bibir Hanif, dia mengetap bibir. Soalan bodoh yang telah dia keluarkan. Sudah pasti kedua-dua wanita itu hendak atau selepas makan di situ. Kini badannya sudah tegak berdiri berhadapan dengan kedua-dua siswinya.
“Kami baru aje nak makan. Tiba-tiba ternampak Encik Hanif kat sini. Itu yang kami tegur tu,” ujar Ayuni.
Hanif sudah terkulat-kulat apatah lagi bila melihat Fida menyiku lengan Ayuni. Sudah pasti mereka tertanya-tanya tentang Hanina dan Rafieqi.
“Errr... Yang ni anak Encik Hanif ke?” Seperti yang diagak, Fida bertanyakan tentang Rafieqi. Hanif hanya mampu tersenyum. Dia mengusap kepala Rafieqi.
Hanina sudah rasa lain macam dengan pertanyaan wanita yang bernama Fida itu. Apatah lagi, seperti tidak ada ruang untuk dia mencelah mana-mana. Kini dia baru tahu bahawa Hanif adalah seorang pensyarah. Pensyarah di mana, itu dia tidak mahu tahu.
“Eqi... Say hye to my students, sayang.” Inilah masa keemasan untuk dia melepaskan diri.
“Hai..,” ucap Rafieqi yang hanya mengikut saja apa yang Hanif suruh seraya melambai kedua-dua wanita itu. Selepas itu, Rafieqi sudah mula leka bermain games dalam iPhone Hanif.
“Kami tak tahu pun... yang Encik Hanif dah kahwin,” ujar Ayuni seraya memandang Fida yang sudah berubah wajah itu.
“Eh..”
“Hani... Kenalkan, ini students abang, Fida dan Ayuni. Mereka ni bakal usahawan tak lama lagi.” Belumpun sempat Hanina menidakkan, Hanif sudah memotong kata-katanya.
“Oh.. Iya ke? So Bachelor of Business la ni?” Perasaan geram yang teramat sangat memang ada untuk Hanif tapi bila melihat wajah Hanif dan wanita yang bernama Fida itu, silih berganti, dia tidak tahu kenapa dia perlu menolong Hanif. Baginya, pasti ada sesuatu yang berlaku di antara mereka. Apatah lagi bila dengan secara terang-terangan kedua-dua wanita itu menjongketkan kening apabila Hanif memanggilnya Hani. Sudah pasti pendengaran mereka, Hanif memanggil dia dengan panggilan ‘honey’.
“A’ah puan. Kami ambil entrepreneurship as our main course,” jawab Ayuni pantas.
Hanina mengangguk seraya tersenyum. Senyuman yang sukar untuk dia ukirkan. Bila melihat wajah Fida sudah masam mencuka, lagilah dia rasa tidak sedap hati.
“Err.. Encik Hanif, kami duduk dulu la ya. Makanan Encik Hanif pun dah sampai. Hmm.. Comel anak Encik Hanif.” Ayuni sempat mencuit pipi Rafieqi.
“Tengoklah, ayah dia siapa,” jawab Hanif dengan nada bergurau. Dalam hati sudah mekar setaman bila tanpa banyak kerenah, Hanina menolong dia dalam diam.
“Okeylah... Enjoy your meal.”
Kedua-dua wanita itu berlalu pergi dan duduk di hujung sudut. Jarak antara mereka juga agak jauh. Senanglah Hanina melepaskan rasa geramnya.
“Awak jangan nak suka hati saja labelkan kami ni anak dan isteri awak. Kalau saya tak fikirkan nak jaga muka awak yang sebagai pensyarah mereka, tak ada maknanya saya nak layan macam tu!”
“Hani... Saya minta maaf tapi... Tolong kecilkan volume suara awak tu. Nanti mereka dengar pula.”
Hanina mendengus.
“Let me explain everything. Iya, saya pensyarah mereka dan yang nama Fida tadi tu... Hmm... Macam mana nak cakap ya.. Dia...”
“Dia ada hati pada awak? Macam tu?”
“Yes! Exactly.”
“So, apa kena mengena dengan saya pula? Itu masalah awak. Mustahil pensyarah tak tahu nak selesaikan masalah.” Sindir Hanina. Makanan yang terhidang hanya dipandang sepi.
“Eqi.. Kata tadi lapar. Makan dulu,” arah Hanina pada Rafieqi. Si anak hanya menurut lalu meletakkan iPhone Hanif ke tepi dan mula menjamah spaghetti meatballs tanpa banyak kerenah.
“Sebab dia jenis yang tak putus asa. Saya tak boleh nak halang dia lebih-lebih apatah lagi dia adalah student saya. Jadi saya nak gunakan secara halus dengan cara macam tadi tu. Saya harap lepas ni, dia dah tak ada perasaan lagi dekat saya.”
Memang itulah yang dialami oleh Hanif. Fida, salah seorang siswinya telahpun berterus-terang padanya bahawa ada perasaan suka dan cinta terhadapnya. Dia amat kelu ketika itu tapi dia dapat mengatasinya dengan berkata, “dengan status saya sekarang ini, saya minta maaf sangat-sangat, saya tak dapat nak terima. Saya harap awak faham, Fida. Saya memang membataskan pergaulan di antara siswa dan siswi saya. Mungkin ini adalah perasaan sementara saja. Awak fokuskan saja dulu pada pengajian awak kerana itu yang lebih penting ketika ni. Maafkan saya sekali lagi.”
Ketika itu, ‘status’ yang Hanif maksudkan adalah status sebagai seorang pensyarah. Tapi kini dia mengharapkan, ‘status’ yang dulu dikatakannya itu akan menjadi maksud sebagai suami orang untuk kefahaman Fida.
“Maafkan saya Hani. Saya tak sangka pula, dia tegur tadi.”
“Tak apalah. Dia sekarang dah balik. Tengah frust sangat-sangat la tu. Lepas ni, saya tak nak ada lagi perkara macam ni. Kalau awak nak mengelak sekalipun, pergi cari orang lain dan bukan gunakan saya dan Eqi.” Amaran keras yang diberikan oleh Hanina pada Hanif. Dia sudah memulakan suapan. Lapar tiba-tiba dengan kerenah Hanif itu.
“Iya.. Awak jangan risau.” Hanif mengorak senyuman kelat. Kenapa banyak sangat dugaan ketika dia sedang menyelami hati Hanina? Baru saja hendak mengeratkan hubungan tiba-tiba saja, Fida muncul yang membuatkan dia tidak berfikir panjang dan terus membuat lakonan yang entah apa-apa.
Sudah pasti Hanina tidak menyukai. Dia ibarat mempergunakan Hanina dan Rafieqi untuk melepaskan diri dari Fida tapi ternyata niatnya bukan sebegitu.
Stewed aussie beef steak direnung seketika. Hilang sudah selera Hanif mahu menjamah hidangan itu. Apa yang diharapkan, tidak menjadi tapi sebaliknya pula yang terjadi. Ah, betullah. Apa yang dirancang tidak semestinya itu yang akan terjadi.
“Eqi, nak tak steak uncle. Sedap tau,” pelawa Hanif. Walaupun dia tahu hidangan Rafieqi juga masih berbaki setengah tapi dia mahu berkongsi makanan dengan Rafieqi.
“Nak! Eqi nak rasa boleh?”
“Boleh. Kejap ya. Uncle potongkan untuk Eqi.”
Daging dipotong kecil agar sesuai untuk Rafieqi makan. Bila melihat Rafieqi seperti berselera dengan hidangannya, lalu mereka bertukar-tukar makanan. Adakalanya Hanif juga turut menjamah makanan Rafieqi.
Hanina buat-buat menikmati hidangan makanannya tapi sebenarnya dia cuba menyelami hati lelaki di hadapannya itu. Sedikit sebanyak, hatinya terusik bila melihat keprihatinan Hanif terhadap Rafieqi. Dia tidak tahu apa niat Hanif, dia tidak tahu apa punca Hanif mahu menjadi sahabatnya dan dia juga tidak tahu kenapa hatinya seperti mula mahu menerima kehadiran lelaki itu.
Hanif nampak ikhlas melayan kerenah Rafieqi. Lelaki itu juga tidak geli berkongsi makanan, berkongsi sudu dan minuman. Sungguh, hatinya tersentuh. Jika dikira bilangan kawan lelaki yang dia ada, memang agak sedikit kerana dia memang membataskan pergaulannya. Tapi dengan Hanif, hari ini seperti membuka hatinya untuk menerima salam persahabatan yang lelaki itu hulurkan.
TIBA masa untuk mereka pulang setelah Hanif dan Rafieqi menunaikan solat Maghrib. Tapi ketika kaki melangkah untuk keluar dari pintu utama, Hanina seperti ternampak kelibat Rafael. Kakinya terhenti dan hatinya berdebar-debar. Tangannya juga turut terketar-ketar. Sehingga tanpa sedar, dia memegang lengan Hanif seraya menariknya agar dekat dengannya untuk dia bersembunyi dari pandangan Rafael.
“Awak kenapa?” tanya Hanif pelik. Siapa yang tidak pelik, bila tiba-tiba saja Hanina memegang lengannya. Mahu pengsan dia dengan perbuatan Hanina itu. Kini matanya juga turut memandang sekeliling. Tapi tidak ada apapun yang menjadi kemusykilannya.
“Tolong... Saya nak balik cepat,” ujar Hanina dengan nada bergetar. Tangan Rafieqi dicapai agar anaknya itu juga turut bersembunyi disebalik tubuh tegap Hanif. Dia sudah tidak berani untuk memandang sekeliling. Takut kelibat Rafael muncul tanpa dipinta.
“Okey... Awak bertenang ya. Saya tak tahu, siapa yang cuba awak nak elak. Tapi saya akan lindungi awak dan Eqi walau macam mana sekalipun.” Bila melihat air mata Hanina sudah bergenang di tubir mata wanita itu, tanpa berlengah, Hanif mengendong Rafieqi dan sebelah tangan kiri pula sudah mencapai jari-jemari Hanina agar dengan cepat mereka beredar dari situ.
“Bagi kunci kereta awak. Biar saya hantar awak balik rumah. Saya tak sedap hati nak biarkan awak drive dalam keadaan macam ni.” Hanina hanya menurut tanpa mempersoalankan. Memang dia tidak tahu mahu buat apa lagi. Otaknya tidak mampu mencerna perkara lain. Yang dia tahu, dia takut dengan kemunculan Rafael. Takut segala yang dia ada kini akan musnah gara-gara kemunculan Rafael.
“Bagitahu kat mana rumah awak ya. Saya tak tahu kat mana awak tinggal,” ujar Hanif bila kereta sudah mula bergerak.
“Kereta awak macam mana?” Kini Hanina baru sedar, Hanif telahpun meninggalkan Honda Civic itu di tempat letak kereta.
“Lepas saya hantar awak, saya balik naik teksi ke sini semula. Jangan risau, saya tahu apa nak buat nanti.”
Hanina mengangguk lemah. Dalam sekelip mata saja, dia sudah dapat berkompromi dengan Hanif. Dia menoleh ke belakang, Rafieqi sudah terlentok di tepi pintu kereta. Patutlah sunyi, Rafieqi sudah terlena. Pasti rasa letih yang amat sangat.
“Awak berhenti sekejap boleh?” pinta Hanina.
Hanif menelan liur. Takkan dia nak halau aku pula? Tapi dia tetap juga mengikut kehendak Hanina itu. Nasib baik BMW X5 itu cepat mencelah di ruang kosong untuk berhenti di tepi.
“Saya nak duduk kat belakang. Kesian Eqi, kepala dia dah terlentok. Nanti, leher dia sakit pula. Awak tak kisah kalau saya duduk kat belakang? Nanti awak fikir, saya jadikan awak sebagai driver pula nanti.”
Hanif tergelak kecil. Dia langsung tidak berfikir begitu. Apa yang dia fikir, Hanina akan menghalau dia dari kereta itu. “Tak adalah... Saya tak kisah.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar