Minggu, 09 September 2012

MININOVEL: JADIKAN AKU PILIHAN HATIMU 3



BAB 3

            “Assalamualaikum,” sapa Hanif.

            “Waalaikumsalam,” jawab Rafieqi seraya mendongak. Mata dikecilkan bagaikan melihat dengan lebih teliti, siapa yang memberikan salam itu padanya.

            “Eqi apa khabar?”

            Dengan perlahan, Rafieqi bangkit berdiri. Cuba untuk menjauhkan diri dari orang yang tidak dikenalinya itu.

            “Macam mana uncle tahu nama Eqi?”

            “Uncle kenal mama Eqi, jadi uncle pun kenal Eqi la... Jangan takut sayang. Uncle cuma nak borak-borak dengan Eqi. Kalau Eqi takut kat uncle, tu...”

            Tangan naik menunjuk pada pondok sekuriti. “Uncle-uncle sekuriti tu kan ada. Mereka akan tangkap uncle kalau uncle buat jahat.”

            Polos saja Rafieqi memandang pada sekuriti yang bertugas. “Tapi umi tak suruh Eqi dekat dengan orang yang Eqi tak kenal.”

            “Nama uncle, Hanif. Eqi anggap saja uncle kawan baru Eqi. Hmm... Suka baca buku ya?” Mata memandang pada buku yang dipegang oleh Rafieqi itu.

            “Memang suka! Umi selalu beli buku untuk Eqi.” Rafieqi sudah mula memberikan reaksi.

            “You’re lucky, uncle ada beli Diary of a Wimpy Kid. Eqi nak tak?”

            Sebelum sampai ke tadika ini, Hanif sempat merembat dua buku Diary of a Wimpy Kid. Mulanya memang dia tidak tahu hendak beli yang mana satu. Maklum sajalah... Bukan dia ada anak pun. Anak kakaknya baru saja berusia dua tahun. Memang tidak sama dengan citarasa budak-budak berumur enam tahun.

            “Wow! Eqi ada baca buku tu tapi dari kawan Eqi.”

            “Okey, sekejap. Eqi tunggu ya. Uncle ambil kat dalam kereta.” Lebar senyuman Hanif bila Rafieqi memberikan maklum balas yang positif. Tidak sia-sia dia ada instinct untuk singgah ke kedai buku tadi.

            “Nah... ambillah. Uncle belikan untuk Eqi.” Buku Wimpy Kid itu diserahkan pada Rafieqi.

            Cepat saja Rafieqi membuka plastik yang membaluti buku tersebut. “Wow! Rodrick Rules dan The Last Straw? Kawan Eqi kata, cerita ni best.”

            Tangan mengusap kepala Rafieqi dengan lembut. Sungguh, dia suka dengan Rafieqi. Bukan hanya kerana Rafieqi anak Hanina tapi kanak-kanak itu membuatkan dia rasa selesa. Adakalanya dia seperti dapat rasakan, Rafieqi kesunyian. Dari redup mata anak itu sendiri.

            “Tapi... Umi kata...”

            “Kan uncle dah kata, uncle kenal umi. Jadi secara tak langsung, uncle juga kenal Eqi. Kalau umi marah Eqi, bagitahu uncle ya. Jangan sorok dari uncle.”

            “Terima kasih uncle.” Rafieqi bagaikan termakan dengan kata-kata Hanif. Dia kembali duduk seraya membuka buku Wimpy Kid itu. Buku lama, sudah diletak ke tepi.

            “Uncle tak nak duduk?”

            Hanya senyuman yang diberikan pada Rafieqi. Pelawaan itu diterima dengan senang hati.

            “Eqi dah makan?”

            Hanya anggukkan menjadi jawapan Rafieqi. Dia sudah khusyuk membelek-belek buku cerita itu.

            “Umi pergi mana sebenarnya?”

            “Umi kata, dia ada urusan. Eqi tak tahu umi pergi mana.”

            “Ouhh...”


            “Eqi..,” Tiba-tiba ada suara wanita memanggil nama Rafieqi. Kedua-dua mereka menoleh.

            “Umi...” Rafieqi sudah berubah riak. Wajah Hanina nampak serius saja.

            “Eqi masuk dalam. Mandi. Kita nak balik,” arah Hanina dengan tegas. Dia terkejut bila dia sampai 
saja, salah seorang pengawal keselamatan memberitahu padanya, ada seorang lelaki yang hendak berjumpa dengannya. Tapi bila melihat lelaki tersebut, dia langsung tidak mengenali.

            Bila melihat Rafieqi sudah berlalu pergi, mata kembali terarah pada lelaki yang tidak dikenali itu. Matanya sedikit mengecil, kepala terus mencerna. Inilah lelaki yang dilihatnya kelmarin.

            “Awak siapa?!” tanpa berlengah, Hanina terus menerjah dengan soalan itu.

            “Hanina... Budak-budak tengok. Kita bincang tempat lain ya?”

            Dada berombak deras tapi sebagai pemilik tadika Al-Jannah ini, dia seharusnya professional walaupun di hadapan budak-budak. Mata melihat sekeliling, hanya tinggal dua orang kanak-kanak saja lagi yang tinggal dengan ditemani oleh guru yang bertugas.

            Kaki melangkah pada ruang rehat yang terbuka luas itu. Di sana tempat yang sesuai untuk berbincang. Jika lelaki itu cuba buat sesuatu yang tidak elok, dia hanya perlu menjerit.

            Terpinga-pinga Hanif bila Hanina mengorak langkah tanpa memberitahu padanya. Perlukah dia mengekori atau sebalik. Hati tertanya-tanya tapi dengan sendirinya kaki mengikut arah tujuan Hanina itu.

            “Macam mana awak kenal saya?”

            “Dah lama saya kenal awak. Tapi awak tak mengenali saya.”

            Hanina mendengus. Alasan lapuk!

            “Jadi... Itu bermakna saya tak nak dan tak akan kenal awak. Kalau awak kenal saya pun, itu masalah awak. Tolong jangan datang ke sini lagi lepas ni. Dan jangan cuba nak babitkan anak saya pula.”

            “Hani...”

            “What?! What did you say?”

            Dia panggil aku honey? Dah buang tebiat ke lelaki ni? Mata mencerlung memandang lelaki di hadapannya itu.

            “Kan nama Hani tu pun nama awak? Saya panggil Hani la.” Hanif cuba menahan rasa geli hati. Memang niatnya mahu memanggil honey.  Memandangkan nama Hanina ada ‘Hani’ di depan. Tapi bila wanita itu sudah nampak garangnya, dia memutar-belitkan faktanya.

            Hanina mengetap bibir. Dia salah faham. Dia ingatkan Hanif hendak memanggil dia ‘honey’. Mata dipejamkan seketika cuba menahan rasa malu yang datang tiba-tiba.

            “Saya tak kenal awak dan saya tak mahu nak kenal awak. Awak baliklah sebelum saya suruh sekuriti tunjukkan jalan keluar.”

            “Hani...”

            “Stop calling me with that name!” Cepat saja Hanina memintas kata-kata Hanif itu.

            “Sekurang-kurangnya, bagilah saya peluang untuk beritahu nama saya. Saya Hanif Harris. Saya dah lama mengenali awak. Niat saya cuma nak berkawan dengan awak. Tak ada niat jahat pun.”

            Sinis senyuman yang Hanina lemparkan. “Orang jahat tak akan mengaku dia ada niat jahat. Tolong berfikiran dewasa. Dan tolong pergi dari sini. Saya tak nak jumpa awak lagi.” Sejurus berkata begitu, Hanina laju meninggalkan Hanif yang hanya berdiri kaku.

            “Hani...” Panggilan Hanif langsung tidak berjawab. Hanina nampak dingin sekali dengannya. Ah, itu sudah cukup baik Hanina mahu bercakap dengannya. Apa akan jadi kalau Hanina menjerit ketakutan? Memang dia akan dihalau terus dari tadika itu.

            Langsung tidak terusik hatinya dengan panggilan Hanif itu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba mengatakan, sudah lama kenal dengan dirinya. Dia bukan budak-budak atau di peringkat remaja yang senang-senang mahu ‘digoreng’. Sudah dua puluh lapan tahun dia hidup di dunia ini. Sedikit sebanyak, dia tahu dengan kerenah manusia yang sememangnya bermacam-macam ragam.

            Rasa hampa yang bukan sedikit tapi Hanif cuba menerimanya. Dia sudah mengagak akan jadi sebegitu. Tapi ini adalah Hanif Harris, sekali gagal bukan penghalang untuk dia terus mencuba. Hani... Kau belum kenal siapa aku lagi. Hani? Hmm... Nama yang sangat sedap untuk aku sebut. Bibir mengukir senyuman yang penuh bermakna. Dia akan datang lagi ke tadika ini. Itu janjinya.



            RAFAEL HUZAIMI termenung memandang awan yang berkepul itu. Kali ini dia pulang berseorangan dan mungkin akan terus berseorangan. Hatinya benar-benar nanar dengan sikap Melina. Dia bagaikan lelaki dayus jika dia terus bertahan dan membiarkan kerenah Melina yang semakin menjadi-jadi itu.

            “Siapa lelaki tu? Jawab pertanya aku, Melina!” Tangan mencengkam lengan Melina dengan kuat.

            “Lepaskan I, Raf. Sakit tau tak?” Meronta wanita itu minta dilepaskan.

            “Aku tanya, siapa lelaki tu?!”

            Bila melihat Melina hanya membisu, tangan kanan terus melayangkan penampar. Dia sudah tidak peduli lagi. Hatinya benar-benar sakit dengan perbuatan Melina.

            “What the hell! You sanggup tampar I? Hei! Dia memang kekasih aku. kenapa? Kalau kau dah tak tahan dengan aku, ceraikan aku. Leave me alone. Aku dah serik dengan kau la...”

            Bagaikan orang gila, Rafael terus mencengkam leher Melina. “Aku dah cukup bersabar dengan kau, Melina. Aku tetap maafkan kau, bila dengan diam-diam, kau gugurkan kandungan. Sedangkan kau tahu, aku nak anak, kan? Tapi demi kau, aku sanggup lupakan hal tu. But now... You’re too much. Kau dah melampau sangat!”

            “Raf... Tolong... Lepaskan I.” Tersekat-sekat Melina bersuara. Dia hampir saja rasa hendak putus nyawa dengan cengkaman Rafael itu.

            Tanpa rasa kasihan, dia menolak kasar badan Melina sehingga wanita itu tersungkur dipermukaan lantai. “Aku akan lepaskan kau. Tapi lepaskan untuk selama-lamanya. Dengan ini, aku ceraikan engkau dengan talak tiga. Semua harta yang aku berikan, akan aku tarik balik. Kau kikis la mana-mana lelaki yang sanggup dengan kau tu.”

            Dia melangkah pergi. Pergi meninggalkan Melina. Pergi meninggalkan Kota London yang sudah menjadi tempat dia berteduh. Hampir enam tahun dia menetap di Kota London ini. Hanya kerana mengikut kehendak Melina. Dengan pertolongan seorang kawan, dia mendapat kerja di situ. Kalau tidak, memang susah juga mahu hidup di tempat asing.

            Keluhan kedengaran. Dia membetulkan kedudukannya agar selesa. Duduk lama di dalam kapal terbang ini membuatkan pinggang terasa lenguh. Wajah diraup beberapa kali cuba menghilangkan rasa sakit hati yang melanda dirinya. Dia rasa kehidupannya kosong. Cinta yang disemai bertahun-tahun lamanya musnah dalam sekelip mata. Perkahwinan yang diharapkan untuk selama-lamanya terputus di pertengahan jalan. Tidak cukupkah cintanya selama ini buat Melina? Apa lagi yang wanita itu mahukan darinya? Ah! Bila dikenang wanita yang bernama Melina itu, hatinya bagaikan dicalar.

            “Kenapa you gugurkan kandungan tu? You langsung tak bagitahu I pun!”

            “I belum bersedia, Raf. I nak enjoy. Bukan nak bawa perut yang memboyot ke hulu-hilir. Semua tu buat I rimas tau! Kalau I bagitahu you, I yakin, you tak akan benarkan I gugurkan kandungan tu.”

            “Jadi, you nak tunggu sampai bila? Hei.. you bukan muda tahu tak? Umur kita dah tiga puluh satu. I nak juga ada anak. I nak ada zuriat sendiri.”

            “You kan ada zuriat sendiri. Anak you dengan bekas isteri you tu. I rasa dah cukup. Jangan nak paksa I kalau I tak mahu, Raf.”

            Ah, bodohnya dia. Hanya mengalah dan mengikut dengan kehendak Melina. Walau hati rasa tidak puas hati, tapi dia cuba pendamkan. Kau memang dayus, Rafael! Bila mengenangkan kata-kata Melina itu. Dia teringatkan anak yang dikandungkan Hanina dulu. Dia tidak pernah menjenguk anaknya itu. Dia tidak pernah ambil tahu, adakah anak yang dikandungkan Hanina itu, anak lelaki atau perempuan. Mata cuba dipejamkan. Cuba mengingati seraut wajah Hanina. Ternyata... dia sudah lupa bagaimana rupa bekas isterinya itu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar